Thursday, July 29, 2010
Mungkin Penukaran Jantina Jawapan Kepada Masalah Buang Bayi
Sunday, July 25, 2010
i-Shitty
The food was awesome tapi sebab semua makan macam orang bela saka jadi terlupa nak ambik gambar. Lepastu walaupun dah kenyang semua taknak berenti makan sebab dah bayar 25ringgit sorang mana boleh givap awal. spesis macamni memang dibenci tauke buffet.
lepas dah habis makan kentut-kentut semua tak tau nak lepak mana dah.sebab shah alam taraf hiburan dia up sikit je dari Nilai, nak karoke pun yang ada stok karoke jamban satu lagu singgit tu.nak redbox kena musafir pergi sunway. jadi kami sekeluarga memutuskan untuk menuju ke i-city sebab tak penah pergi lepastu tak boleh belah ok dekat fesbuk selalu stalk gambar orang semua dah penah pergi i-city. kira ni macam tempat wajib lawat sebelum mati.
Tapi nak sampai ke i-city tu gila babeng jem okeh.and this is not the first time kitorang nak lawat i-city .haritu dah try sekali tapi sebab jam teruk halfway patah balik sebab ada orang tak tahan nak kencing.so kalini walaupun jem semua dah nekad takkan pulang kerumah selagi tak jejak i-city.gigih betul.
Melihatkan keadaan jem macamni i memang tertanya-tanya la hebat sangat ke i-city nih? manala tau ada pameran ikan duyung ke,Tiz Zaqyah buat sesi otograf ke. macam semua orang dalam shah alam malam sabtu takde siapa nak duduk rumah tengok cerekarama.semua nak pergi i-city.siapa tak pergi dia tak cool.
40minutes and half tank of petrol later,we manage to find a parking spot. It wasnt long before we realized that i-city is full of crap.
Firstly this so called bandar teknologi ialah sebenarnya sekumpulan rumah kedai yang belum fully operated dan dikelilingi oleh kilang-kilang. Kemudian untuk masuk dan parking anda perlu bayar 2 ringgit pada hari weekends. dahla kereta banyak gila so nak jumpa parking memang berpeluh kangkang.
Walaupun tempat ini ramai orang datang(dan i masih tak faham apesal orang datang sini),kemudahan awam seperti tandas awam berada pada tahap sampah.
-toilet kecik dalam rumah kedai yang dikongsi lelaki dan perempuan. sebab ramai gila yang guna,hancing dia jarak 8 tiang lampu dah boleh bau.
Dan sebab ramai gila orang tempat ni memang merimaskan kepala otak.
Tapi dalam ramai orang dengan panas gila tu ada jugak yang sanggup duduk bersantai tetengah orangramai. memang kagum la siapa yang sanggup duduk situ lama-lama. tapi tetap takboleh lawan kegigihan mereka ini;
-siap buat studio penggambaran ok.kau ade?
Sunday, July 18, 2010
Sepetang Bersama Erra Fazira
So the day after diorang jemput i tuh kitorang pergi ke Key El untuk berfoya-foya. Lama betul tak buang masa kat kl.hampir lupa macamana rasa jadi remaja malaysia yang normal. we went to Ikea for lunch memandangkan semua orang macam mengidam meatballs sebab ikea dublin meatball babi. dah setahun mengidam woh kalau orang mengandung mesti dah meroyan.
-selain karipap,meatballs ini memang kecintaan.
Lepas makan sambil mengumpat,we went to cineleisure to watch Despicable me. Kali kedua tengok wayang kat malaysia.dua-dua cerita kartun.bila kau nak dewasa hah?
The movie was entertaining jugak walaupun not as good as Toy Story. siap boleh touching-touching lagi. apasal cerita kartun semua nak touching waktu last-last? letihla nak tahan nangis setiap kali tengok wayang.
Then after wayang and jalan-jalan dekat the curve yang mahal tuh we decided that The Curve is too posh for us. so off we went to OU,where we belong.waceyhh
Padahal pergi OU nak makan dessert je dekat Delicious. i like their chocolate pavlova sebab cream sedap walaupun ada potensi menyumbang ke arah kegemukan kekal.
-yang kanan driver,yang kiri sanggup datang dari penang.dua-dua tak available sila gigit selipar.
-yang kanan its complicated.apasal sibuk nak cerita status orang ni weh??macam laman mencari jodoh pulak kan.gatal.
Owh owh lupa pulak nak cerita,waktu kat delicious tu kitorang nampak erra fazira woh.dia pun duk lepak situ jugak.ni haa gambar sebagai bukti:
nampak yang baju oren belah kanan tu?sumpah weh tu erra fazira.mula-mula nak tegur mintak sain dengan gambar tapi bajet ego la padahal cerita Pasrah 3 kali tengok.belum kira Sembilu dengan Maria Mariana. paling takbley blah Amir aka mr driver. dia sebenarnya closeted Erra's fan.tu yang terketar-ketar ambik gambar habih gegar.Amir, kau jangan tak mengaku dowh.
Lepasni mungkin keluar sekali dua je lagi dengan kawan-kawan sebelum puasa.kalau dah puasa jangan harap la nak keluar dah time tu sibuk berzanji kat rumah. Jadi selamat berpuasa kepada semua,sama-samalah kita kurangkan karaoke nak dekat puasa ni.
Tweet
Sunday, July 11, 2010
Selepas Malam Ini,Sotong Boleh Hidup Tenang.
Friday, July 9, 2010
Doktor Gemuk Diragui Masyarakat
Tuesday, July 6, 2010
Siri Bercakap Dengan Jin:Makan Asap
Kuala Lumpur health department deputy head Dr Sellehudin Abu Bakar said Shisha was tobacco mixed with molasses and fruit flavours and tobacco product in any form contained nicotine.
