Thursday, May 17, 2012

Hospital Bahagia yang Membahagiakan

Just got back from Tanjung Rambutan and i am exhausted. Next week exams tapi minggu ni kolej buat field trip pergi Hospital Bahagia saja lettew nak sabotaj orang study. Spent one night at some random homestay in Ipoh, the place was actually quite nice.

Didn't took any photos at Hospital Bahagia sebab mengambil gambar di kawasan wad adalah tidak dibenarkan. Lagipun motif kau nak camwhore dalam wad? But we did took one group photo depan bas lepas melawat muzium(yes they have a museum there) waktu sesi lawatan petang.


Time ni semua dah pikir nak balik je,dahlah tetengah panas buta pakai white coat bagai. Mencerminkan imej profesional katanyaaa. Ketiak bukan setakat dah berlecak,ini dah stended waterfall.

Had lectures with the Pengarah and Timbalan Pengarah hospital. Hospital Bahagia live up to its name sebab memang membahagiakan student dapat makan breakfast free nasi lemak super sedap cooked by some of the staff and patients. Imej profesional yang diperjuangkan sedikit tercemar tatkala rakus tambah nasi lemak sampai dua kali. Dahlah brekpes joined by Pengarah hospital,mesti dia speechless tengok rombongan kebulur mana ni macam tak pernah jumpa nasik lemak.

Sebelum datang Hospital Bahagia ni i imagined the hospital mesti super scary with a hint of dodgy-ness. But i was wrong. Hospital Bahagia adalah ibarat 4 Seasons kalau nak dicompare dengan hospital biasa. Lanskap cantik dengan padang luas yang ditanam rumput ala-ala padang golf. Kalau anda ada masalah mental, sila berdoa dapat masuk Hospital Bahagia pasti rasa seperti taknak keluar. They are doing a really awesome job at maintaining the facilities despite the fact that hospital ni dah berusia 100 tahun. 

Usai lawatan sehari yang membahagiakan itu sebelum balik singgah di restoran Nasi Ganja di pekan Ipoh. Tapi sebab sampai dah petang, lauk tinggal ayam,telur masin and kuah campur saja.


Verdict: 10X lagi sedap dari Nasi Kandar Beratur.

Nasik Kandar Beratur haritu kari tawar ala-ala resepi dewan makan sekolah. Kari Nasi Ganja pekat dan terasa ganja rempah ratus yang digunakan. Kedai dia terletak di Jalan Yang Kalsom Ipoh. Its actually a small chinese coffee shop tapi ada mamak jual nasik kandar dalam tu. I used to eat at this kind of place in Muar bila balik kampung Johor waktu zaman hingusan dulu. Nostalgic.


Cina jual air, Mamak jual nasi kandar, Melayu,Cina,India,Kelabit,Melanau dan lain-lain datang makan sekali.Sama-sama kita menuju ke arah kegemukan abadi. Sungguh 1Malaysia kedai sebegini. Pimpinan terulung Dato Najib pasti berbangga.


18 comments:

n.amirahhhh said...

background ni memang bunga bunga ke?feminin. ehh

Nor atau Nad said...

mula2 ingat salah masuk belog bila tengok background -_-

LynnAiza said...

terboiikk laa nasi ganja tuuu. nyum3!!

FaiZaH Fyn said...

hosp bahagia ulu kinta memang cantik tp kena improve sikit dia punya wad tinggal lama..btw memang kedai tu nama NASI GANJA ke?

Cik Azz said...

Apsal nama nasi tu nasi ganja...?? Sekali makan memang ketagihan ke..?

Ingat hospital bahagia, ingat kat satu ceramah tu..

Tijah said...

a'ah kat muar mmg byk kedai style begini kan? cina buat air, tetengah mamak roti canai, depan melayu bakar satay. ohsem!

Rina Shahari said...
This comment has been removed by the author.
Rina277 said...

Saya bahagia dpt mkn mee bandung muar..hehe..eh btw hai enchek tim..saya peminat blog kamu..baru terasa nak komen harini..hehe..

sweet life said...

1st: nampak bebenau memang besau atim ni dari gambar reramai tu... so outstanding... :P

jgn marah... hehe... nnti cepat tua..

2nd: confirm ke kedai Nasi Ganja tu tak letak ganja supaya pelanggan tak ketanggih nak makan situ lagi... semacam je....



tim... jgn marah!! hehe

hatim a.r said...

@lynn:tapi nasi kandar suberi kat kl tetap no 1 dihatikuuu

@faizah:wad wad lama tu dia dh tak guna dah.skrg semua wad lawa-lawa siap decorative plant lagi.

@cik azz:ada yg ketagih haha tapi saya takde la plak ketagih

@tijah:sate tu dia hidang je lepastu kira lidi berapa batang baru bayar.sate perut terbaikk and ada mee rebus dgn lontong jugak.wahh rindu muar!

@rina:mee bandung muar mmg riginal recipe lah.tempat lain tak boleh celen.jgn la kata peminat,tu dh mcm retis dah tu hehe

@sweetlife:depa yg lain tu yg tak cukup pembesaran

norhidana said...

kenelah bt lanskap lawo2 sbb yg nk duk nyer org yg ada masalah... barulah diaorang rasa tenang je

Kisah Aku... said...

apa fungsi pakai white coat? professional kah itu?tercemar dgn segala bagai microbe la jawabnya.ermmm...the Dr should be recognize by their attitude not that white things. peace ^.^V. all the best exam!eh, sama la exam next week.

~roslinda~ said...

yeay org muo!hehe tons of delicious food kat muar, served as breakfast. lontong, mee rebus, soto. nak balik johor!:)

Tiq said...

Nauzubillah,tapi siapa sangka that Hospital Bahagia serves tasty food.ohsem! RT @HatimRazak:'' Kalau anda ada masalah mental, sila berdoa dapat masuk Hospital Bahagia pasti rasa seperti taknak keluar''

hatim a.r said...

@norhidana:tapi ni dia punya lawa lain macam kak.dahlah cat bangunan dia cantik,lanskap dah ala-ala taman awam. bersih n well maintained

@kisah aku:unfortunately i didnt make the rule around here.so in the mean time, just bear with the coat

@roslinda:mee bandung muar palingggg terbaik.takde tempat lain rasa macamtu.tempat lain mee bandung semua kuah sos cili

@fatim:now you know where to go if u go cuckoo

Nursyahida Osman said...

Nice. Melanau pon masok. Bangga jadi Melanau :)

ataillazain said...

hai,tak sengaja terjumpa blog awk. best baca blog usang lagi bersawang ni. :D

Ibu Adam said...

Hospital Bahagian dekat ngan rumah ahkak!! Memang cantik dan bahagia kannn tempatnya..

Nasi ganja vanggey is the best setakat ini. Tak boleh banding mana mana. Walau jauh di rantau, sentiasa teringat-ingat weih..