Wednesday, February 1, 2012

Segmen Mari Memasak Bersama Pemenang Masterchef Season 8

Im still on holiday, and alone at home. Disebabkan tak kaya untuk menggaji maid,maka breakfast perlu sediakan sendiri. Bukan tak boleh beli di luar,tapi masalahnya kalau bangun pun pukul 10 kedai mana yang jual breakfast lagi woi?

So i put my chef hat on, and lets get cooking.

Langkah pertama; buka peti ais untuk lihat apa stok makanan peninggalan ibubapa.

-ada aiskrim yang dibeli 2 minggu lepas dan beberapa haiwan laut beku yang sejak azali memang duduk dalam tu,tak tau tahun bila beli

Jadi keluarkan udang dan mussel beku untuk di defrost.


Disebabkan takde microwave,maka proses defrost akan memakan masa yang agak lama ye puan-puan. Sementara tu pergi lah depan tengok Nada Cinta ke, lipat kain ke...

Beberapa minit kemudian;

-daun parsley separa layu itu dijumpai di bawah timbunan kobis.

Proses memasak dimulai dengan mengeluarkan periuk dari dalam kabinet dapur. Setelah tahi cicak di dalam periuk tersebut dibersihkan, rebus sepeket megi hingga mencapai kekenyalan yang diidamkan.


Sambil merebus megi, cincang bawang putih dan parsley layu tersebut. Sediakan juga beberapa helai(?) cili kering.


Panaskan sedikit olive oil...


Dan mulakan dengan menggoreng cili kering tersebut. Ini sebenarnya untuk mengganti serbuk cili yang memang tak pernah ada dalam stok dapur. Goreng sampai hangus untuk menjadikan minyak zaitun itu pedas. Selepas itu,tapis cili kering tersebut dari minyak dan humbankan ke longkang di belakang dapur.

Seterusnya, tumis bawang putih. Dan kemudian masukkan haiwan laut pilihan anda. Haiwan laut tak perlu dimasak lama.Namun memandangkan im pretty sure the seafood that i used sudah melepasi tarikh luputnya,maka perlu dimasak agak lama sedikit untuk membunuh kuman. Dan step yang paling penting jangan lupa untuk panjatkan doa minta dielakkan dari keracunan makanan.

Setelah seafood anda masak,masukkan megi yang telah ditoskan tadi berserta parsley. Seasonkan dengan salt dan pepper secukupnya.Kalau nak pedas lagi tambah chilli flakes,kalau dry sangat tambah olive oil. Voila, bon odori appetit!

Begitulah, resepi Meggi Aglio Olio yang sungguh tak logik tahap kemudahannya. Selamat mencuba.

17 comments:

LynnAiza said...

kemainnn LOVE siap tepi pinggan. hahaha. harap2 masih dapat baca komen ni tika ini. mana tahu food poison ke apa. hahaha.

Cik Herniezieana said...

terbaek! resepi mlm nti, msti cuba!

dayanaazhar:) said...

amboi3

Cik Azz said...

Bukan helai la Tim.. tapi tangkai... Selalunya orang sebut 3 tangkai cili kering.. Entah mana tangkainya entah laa.. hehe...

Parents ko poie mano..? Apo lak tak ikut skali..? Makan megi tak mengenyangkan... Better buat nasi goreng...

azalia hjsalleh said...

nak try nantiiiiiiii !

FazzYnameD said...

agak terliuqq jugak laaa...~

NurWahidah Abdullah said...

wah..special nh..

Nor atau Nad said...

olive oil x boleh panaskan nnti hilang dia punya khasiat ke apa ntah,,ni Oprah lahh bgtahu..err kbye

hatim a.r said...

@lynn:haha masih hidup segar

@cik hernie:itu yang kita mahu!

@dayana:sambil buat gaya azwan ali

@cik azz:tula mula2 saya nk tulis tangkai,tapi cili kering tu takda tangkai.tu yg blank tu haha.makbapak den kojo mano ado di rumah

@azalia:bak mai sepinggan =D

@fazzy:itulah tujuannya,saja nk kasi terliur

@najiha:takda maknanya special,megi je huhu

@nor:oprah can suck it hahaha

norhidana said...

hehhehe ko kn mmg rajin msk2 ni kan dik... terliur tgk

[i.l.y.a] said...

HAHAHAHAHAHHAHA aku baru perasan gambar kat side ni masa pergi sydney HHAHAHAHAHHAAH omg HAHAHA AHHA

hatim a.r said...

@norhidana:manade rajin.ni dh terpakse sebab lapor

@ilya:bahabi hahahaha waktu tu muka suci kudus

FaiZaH Fyn said...

haruslah campak activated charcoal sekali dalam megi tu hehe :p

sweet life said...

yeah.. chef wan dah leh bersara...
then hatim leh masuk master chef..
as doctor and chef...

nak g japan skrg dah ada air asia...
leh dpt tiket murah...

laskar pelangi said...

perghhhh! masterchefff terbaik uhhh:0)

boleh tahan resepi termudah tu..hik3

Anonymous said...

bujang gile resepi tapi tetap nampak sedap. hahaha

chimidama said...

This made me smile :)