He said all tobacco products were equally dangerous as it contained more than 3,500 chemicals of which200 were toxic and 43 were carcinogenic.
“It is difficult to compare which product is more dangerous.
“It depends on several factors such as frequency of use, how deep the inhalation or if other ingredients are added besides tobacco itself,” said Dr Sellehudin.
He added that Shisha smoking was also addictive as it contained nicotine from tobacco smoke.
“Shisha smoking can lead to physical addiction and can also create psychological and habitual dependence to the user.
“The water filter is a gimmick. Most of the toxic chemicals and nicotine are not water-soluble. Hence, they pass through the filter and is inhaled by a smoker, although other irritant substances, which are water-soluble, will get filtered.”
My brother siap kata air kat bawah tu untuk kasi tapis the chemical dan memberi feeling kesegaran pada asap.ceh gila scam kau weh.macamana aku boleh tertipu dengan fakta rekaan sebegini??
Lepastu WHO pulak cakap;
Meanwhile Reuters reported last week that the World Health Organisation (WHO) had announced that a single session of smoking Shisha yields a nicotine intake equivalent to more than one pack of cigarettes.
It is also reported that Shisha smoke retained all the carcinogens of cigarette smoke while adding more carbon monoxide and a separate set of carcinogens from the use of burning coals to keep the nicotine flowing, coupled with the risk of infection with tuberculosis or hepatitis from shared mouthpieces.
OHMAIGOD.
Lebih bahaya dari rokok okeh.Luckily im not addicted yet fuh.mula-mula saja je nak try main-main asap. i thought it wasnt harmful pun sebab asap bau buahan comel.rupanya silent killer nih. So dengan ini saya berikrar akan menjauhi shisha.shisha musuh negara.
Not only that its harmful but i look incredibly stupid when i smoke.
Monday, July 5, 2010
Diari Hidup Sekolah Menengah
Macamana boleh study sampai ireland pun sumpah sampai sekarang i tak tau macamana JPA pilih orang.hahaha.ok tak lawak sorry JPA.eh tapi serius memang tak pernah mimpi pun boleh dapat study overseas.mungkin itu yang dikatakan rezeki.
Tapi walaupun i loser dulu(mungkin juga hingga kini loser tapi in denial),but i am so proud that i was a part of my school's brass band and wind orchestra team. dan yang buat i lagi bangga tahap dewa ialah my school got second place dalam pertandingan orkestra antara SBP harini!!!
some of you might say ekelee dapat second place nak kompang satu malaysia. but lemme tell you why im so proud of my baby's success.my baby baby ohhh *tiba-tiba justin bieber*
Zaman dulukala sekolah i cuma ada brass band,takde pun wind orkestra nih.kami hidup dengan riang bermain alat muzik tanpa menggunakan note muzik.heck most of the band members back then cant even read a music sheet. semua feeling beethoven natural talent gituh.
So satu hari isnin yang hening ketika i form 5,kami bersiap sedia untuk main lagu Negaraku ketika perhimpunan.tiba-tiba baru tersedar yang semua pemain trumpet dah keluar sekolah sebab yang main semua senior tahun lepas.so we pulled a Britney.no scratch that.at least Britney lip synch to a proper back up track.ni semua bajet Boyz to Men ke apatah bantai acapella buat bunyik trumpet guna mulut. siapa yang tak tau trumpet tu apa boleh google. dahla trumpet tu macam paling penting dalam lagu,so bila buat bunyik guna mulut memang satu sekolah tergamam.
itulah kali pertama dan terakhir Negaraku dinyanyikan secara acapella di Sekolah Menengah Sains Selangor.mungkin juga di dunia. lepastu barulah sekolah bayar coach untuk train kitorang secara proper.dan buat pertama kali sejak bertahun-tahun jadi ahli band akhirnya i start baca music notes. bangga betul heh.
Tapi drama tak berakhir di situ.setelah pandai bermain alat muzik akhirnya kami bersedia untuk show off pada hari sukan sekolah.but there's one small problem. Kami tiada uniform.
So last minute we called the school's tailor;Madam Popo. Madam Popo seorang wanita optimis. beliau memang suka ambik tender last minute nih lepastu konfiden boleh siap. and guess what, uniform tu tak siap.
Malam hari sukan i dengan few friends stayed up satu malam jahit butang untuk uniform.waktu tu sumpah feeling project runway woh.satu malam tak tidur untuk menjahit padahal esok nak berkawad 4 jam. gigih gila okeh baru faham perasaan tukang jahit di malam syawal. to all tailors out there,i feel you. tsk tsk
-inilah uniform tu.banyak butang cabut tertinggal atas trek sebab waktu kemahiran hidup tak belajar menjahit secara serius
Walaupun butang banyak tercabut at least the band memang perform ah waktu hari sukan. After the performance dekat Sports day tu baru dapat invitation masuk pertandingan wind orchestra. lepastu baru start training lagi serius. siap ada yang quit sebab tak cukup masa nak basuh baju.alasan macam tahi betul.
First time masuk pertandingan tuh memang sakai gila prestasi.macam kalau hantar team Kelantan main kat World Cup. sayur habess. and that is why i bangga betul to see how good they are today.
-this was taken at our first gig.cewah feeling bunkface ada gig segala.
Lepastu bila dah terer sikit perform depan menteri pelajaran.Waktu tu Hishamudin la tokan yang hendle ministry of education.
And this is the team today:
-ahli dah ramai,instrument pun makin banyak. kini tidak loser lagi =)
Jadi kepada semua ahli wind orchestra SMSS and not to forget their parents dan jugak cikgu yang support team ini,i nak ucap tahniah for your achievement in the competition. kalau ada duit balance beli instrument harap boleh belanja i.
Tweet