Sunday, November 28, 2010

Winter Wonderland

Walaupun dah masuk tahun senior,tahap kejakunan pada salji tidak pernah pudar. Malah semakin bergelojak hari demi hari. Justeru apabila salji turun dengan lebat,tanpa lengah terus taruk status di facebook.



Actually the status was meant for my private facebook account hehe. Yang ni 90% dalam friendlist semua malaysian,so of course tengok luar tingkap takde salji. Kalau anda di Malaysia dan nampak salji juga,pergi basuh rambut cepat. That is not salji,cuma kelemumur sendiri.

Around 12am semalam salji turun dengan sungguh lebat. Dublin memang jarang snow lebat,so untuk expect snow lebat sebegini is as probable as me getting an A+ in CNS exams. Justeru tidak hairanlah bila satu rumah bertindak jakun dan bergambar di balkoni tatkala penduduk lain sedang nyenyak tidur. This is one of the video yang i record,due to the patethic state of wellbeing of my camera, tak clear sangat ah snow dia.



Pagi ni bangun tidur tak mandi tak gosok gigi terus bergambar keliling rumah. Malu tak perangai cenggini?



Have a great Sunday everyone!


Saturday, November 27, 2010

Mengapa Belog Jarang Update Lately..

Dalam sejarah hidup,selain dari peristiwa terberak dalam seluar waktu darjah satu memang tiada lagi peristiwa lain yang bisa membuat diri i darah tinggi akibat tekanan. Until this week.

Final exam ialah 2 weeks away. Dan semua orang tahu minggu-minggu getir sebegini memang status mental emosi i di tahap goyah. Jadi apabila semua ke-suwey-an ini terjadi, i almost lost my composure. 3 most important things went kaput at this crucial time of my life. Entry ini adalah untuk mengenang jasa perajurit-perajurit ini yang telah berjuang bersama sepanjang tempoh pengajian,tetapi menemui ajal sebelum waktunya.

The first one,


My external hard disk. This is where i kept all lecture notes,gambar travel segala jadah. Jadi bila dia mampos i menggelupur sekejap. Nasib baik gambar travel semua dah upload dekat facebook,jadi at least ada backup di alam maya. Ditakdirkan facebook bankrup dan tutup esok, jumpa i di wad psikiatrik Hospital Seremban.

Bila hard disk menemui ajal beliau,i tahu i mesti print lecture notes kalau nak study untuk exam yang mendatang. i tak boleh download lecture notes ke dalam laptop sebab laptop beli pada harga diskaun memang memori sebesar jerawat Spongebob. Tapi ditakdirkan pula ink printer habis pada saat-saat getir sebegini.


Jadi nak tak nak i have to download all my notes dalam laptop yang berkapasiti rendah ini. Tetapi tiba-tiba laptop jahanam ini buat hal. Everytime i switch on mesti keluar warning 'hard disk corrupted'. Im not a techno expert but im pretty sure thats a techno lingo for 'laptop ini sampah,go get a new one'.


I know i have to do something right away. So i log on to facebook dan bagi hint-hint dekat wall family members yang laptop i dah selangkah ke alam barzakh. Tapi tiada sorang pun yang reply 'dont worry we'll get a new one'. That was when i realize,dalam hidup kita cuma boleh harapkan diri sendiri.

I made an S.O.S call to my friend,Aisyah. Beliau ada 2 laptop,my plan is to borrow one of hers sebagai backup jika laptop i mengambil keputusan untuk meninggal dunia secara serius. Why anyone need to have more than 1 laptop is beyond me,but im not complaining since Aisyah berbesar hati untuk meminjamkan laptop beliau.

We met at the city untuk upacara penyerahan laptop dan sebab i rasa bersalah paksa beliau keluar rumah dalam cuaca sebegini, i belanja beliau char kuey tiow at Nyonya.


Di kesempatan itu,i mengambil peluang untuk memuaskan kempunan pada nasi lemak yang rasanya dah berbulan-bulan tak makan.


Sekarang kalau laptop i benar-benar menemui ajal,i takkan menggelupur lagi. Selamat jalan romeo, i have a backup. Thanks to Aisyah yang kini berada di Disneyland Paris. Ya,dua minggu sebelum exam beliau memutuskan Disneyland Paris adalah tempat yang sesuai untuk dikunjungi. I dont get it either but hey whatever makes you happy hehe.


