Ok sekarang boleh keluarkan kalkulator dengan buku bank kira berapa duit ASB dengan Tabung Haji nak keluarkan untuk pergi melancong ke Korea ni. Actually i went there with this tour agency;
Thanks to Kak Filla,sebab tahu pasal tour ni dari belog beliau.
Basically tour dia 2 malam di Jeju,1 malam di YongPyong Ski Resort,1 malam di Mt Sorak dan lagi 2 malam di Seoul. Aktiviti yang dijalankan boleh refer post-post yang panjang berjela tu. Kompeni ini juga provides Muslim Tour tapi untuk tarikh-tarikh tertentu saja,so boleh check awal-awal untuk booking.
Roughly cost dia;
Tour fare: RM 2599 per adult (twin sharing)
Single supplement surcharge: RM 950
Airport taxes: RM 680 per person (subject to change)
Tipping: RM 95 per person
ACF : RM 30 per person
Travel insurance: RM 54 per person
So total yang dibayar kepada travel agent ialah RM3458
Untuk Marsh yang foreveralone takde geng perempuan,kena bayar extra RM 980 sebab kena duduk bilik single.
Tapi kalau pergi sorang bukan dia bagi bilik single pun,kau duduk lah bilik dua katil tu sorang-sorang malam-malam berdoa supaya tiada yang datang teman tidur katil sebelah.
Jadi persoalannya di sini; Berbaloikah trip ini dengan kos nya?
My answer is Berbaloi-baloi. RM 3458 tu inclusive of accomodation, transportation and food. Yang kena tambah bayar dekat sana ialah ski equipments dan tiket naik cable car saja. As you can see in the previous posts,hotel semua senonoh. I even checked the rate for one night at Grand Ambassador Hotel Seoul tu dekat Agoda.com, satu malam RM600++ ,and we stayed there for 2 nights. Tapi TV hotel semua cerita korea, layan game show malam-malam nasib baik ada Thariq tolong eksplen apa yang sedang berlaku dalam show tu. Sumpah noob -__-"
FOOD
But since this is a non muslim tour,downside dia ialah in terms of food. Kalau pergi restoran yang tak hidangkan seafood terpaksa lah mengadap sayur.
Luckily Marsh's mom bekalkan rendang daging kering and sambal bilis. So takdelah kambing sangat seminggu lebih makan sayur semata-mata. Since we are not picky eaters,dasar tolak batu kayu je so makan tak jadi masalah.
Besides boleh je malam-malam keluar kalau nak rasa makanan Korea yang lain. Halal restaurants tak banyak disini, so seperti jugak macam travelling di Europe kita request for either seafood or veggie option. Takdelah jahil sangat hentam je purposely nak order bibimbap babi ke apa.
AHLI ROMBONGAN
Group kecik je dalam trip ni semua Chinese consist of satu family, satu couple baru kahwin and us 3 malays. Tapi diorang ni baik gila,sporting pulak tu. Tour guide banyak cakap bahasa mandarin, so most of the time ada lagi sorang tour leader from Malaysia tu akan translate for us atau pun ahli-ahli trip yang lain lah yang akan tolong translate.
Siapa kata Melayu/Cina tak boleh hidup aman damai?? Siap malam-malam lepak sekali online guna wifi dekat lobi hotel.
Tour dalam group ni kena make sure semua ahli sporting baru fun,tak kisah bangsa apa pun. Kalau kau join Muslim tour tapi masing-masing muka ketat konon bangga habis melancong obersi, baik takpayah.
PERBELANJAAN
Duit belanja bawaklah dalam RM 1000 tukar siap-siap to Korean Won. Exchange rate 1000 won lebih kurang 3 ringgit. Souvenirs adalah mahal,walaupun dah tawar-menawar sampai kena halau still mahal. Ke aku je yang miskin semua benda pun rasa mahal? T_T
Serius tak mampu nak belikan souvenir untuk setiap ahli keluarga, last-last beli face mask selonggok haa kongsi lah kau ramai-ramai. Lepastu beli kimchi sebalang, kongsi ramai-ramai jugak. Ini konsep cenderamata jemaah.
