Monday, December 27, 2010

Semakin Hari Semakin Malas

Selalu tak bila anda tengah study week lagi beberapa hari nak exam masa tu dah siap plan dalam kepala lepas exam nak tengok movie,nak makan sedap,nak tidur berlebihan,semua benda nak. Gelojoh.

Lepastu bila habis exam those plans you made during study week semua macam tak boleh pakai,last-last duduk bermalasan di rumah sambil terkangkang dengan tak mandinya menghabiskan usia remaja menonton Ugly Betty.

That is exactly what's happening to me right now.

Waktu exam haritu berkobar gila konon nak makan best,masak special segala. Now that exam dah habis i jadi makin malas. At least waktu study week semangat lah jugak masak paprik,these few days this is what i eat. For breakfast,lunch and dinner.



Sup ayam + nasi + scrambled egg. Its not even a proper sup ayam. Ini sup ayam yang ayam pun boleh buat sebab terlalu cibai tahap kesenangan dia. Jenis yang rebus air,campak ayam,campak kentang,letak perencah sup siam. What a disgrace.

After the exams i tak pernah keluar rumah lagi due to the shiteous weather except for sembahyang jumaat. Yes,my life is that sad. Harini baru berjinak-jinak keluar rumah for boxing day.But boxing day in Dublin is not really happening compared to London.

Diskaun pun bagi macam tak ikhlas weh,dahlah perfume shop tak bukak. And i didn't shop much pun because i choose not to eat pasir when i go back to Malaysia next year, so i have to save some money. Not that i dont want to shop my life savings away,but im an adult now,it is my responsibility to manage my duit wisely.And its about time to accept the fact that my last name isnt Trump.

This time around i actually berbelanja secara berhemah. I only bought things that i will and can wear in Malaysia. There's a lot of nice winter jackets but since im going back in few months time,it will be pretty stoopid if i were to buy winter stuff. Lainlah kalau nak join group shuffle. Budak-budak shuffle sekarang ni i tengok bubble jacket berbulu-bulu pakai tengah panas terik ngalahkan orang Rusia.
-______-"

But there's this one cardigan from River Island yang i TERPAKSA beli sebab gila murah compare harga asal 70 euro ngeh ngeh. Nanti kalau balik Malaysia bila dah taknak pakai i buat jualan lelong je lah dekat belog okeh.

Owh and im going to somewhere on 27th for winter holiday. So expect even less updates on this pathetic blog. Not that anyone care kan...

Have a nice holiday everyone!


Thursday, December 23, 2010

Pilihan Hidup Selepas SPM


Tak semua orang sejak dari lahir tahu bila dewasa apa yang ingin dikecapi dalam hidup.

Even Kate Moss waktu dilahirkan tidak terus catwalk melangkah keluar dari v***** ibunya. Cita-cita dan matlamat hidup bukan satu perkara yang difikir dalam satu malam. Sesetengah orang memang begitu lucky,sejak darjah 1-2 dah tahu dengan yakin konfiden bila dewasa apa yang ingin dicapai. Orang-orang begini memang perkembangan pendidikan dan pilihan hidup akan dibuat sejajar dengan matlamat yang disimpan kukuh dalam sanubari.

Tapi ada sesetengah yang memang tiada cita-cita tetap sejak dari kecil. Bila cikgu tanya nak jadi apa bila dewasa kelak,jawapan boleh merangkumi daripada doktor haiwan hinggalah kepada jurujual gelang tungsten bergantung pada apa yang dirasa sesuai ketika itu. I adalah antara orang begini. Sejak kecil cita-cita memang tak pernah tetap sebab memang tak tahu apa potensi diri sendiri.

Jadi cita-cita akan berubah mengikut situasi. I always thought i akan bekerja dalam bidang yang memerlukan kreativiti. I love photography,culinary and everything artsy. Tapi oleh kerana tak pernah terlalu memikirkan soal masa depan dengan serius dan tak tahu pekerjaan paling sesuai dengan diri sendiri,maka kebanyakan pilihan hidup bergantung banyak pada pendapat ahli keluarga.

Thats how i end up doing medicine.