Tuesday, November 23, 2010

Aku Sebuah Basikal (Karangan Contoh SPM 2010)


Aku sebuah (ke sebiji weh?) basikal. Badanku berwarna merah elegan. Dari luaran memang nampak seperti aku ni sebuah basikal canggih tapi hakikatnya aku biasa-biasa saja. Bagi mereka yang noob tak reti teknologi,pasti akan terpedaya membeliku sebab tengok rupa macam canggih berteknologi nano. Tapi lepas pakai baru tahu kualiti borderline longkang.

Disebabkan itulah tuanku membeliku dahulu. Aku dibeli secara online oleh tuanku,seorang pelajar yang hensemyang menetap di Dublin. Nak basikal untuk senang pergi sembahyang Jumaat katenye. Alhamdulillah,soleh betul tuan baruku ini,ucapku penuh syukur.

Tapi hari aku diposkan ke rumah beliau di Dublin tu aku dapat rasakan,beliau bukan nak pakai basikal sangat pun. Ini semua peer pressure.Orang lain beli basikal,dia pun tanak kalah,nak beli jugak. Memang dasar kaki boros. Tu belum tengok beliau membeli belah di ikea lagi. Konon siap buat list,tapi bila nak cek out sempat capai bakul sampah,bekas laundry dengan berus jamban. Bawah 10 ringgit,tak beli kufur nikmat katanya. Pffft.

Adatlah kalau beli basikal online kena pasang sendiri basikal tu. Sewaktu aku tiba di rumah beliau, beliau pura-pura terkejut kena pasang tayar sendiri. Dengan sekali percubaan,beliau putus asa lalu sambung makan kerepek. Nasib baik ada rakan-rakan rumah beliau yang sudi membantu,jika tidak aku pasti hingga ke hari ini pasti aku masih di dalam kotak.

2 minggu pertama bersama tuan baru ku,aku menikmati saat-saat indah. Setiap petang kami akan bergelinjang bersama di keliling persekitaran universiti beliau. Kami begitu teruja menjelajah setiap pelusuk kampus bersama. Melalui denai-denai kecil sambil mengelak dari menggilis tahi anjing yang berserakan di sana-sini. Aku bahagia.

Namun benar kata pepatah,langit tak selalunya cerah. Ku sangkakan panas hingga ke petang namun hujan turun ditengahari. Bukan hujan gerimis tapi hujan yang lebat gila stok astro pun jadi no signal. Tuanku semakin jemu menggunakan ku. Cuaca terlalu sejuk merupakan alasan cliche yang diberikan disamping menyalahkan gearku tidak berfungsi. Whattheheck?getus hati kecilku.Padahal gear aku masih elok,cuma beliau sebenarnya yang tak tahu gear rendah untuk naik bukit ke turun bukit. Tapi beliau ego,tetap menyalahkan diriku di atas kebengapan sendiri.

Kini aku tidak diperlukan lagi. Badanku ditambat pada palang besi di tepian tangga. Aku sedih diperlakukan sebegini. Akibat terdedah kepada persekitaran cuaca ekstrem, rantai kunci yang membelenggu badanku berkarat. Sudah berkali-kali tuanku cuba membebaskan ku namun gagal. Aku nampak riak kesal di wajahnya,terutama sekali selepas mendapat warning parking basikal merata-rata tempohari. Padan muka beliau,aku menyumpah di dalam hati sambil diselang-seli dengan carutan.

Kalau diikutkan mileage,memang tak sampai 20 kilometer pun aku digunakan. Sementelahan penampilanku masih menarik cumanya rantai kunci ini saja yang menghalang aku dari dimiliki orang lain. Tapi aku terus berharap semoga satu hari nanti ada yang akan menyelamatkan aku dari penderitaan ini.

Aku merayu pada sesiapa yang membaca rintihanku ini di luar sana, marilah datang dapatkanku dengan harga serendah 20euro on the road + road tax. Tapi kunci kopakkan sendiri. Aku tak rela menempuhi satu lagi winter dibiarkan sebegini. Ini sungguh kejam.


Yang benar,
Jejaka Sepi.


Saturday, November 20, 2010

Review Filem:2 Alam


Memang misleading betul tajuk. walaupun pecah panggung 40 juta katanya,but sadly 2 Alam tidak ditayangkan di Dublin ye puan-puan. Jadi untuk review sebenar filem 2 Alam boleh cari di belog lain. Mungkin ada antara kita yang pergi menonton filem shiteousbox office ini.

