Monday, April 4, 2011

Jalan-Jalan Sumbat Jantung

Semenjak pulang ke Malaysia terasa badan bagai dipam. Pertambahan berat badan sungguh di luar norma kehidupan. Takpayah nak timbang pun dah boleh tahu mesti at least 8 kilo naik nih sebab bila sarung seluar di hadapan cermin cuma satu perkataan terlintas di minda.

Nangka.

Tapi takpe,pertambahan berat itu perlu seiring dengan tumbesaran. *denial*
I rasa ini memang sindrom biasa bila belajar di Malaysia. Suka gelojoh tak tentu pasal,mentang-mentang banyak makanan halal semua nak balun.

Malangnya di Penang ini takde lagi spot makan best yang telah dijumpai. Cuma satu je yang i tahu yang menjual laksa Penang bertaraf orgasmik. Iaitu kedai Laksa Buyung yang terletak di belakang Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Sila support kedai ini kerana laksanya yang sungguh marbeles. Dahlah sepinggan 2 ringgit setengah je,macam saja nak suruh beli selalu.

Selain Penang,area jajahan Gombak-Ampang juga diisytiharkan sebagai pusat pemakanan unggul oleh saudara Hanis. Justeru Sabtu lepas kami 4 orang semi obese siblings telah menjelajah kawasan ini untuk mencari sesuap nasi. Ok memang tipu la sesuap.

Destinasi pertama ialah gerai nasi lemak Taman Malinja berdekatan kolej TAR. Gerai ini cuma buka pada waktu malam dan memang biasa lah kena beratur nak beli sebab orang ramai.

As a true nasi lemak aficionado i got to say their nasi lemak is actually biasa-biasa je. But Hanis cant stop singing praises for this gerai. Mungkin dah kena mandrem air rebusan sependa gamaknye. Tapi gerai ini juga ada menjual char kuey tiow. Their char kuey tiow is one of the best i've tasted so far. Gambar takde la pulok.

Lepas menikmati nasik lemak sebagai appetiser, kami adik-beradik gempal menuju ke Ampang untuk men-try the famous Om Burger. Tapi Om Burger bukak lambat pulak malam tu,so we lepak at the nearby Naan Corner for a while sambil menonton game Manchester.

Dasar gemuks,lepak mana boleh makan angin je. Mesti nak order air. Order pulak tak reti nak yang kecik-kecik mesti nak saiz godang.

-cuba compare cawanpasu bunga berisi air tembikai dengan saiz kelapa di sebelah

-air laici pun taknak kalah.habih satu tin laici dituangnye dalam tu

We didnt order anything heavy pun. But i nak rekemen sup tulang singapore dia. Sup tulang singapore yang kaler merah-merah tu lepastu rasa dia berlemak.

sebelum:

selepas:
This artery clogging dish is so good you feel like tapaw-ing. Tapi kalau makan sorang mungkin agak muak. Dia kena kongsi makan ramai-ramai,kalau sorang jantung tersumbat biar semua kena. Baru adil.

Akhirnya lepas Manchester score 3 gol barulah the famous Om Burger bukak. Pakcik yang meniaga burger ni dah berniaga lama tapi kedai dia kecik je depan 7eleven. If you think sup tulang singapore is unhealthy, wait till you see the sloppy burger from Om Burger.

-people lining up to get their heart clogged

Look at those oil. Selalunya orang goreng burger dia macam ade takde je minyak. Di Om Burger,its almost like he dip fry your burger patties. Minyak bertakung okeh,lepastu memang takde la nak tos minyak ke apa. The only thing that'll absorb the excessive oil is the bun.

We tapaw the burger and eat it at home while watching Penanggal. Im not a big fan of burger yang sos melimpah ruah. So Om Burger is not my cup of three layer tea. Tapi kalau anda jenis yang suka makan burger sos meleleh-leleh ade cheese semua,you should give it a try. Oblong daging boleh tahan sedap dia.

-so greasy and sloppy.hence the name sloppy burger. I think Om Burger single handedly cause heart attack among Malaysians.

All this binge eating happened in one day. Inilah akibatnya bila deprived of malaysian food for more than 2 years. Once you let loose, memang susah nak kontrol pemakanan. Gaya makan macam tiada hari esok .

