Wednesday, November 17, 2010

Weekend In Oslo Part Deux

Firstly,Selamat Hari Raya aidiladha to everyone! Since i celebrated raya in the exam room just now,so there'll be no raya post.Instead,mari kita sambung post tentang the awesomeness that is Oslo weekend trip.

Actually i hate travelling during this time of the year.Other than short daytime,its freaking cold(duh) and kena pakai winter coat tebal jadinya dalam gambar nampak macam 2-3 hari tak mandi ke apa pakai baju sama weh. Mind you underneath that not so stylo winter coat,i actually wore different outfits everyday. Buat penat angkut baju banyak-banyak,now fikir balik its kinda pointless.sigh.

Ok, like i said in the previous post,Oslo is one of the most expensive city in the world. So obviously shopping was not included in our travel plan. But we did get some souvenirs. Itupun rasa nak istikharah kejap sebelum beli fridge magnet T_T

You can find a lot of souvenir shops along Karl Johans Gate which is exactly like Grafton Street in Dublin. Except that they have like 8 H&Ms there. And im not exaggerating.




This place is located betul-betul depan Oslo central station. Kalau jalan sampai hujung towards Royal Palace,you will find Hard Rock Cafe.



I kumpul tshirt HRC but sadly,i tak beli pun Oslo punya sebab tak cukup duit,sedih tak weh???

The next day tu we went to the Royal Palace. Norway punya palace tak macam Buckingham. There's no gate surrounding it whatsoever. Bolehlah nak posing-posing depan pintu palace dan tangkap gambar dengan abang guard.


-see,very welcoming.Queen of England,take note.




-the changing of guard or whatever.

On the last day we decided to be a little bit cultured. We went to visit museums. Gila ilmiah ok jalan dengan housemates,first time dalam hidup melawat muzium. And its not even free -_-" Being a cheapskate,i ada 1 prinsip. Jangan masuk muzium unless its free. But this trip was an exception.Sigh..things i do for friends haha.

There's a lot of museum in Oslo. Tapi semua terletak jauh sikit from the city centre. Kena ambik bas number 30 to go there but semua muzium nih are very close to each other.


-the Viking museum.

Mula-mula macam nak masuk Viking museum tapi since i dah pergi the one in Stockholm which is 5X bigger and more interesting,jadi last-last we went to Kon-Tiki museum.


-punyalah effort gila posing depan muzium,tiba-tiba 2 makhluk enterprem cis.

Muzium dekat Oslo memang dari luaran nampak macam reban angsa,tapi dalamnya sangat ilmiah okeh. Kon-Tiki museum ni didirikan untuk menyimpan hasil kerja Thor Heyerdahl,a Norwegian explorer.





This raft is called Kon-Tiki.Thor use this during his exploration to Peru.How he survived 100+ days on this crap baffles me. He recorded this exploration which later won the best documentary at 1951 Academy Award. Fuh awesomeness.


-the original Oscar is displayed in the museum as well.

I gotta say;this museum was quite interesting. You can tell based on my housemates' expressions.


-excited hokeh!

Muzium ni jugak terletak tepi laut. Justeru adalah tidak patut jika mensia-siakan peluang untuk bercamwhoring di tepian laut.Tambahan pula ada ahli rombongan yang kamera harga ribu-riban,maka tidak molek untuk dipersia.




-the view was phenomenal.

But sadly disebabkan tak banyak masa jadi tak banyak tempat yang boleh dilawati. Kalau nak attractions yang free boleh je pergi botanical garden. But then its late autumn so daun pun takde nak tengok.


Travellers tips.

To those yang planning to visit Oslo,cara paling jimat untuk travel around the city ialah dengan membeli one day pass.Dengan pass ini anda boleh naik train,tram,bot dan bas dengan harga serendah 70NOK.WOW! amboih ayat macam nak peromot gelang tungsten.

Lepastu jangan lupa bawak student card sebab almost everything ada student discount. Jadi jangan kufur nikmat dan manfaatkan student card anda.

Untuk Muslim travellers pula,jangan menggelupur.Halal food can be found everywhere in Oslo. Muslim population dia agak besar,kalau jalan-jalan tu mesti nampak orang bertudung. Masjid pun ada,about 10 minutes walk saje from the central station.


-yang tengah berdoa khusyuk tu housemate i juga.22 tahun,masih belum berpunya.siapa nak buat menantu boleh drop komen.