Speaking of box office movie,satu lagi filem baru di pawagam ialah filem Harry Potter yang ke 7. Siapa yang kenal i tahu how much i love Harry Potter books. Menunggu filem ini keluar sungguh menyeksakan jiwa raga. I've read every single books at least twice. Kalau baca notes macamni sumpah anugerah dekan dah aku.

And finally hari yang dinantikan tiba juga. Dublin memang lembab sikit baru nak premier harini, yelah cerita Despicable Me pun baru tayang few weeks back padahal dekat Malaysia awal summer dah keluar panggung.

Waktu i sampai city,memang lengang je panggung wayang tuh.


So i thought owh maybe orang Dublin spesis yang beli cd dekat pasar malam takpun main download saje. Jadi i pun dengan senang hati pergilah window shopping kejap while waiting for my friend to arrive.

My friend book tiket untuk show pukul 4.50pm so around 4 setengah kami pun berjalan dengan riang menuju ke panggung untuk menuntut tiket. Sekali tengok orang dah beratur panjang nak masuk panggung sampai keluar pintu.Dia punya line mengalahkan nak tengok konsert Mawi. Silap besar tengok waktu hari premier.

Nak taknak join jelah beratur sekali,ini bukan Malaysia bai kau nak buat perangai rempit potong queue.


Yang tak bestnye time kena beratur panjang nilah tiba-tiba Dublin nak hujan mencurah-curah. Thank God payung ada,kalau tak jadik macam kakak depan nih;

-nasib baik henbeg cap ayam.kalau LV camane?sanggup kau nak buat payung?

Tapi segala pengorbanan berhujan ternyata berbaloi. This movie is really good. At least thats what i think lah. Their decision to split the last installment into 2 parts ialah genius. kalau tak memang akan end up macam Half Blood Prince,pungpang pungpang sedar-sedar habis. Its really good sebab this time they really try to stick to the book plus a stellar performance by Miss Emma Watson *drool*

Memang tak dinafikan kalau anda tak minat atau tak baca buku Harry Potter,cerita ini boleh jadi sedikit boring sebab there's a lot of new characters dan cerita yang lebih emosi,dark dan sedikit jiwengs. Ingatkan dekat panggung wayang Seremban je orang buat bunyik-bunyik gatal bila scene kissing,rupa-rupanya dekat Dublin pun sama perangai rempit. Memang sikit lagi nak bangun dari seat tempeleng muka sorang-sorang.

Selepas menonton dengan penuh keterujaan perut berasa lapar jadi we went to a buffet chinese restaurant. Sesiapa orang Dublin yang suka pergi restoren Bongga ke apetah nama dia jom kita boikot restoren ni weh. Harga mahal,udang dah kecik.Aiskrim pun dah tak free flow huh.

-udang tempura cilik.saiz macam stended buat cencalok.BOIKOT.

And since Christmas is just around the corner(walaupun lagi sebulan),suasana malam sungguh berseri-seri dengan lighting dan decorations.


But nowadays semua nak elektronik even christmas tree pun nak letrik punya. This is Dublin's christmas tree tapi plug tak pasang lagi kot,tu yang tak menyala.


What happen to REAL christmas tree yall? This is what i call the 'i-city-fication' of christmas. And i dont like it.



Wednesday, November 17, 2010

Weekend In Oslo Part Deux

Firstly,Selamat Hari Raya aidiladha to everyone! Since i celebrated raya in the exam room just now,so there'll be no raya post.Instead,mari kita sambung post tentang the awesomeness that is Oslo weekend trip.

Actually i hate travelling during this time of the year.Other than short daytime,its freaking cold(duh) and kena pakai winter coat tebal jadinya dalam gambar nampak macam 2-3 hari tak mandi ke apa pakai baju sama weh. Mind you underneath that not so stylo winter coat,i actually wore different outfits everyday. Buat penat angkut baju banyak-banyak,now fikir balik its kinda pointless.sigh.

Ok, like i said in the previous post,Oslo is one of the most expensive city in the world. So obviously shopping was not included in our travel plan. But we did get some souvenirs. Itupun rasa nak istikharah kejap sebelum beli fridge magnet T_T

You can find a lot of souvenir shops along Karl Johans Gate which is exactly like Grafton Street in Dublin. Except that they have like 8 H&Ms there. And im not exaggerating.