I tried engineering before. Tak sampai satu sem,i thought thats it lah. Physics sucks ass. Kadang-kadang memang kena lalui banyak kesilapan sebelum temui apa yang sesuai untuk diri. Waktu mula-mula belajar medicine pun i selalu persoalkan betul ke weh nanti lepas grad kau nak kerja dekat hospital berhantu,tidur tak cukup 8 jam,kahwin hantaran mahal sebab mak mertua suka caras lebih kalau menantu dokter.

Lama-lama i dapat terima lah juga kenyataan. Walaupun tak dapat kerja dalam bidang yang berdaya kreatif,mungkin ini memang dah ditentukan Tuhan. Sebab kadang-kadang apa yang kita suka tu tak semestinya baik untuk kita.

And come to think of it,perjalanan ke arah belajar medicine memang dipermudahkan. Waktu sekolah memang tak pernah masuk senarai pelajar cemerlang tapi entah macamana boleh dapat 10A. Lepastu interview yang pergi semua dapat macam memang Tuhan nak tunjuk ah ini yang kau patut ceburi. Paham tak,INI DIA depan mata dah terbentang peluang.

Then dapat pulak masuk universiti yang paling sempoi atas dunia sebab Tuhan tahu i jenis suka stress lebih-lebih. Jadi Dia beri universiti yang kelas 3-4 jam sahaja sehari,tak perlu pakai kemeja bertali leher belia ke kelas,yang boleh sukahati tunda final exam semata-mata kerana salji. Kalau ditakdirkan i kena study di India atau Egypt im not sure if i can pull that off or not.

Bukti terlebih lepak:

beberapa minit selepas umum peperiksaan ditunda.

But that is me. Untuk anda-anda semua yang habis SPM,fikir dan buat keputusan dengan bijak. Kenali diri sendiri dan tahu potensi masing-masing supaya dapat capai apa yang DIRI SENDIRI mahukan. Jangan sebab mak kata kalau ijazah dokter wang hantaran tinggi semua anak dara berlumba nak buat medicine.

Bila dah tahu nak jadi apa,then kena tahu pulak macamana nak ke arah itu. Macam i dulu memang tak tahu mana nak dapat scholarship semua ni. Semua kena makbapak tunjukkan. Dekat Malaysia memang tak banyak pendedahan kepada budak sekolah tentang life after school. Macam ceramah angkasawan sibuk nak galakkan budak-budak jadi angkasawan tapi tak bagitahu pulak cara nak menuju ke arah itu as in nak ambik course apa dekat universiti,scholarship apa semua. Jadi penyudahnya semua berangan nak terbang pergi angkasa dengan melakukan aksi superman atas motor.

Kalau kita betul-betul tahu potensi diri dan tahu cara nak melaksanakan impian,insyaallah senang untuk mencapainya. Dan kalau boleh sentiasa target untuk capai yang terbaik dalam hidup,tak salah bercita-cita tinggi kerana

When life gives you flour dont make lempeng. Aim high,make macaroons instead.

Tuesday, December 21, 2010

Perasaan Macam Baru Menang Loteri


My last paper for this semester is postponed to next year.


On the bright side,this means early christmas! And finally boleh kembali kepada kehidupan normal lipat kain,vakum rumah,cukur misai semua.

The downside pulak,by next year im pretty sure semua yang dah di study akan menjadi memori silam. Justeru akan struggle untuk lulus.

Memang perasaan seperti menang loteri. Happy gila menang 3 juta tiba-tiba timbul kesedaran eh eh duit haram.
(-________-")

wait for a proper update later yall!nak download movie jap.



Friday, December 17, 2010

Masakan Enak In Just 2 Minutes. Top Chef Boleh Pencen Sekarang.


Im taking a break from my notes tonight. Keadaan diri dah tak terurus sebab ada paper semalam dengan hari ni. Habis pukul 8 semalam sampai rumah around 9pm terus sambung baca notes untuk today's paper. One exam paper and merely 4 hours of sleep later,im practically a zombie. Dahlah subjek hari ni susah gila,nasib baik kawal emosi. Kalau tak memang dah karate meja dalam exam hall.

