Saturday, June 23, 2012

Sehari Feeling YB Di Kampung Orang Asli

You know you've made it in life when people show more concern for your weight gain rather than the unfortunate living condition of the orang asli. Suck it,Aishwarya Rai.

Kalau nak diikutkan status penduduk Malaysia, orang asli ialah golongan yang paling layak digelar bumiputera. Thay have been living in this country since forever. It is sad that we, fellow Malaysians know so little about them.

Sebelum lawatan ini, memang i myself stereotyped orang asli as people who lives in the jungle,sumpit binatang etc. Little that i know those days are long gone. They are actually a community yang struggling to keep up with urbanisation. Dulu orang asli ni bebas nak bercucuk tanam kat mana yang dia suka. Now, semua tanah ada geran, dengan sawit plantation being set up around their area. Justeru diorang punya sources jadi limited. In a way, they are actually forced to keep up with modernisation.

And judging from what we saw, they are definitely struggling to keep up with the rest of us. Most of them education level paling tinggi tahap secondary school, dan rata-rata student tahun 5 cuma hafal sifir up to sifir 4. Some cant even spell their own name, which is really sad.

Given the short time spent there, i know that we cant do much difference pun. But we tried to contribute something jugak for them. On the last day there,waktu pagi di spent dengan penyerahan sumbangan dan sesi ber-bonding dengan orang kampung.




Bila sembang-sembang dengan mereka ni baru kita sedar yang masyarakat orang asli ni sebenarnya dieksploitasi oleh banyak pihak dari parti politik hinggalah ke tokeh estate. Tak tau apa masalah dengan diorang punya meter bekalan air, tapi bil air orang asli adalah lagi mahal dari bil air di Penang. 

Ada yang tunggu masa nak kena potong. Kalau kena potong jawabnya memang minum air sungai yang penuh pampers bayi. Most of the women work in an estate nearby, earning average 300 ringgit per month. Pengangkutan pergi balik kerja ialah trak pikap yang disumbat berpuluh orang di belakangnya. Layanan yang lebih hina dari pekerja asing.

Kebanyakan mereka dah di convert to Islam. Tapi yang mengislamkan orang asli ni tak buat follow up. Jadi banyak yang islam tapi tak pernah sembahyang pun and tak tau basic agama. Dahlah basic agama tak diajar dengan lengkap, lepastu dengan kesempitan wang lagi..kalau mubaligh Kristian datang tolong memang sah-sah ramai murtad. Time tu baru kau nak menggelupur salahkan dakyah kristianisasi. Pelik jugak duit zakat banyak-banyak ke mana hala dia.

Lepas serahkan goodie bag dan beras plan seterusnya ialah nak buat informal motivational session with the school kids. Tapi memandangkan banyak masa lagi, kitorang satu group lepak dekat pondok depan rumah Pak Dolah.


One thing about orang asli is, they might not have much. Tapi once they accept you in their kampung they'll give you the best treatment they can offer. Ada satu rumah tu siap bagi kitorang souvenir. Sanggup dia selongkar rumah carik apa barang perhiasan yang dia boleh bagi. 

-sorang satu dapat. Terharu ;)

Yang isteri Pak Dolah pulak siap bentangkan tikar atas pondok untuk kami berbaring-baring. Siap dengan bantal. -____-" Segan gila hoi tak pasal menyusahkan bini Tok Batin.


Tak cukup dengan tikar bantal, hidang pisang pulak.



Dan air kelapa.


Dah macam bercuti kat Hawaii baring-baring menikmati angin sepoi-sepoi language sementara menunggu pukul 4 untuk aktiviti bersama kanak-kanak sekolah. Sambil tu mengasah semangat kesukanan dengan bermain gusti lengan lawan anak Pak Dolah.


We were expecting around 20 kids only sekali dekat 60 orang datang. Rasa nak pitam sekejap.


-antara yang paling awal sampai.

I took a group of standard 5 students. Basically takde buat apa pun,just sharing session tanya cita-cita masing-masing dan tunjuk pada diorang yang tak mustahil sebenarnya berangan masuk universiti. Banyak bantuan disediakan untuk anak orang asli kalau diorang nak sambung belajar tapi masalahnya kanak-kanak ni kurang dorongan. Sebab rata-rata makbapak pun tak habis sekolah. Jadi kepada kaunselor-kaunselor yang nak mengubah nasib anak bangsa,sila apply untuk bertugas di sekolah orang asli.




I have never given any motivational talk whatsoever jadi sedikit cuak di situ haha. Susah ok nak handle budak-budak sekolah ni semua nak tarik perhatian dahlah attention span masing-masing tahan 30 saat je, syabas kepada guru-guru sekolah yang berjaya menahan diri dari melempang anak-anak kecil ini.

At the end of the day i know that we didnt do much. 3-4 hari dekat kampung orang asli ni is hardly enough untuk membuat perubahan yang signifikan. I really hope those who work in Jabatan Hal Ehwal Orang Asli berusaha keras untuk tolong mereka ni. Dan ketua-ketua agama Islam pun harap dapat beri lebih perhatian pada masyarakat orang asli.




Bila dengar ada yang bercita-cita nak jadi pilot, doctor, cikgu  macam sedih pulak bila mengenangkan takde support system yang bagus untuk mereka ni and the fact that we didnt do much to help them. 

We were suppose to teach something to this community and turned out they are the one giving us so many life lessons. And for that, i will be forever grateful.

18 comments:

Cik Azz said...