Untuk yang mahukan something practical,boleh beli tumbler ini di Starbucks.
-seketul 14000won,tapi dapat 3 kupon air. Boleh claim whatever drinks from the menu,haruslah guna tiga-tiga kupon lepastu semua nak venti size. Pentamak.
WINTER TRAVELLING
Kalau nak pergi time winter memang kena prepare thick clothings. Nasib baik ada stok baju dari Dublin dulu so takdelah membazir nak kena beli baju sejuk. Long john tak pakai pun takpe but then again ini depends kepada orang lah jugak, maklumlah i ni lemak tebal jadi mampu menahan suhu ekstrem T_T
For ladies yang consider nak beli boots yang macam uggs tu,takpayah beli di Malaysia. Kalau winter kat Korea harga dalam 30ringgit sepasang dah boleh dapat.
Kalau main ski tu pakai baju nipis je dekat dalam,sebab after few minutes kompom berpeluh sakan,walaupun tengah snow lebat. Suhu boleh mencecah -10 degree,so bawaklah moisturiser or vaseline.
-nampak hidung dan bibir berkilat? Ya itu akibat overdose vaseline sebab kulit habis terkupas akibat suhu sejuk
Basically that is all that you need to know. Takpayah prepare apa sangat pun, we signed up for this tour 4-5 days before departure otai tak otai la kan.. But lemme remind you once again,yang i pergi ni Winter Non Muslim punya trip. Untuk yang nak pergi waktu autumn boleh refer blog Kak Filla. Itinerary of course lain, autumn takde ski tapi best sikit nak explore area Mt Sorak tu sebab boleh naik cable car. Kalau winter ini rupa cable car kat situ;
-tergantung kat tengah-tengah tu hah. Takde siapa nak naik
Sekian. Yang menjalankan tugas; Duta Pelancongan Korea.
33 comments:
korea wohh!!! syiok!! pulau jeju cantik gila kan? next family trip nak pergi korea lah. =)
Terbaikk la duta pelancongan Korea ! baru nak tanya, dah buat entry ni..hahahaa..thanks for the info Hatim :)
wahhh.daebak!!
HAHA lawak je nak jadi kamben kan?
mahal gilak
mana dtg duit ko tim?
terus pening pk duit
gamba last tu mcm patung..lawak lahh..
Fuhhh. Ingatkan cecah 5k. Banyak gile kot tempat die pegi. Bagus bagus. Boleh pegi lepas ni. *cek buku asb*
wahhhh! terbaiklahhhhh!
mmg nak terjah Korea adalah diidam2kan dari zaman sekolah.boleh kumpul duit dari sekarang nih.hihi =)
KAHKAHKAHKAH! terus lupa nak komen apa yg kat atas bila sampai gambar terakhir! adehhh. sakit jiwa camni. doc, pls kirim salam kat Duta Pelancongan tu. cakap ANYEONGGGHASAYURRRRR. ;P
wah terima kasih. excited pulok nak pegi. btw, agak2 musim apa paling best & sesuai utk org tua tatahan sejuk seperti saya?
fyi, kipas rumah x penah lebih dr 2, ekon set @ 20 saja.
@izyan:ok lah,takde la cantik sgt..tapi happening bandar dia.best
@naszihah:you're welkam =) nanti pergi jgn lupa belikan souvenir hehe
@bugs:kamsa hamnidaa
@iffah:rezeki Allah
@serra:punyalah hemsem..tak mcm patung ok.mcm kpop star adela
@rerehalim:tulah.semua org yg dengar ni kata tak mahal-considering byk tempat dia cover.and hotel pun best
@laskar pelangi:goodluck!
@lynn:harao2 dapat komisen dari kerajaan korea
@tijah:saya cadangkn akak pegi autumn.kalau pegi panas2 sgt kang tak feeling mcm gi obersi plak.autumn daun2 semua kaler kuning,cantik!kalau yg tak biasa sejuk memang menderita jugak la winter ni.kompem malam tak sanggup keluar hotel
wah, penginapan jea dah >RM1000 ?
aku plan buat trip jugak, tapi tido kat rumah sewa member jela, jimat sikit, haha
Assalamualaikum,
Thanks a lot!
