Friday, November 27, 2009

Tangkap Muat


ok sedang i berduka lara melayan gelora jiwa sebab raya haji yang hambar,i pun secara random ber-blog hopping.then i stumbled upon rizalman's blog.rizalman who kau tanya? zassssssssssssssss *petir. kalau anda orang malaysia tapi tak kenal rizalman sila kelar leher perlahan-lahan.u deserve to die in pain. so i dropped few comments on his blog AND AND AND he replied!on my page!sila refer last post's comment.ok by now he might think im a psycho obsessed fan wutever haha. jadi next time bila ada yg kondem blog ni i boleh kata blog aku rizalman baca blog kau? hahaaha

jadi bersempena dengan semangat rizalman-komen-blog-aku i mahu kongsi fashion no-no di mata i. im no expert in fashion but i can tell if something look pretty or downright fugly.

so lets start with our first fashion faux pass.

TUDUNG EKIN. ive nothing against ekin.or mawi.or marsha.or felix.SUDAH takpayah nak recap AF3 kat sini.there's a reason they called it tudung ekin.kerana ONLY ekin can pull it off. orang lain sila jangan pakai tudung jenis ini.terutama bila yg berbadan besar,tudung jenis ini buat kepala nampak kecik.jadi end up proportion kepala dengan badan macam fishball taruk atas tembikai.

4 S. acronyms for selempang,sendat shirt,seluar track,selipar. ini typical pakaian remaja perempuan yang bersekolah.tudung tu diselempang ke bahu,short sleeve tshirt zaman tadika,seluar track + selipar jepun.setiap kali pandang rasa nak rejam

KASUT SUKAN PAKAI DENGAN BAJU KURUNG.ok Odah sekarang kau decide,nak beraya ke nak jogging?baju kurung memang akan buat seseorang tampil feminin tapi bila match kan dengan kasut sukan ughhh.macam goreng keledek sambil nyanyi karoke.ada kaitan tak?takde kan?thats the point

MUSCLE TEE. please people do not ever wear this outside the gym. ini ada yang pergi time square pun bantai pakai muscle tee.kalau ada muscle boleh tahan lagi ini yang lengan menggeleber pun sibuk nak pakai.paling eyesore kalau armpit tak pernah trim.tiada manusia waras yang nak tengok bulu ketiak kau yang dah macam akar ginseng tu.lepastu naik pulak LRT angkat tangan nak capai railing.Allah...

SUPER MINI SKIRT. mini skirts adalah untuk yang berkaki cantik dan flawless sahaja. jika anda berselulit,tidak shave,kaki pernah digigit nyamuk sila pakai seluar sekarang juga thankyouverymuch. or alternative lain pakai lah leggings. bila naik KTM dalam cuaca sejuk tiada yang lebih mengerikan dari melihat bulu kaki perempuan depan kau yang berdiri akibat kesejukan.gross.



too much of anything can make u sick bak kata cheryl cole.in this case too much feather turned u into one of the Sesame street clan.




Monday, November 23, 2009

THISCLOSE


Lecture notes number 23556789:

These two serve the same function: PSC for legs and lower trunk ,CC for upper trunk and arms.


NOW WHAT THE HELL ARE PSC AND CC??
PUSAT SAINS CHERATING?
CHOCOLATE CUPCAKES???

WHAT WHAAAAATTTT????

-oh God why you do this to me.....



Saturday, November 21, 2009

Golongan Terlaknat Di Sesi Temuduga


Beyoncé Knowles: forced to cancel Malaysian concert through Muslim pressure
HALO HALO semuaaa!!!!fuh lama betul rasanya blog ni tak diupdet.baru lah betul usang lagi bersawang. rindu ke tidak?rindu ke tidak?rindu ke tidak??sumpah annoying tanya sampai 3 kali.

setelah dicanang keliling kampung rasanya ramai yang dah tahu adik i iaitu saudari husna binti abd razak telah mendapat 5A dalam UPSR. sekaligus melayakkan beliau untuk mendapat tawaran interbiu untuk memasuki SSP.bukan sijil simpanan premium,sekolah sri putri lah hawau.sejak bila sekolah di malaysia mengamalkan temuduga rambang ini sila tanya Muhyiddin Yassin.