Lepas makan 3/4 pizza for dinner tadi,i went straight to bed. Dengan tak gosok gigi segala,bangun tidur terasa ada cheese celah gigi. Pengotor gila weh. Maafkan i,ini tidak pernah terjadi sebelum ini. *in case bakal mertua baca*

Memang minggu-minggu exam ni tak boleh nak digambarkan lah kesepahan dia. Periuk kotor dekat dapur dah melambak-lambak tak basuh dengan laundry tak buat dah 2 minggu. Apa nak jadi dengan kau ni weh. Ish ish.

Dengan kualiti tidur dan kualiti hidup generally down the drain, i need something to hold on to. Justeru kualiti pemakanan seharian tidak boleh di kompromi. Memang sekarang ni kalau tak belajar,akan habiskan masa makan.Atau makan sambil belajar. Atau belajar sambil makan,whichever comes first.

Jadi bagaimana caranya menyediakan makanan berkualiti dalam saat genting sebegini?

Jangan risau, i ada jawapannya. Take note semua,this might come in handy in the future. Rahsianya adalah memasak secara pukal. Ya masak makanan kegemaran anda dengan banyak untuk menjimatkan masa supaya tak payah masak setiap hari.

Kenapa perlu masak lauk kegemaran? Sebab akan terpaksa makan lauk yang sama 3 hari berturut. *bergenang airmata Syawal*
Ini stok lauk i 3 hari lepas;

Nama resepi:Paprik Ayam Pasrah Menerima

Dia memang rupa macam makanan kucing sikit sebab simpan dalam fridge. Lagipun sebab nak bagi tahan lama kita tak boleh buat kuah-kuah ye puan-puan,nanti senang basi. Tapi jangan gundah,selepas 2 minit dalam microwave ini hasilnya;

Dalam 2 minit tu boleh goreng telur,sambil tunggu minyak panas untuk goreng telur boleh baca notes Haematology. Dalam keadaan terdesak begini memang kagum dengan keupayaan diri multi tasking 8 tugas dalam satu masa.

Tapi jemu jugak sebenarnya kalau makan paprik hari-hari walaupun sedap. Eh terpuji masakan sendiri pula. Blushing. Justeru perlu tukar-tukar menu sekali-sekala. Terimalah resepi kedua;

Ayam Sweet Sour Redha Dengan Ketentuan-Nya

Jangan tertipu dengan nama resepi panjang. Tempoh penyediaan ini lebih pantas dari Paprik Ayam Pasrah Menerima. Tak perlu susah payah cari resepi dalam Myresipi.com, cuma perlukan ayam dan ini;

Paste sweet sour Uncle Ben's ini sungguh awesome kerana ada carrot,bamboo shoot,capsicum di dalamnya. Ini memang hidangan lengkap dalam satu balang. Penjimatan masa dan berkhasiat 2 dalam 1 fuh fuh kagum.

Tapi masalah lain timbul apabila lauk dimasak dengan konsep bundle sebegini. Bila belajar hingga lewat malam,memang naluri hati pelajar asyik nak makan. Selalunya akan makan snek-snek cekedis lewat malam seperti cekelat Twix ataupun biskut. Tapi sekarang sebab tahu ada lauk dalam fridge,skip biskut-biskut semua terus up makan nasik. So now i makan nasi at least 3 kali sehari.

Great. On top of looking like a zombie,i will be fat in no time. I will be a fat zombie and that certainly will not impress people if i were to put it in the 'Write something about yourself' column on my facebook profile isnt it?

So i switched to a healthier(?) late night snack.

Im not a cereal person and i know a bowl of sugar coated cereal probably has the same amount of calories dengan sepinggan nasik. Tapi at least takdelah buruk lantak sangat gayanya makan cereal pukul 3 pagi kalau nak banding dengan makan nasik lauk paprik kan?

Ini semua psikologi nih...

Sunday, December 12, 2010

Rekod Dunia:Remaja Ice Skating 2.5 Kilometer


Ingat tak haritu yang i ada cerita pasal presentation kena postpone sebab cuaca tidak mengizinkan? Haaa presentation tersebut telah diadakan pada Khamis lepas, so technically cerita ni macam dah separa basi jugak la tapi tak kisah sebab takde benda nak update maka i nak cerita juga.