Ayat kat perenggan pertama tu tak boleh blah... XD

Orang asli kat sini khabarnya ada akaun ASB 5K yang kerajaan Pahang bagi.. Tiap2 awal tahun dorang penuh kat pos opis amek dividen sahaja.. Yang 5K tu tak boleh amek..

Kadang2 kesian kat dorang sebab bila nak isi borang keluar, dorang tak pandai nak buat.. Kena ada sorang tukang tulis.. Tapi kalau dah ramai yang tak reti, hangin jugak yang sorang tu..

Yang bukan orang asli ni kena la cari duit sendiri.. Jangan nak harap la bantuan 5K tu... huhuhu...

Kisah Aku... said...

yup.really true. sedih memang sedih. reality malaysia. segalanya bermula dari hati. keep up on your good work bro. moga ada follow up seterusnya. tahniah!

Anonymous said...

tgk pics dlm post ni, then tgk pics kat sidebar, ehhh... dah lain lah you skrg. hewhewwww. ;P kbye.

anisizatyA.J said...

alaa kesiannya diorang ni.. :(

syamira zainan said...

kurus~

Cik Herniezieana said...

They need support.

syazwanizrashid said...

im going to perkampungan orang asli somewhere around pahang this weekend. wuhuu

ceklala said...

keep it up! usaha murni mcm ni ptt diteruskan :)

norhidana said...

kerajaan kite mmg ptt beri pendedahan n sokongan yg berterusan pd org2 asli utk menyekolahkan anak2 diaorang... kene beri pendedahan yg lbh lg...

Anonymous said...

My fren pon keturunan y tu jugak but her life seems better sbb duduk kat tmpt yg dkt ngan bandar kot

Unknown said...

nak prgi jdi physiotherapist kat kampung org asli ah

ainzoo said...

aku faham perasaan ko Tim.
Dua tahun, aku memang stay dengan orang asli kat Pahang.
sikit sebanyak aku faham kemelut diaorang. Apa yang ko taip tu semuanya betul. Kesian nasib diaorang yang jadi main2 dek orag2 politik (gomen maupun pembangkang), dan juga karenah birokrasi yang lain.
Tak ada follow up dr jabatan ag islam (unit saudara baru). Islam hanya pada nama. Ada yang dah murtad dah pun sebab mubaligh kristian yang rajin datang & beri bantuan kat dorang (minyak masak, gulam kopi garam). Apa yang aku tau, bukan nak tuding jari kat pihak2 tertentu. cuma apa yang jadi kat realiti tak sama dengan apa yang dilaporkan kat kertas.
aku pun hanya sempat sumbangkan sikit khidmat setakat yang termampu aku selama aku kat situ.

hatim a.r said...

betul tu,tapi kita pergi kejap-kejap ni memang tak banyak pun yg boleh disumbangkan.kena harapkan jabatan kemajuan orang asli jugak untuk mentenkan bantuan untuk diorang ni.dengar cerita diorang setiap hari makan sayur goreng dengan nasik sebab tak mampu beli ayam daging,sedih woo.sayur pun stok yang kutip sendiri tepi hutan

Falahin Farn said...

best yer! you are lucky to be able to join this!

i pray you insya Allah to be a good doctor ^ ^

ainzoo said...

Tim,
kat tempat aku, ada yang makan kopok lekor je untuk ganti ikan. tu kalau time ada duit. kalau takde duit, memang makan hasil hutan je la. memang kesian. huhu

kasutkacaputih said...

ouch..usang lg bsawang nice!

ana said...

saya ni orang asli asal rompin,pahang.betul apa korang komen nilah hakikatnya kami.saya sekolah pun sampai tahun 6 sahaja ambik upsr lepas tu tak sambung sekolah bukan taknak sekolah tapi ibubapa kami tak bagi pencapaian saya dan abang baik kami tak boleh masuk sekolah sebab tak ada duit.saya menangis abang kecewa sangat dengan keputusan ibubapa kami.lepas tu dia pergi kerja jarang balik rumah saya akui abang seorang yang bijak.saya pula tak boleh kerja ibu saya tak bagi tapi masa umur 18th akhir dilepaskan keluar berkerja.saya tekad untuk mengubah kehidupan keluarga saya dan yes saya berjaya ibubapa saya tidak lagi kekurangan wang.nak tahu berapa gaji saya!rm700 sahaja saya tidak berbelanja duit sesuka hati saya 70peratus gaji saya di hantar ke kg 30peratus lagi saya simpan di bank saya beli baju sepasang je setahun lebih saya berkerja di sana.saya kerja di kuantan di sebuah restoran cina disana saya sangat disayangi dan dilayan seperti keluarga mereka sendiri.kemudian saya berpindah kerja ke johor bahru.disini agak mencabar,banyak cabaran yang saya lalui tauke dan tauke so disini selalu bermasam muka dengan pekerja saya nyaris berhenti kerana dituduh merampas keksih orang iaitu abang tauke saya dan kekasihnya orang asli laut tapi adik tauke halang niat saya itu yang sekarang jadi suami saya.tapi disini pegalamannya sangat berharga kerana pengalaman inilah saya boleh hidup berdikari malah saya tak terjebak dengan kehidupan tak bermoral.sekarang saya ada seorang anak.cita-cita saya untuk ke menara gading akan saya sambung kepada anak saya.saya tak mahu orang memandang serong lagi kepada kami sebagai anak orang asli.

En Joe Cikgu Yang Garang ^^ said...

memang isu didikan agama yang menjadi masalah dikalangan masyarakat OA ini... peranan jabatan agama asih lagi longlai menangani masalah ini