memang dahsyat zaman sekarang ni sampai nak masuk skolah menengah pown kena interbiu segala. zaman i dulu nak masuk asrama senang je.isi borang lepastu sembayang hajat. tak payah temuduga semua ni. tapi habis je sekolah menengah memang banyak pengalaman i diinterbiu. disebabkan mak bapak bukan jutawan Hai-O maka memang kena berjuang untuk dapat scholarship. tapi dapat atau tak tu bergantung pada rezeki juga sebab di Malaysia ni kalau kau interview gempak siap deklamasi sajak pun silap-silap anak angkasawan rumah sebelah tu jugak yang dapat sebab guna orang dalam.

bagi i bila dipikir balik interview memang pengalaman yang best sebab kau akan berjumpa pelbagai jenis manusia.tetapi memang antara golongan-golongan yang ditemui ada yang menjengkelkan hati sanubari.

golongan overdressed
owh ini memang nampak sangat tak pernah pergi interview. especially the ladies.dress up ala-ala M.Daud Kilau dengan bling-bling satu badan lepastu bajet stylo.ada yang pagi interview feeling victoria bekam lantas pakai heels 8 inci lepastu jalan terabur habess.kalau tak biasa pakai heels takpayah lah gatal pakai sampai 8 inci sabariah oiii
kontrol ayu kontrol ayu.....

golongan underdressed
selalunya lelaki lah yang pakai macam tak sudah.i tahu lah pakaian formal ni tak selalu dipakai tapi tak payah la nak kedekut sampai kena pakai kemeja peninggalan arwah datuk.ada yang pakai kemeja warna coklat dengan tie kaler hijau lumut.sekali tengok dah macam lady gaga.kalau tak tahu matching kaler pakai je baju putih dengan slack hitam.nak style sikit pakai tie merah.kan mudah tu.and ada jugak yang sanggup pegi pinjam blazer saudara mara untuk interview.ini tak salah tapi bila blazer kau 3 kali ganda saiz badan memang tidak sedap mata memandang. memang tiada dalam skema pemarkahan bila pakai blazer dapat markah lebih jadi takpayah malukan diri sendiri sampai macamtu sekali.

golongan kiasu
selalunya golongan ini akan datang dengan atleast 3 fail yang dipenuhi sijil-sijil lepastu saja je nak selak-selak depan muka orang lain sebab nak tunjuk dia lah calon paling layak sebab dah banyak pengalaman masuk pertandingan berbalas pantun.orang macam ni selalunya berlagak je lebih tapi bila bercakap haram takde point pun.cakap english pun dah macam bunyik jawa ada hati nak show off.chaittttt

golongan competetive
sedikit competetive itu bagus untuk memajukan diri.tapi kalau dah terlebih sangat memang layak dimaki. terutama sekali bila temuduga dalam kumpulan mesti ada seorang minah mulut pokpekpokpek tak berenti cakap sebab taknak bagi can orang lain.ini berlaku pada i waktu interview JPA,minah seremban pakai tudung perpel tuh sampai sekarang i masih ingat muka dia.lepasni kalau aku jumpa kau kat paksen seremban siaplah kau

jadi untuk semua calon-calon interview diluar sana silalah mematuhi etika-etika interview yang ditetapkan. dapat ke tidak bergantung pada rezeki dan takdir juga.sila jauhi perkara-perkara menjengkelkan ini jika tak mahu jadi seperti minah seremban tudung perpel yang dibenci itu.
akhir kata;LU WATCHOUT AH MINAH!!!!




Monday, November 16, 2009

Hidup Ini Penuh Ujian <------ Bukan Metafora


hari ni memang letih gila.semalam stay up konon-konon belajar.so sudahnye bangun pukul 12. niat di hati mahu duduk rumah jadi pelajar mithali dan habiskan belajar untuk CAL test selasa ini.YE lagi sekali ade test.terimakasih ucd kerana concern dengan perkembangan pelajaran i justeru tak habis-habis nk buat test.

lepas bangun housemate yang dilahirkan gifted berotak genius memberi cadangan mengapa-perlu-belajar-hari-minggu-mari-menonton-wayang.siak korang.seperti yang semua boleh jangka i tewas dalam memperjuangkan ideologi belajar di hujung minggu.memang sejak dulu bila ada pengaruh luaran i akan distracted.jika diberi pilihan antara lawatan ke kilang belacan dengan study kemungkinan besar i akan ke kilang belacan.