*sinsing lengan gaya kepoh nak open table*

Pembuat jadual exam UCD memang mungkin ada tak puas hati dengan i ke apa tak tahu lah kan, presentation tu dibuat pukul 5 petang. 5 petang di Dublin sekarang adalah standard maghrib di Malaysia. Memang takde siapa dekat luar rumah melainkan hantu kopek dengan mat gitar tepi longkang jamming lagu Awie.

Tapi nak buat macamana,dalam hidup kadang-kadang perlu pasrah. Haruslah kuturuti jua semata-mata untuk memenuhi keperluan course ini. Tapi masalahnya hari Khamis tu lebihan snow minggu lepas sedang mencair.

Jadi pedestrian walk adalah dicover dengan ais licin. Rujuk gambarajah di bawah untuk mendapat sedikit idea bagaimana ia kelihatan;

It was like this all the way from my house to UCD. Walaupun pakai kasut yang paling jarang digunakan untuk mendapat cengkaman tapak yang berkesan,tetap feeling Disney On Ice bila berjalan ke UCD. Ive to walk really slowly,penguin walk to be precise.

Akhirnya tiba di Health Sciences Building 5 minit sebelum waktu yang ditetapkan.
Perjalanan yang biasanya cuma 20 minit,jadi 40 minit. Padahal presentation 3 minit je. Jadi bayangkan pergi-40 minit,presentation-3 minit,balik-40 minit. Gigih tak weh?

Lepastu on the way balik, i came across a huge pile of dog's shadoobie in the middle of the road. Anjing siapakah yang kurang sivik berak atas ais? Waktu i cuba mengelak dari longgokan mughallazah itu i accidentally stepped on a slippery surface lantas jatuh terduduk.Thanks to my Kardashian-like ass,there was no serious damage. Tetapi rasa malu terhadap masyarakat sekeliling yang mnyaksikan memang tak boleh digambar dengan kata-kata.

Luckily the next day tu semua ice dah start clear sebab temperature dah naik.

Before mengambil keputusan untuk naik teksi pergi exam on Saturday morning,plan asal i adalah untuk jalan kaki. Jadi kalau ditakdirkan ice atas jalan tu tak cair-cair jugak i ingat nak naik ni pergi exam hall.

Style gila kan??

My next paper adalah on the 15th. Jadi sekarang nak sambung baca nota yang memanggil-manggil dari tadi. Bye.


Thursday, December 9, 2010

Siti Ropeah


Belog ni boring gila sebenarnya kan? Kalau tak cerita pasal exam,cerita pasal cuaca. Kalau dalam situasi awkward lepastu tak tahu nak sembang apa selalu mesti orang buka topik cuaca.

"eh cuaca elok kan hari ini?"
"its very cold today isnt it?"

Perbualan begini memang takkan didengari di tempat remaja hip berkumpul. Cuba tengok post-post sebelum ni. Berderet 3 post pasal cerita pasal cuaca.

Baru sedar betapa bosan dan tak hip diri ini.

Sorry to disappoint kalian,kesuraman belog ini memang akan bertambah sempena minggu peperiksaan. Sekarang hampir depresi sebab notes selambak atas,tepi,bawah meja belum baca lepastu fikir esok nak masak apa untuk lunch,nak plan cuti akhir tahun,lepastu cuak nak clinical year takut tersilap bagi ubat then kena saman muka masuk page depan Metro.

Bila tekanan macamni semua benda nak fikir. Semua yang negatif.
Jadi selalu kalau buka youtube cari video mengarut untuk tenangkan fikiran. Waktu first sem tengok video panda bersalin. Exam kali ini i layan video ini pula.




Sekarang semua doakan saya lulus cemerlang peperiksaan kali ini. Kalau perlu buat baca yasin di sekolah masing-masing,itu lebih afdhal.


Saturday, December 4, 2010

Rare:Susan Boyle In Bikini


Tiada sebarang perkembangan dalam hidup lately hence the lack of updates. Its cold outside,most of the time i memang stay indoor dan selongkar dapur mencari benda yang boleh dikunyah. Technically i have no social life and im borderline fat ass. Doesnt get any worse than that.

