Tuesday, September 6, 2011

Peristiwa Yang Menginsafkan Di Se Pertiga Malam


I slept late last night around 2 am. That's actually my normal sleeping time but last night was considered late since i have to be at the hospital by 7 am this morning. Bangun pukul 5 lebih so thats roughly about 3++ hours of sleep.

Paham tak masalah algebra yang cuba disampaikan dalam perenggan intro di atas? Tak,post ni bukan nak whining tak cukup tidur kejadah,tapi nak ceritakan pengalaman ngeri first time experience gegaran gempa bumi.

To those of you who slept like hibernating wild boars *cough*housemates*cough* there was actually an earthquake last night somewhere in indonesia. Tapi gegarannya boleh dirasai di Malaysia.

I was about to sleep that time,around 2am++ kalau tak silap. Tengah berangan-angan atas tilam tiba-tiba terasa tilam terhuyung-hayang macam dalam sampan. Disebabkan dilahirkan bersifat tahyul, of courselah assume ini gangguan syaiton. Memang sah pembaca tegar Mastika sejak darjah 2.

I slept on a matress(no bed i tell you so kesian),so ini gambaran minda sebaik merasai gegaran.

-saja lukis kaki gemuk.sedar diri.

Terbayang ada langsuir melompat-lompat atas tilam. Tapi macam tak mungkin plak,sebab langsuir ringan, and i paid RM500+ for that stupid piece of matress. Takkan tilam 500 ringgit boleh bergoncang angkara langsuir? Ini absurd.

Lepastu terus keluar bilik terdengar pintu berbunyi-bunyi. satu blok apartmen dirasakan bergegar. Terus buat kesimpulan,ini sah gempa bumi. Lantas sarung seluar yang menutup aurat lepastu ambik air sembahyang. Drama gila weh sebab terbayang kalau mati at least berpakaian sopan. Tau pulak kau nak insaf kan...

The tremor was felt for few minutes. Waktu tu terfikir nak evacuate rumah ke tak? Should i kejut my housemates first? These people i tell you,are not the easiest people to kejut. Its either i save myself or try to kejut them and later die together. Hmmm decisions,decisions.

Finally gegaran hilang,and everything went back to normal. Everyone lives happily ever after.Tamat.

Macam haram cerita earthquake. But last night's experience sungguh menggerunkan. Dahlah duduk apartment yang borderline dodgy,anytime boleh roboh. I've seen in movies where people hides under their dining table during earthquakes. I dont know how effective this is but looking at my dining table....

ini komfem mati.

To those who said i was hallucinating/high/kena sampuk/suffering a certain degree of cerebellar lesion checkout this news article from Berita Harian. At least i wasnt dramatic enough to call bomba.

Sunday, September 4, 2011

Raya Dan Aleeza Kassim


I just got back from a week long Raya holiday in Perak. Jadi adalah sungguh exhausted di situ. I was the first one to arrive at opah's house,and the last one to leave. Goes to show how much i love holidays.

Raya has been good. It wasnt as meriah as last year , tak tau sebab apa. Mungkin sekarang dah berjiwa tua.

But the food was even better than last year's, rumah opah as usual ada soto for first raya. Followed by briyani kambing on the second day. Pak Lang next door had KFC for first raya and laksa + sate for second day. I am now at least 5 kilos heavier.

-2 people didnt get the wear dark/blue colour memo

Tahun ini sesi bergambar perasan artis diteruskan lagi. The sawah that we went to last year tidak fotogenik tahun ini sebab takde padi. Petani cuti barangkali. So we headed to Kuala Kangsar for some major camwhoring.

Mula-mula nak ambik gambar depan Masjid Ubudiah,but there were too many people at the mosque. No,those people were not there to sembahyang. They were taking photos too -_-"

So lokasi penggambaran dijalankan di kawasan sekitar.



On the first day of raya, all the ladies (from aunties to nieces) bersepakat untuk memakai jubah hitam untuk memberi aura muslimah serba kudus. But the men decided not to adopt this funeral-friendly look.

-all black abaya. Al-Arqam chic.


I had so much fun stuffing my face with good food. And duit raya this year menunjukkan peningkatan tetapi seakan tidak bermakna kerana timing belt kereta nak kena tukar dah tu T_T

TV stations tahun depan silalah terbitkan rancangan-rancangan yang kelakar dan menggambarkan suasana raya sikit. Ni semua channel cerita hantu. TV3 (ke astro?) lagi daring, petang-petang tayang cerita Susuk lengkap dengan scene Aleeza Kasim mandi swimming pool tunjuk lurah. Buat penat memburu lailatulqadar.

Akibat cerita TV yang tak mesra kanak-kanak, terpaksa ulang pasang cerita Rapunzel 7 kali.