Semua kedai-kedai ini sungguh pemes di kalangan penduduk area Gombak-Ampang. Jadi harga makanan adalah standard tepi jalan mengikut pendapatan perkapita penduduk bandar. Boleh kira berpatutan juga lah.

Tetapi anugerah makanan sedap dan termurah diungguli oleh Gerai Bedah yang terletak di kampung i di Padang Rengas. Gerai Cik Bedah sudah beroperasi bertahun lamanya namun harga tidak pernah berubah.

-megi goreng 2 ringgit

-mee bandung 2 ringgit setengah

3 orang makan campur air tak sampai 10 ringgit pun weh. Patutlah orang kampung sekarang kaya-kaya. Dahlah getah dah naik harga,makan murah pulak tu. Makanan di gerai Bedah paling mahal harga 3 ringgit setengah. Tak tau nak terharu ke nak gelak.

Kesimpulannya hidup di Malaysia memang untuk makan. Justeru tidak hairanlah melambak patient admitted ke hospital sebab uncontrolled diabetes. Orang-orang seperti Om dan Bedah tidak patut dipersalahkan kerana pilihan berada di tangan kita. Tiba-tiba kempen kesihatan apahal kau?

Ok nak order jamu caplet susut perut sekarang.

34 comments:

dayanaazhar:) said...

yey saya rupawan:p

anyhow, nice jalan2 cari makan. tapi sup tulang tu agak eww...hahha, and the burger tu pun mmg berminyak sesangat..

maggie goreng nampak kaw...nak try one fine day.

nabila riduan said...

hatim!! yessss first!! ehh nak sedap la..!! ehh nnti we go for dinner together lepak2 chill2 okay ;)

MiaDiera said...

sup tulang singapore tu nampak menarek betol:D

harifa said...

hahahah...layan~

Aisyah Kay said...

terliur laaa pulak. haishhh

anisizatyA.J said...

Wahh sup tulang tu nampak menarikkk. Aaaa malaysian food!!! Rindu gila. Pffft hate you Hatim

anisizatyA.J said...

Wahh sup tulang tu nampak menarikkk. Aaaa malaysian food!!! Rindu gila. Pffft hate you Hatim

Saya Noury said...

moh kita makan..makan...makan..:D

Miss Twinkletoes said...

i suke yg nasi lemak tuh!
sedap sebab situ org pggil nasi lemak malis kn.
except tikus situ sume gemuk sbb makan nasi lemak situ jugak..wtheck.

Apis Hilton said...

boleh ganti serena utk jalan jalan cari makan

ainzoo said...

1 sajesyen kat ko untuk try Char koay teow kat area Sunshine Square (kat pulau ..)..dedulu aku lepak situ sambil makan kat gerai tu..tepi jalan je..aku tak sure sekarang ada lagi ke tak (since masa tu tahun 2000..eheh..gerai tu kat corner sebelum masuk Sunshine..geng2 aku panggil char koay teow longkang sbb mmg bebtul tepi longkang besor..)..tapi, mmg mabeles ar..sepinggan 1.50..kalo spesel (ada udang segar dan quit besor) kat CKT tu..pergh..aku kalo g, mmg entam 2 pinggan..& siap tapaw lagik..

Nursyahida Osman said...

sedap kan char koey tiaw tu! oh gosh nw dah craving for it.

eh eh megi goreng bedah sungguh mengujakan. T__T

entry ni buat lapar tgh2 malam. tsk.

Cik Azz said...

Alaa... mee tu ciput je.. pastu letak pulak dlm mangkuk leper camtu... memang la murah..

Kat sini mee dia dlm mangkuk melengkung... Nak masukkan kepala kt dalam mangkuk tu pun boleh...

hahahahaha....

ashz_ami said...

hatim !!! mmg wajibla blanja aisyh mkn kt sume tmpt ni nnt.. mlm ni mst mimpi mkn je. huhuhuhuhu...

miss zizie said...

respek lah gerai bedah tu. kalau ade kt rumah saya, mmg jadi pelanggan tetap. senang, tak payah masak. huhu :)

tuan blog, request kat mak cik bedah tu suruh bukak cawangan, haha!

iSmAiL sAllEh said...

waaa.....

lepas nie blh la chite psal tempat makan kat penang plak... org kata syura makanan kat situ...huhuhuhuh

the girang gumbira said...

u never failed to make me laughs la..

hatim a.r said...

