Monday, July 16, 2012

Balik Kampung


Bulan puasa tahun ini memang dah target akan berbuka dengan penuh zuhud dan by the time takbir raya Syawal yang pertama selamat tinggal spare tyre hello tubuh badan unggul disaluti busana mewah sale 30% gedung beli-belah Alamanda. Tapi masalahnya Opah dah awal-awal pesan, "bulan pose kamu balik le tiap minggu ye".

And if last weekend is any indication, perancangan untuk menghilangkan lebihan lemak degil nampaknya seakan mustahil. Memang dah adat kalau balik kampung memang takdenye nak makan sikit weh. Dahlah sekarang musim durian, lepastu orang lain sibuk bisnes kuih raya kau sorang balik kampung. Memang sah cucu tunggal yang diharapkan untuk habiskan makan 2 dusun durian.


-rambutan juga ada beberapa pokok. Patut pertimbangkan open table tepi R&R meniaga buah

Selain upacara melantak buah-buahan tempatan secara istiqamah, malam Sabtu haritu ada buat kenduri kesyukuran sempena nak menyambut Romadhon. 

Lauk ayam kampung,kari daging dan ikan keli berlada terhidang di depan mata maka memang wajibulghunnah makan 2 pinggan.Dahlah main course makan nasik, dessert pulak bubur jagung,bubur pulut hitam dengan pulut santan bersama durian. Masterchef pun tak hidang 3 dessert hoi.


Itu makan malam. Kalau siang memang takdenye nak duduk sesajer dekat kampung tanpa makanan di sisi. Tak padan dengan sakit lutut, ini posing Opah tatkala mencari rambutan untuk diberi makan kepada cucu gemuk beliau;


20 minit lepas makan rambutan, bergegas semula ke dapur untuk buat pengat pisang pula. Selamat tinggal berat badan unggul.


Tapi sekali-sekala balik kampung hujung minggu bagus juga. Berbaloi bayar duit minyak tol sebab dapat makan makanan sedap bebas ajinomoto dan serpihan tahi cincin peniaga gerai makan. Balik  Penang hari Ahad mesti bawak bekal makanan yang biasanya boleh buat untuk makan 2 hari. Save duit aku.

-bekal minggu ini: kari udang marveles

Agak lama jugak since last balik kampung. A lot has changed. Laman depan dan jalan sekeliling rumah Opah telah diturap supaya senang semua orang nak parking kereta raya nanti. Atuk pun tak payah gigih sangat nak potong rumput keliling rumah dah, beliau perlu bersara dari arena pemotongan rumput kerana hip joint yang kurang stabil.

-atuk sedang merenung nasib memikirkan tiada lagi rumput untuk dipotong.

Aaaand Honey the cat has given birth to a new batch of kittens. Ya, kucing yang beranak haritu kini beranak lagi. Sungguh sundal disitu tapi inilah nasib kucing jelitawan sering menjadi kerakusan nafsu kucing-kucing jantan di kampung.


Jika minggu depan tidak bizi insyaallah akan ku pulang ke kampung lagi untuk menghabiskan saki-baki durian yang ada. Agak tobat drive balik Penang bawak durian dalam kereta, sampai Cangkat Jering dah berpinau kepala menahan bau heh.

11 comments:

.. said...

Hatim,

tampal setiap biji durian tu dgn sekeping roti gardenia putih. Insya Allah takde bau. it did that utk bawak durian from pg to kl .. hehehe

aBoi said...

roti gardenia berkesan untuk menghilangkan bau... ^_^

FaznFaz said...

pulut durin???? yumsssss!!! nak tumpang kampung perak gak boleh x???

LynnAiza said...

nak ikut balik kampung pls!nak makan durian jep!pls pls!HAHAHA.gilaa laaa banyak camtu.2 dusun.syok gilaaaa.
salam ramadhan doc.juga utk opah and atuk. :)

suriani said...

jeles giler akak nengok opah kau layan ko super best.. durian, muttan and all.. mmmm..

cucu harapan utk ngabiskan buah2 utan di kampung.. wow!!

FaiZaH Fyn said...

2 dusun durian nak cucu sorang habiskan! ohoi boleh tak bangun sebulan sebab demam haha

Cik Azz said...

Mahal tak kos turap jalan kat sana..? Kat sini seco'et je dah mahal.. Lepas tu selang beberapa bulan dah jahanam dah tar tu sebab tak padat.. Tar tu utk jalan raya tapi dorang songlap.. Patut la jalan cepat rosak..

Laman rumah akak skang ni dah simen terus dah... Guna simen siap bancuh tu.. Orang yg buat kerja tu cuma ratakan simen tu je.. Satu lori hari tu kena caj rm2300.. Berbaloi la sebab simen tu tebal..

norhidana said...

wah2 balik kg bestnyer... dptlah opah yg penyayang n rajin msk... jap lg tembam la bakal doctor nih

hatim a.r said...

@...,@aboi:nanti this week boleh try petua ni

@faznfaz:tumpang ler hehe

@lynn:salam ramadhan!

@kak su:tengah musim buah,siapa lagi nk makan kalau tak anak cucu sendiri kannn

@faizah:ni pun dh feeling2 demam dah ni

@cik azz:entah ler.ni guna pekerja makcik saya so tak tau la berapa je kos dia hehe

@norhidana:takpayah tunggu nanti,sekarang dh tembam lol

az said...

sebagai pencinta kucing, saya nak cadangkan..apakata Honey di'spay'/di'neuter' kan supaya population terkawal. nanti bila dah beranak banyak2, takut ada yang mati, ada yg tak cukup makan, ada yang berak & kencing merata2 kat rumah jiran tetangga sampai jiran jadi tak selesa. unless ada yang nak bela anak2 dia, lain cerita lah. or else, spaying is the ultimate solution. tq! :)

Naim Iman said...

best balik kg durian banyak lgi. sedih gila bila balik kg tinggal biji dan kulit durian je.kalau post ke sini pn ok jugak tu.haha