Masjid ini juga ada restoran yang menjual makanan halal(gila masjid tak halal??) yang agak murah jika nak compare dengan kedai-kedai di luar sana.



This meal right here, which of course untuk seorang makan(siapalah seorang tu agaknye) costed only 79NOK saja.Which is relatively cheap lah kalau nak compare dengan kedai lain. By now you guys should know already yang this trip is a budget trip. Jadi to those yang kirim souvenirs im sorry i tak boleh beli sebab i pun belikan seketul fridge magnet saja untuk diri sendiri T_T

Everyday, after a tiring sightseeing session in Oslo, we came back to our apartment at night just for this;



Studying for endo exam!!!!

Now THAT is what i call LAWATAN SAMBIL BELAJAR.


Sunday, November 14, 2010

My Weekend Getaway 3.0- Oslo

Salam 1malaysia semua,anda sihat? Takpayah jawab,i dont really care actually hehe.

Kembali lagi dalam siri weekend getaway episod 3!Destinasi pilihan kali ini ialah Oslo,bandar mahal cekik darah ptuihh. Actually this trip was suppose to be macam celebratory trip sempena habis exam. Tapi lecturer yang budiman postpone exam ke hari yang sepatutnya bertolak ke Oslo. So we ditched the exam for Oslo. Exam or vacation?hmmm no brainer.

But fret not,we already asked the lecturer untuk buat exam next week. And he said ok,exam will be on Tuesday. Waktu hari raya haji. -_____-" Selamat tinggal makanan percuma malaysia Hall.

I went to Oslo with my housemates,first time semua pergi vacation sekali.Memang brotherhood habis dah ni. Bertolak di keheningan subuh Khamis dan tiba di Oslo around 10 pagi lebihkurang. Tapi sebab pilot mungkin beli degree online,kapalterbang tak boleh landing di Rygge airport sebab kabus. Kena landing di airport Torp yang 3 jam jauhnya dari bandar Oslo.


-dah kena bazir masa naik train 3 jam ke Oslo.siot betul rasa nak claim je duit tiket dekat pilot.

Nasib baik sepanjang perjalanan disajikan dengan pemandangan indah.Perasaan berbulu kena travel 3 jam atas train semakin reda.


-credit to haizie =)

Oslo juga adalah antara bandar yang paling mahal atas dunia. So accomodation yang hostel pun dah dekat 30 euro satu malam. Jadi i dan ahli rombongan decided to sewa a 3 bedroom apartment.



The apartment was very nice (sebab mahal nak mati kalau tak nice memang aku rembat receptionist tu) ada kitchen semua. But they dont call Oslo the most expensive city for nothing. You have to rent kitchen utensils dengan rate 150NOK per day. Dia ada sediakan nescafe 3in1 semua tapi kettle pun kena sewa. Motif? Memang cilaka ini bandar,semua nak duit.

So kalau anda plan nak ke Oslo,selain dari baju tebal anda perlu bawa duit yang sungguh banyak. Lebih banyak lebih bagus. Nak jimat boleh tapi makan rumput ah itupun kalau bertuah musim winter ni ada rumput lagi.


-ini tidak cukup T_T

Sekali pandang bandar Oslo ni lebih kurang dengan any other European city.






-yes they have 7eleven everywhere!

Tapi Oslo ada jugak attraction yang tersendiri. Walaupun banyak bangunan lama-lama,tapi ada jugak bangunan baru yang canggih macam Opera House ni.



Design dia memang unik sebab you can actually walk all the way sampai atas bumbung bangunan ni. Semangat gila naik atas bumbung bangunan on the first night despite the fact that it was -8 degree outside.Not.A.Good.Idea. I almost died up there.true story.


-at night.gorgeous.


-the interior pun awesome juga.hampir nak tangkap gambar dekat toilet dia tapi berjaya kawal diri.jakun betul.

The next day tuh aktiviti sightseeing diteruskan ke Vigeland Park. Park ini mempamerkan sculpture oleh Gustav Vigeland,seorang anak watan Norway yang pervert. Kenapa pervert? Sebab semua sculpture dia orang bogel. Mengucap panjang masuk park ni.


-ini antara yang paling sopan

When you're surrounded by ridiculous sculptures,you tend to make ridiculous poses;


-like this.