This place is located betul-betul depan Oslo central station. Kalau jalan sampai hujung towards Royal Palace,you will find Hard Rock Cafe.



I kumpul tshirt HRC but sadly,i tak beli pun Oslo punya sebab tak cukup duit,sedih tak weh???

The next day tu we went to the Royal Palace. Norway punya palace tak macam Buckingham. There's no gate surrounding it whatsoever. Bolehlah nak posing-posing depan pintu palace dan tangkap gambar dengan abang guard.


-see,very welcoming.Queen of England,take note.




-the changing of guard or whatever.

On the last day we decided to be a little bit cultured. We went to visit museums. Gila ilmiah ok jalan dengan housemates,first time dalam hidup melawat muzium. And its not even free -_-" Being a cheapskate,i ada 1 prinsip. Jangan masuk muzium unless its free. But this trip was an exception.Sigh..things i do for friends haha.

There's a lot of museum in Oslo. Tapi semua terletak jauh sikit from the city centre. Kena ambik bas number 30 to go there but semua muzium nih are very close to each other.


-the Viking museum.

Mula-mula macam nak masuk Viking museum tapi since i dah pergi the one in Stockholm which is 5X bigger and more interesting,jadi last-last we went to Kon-Tiki museum.


-punyalah effort gila posing depan muzium,tiba-tiba 2 makhluk enterprem cis.

Muzium dekat Oslo memang dari luaran nampak macam reban angsa,tapi dalamnya sangat ilmiah okeh. Kon-Tiki museum ni didirikan untuk menyimpan hasil kerja Thor Heyerdahl,a Norwegian explorer.





This raft is called Kon-Tiki.Thor use this during his exploration to Peru.How he survived 100+ days on this crap baffles me. He recorded this exploration which later won the best documentary at 1951 Academy Award. Fuh awesomeness.


-the original Oscar is displayed in the museum as well.

I gotta say;this museum was quite interesting. You can tell based on my housemates' expressions.


-excited hokeh!

Muzium ni jugak terletak tepi laut. Justeru adalah tidak patut jika mensia-siakan peluang untuk bercamwhoring di tepian laut.Tambahan pula ada ahli rombongan yang kamera harga ribu-riban,maka tidak molek untuk dipersia.




-the view was phenomenal.

But sadly disebabkan tak banyak masa jadi tak banyak tempat yang boleh dilawati. Kalau nak attractions yang free boleh je pergi botanical garden. But then its late autumn so daun pun takde nak tengok.


Travellers tips.

To those yang planning to visit Oslo,cara paling jimat untuk travel around the city ialah dengan membeli one day pass.Dengan pass ini anda boleh naik train,tram,bot dan bas dengan harga serendah 70NOK.WOW! amboih ayat macam nak peromot gelang tungsten.

Lepastu jangan lupa bawak student card sebab almost everything ada student discount. Jadi jangan kufur nikmat dan manfaatkan student card anda.

Untuk Muslim travellers pula,jangan menggelupur.Halal food can be found everywhere in Oslo. Muslim population dia agak besar,kalau jalan-jalan tu mesti nampak orang bertudung. Masjid pun ada,about 10 minutes walk saje from the central station.


-yang tengah berdoa khusyuk tu housemate i juga.22 tahun,masih belum berpunya.siapa nak buat menantu boleh drop komen.

Masjid ini juga ada restoran yang menjual makanan halal(gila masjid tak halal??) yang agak murah jika nak compare dengan kedai-kedai di luar sana.



This meal right here, which of course untuk seorang makan(siapalah seorang tu agaknye) costed only 79NOK saja.Which is relatively cheap lah kalau nak compare dengan kedai lain. By now you guys should know already yang this trip is a budget trip. Jadi to those yang kirim souvenirs im sorry i tak boleh beli sebab i pun belikan seketul fridge magnet saja untuk diri sendiri T_T

Everyday, after a tiring sightseeing session in Oslo, we came back to our apartment at night just for this;



Studying for endo exam!!!!

Now THAT is what i call LAWATAN SAMBIL BELAJAR.


Sunday, November 14, 2010

My Weekend Getaway 3.0- Oslo

Salam 1malaysia semua,anda sihat? Takpayah jawab,i dont really care actually hehe.