Macam best jer travel dengan group nonMuslim, walaupun makan mungkin susah, tapi pengalaman mingling with others tu priceless! :)
thanks der.. :)
ok nice info...terbaik la bro.! thnks
betul lah.. sesekali travel ngan non-muslim punye group macam syok sbb leh share experience.. takde lah nak bekepit ngan kaum sendiri je kan? tapi tak pening ke dengar tourist guide dok ckp cina cingcongcingcong..haha.. haritu pon duduk sebelah rombongan cina.. hadoihlah.. fening dgr dia borak..hahah.. neway, good info and tips! nanti hakak nak gi phuket ke, fghance ke.. leh refer hatim plak yeh? hehehe
@d-sim:its included in the package.so kiranya kalau ikut tour ni hotel mcm dpt diskaun la
@musafir melayu:kitorg join ni sbb terpaksa sebenarnya hehe takde tour muslim buat date tu
@cik hernie,afiq:sama-sama
@filla kasihs:mula-mula pening gak la,tapi lama-lama tido je time dia membebel tu haha.bila ada prt yg penting baru bangun dengar.kalau akak nk pi europe jgn segan-segan,tanya je la.haritu seb baik akak bagitau takyah visa.kalau tak dah lemah semangat nak gi korea
yeah.... duit banyak!!...
next... mana plak?
japan?
best2... ko takde jumpa ngn retis2 k-pop kt sana ke dik?
sapa kata malay ngn chinese tak blh jln sama2, tak blh jd kwn..boleh je kalu nk kn
i pun pegi dgn malaysian harmony dulu. waktu end autumn, so ski resort dah bukak. mmg best gila korea!
pssstt pegi tak tmpt sauna tu? hehe
kaya ko jang...hahhaa yeah berbaloi sebab tiduq pon hotel yang best camtu....
anyhow, thanks tulis gk pasal bajet. hehehee...boleh la bukak segala bank yang ada, I mean try to cari duit hhahahha
wah, setakat ni dengar dari member2 yang dah g sana, ni la trip yg rasanya agak murah, byk member yang taram g sendiri je, rasa korea tu mcm kg derang je..at last, beriban habis...tang kome ni just nice la less than 5k.
en hatim!peri korea kena ada visa x?
@sweet life:teringin nak gi japan!tapi takde bajet wuwuwuwu
@norhidana:saya tak rasa artis diorg sanggup nak keluar kt tempat public.diorg bukan mcm kita,nampak artis bolayan je.diorg ni peminat fanatik,mampos artis tu kena serbu kang
@hanabanana:kindly refer to part 1
@dayana:duit saving lamaaaa dah ni.takde maknanya kaya,makbapak tak support apa pun
@kisah aku:yeap,saya pun consider ok la below 5k.worth every penny sebab best sgt.kalau lebih 5k kitorg pun tak mampu,student lagi ni T_T
@oniefana:alamak cicir plak satu komen hehe.takpayah visa.bawak passport dengan bawak diri je =)
huhu..best2..agaknya bila la dpt pgi..honeymoon kowt..hehe..
ok dah sekarang kena sendeh2 ngan bf aka future husband mintak dia sponsor pegi korea. boleh feeling2 kat nami island especially yang kat snowman tengah bercium...kehkeh
sbb nati terhina pulak dengan tour guide macam hatim....haha. larikk
btw, shida petite is shidaidris. nak jugak bagitau. bye
very nice trip.. wow! rugi i xamik package like this one..
Kepada yg ingin melancong ke korea (rm1500) or beijing (rm400)...sangat murahhh! :D Sila lawati laman web kami n follow ya blog + fb
www.muslimtravelbug.com
macam best je gi korea...berminat..tapi blum ada rezeki
대박!
Assalamualaikum, ni bkn nk komen td nk bertanya..haha..Almaklumla i kn rupawan..keh2. since kt blog ni mcm byk sgt je tmpt yg ko da g dik, akak nk taula among of all plces in europe tu, yg mn pling best n sesuai nak g? Consider la mcm katak bwh terpurung br nk kluo..kire 1st time la nk g eropah nung...terima kasih.;)
Post a Comment