Dan di tengah park anda boleh jumpa ini;

-a pile of naked people.hurmm interesting.

Since winter is approaching,daytime adalah sangat sekejap.pukul 4 dah start gelap. But,cuaca je sejuk tapi persekitaran masih mood autumn.


-photo taken at the park. by Haizie. Muka bersepah,takboleh bawak pergi majlis.

Then at night, we went to Aker Drygge. A huge shopping mall yang terletak bersebelahan marina. Sangat gorgeous okeh tempat ni dengan private yacht parking di tepinya. Wah sungguh posh sekali.






-kalau duit nuffnang dah lumayan,i ingat nak buat downpayment kapal sebijik.


-dari sini boleh nampak bangunan berkembar City Hall di belakang.memang saja buat blur belakang,ala-ala pro.

Wah banyak betul gambar nak upload nih. Tapi kita sambung cerita di kemudian hari lah ye memandangkan i kena study untuk exam hari Selasa. Lagipun kalau updet sikit-sikit banyak sikit post ye tak?

To be continued...

Tuesday, November 9, 2010

Panas:Short Entry Gosip Artis


I have CNS exam tomorrow and Endo yang tak tahu bila tarikh sebenar dia hingga ke hari ini. Hence this short update.

Recently theres a rumour going around tentang perniagaan MLM seorang selebriti yang menjual gelang magnet/tungsten whetever. Gelang-gelang tersebut as i expected is a major scam. You can read about that on various entertainment blogs,macam tak biasa baca belog gosip waktu office hour kan?? Lepastu siap kata ada kedai dekat Oxford Street lagi. Im going to London this winter, so i shall check on that later.

And today i came across this news article pulak.


I pun tak tahu sebenarnya since when Dr Fazley ada buka private college sendiri but thats not bothering me at all. Yang i kisahkan di sini,dalam pada BBC melaporkan tentang Fazley memiliki doctorate yang tidak diiktiraf sekaligus menyebabkan status private college kendalian beliau diragui, BBC juga terang-terangan telah menipu pembaca mereka.

Sila rujuk pada gambar Fazley di tepi belah kanan website dan captionnya.

Fazley Yaakob

Fazley Yaakob has four HIT albums to his name.

Define hit please?i cant even recall one hit album from this fler. So BBC, ive got to ask;

Where got 4 hit albums meh??






xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

UPDATE:

wah dekat nak exam nih rajin pulak investigate kan. anywayy jokes aside, i bukak twitter Fazley to stalk see his response regarding this matter. Yelah kenalah ambil tahu cerita sebenar dari tuan punya badan.

And look what i found...



She's not winning yet. So cuba speku siapakah SHE yang dimaksudkan? Dengan kepakaran dan keBIKjaksanaan i,rasanya i tahu siapakah gerangannya.

Mungkinkah ini bakal menjadi berita terhangat minggu ini?sama-sama kita nantikan.

ps:macam nak jadik belog gosip dah ni weh.(konon short entry,ptuihh)

Sunday, November 7, 2010

Love-Hate Relationship

Benar kata orang tak kenal maka tak cinta.

Bila kenal baru boleh bercinta,kalau tak bercinta pun mungkin boleh suka.Kalaupun tak suka tetap tak akan membenci.

Waktu mula-mula datang Dublin i didnt really like this place. Bandar kecik,hujan,super cold and on Friday night(or any other night) you can see classy drunk people puking on the sidewalk.

But today bila i pergi ke briefing session dengan pegawai JPA kesayangan,Miss Afidah(who reads my blog,tu yang mengampu lebih ni) regarding next year punya planning untuk pulang ke Malaysia, i suddenly realized that ill be leaving this city i called my second home in a few months time,insyaallah.

Lepastu mulalah sentimental. Teringat kenangan lama mengusik kalbu di kala mula-mula menjejak kaki di sini dengan berlemoih hingus meleleh sambil tahan sejuk. There were too many things yang i tak suka about this city but now bila dah sentimental dan fikir-fikir balik,its not that bad.

Waktu mula-mula belajar turun town,i tak tahu ada masjid dekat city. Well,it wasnt my fault pun sebab from outside you can never tell its a mosque. So setiap kali pergi city,kalau nak sembahyang zohor,mesti kat dalam fitting room. And my favourite fitting room for solat would be Mark & Spencer in Grafton street.