@dayana:the sup is actually really good,despite being unhealthy tehee.if u can find kedai bedah memang salute lah

@nabila:ok siapa lagi nk belanja nih?haha

@miadiera:memang menarik.kalau sesiapa suka sup gearbox,mesti suka sup ni

@harifa:layan..

@aisyah:lap airliur tuh.tarbakor laptop kang

@anis:that sup is singaporean food lah hehe

@hidayah:moh le kite

@naddy:thats the minus point lah.theyre not that hygienic.shud really invest in some proper sanitation,dh kaya kut

@apis:memang tengah tunggu call dari tv3 nih

@ainzoo:akanku cari kuey tiow longkang itu haha.aroma longkang yg bagi sedap tu kot

@cik amoi:yep.mmg sedap.rugi tak order haritu

@cik azz:ok la tu,byk gak dia taruk ayam dlm tu.lepastu dia masak time tu jugak panas2

@aisyah:balik la cepat!!!!!!!!!

@miss zizie:cik bedah macam tak bercadang nak meluaskan empayar je. susah nak convince dia meniaga kat bandar haha

@ismail:orang kata...so far tak jumpa lagi yang betul2 best

hatim a.r said...

@girang gumbira:because ure so gumbira all the time.thats why la kot lol

CikHanim said...

serious! kau mmg pakar bagi org ketawa dgn blog kau kan?
hahhaa...

norhidana said...

amboi ko dik, blog cite psl mknnnnn je yek, mentang2 kt m`sia nih senang nk cari mkn... tak benti2 makn2 ye... heheh
tp btl gk...pilihan kt tgn kite nk plh makanan yg mcmne, nk yg healty ke nk yg oily ke apa2 kite gk pilih n tanggung...

dUng DuNg ChEy said...

om burger kelihatan menyelerakan!!
bila tahun nak try tu..tapi om burger ni memang glemer kan..penah tgk masuk tv suatu ketika dahulu..kih3

dalin said...

kira adik beradik kardashian le ni wakaka..

ko ni mmg pencinta makanan bagus keep it up.. mana tau buleh ganti si qi utk jjcm.. msti happening..

FazzYnameDcHuiB said...

alang3 kat stadium, cuba pegi "rokwok" plak. untuk shoping. ni asyik makaaannn..je.. mane tak jantung,limpa hati tak tersumbatt..

roxychick said...

ko kenapa hatimmm..?

dah berminggu aku puasa dari baca blog engkau.. terus bergegar-gegar meja aku tahan gelak punya pasal (kat ofis) taknak bagi orang lain tau aku buat keja sambil surf internet..

hadoiyai..

bugs said...

jalan2 cari makan versi hatim

elle said...

aku selalu makan satay kat nur satay, depan om burger tu. sangat recommended! try lah. sedappp.

too bad u didn't like om burger because for me it's one of the best burger in town ;)

nabilah shuib said...

saya tergelak sorang2 membaca this entry :D

hatim a.r said...

@cikhanim:pakar pemakanan sebenarnya

@norhidana:ya betul tu.ada juga yang dapat menangkap pesanan khidmat masyarakat dalam post ini hehe

@dung dung chey:memang glemer.kalau x xkanla org sanggup beratur

@dali:memang saya nak caras si qi tuh

@nurfaznim:macam takde ape je rokwok tuh. kalau pasar malam jual makanan ok la hehe

@roxychick:banyakkan istighfar bak kata ustaz

@bugs:jalan2 cari makan versi bajet

@edyth:oyeah??harus cuba nih

@nabilah:ade rase lapar x hehe

NurWahidah Abdullah said...

sedapnye........:)

LynnAiza said...

gileee laaa..ini betul2 nak menyumbatkan jantung ni..hahahhahha..tjojol den tgok..

again:entri #gelakgolekgolek dri hatim.gebang.gebang..lol

Unknown said...

ske entry ni nyumiesss

Unknown said...

nasik lemak tue nampak sedap...
oily gile burger tue..tapi still menyelarakan..mau carik jugak lar...sambil menambah kolestrol ;p

nabila riduan said...

hahaha..,dapat lepak kat enstek village pun okay tapi alamak! macam boring je kat situ..! eh you la belanja, you dah kerja kan..! dukto lagi you..!
:))