-cool kids with 3D glasses watching aleeza kassimRapunzel

Sekarang semua lagu dan dialog dalam cerita Rapunzel sudah dihafal. If you go to Penang and by any chance meet someone fat singing songs from Rapunzel movie,you know who that is.

Thursday, August 25, 2011

Good News & Bad News


Good News

Im going back to Perak tomorrow! Cant wait. Since i did my end of rotation assessment today, i dont have to go to hospital tomorrow morning. =D

And the best part is i passed ,walaupun pass cukup syarat je. But still, im so glad because it was a neuro assessment and only God knows how much i hate neuro. Dahlah tak suka neuro sekali hambek kau dapat case amyotrophic lateral sclerosis. Google it, people.

Then later in the evening i went to a buffet by the sea with a group of friends for iftar.

-yummeyhhh



Bad News

After the assessment this morning,i went to Gurney for some last minute raya prep. Being the cheapskate that i am, i chose to park outside,by the road. Few hours later when i came back to my car,there's this major scratch on the side.


Dalam suasana hujan renyai-renyai tadi,meruntun hati ok tengok kereta yang tidak bersalah diperlakukan sebegini. Nasib baik di penghujung romadhon ni hati ini dipenuhi kesabaran yang menggunung. So to whoever did this to my car,i redha. Cuma nak cakap Selamat Hari Raya.
(and fu*k you)

Congratulations,Penang drivers. After neuro,you guys are second on my 10-things-i-hate list.


Monday, August 22, 2011

Diari Pemakanan Romadhon


As we grow up,we learn to not give a sh*t over small trivial things in life. Waktu kecil dahulu ketika matlamat jangka panjang hidup ini cuma ingin memiliki sebiji cyberpet, perkara kecil dan remeh-temeh sering meniggalkan kesan mendalam. Contohnya bila koleksi pemadam dirampas guru kelas,fuh dendam sampai darjah 3 tak habis.

Kalau bercakap pasal puasa waktu kecik dulu memang wajib ada air best-best. Lepastu wajib ada kuih,makanan sedap,roti john,murtabak,kebab etc etc. Waktu tu kalau puasa lepastu pergi shopping mall lalu depan bakery memang dugaan terbesar hidup.

Now that im a grown ass man, those things are the least of my concern. As long as there's food on the table,im good. I mean there's more to Ramadhan than just good food,amirite??

Walaupun bulan puasa langsung tak balik Nilai tetap tabah ok. Takdenye nak syahdu-syahdu ni. Besides,i survived 2.5 years in Dublin,why cant i survive Penang? I must say,living far away from family waktu di Dublin was the turning point. Dari seorang yang berada di bawah lindungan ketiak ibu kepada seorang yang berdikari.

First day sampai Dublin ialah bulan puasa. First sahur masak nasik lembik. Rasa macam nak menangis. Haha bongoks gila itu pun nak syahdu. Tapi hasil bantuan website seperti Myresipi, kualiti penyediaan makanan meningkat secara terlampau.

-antara hidangan berbuka yang disediakan sendiri sewaktu belum pro

Lama-lama bila dah terbiasa makan secara sederhana, secara automatis macam dah tak kisah sangat walaupun terpaksa berbuka dengan makanan bazar yang kualiti hamprak. (hampeh + haprak,new word.take note bebeh)

But of course once in a while kenalah berbuka best-best jugak. Duit ada dalam bank tapi makan megi tiap hari tu kufur nikmat nama dia. So kadang-kadang ada jugak berbuka di luar dengan rakan-rakan sebaya.

-this was at chili's.

-ini dekat restoren feberet, Pak Hussin Tomyam. Tapi time puasa kureng kick sikit

Sahur pulak makan je la apa yang ada kat dapur tu. Waktu mula-mula puasa semangat ah jugak nak bangun makan nasik segala. But now dah hujung-hujung ni,kalau terbangun tu pun dah satu keajaiban. So now what i do is,before tidur i prepare this two next to my bed;

Alarm bunyik pukul 5,dengan mata separa terbukak kunyah kurma sebijik (sebab lagi sebijik selalu time golek-golek sebelum tidur dah bantai) lepastu tonggang air masak sebotol. Then sambung tidur. Fuh efisien.

Bak kata Oprah Winfrey;

"Be thankful for what you have;you'll end up having more. If you concentrate on what you don't have you will never,ever have enough".

Sekian,tazkirah romadhon.


Saturday, August 20, 2011

Salam Perantauan


Since we are just days away from raya, i want to be the first one to wish you guys;


By next week komfem seluruh belog di alam siber akan menyiarkan post salam aidilfitri. So to avoid jumping on the cliche bandwagon kita wish awal-awal.