Wah kelas kau nak M&S jugak,taknak kedai baju standed Hari-Hari. Bukannye apa,M&S ni ada free toilet jadi boleh wudu' free,lepastu fitting room dia alas karpet. Pilih pulak baju yang mahal-mahal buat sejadah,memang stylo.

Dan sungguh ironi tempat membeli makanan paling berkhasiat ialah tempat yang paling dodgy sekali.


This is where i get my veggie and fruits every other week. Not the cleanest open market,but they sure sell cheap fruits. Being a cheapskate, i memang tak ambil pusing sangat the cleanliness aspect ngeh ngeh.

One thing i hate the most is waiting for anything.I just dont have the patience. Jadi menunggu bas untuk ke city took the top spot on the things-i-hate list. Especially bus 11,yang tahap kekerapan dia ibarat menunggu Kelantan menang bola. Once in a blue moon gitu. (ambo gurau-gurau,tokse gomo )


Tapi sebenarnya waktu menunggu bas lah the only time i can just sit back dan memikirkan masa hadapan. Macam perancangan hidup dan cita-cita masa akan datang ecewah.

Kehidupan pulak tak selalunya indah. Walaupun nampak macam kanak-kanak riang terlebih glukos, kadang-kadang i pun stress juga.I do have problems. You know things like exams, emotions, and dealing with a-holes once in a while. Sesetengah orang suka duduk sendirian tenangkan fikiran. I just pergi city sorang-sorang and walk aimlessly sambil tengok orang lalu-lalang.


After spending 1-2 hours watching people (kadang-kadang diserikan dengan upacara beli-belah), i'll head home dengan perasaan yang less shiteous.

Waktu mula-mula datang Dublin jugak i used to question the purpose of this famous landmark called Spire;


I mean its totally useless,memang takde purpose pun mendalah ni. Tetapi landmark inilah yang menjadikan i lebih sayangkan Malaysia sebab at least Bang Najib nak buat landmark menara 100 tingkat ada la jugak kegunaan dia buat kondo ke apa.

So kesimpulannya like any other new place,it takes time to grow on you. Do you think me stop denying Nilai as my hometown happened overnight?

Thursday, November 4, 2010

Pembuli Sebenarnya Golongan Kurang Mendapat Kasih Sayang


Buli wujud dalam pelbagai bentuk dan sifat. Potong barisan di dewan makan, kutuk nama datuk sebab bunyi terlalu jawa, tekan tubi, sungkit babi, helikopter, superbike;sekadar menyebut beberapa bentuk pembulian yang dialami penulis sewaktu hayatnya di sekolah. Kebanyakan kaedah ini berkonsepkan penderaan fizikal oleh senior yang berperangai biawak. But im over it now,to those seniors kita setel kat Padang Mahsyar je lah nanti. Hah tahu pulak kau cuak nak sembayang taubat sekarang.


-contoh penderaan fizikal(gambar sekadar hiasan,tiada kena mengena dengan penulis)

Today i sembang dengan one of my friend yang mempunyai adik yang menjadi mangsa buli. Tapi jangan tak tahu,zaman canggih moden elegan 1Malaysia nih takde buli body contact dah. semua dah upgrade pergi internet atau omputeh kata cyber bullying. Kawan-kawan durjana kepada adik beliau nih gigih siap buat belog khas dipenuhi kata-kata lahar yang menjurus kepada tekanan emosi kepada si mangsa.

Dan yang paling menyedihkan semua yang terlibat adalah pelajar **wait for it** Form 1! wah boleh tahan gelojak hormon budak remaja perempuan sekarang. Tula banyak sangat tengok Spa Q petang-petang,sampai terbawa-bawa perangai backstabber lakonan Faradhiya.Eh kantoi aku pun pernah tengok spa Q. *maluewww*

I,myself adalah antara mangsa cyber bullying. Ewah ade aje nak masuk cerita pasal diri sendiri,gila glemer sunggoh huh.

Ingat lagi tak post yang i cerita i tengok konsert Search kat Dublin dulu? Haa then someone letaklah my belog link dekat fanpage Search di facebook. Then guess what? Semua peminat Search rageee gila babi semata-mata i taktahu lagu-lagu Search,tak kenal band members Search and whatnot.