Kembali lagi dalam siri weekend getaway episod 3!Destinasi pilihan kali ini ialah Oslo,bandar mahal cekik darah ptuihh. Actually this trip was suppose to be macam celebratory trip sempena habis exam. Tapi lecturer yang budiman postpone exam ke hari yang sepatutnya bertolak ke Oslo. So we ditched the exam for Oslo. Exam or vacation?hmmm no brainer.

But fret not,we already asked the lecturer untuk buat exam next week. And he said ok,exam will be on Tuesday. Waktu hari raya haji. -_____-" Selamat tinggal makanan percuma malaysia Hall.

I went to Oslo with my housemates,first time semua pergi vacation sekali.Memang brotherhood habis dah ni. Bertolak di keheningan subuh Khamis dan tiba di Oslo around 10 pagi lebihkurang. Tapi sebab pilot mungkin beli degree online,kapalterbang tak boleh landing di Rygge airport sebab kabus. Kena landing di airport Torp yang 3 jam jauhnya dari bandar Oslo.


-dah kena bazir masa naik train 3 jam ke Oslo.siot betul rasa nak claim je duit tiket dekat pilot.

Nasib baik sepanjang perjalanan disajikan dengan pemandangan indah.Perasaan berbulu kena travel 3 jam atas train semakin reda.


-credit to haizie =)

Oslo juga adalah antara bandar yang paling mahal atas dunia. So accomodation yang hostel pun dah dekat 30 euro satu malam. Jadi i dan ahli rombongan decided to sewa a 3 bedroom apartment.



The apartment was very nice (sebab mahal nak mati kalau tak nice memang aku rembat receptionist tu) ada kitchen semua. But they dont call Oslo the most expensive city for nothing. You have to rent kitchen utensils dengan rate 150NOK per day. Dia ada sediakan nescafe 3in1 semua tapi kettle pun kena sewa. Motif? Memang cilaka ini bandar,semua nak duit.

So kalau anda plan nak ke Oslo,selain dari baju tebal anda perlu bawa duit yang sungguh banyak. Lebih banyak lebih bagus. Nak jimat boleh tapi makan rumput ah itupun kalau bertuah musim winter ni ada rumput lagi.


-ini tidak cukup T_T

Sekali pandang bandar Oslo ni lebih kurang dengan any other European city.






-yes they have 7eleven everywhere!

Tapi Oslo ada jugak attraction yang tersendiri. Walaupun banyak bangunan lama-lama,tapi ada jugak bangunan baru yang canggih macam Opera House ni.



Design dia memang unik sebab you can actually walk all the way sampai atas bumbung bangunan ni. Semangat gila naik atas bumbung bangunan on the first night despite the fact that it was -8 degree outside.Not.A.Good.Idea. I almost died up there.true story.


-at night.gorgeous.


-the interior pun awesome juga.hampir nak tangkap gambar dekat toilet dia tapi berjaya kawal diri.jakun betul.

The next day tuh aktiviti sightseeing diteruskan ke Vigeland Park. Park ini mempamerkan sculpture oleh Gustav Vigeland,seorang anak watan Norway yang pervert. Kenapa pervert? Sebab semua sculpture dia orang bogel. Mengucap panjang masuk park ni.


-ini antara yang paling sopan

When you're surrounded by ridiculous sculptures,you tend to make ridiculous poses;


-like this.

Dan di tengah park anda boleh jumpa ini;

-a pile of naked people.hurmm interesting.

Since winter is approaching,daytime adalah sangat sekejap.pukul 4 dah start gelap. But,cuaca je sejuk tapi persekitaran masih mood autumn.


-photo taken at the park. by Haizie. Muka bersepah,takboleh bawak pergi majlis.

Then at night, we went to Aker Drygge. A huge shopping mall yang terletak bersebelahan marina. Sangat gorgeous okeh tempat ni dengan private yacht parking di tepinya. Wah sungguh posh sekali.






-kalau duit nuffnang dah lumayan,i ingat nak buat downpayment kapal sebijik.


-dari sini boleh nampak bangunan berkembar City Hall di belakang.memang saja buat blur belakang,ala-ala pro.

Wah banyak betul gambar nak upload nih. Tapi kita sambung cerita di kemudian hari lah ye memandangkan i kena study untuk exam hari Selasa. Lagipun kalau updet sikit-sikit banyak sikit post ye tak?

To be continued...