The snow has finally stopped tapi still today's exam kena postpone ke minggu depan,redha. Disebabkan semalam last snow turun jadi dia punya lebat bukan calang-calang. Selalunya bila salji turun,semua ahli rumah berkumpul depan pintu balkoni sambil mengagumi fenomena semulajadi ini;

But yesterday was an exception. We decided to take it up a notch and bring our jakun-ness outside for the world to see. Alasan la konon nak pergi beli groceries,padahal waktu langit cerah sepoi-sepoi bahasa takde pulak nak membeli belah,time ribut salji baru bersungguh nak keluar rumah.

Sepanjang musim salji nih i kalau keluar pun setakat kawasan sekitar rumah je so semalam was the first time keluar dari tempurung untuk melihat dunia. Tak sangka persekitaran dah jadi ala-ala Russia.

Perjalanan ke kedai runcit amat sukar. Kami terpaksa berhenti di pelbagai destinasi untuk bergambar. Ewah terpaksa berhenti konon padahal besar hati betul sendiri cadangkan ambil gambar buat salam perantauan tahun depan.

Saja pilih gambar yang salji paling lebat nak buat penegasan pada orang kampung belajar obersi. Macam kau sorang tempat ade salji kan...

-muka teruja selepas membeli telur dan susu

Pulang ke rumah tidak sambung belajar walaupun exam minggu depan,bahkan dengan yakin diri sambung main buat snowman belakang rumah.

Now look closely, this is Susan Boyle from the show Britain's Got Talent;


And this is our snowman(woman?):

Pretty spot-on if you ask me eventhough our version ialah versi cover majalah FHM.

-semua yang bertanggungjawab di sebalik kejadian ini.



Thursday, December 2, 2010

Hujan Batu Di Negeri Orang. So How?


Its been snowing for 2-3 days already,and its not great. i was a big fan of snow but not anymore. Sepanjang hampir 2 tahun di Dublin,memang tak pernah snow lebat,selalu renjis-renjis dipilis saja jadi bila first time salji mencurah-curah turun memang excited lebih. Tapi bila dah banyak sangat snow memang tak seronok juga. Benarlah kata Daughtry dan Pussycat Dolls di dalam lirik lagu mereka,be careful what you wish for yall!

Permasalahan ini mencapai klimaks apabila mengundang kepada penutupan UCD hari ini;


Any other day,this would've been great news. But the fact that i ada presentation esok membantutkan hasrat untuk celebrate. This presentation is a part of the final exam,jadi kalau esok UCD tutup juga maknanya kena postpone to another date which will be a hassle since im already prepared for it and i want to get over this course already because i want to focus on other things which are equally important but requires a lot more time and effort. Wah panjang keluhan baca dalam satu nafas.

Dan snow cuma mengujakan untuk beberapa jam pertama. Once dia start cair,dah tak berapa nak teruja dah. Macamana nak teruja kalau jalanraya kelihatan sebegini??



Bila salji mencair dan termampat,risiko untuk tertonggeng di atas jalanraya sungguh besar. Kalau selalu ambil masa setengah jam untuk ke destinasi pilihan,kini perlu tambah extra 15 minit ke dalam tentatif perjalanan sebab sekarang jalan kaki selowwwww gila.



Ish salji komplen tak salji komplen,susah la kau ni kan. Eh jangan salah sangka,bukan nak komplen cuma nak memberitahu la natijah penurunan salji ni. Tak seindah yang disangka gituh. Tambah lagi sebab mengganggu jadual exam,jadi sedikit menyumbang ke arah stress. Tapi takpe,kita perlu manfaatkan apa yang ada,mari melihat pada garisan silver di awan mendung.



Alang-alang tak dapat pergi kelas(cewah ayat macam nak sangat pergi kelas kan) baik kita main snow.

Tapi the most creative snowman(im not sure if you can call it that) i gotta say this one lah,taken from my friend Wei Chia's facebook;
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-

-
But the picture is a bit 18sx.
Totally NSFW
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


You can find this snowc*ck in front of our student centre in UCD. This is one of the reasons why people never take us, UCD students seriously. -_-"