Lepastu siap kutuk-kutuk kata i ni bajet layan MTV je lah,anak abu tak reti rock tapi perasan nak pergi konsert rock lah apalah. I was furious at first. But then tiba-tiba rasa simpati pulak. Simpati sebab yang mengutuk tu semua standard bapak-bapak orang yang dah mati pucuk tapi perangai macam budak belum sunat. Kesian mereka yang ada bapa begini,umur dah lanjut tapi buang masa mengutuk remaja 20 tahun yang innocent.

So what i did was i stopped reading all those bullcraps. I choose to ignore it. Takpayah suruh admin group buang blog link ke apa sebab time tuh buffered earnings nuffnang pun tengah masyuk,jadi kalau pakcik-pakcik menopause ni nak mengutuk apa pun,i just dont care. As long as they increase my blog traffic,duit masuk,i kaya. YES.

More often than not,the only way untuk menangani masalah cyber bullying ini adalah dengan meng-ignore apa komen tak membina dari mereka-mereka yang berotak siput. You know you didnt do anything wrong,so move on. Tapi kalau emosi anda fragile,mudah kecewa dengan tohmahan sebegini,talk to your parents and do something about it. I mungkin memang dilahirkan hati kering sebegini,setakat nak menghanjeng dekat facebook ape ada hal.

I dont mind kalau orang nak beri komen membina or nasihat like some of you guys did in my Gaga post. walaupun ada yang teguran agak ekstrem kata i komfem masuk neraka (lol sentap) tapi i tahu semua teguran ikhlas mahu i ke arah yang lebih baik ,terimakasih. *terharu*

Setiap hari,walaupun sedikit i cuba untuk perbaiki diri sebab tak dinafikan perangai kita pun kadang-kadang mengundang tohmahan masyarakat.

But sometimes no matter how hard you try, to some people you will never be smart enough, you will never be talented enough, you will never be Melayu enough, you will never be Islamic enough, you will never be successful enough. Pendek kata apa kau buat semua tak best,dia je la yang best. To those people i say;

GO KISS A GARLIC SHAPED ASS.



(gambar ini juga tiada kena-mengena dengan penulis)

Tuesday, November 2, 2010

Artikel Subur Dan Gebu Jejas Tumpuan Pembelajaran


Believe it or not ive been studying like crazeyy this past week. Walaupun sikit-sikit update belog,sikit-sikit login facebook itu memang normal kalau i tengah paksa diri study. Baca 2 ayat lepastu otak memberontak mahukan hiburan lagha. Ish ish bawak mengucap..

Macamana tak spend masa lama dekat internet,bukak website harian metro ingatkan nak baca headline je,sekali terpandang tajuk artikel nih;

Amalan berpantang

Wah subur dan gebu katanya,curious nih. Haruslah buang masa 10 menet nak baca sebab terlalu curious apakah rahsia menjadi gebu dan subur. Habis baca terus menyesal sebab artikel tipikal Metro,tajuk nak meletup,isi stended longkang.

Nasib baik sempat juga habis study sebelum exam walaupun ada sesetengah notes baca ibarat melepaskan kentut di tangga gara-gara kesuntukan masa. Daaann exam tadi was not bad juga. Bukanlah nak kata i boleh jawab semua,tapi since soalan adalah objektif jadi tak taulah yang part bantai tuh mengena ke tidak. Siap selawat 3 kali sebelum bantai,harap-harap berkat.

So after exam yang menyeksa batin dan zahir juga (sebab last 15 minutes struggle tahan kencing) i dan rakan-rakan seperjuangan ke city for dinner,kira macam celebrate lah kan. Menggelabah tak setakat exam 2 paper dah nak celebrate bagai,padahal minggu depan ada lagi 2 paper. Mula-mula i macam malas jugak nak pergi but memandangkan hari ini sepatutnya turn i masak jadi semua amatlah digalakkan makan luar hehe.

Dinner was at Proton House.




And since all of us are taking a break from studying tonight,jadi boleh lepak lama and order dessert. =)

-sagu gula melaka

-roti pisang with vanilla ice cream

But above all,the best thing ialah i got this from a dear friend of mine,Aisyah..


Its a neck warmer!!ill wear it for my weekend getaway lagi 2 minggu from now. Its really special sebab beliau buat sendiri ni woh,handmade tuh! thanks Aisyah,this really made my day =)

Ok sekarang nak qada' tidur,bye.