Tapi bila difikirkan balik sebenarnya banyak je nikmat yang kita dah dapat sepanjang hidup.tapi mungkin sebab memang lumrah manusia,selalu nak apa yang orang lain ada.
Macam i contohnya walaupun 21 tahun hidup tak pernah bersusah tapi asyik mengeluh bila hadapi sedikit cabaran. i tahu mengeluh ni bukan sifat yang baik tapi kadangkala bila i mengeluh bukan bermakna i tak bersyukur cuma salah satu cara meluahkan perasaan saja.
Jadi kalau i mengeluh sebenarnya i mengharapkan kata perangsang bukan tazkirah subuh tentang kenapa manusia perlu bersyukur sebab yang itu dah banyak kali dengar sejak zaman Fauziah Latif menang bintang RTM lagi.
Bila dah dewasa sikit ni baru tersedar banyak hikmah atas setiap kesusahan yang dilalui. kalau kita tak biasa hidup mewah,sekali-sekala dapat nikmat kesenangan feeling dia memang lebih. macam kalau selalu hidup susah jual muruku setiap petang tiba-tiba menang pertandingan teka jumlah kacang dapat wang tunai 100 ringgit.mesti happy tak ingat. tapi kalau dah biasa hidup mewah,setakat 100 ringgit tu buat brekpes kat Tony Roma's je.
Lepastu bila dah selalu biasa dengan kesusahan, secara tak langsung mengajar diri untuk hargai apa yang orang lain sumbangkan.macam waktu i interview untuk scholarship JPA di Nilai.waktu tu i still belajar di UTP Tronoh, lepastu ada test mid term on the very same day.mama i sanggup bayar 250 ringgit kat pakcik teksi suruh bawa i balik ke Ipoh dari Nilai dengan kadar segera. walaupun cuma 250 ringgit tapi meninggalkan kesan mendalam.sampai sekarang kalau nak spend duit lebih dari 250 ringgit mesti rasa bersalah sebab sepatutnya perlu bayar kepada mama balik instead of membazir di jalan yang lagha.susah tahu tak bila datang nafsu nak membazir tiba-tiba bila cecah 250 ringgit terus insaf.potong stim betul.
dan sekarang bila dah pindah rumah baru bertambah lagi perkara dalam senarai kesyukuran i.walaupun penat macam baru beranakkan kembar empatblas tapi akhirnya merasa jugak i dapat wardrobe besar setelah berkongsi almari kecil dengan roomate for almost a year.yeah yeahhh
everyone now:ooooohhhhh
aaaaaahhhhh
-tapi katil memang rupa macam tu je.nampak sangat takde duit cadar sama dari dulu.tapi diingatkan bahawa cadar dibasuh dengan kadar yang frequent.bukti sampai sekarang bebas kurap.
tapi sebab dah lumrah suka merungut dan mengeluh sekarang i nak komplen about the bilik air. sila perhatikan gambar ini dan sila detect kekurangannya.
pada pandangan kasar mungkin anda rasa ini sebuah bilik air yang sempurna.tapi sila lihat jarak antara mangkuk tandas dan sinki. yaaaa sekarang setiap kali mahu cebok berak perlu jogging untuk ambil air dari sinki. i still tak pernah berak lagi di rumah baru jadi sekarang sedang brainstorm bagaimana mahu melabur dengan efektif.sesiapa ada cadangan bernas boleh letak di bahagian komen. harap cepat sebab perut dah start memulas nih.
on a lighter note;today i officially moved out from my old house.to no 8 Longwood,thanks for the memories. its been an amazing experience =)

-the most amazing house i ever lived in.credit to haizie for this awesome pic of our house.