Sekian.

ps:pengguna highway Penang-Kuala Kangsar make sure balik sebelum/selepas jumaat depan. Jalan kasi clear senang gua nak drift balik kampung.

Sunday, August 14, 2011

Rezeki Ramadhan

Do you still remember this post about my aunty's kuih raya business?

Well guess what? Noor Homemade Cakes & Cookies was featured in Berita Harian last Friday. Sebagai bekas pekerja merangkap ketua jabatan pembungkusan, i am so freaking proud of my aunty.

Pendapatan 5 angka kauuu. Ini membuktikan walaupun tanpa kelulusan universiti obersi sekalipun,kalau kau rajin dan ikhlas,rezeki tu mesti datang.

Dah 11 tahun meniaga kualiti kuih tak pernah di kompromi. Takpayah mandrem atau minyak pelaris pun mampu tarik pelanggan.Harga pulak menten sebalang 20 lebih. Kalau peniaga zaman sekarang ni pantang dengar harga minyak naik,laju je capai marker pen alter harga makanan kat papan menu. Esok lusa harga minyak turun semua buat macam takda apa berlaku. Takde plak yang nak turunkan harga. Keji.

Tapi kalau anda semua nak mengorder kuih dari beliau,i think its too late oredy. Dah dekat-dekat nak raya ni selalunya order dah tutup. Takkan nak menggentel tart dalam tidur.

To Mak Anjang, words cant describe how proud i was when read that article yesterday. Tak sangka kuih Noor Cookies fotogenik jugak bila masuk dalam sotkabar. Presentation taknak kalah.

Speaking of presentation,this is Opah. Mencedok nasik lemak for berbuka. She insisted letak daun pisang atas pinggan to give it hotel food vibe. Opah siapa yang comel sangat ni hoiiiii??

Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan Yang Pilu


You know its Romadhon when;

1-you hear sexy, sultry almost sensual voice whispering Yusof Taiyooobbbbb on radio no less than 17 times everyday

2-Bloggers put up entries about their daily berbuka menu.

If you godek-godek my entries from last Romadhon,you can see my fair share of those menu berbuka entries. Sebab puasa tahun lepas was spent at home,with parents. And awesome food.

Why no menu berbuka entries for this year you ask?

If i were to put my menu berbuka here,orang Somalia pun sumpah nangis tengok betapa sedihnya kualiti hidup i ni haa. Gila hambar seleksi makanan memang tak membangkitkan selera makan langsung. But i dont mind really,lagipun bukankah kita digalakkan bersederhana ketika berbuka? *kesat airmata denial*

Normally i'll buy food from pasar ramadhan near my house,which is the least meriah pasar ramadhan on earth. Dari segi kuantiti boleh tahan variety dia. Tapi dari segi kualiti.....Sedih.
Sesetengah makanan tu macam orang baru belajar masak pun ade. Tulis je murtabak daging tapi bila makan ade la 2-3 ketulan kecik daging melekat celah gigi. The rest were kentang,bawang dan angin. Jadi akibatnya setiap hari i would only buy sebungkus nasi with lauk or nasik kerabu for berbuka. Thats it.

Sehari spend 5 ringgit jimat hoi menjelang hari ke 28 puasa nak beli 4 iPad pun tadehal. Wah riak gitu.

The only time i have proper food for berbuka is during weekends. Sebab weekend berbuka bersama Opah di kampung =)

Inilah nasib anak perantauan. Rumah jauh nun di Kota Nilai (jauh la sangattt) jadi terpaksa menumpang kasih pada nenek tsk tsk. But berbuka dekat kampung super best okeh. Walaupun ada menu macam mee or soto, nasik dan lauk wajib ada. Sia-sia diet seminggu, balik kampung topap lemak.

Owh and i went to bazar in Kuala Kangsar last week. Kalau nak dibandingkan dengan bazar dekat Penang ni ibarat nak compare Pavilion dengan Plaza Ampangan.

Unlike bazar in Penang, Kuala Kangsar's bazar is held in a proper place. Siap berbumbung lagi uollsss.

-people lining up to buy the most famous murtabak in KK

Bazar dekat Penang takde tapak proper. So dekat tengah-tengah bazar tu boleh pulak kereta,motor lalu ala-ala drive thru ke hape ntah. Dahtu driver Penang ni ramai jugak yang bangang tak bertempat. Dah tau tempat ramai orang nak bawak laju jugak.

So tidak hairanlah setiap minggu di bulan puasa ini memang sentiasa ternantikan weekend untuk makan sedap. And Opah always masakkan something for me to tapau bawak balik.

-Sebekas penuh tempoyak masak,makan sorang sebab orang lain tekak homputeh tak makan tempoyak.

Agak-agak kalau sapu kat roti sedap tak ni?