dipendekkan cerita tadi i menonton 2012.alahh cerita pasal kiamat tu.walaupun ini kiamat dari sudut omputeh tapi boleh kata menginsafkan jugak la.kiranya bukan hiburan lagha semata tapi ada juga pengajaran yg diperoleh.terutama sekali bila ada satu scene seorang homeless memegang signboard bertulis REPENT!THE END IS NEAR.fuh sentap sekejap muhasabah diri dalam panggung.

ambek kau siap peromot.cerita ni boleh kata bestlah jugak dgn efek2 yg agak gempak.so daripada buang duit tengok cerita macam kuliah cinta,anak mami kembali dan 13 cerita anak mami yang lain baiklah tengok cerita ni.gerenti insaf keluar panggung terus sembahyang asar.

dan memandangkan final exam lagi 3 minggu maka i dengan dukacita mengumumkan untuk berehat dari dunia blog buat seketika.cewah gelabah announce silap2 esok dh updet baru.ok mayb tak stop blogging tapi dh tak updet sekerap before this.lagipun bosan la asek updet pasal exam je,kalau tak caye cuba kire berapa post pasal exam je.penat tahu.jadi doakan lah i diberi kerajinan yang abadi untuk menempuh hari-hari study yang muram ini.

sebelum berpisah terimalah tarian penutup dari i.wassalam

Saturday, November 14, 2009

Ikan Mentah,Beras Lembik wattheheck?



Malam ini dinner i tak seberapa.dah nasib dok obersi memang cenggitulah. eceyh intro nak menggelabah je hehe.saje nk brag ngan korang malam ni sebenonye pertama kali seumur hidup i buat sushi sendiri woot woot!!!eleh baru buat sushi nk poyo ah diam kau.

Komponen paling penting dalam pembuatan sushi,Sensei yg diimport dari Jepun or bak kata haizie anak ganu,jepung.mana-mana pun boleh.

-Tu diaa sensei meng-demo sambil mulut ngokngekngokngek tak henti mencurahkan gosip terbaru


-sebelum mula kena baca doa dalam bahasa jepun,baru menjadi

-dah semangat nak gulung-gulung sensei suruh mula dari bawah,kacau nasi.ceh tu yg muka tak puas hati

-setelah mendapat restu sensei upacara menggulung bermula..kalau study neuro bersungguh begini pasti result tak berapa memalukan +_+



-setelah dipotong dengan tahap graceful ifa raziah terhasillah sushi sulung ciptaan yos truly =)

-inilah yang dibanggakan sangat.walaupun tak berapa lawa tetap dilisyes *masuk bakul

-abaikan ekspresi muka.cuba nak buat ekspresi wajah japanese tapi hasil macam mongolia.

-akhir sekali bergambar dengan sushi hasil tangan sensei.arigatojinomototottemodaisuki senseii!!!!!!

ok disebabkan sudah kenyang mahu sambung stadi pula.niat jadi dokter tidak boleh terpesong.ingat mahu jadi dokter!bukan kerja sushi king


Wednesday, November 11, 2009

Tips Pergaulan Harian 101


insecurities come in many different forms.be it big thigh,oily skin,hidung kembang,kaki busuk or anything that makes u feel uncomfortable. perkara ini memang ada dalam setiap orang termasuk megan fox. kalau masalah seperti perut buncit dan selulit melimpah memang insyaAllah boleh ubah dengan sedikit keazaman berexercise.tapi kalau memang dilahirkan berjari enam memang tak boleh buat apa.

waktu muda remaja gemilang adalah waktu perasaan insecure ini paling memuncak.kerana waktu inilah si gadis mendambakan si teruna dan juga sebaliknya.(mendambakan?fuh)i juga ada pengalaman peribadi tentang masalah insecurity ini. waktu zaman-zaman sekolah menengah dulu i tak tahu mungkin mulut celupar ketika berkelah di ulu bendul,muka i memang macam disumpah dipenuhi jerawat. ini bukan jerawat yang lite2 tu ini yang seluruh muka penuh sampai setiap hari spend 2 jam untuk picit jerawat saja.kalau tak percaya boleh tanya liyana mohd subri atau fauzee mazuki.

justeru bila anda-anda semua berhadapan dengan orang yang mempunyai masalah dengan imej dan penampilan mereka ada beberapa guideline yang perlu dipatuhi.

Yang pertama; tak payah tanya WHAT'S WRONG?MACAM MANA JADI BEGINI?BILA ACCIDENT NI? dan pelbagai lagi. bila seseorang tidak selesa dengan sesuatu di tubuh mereka the last thing they want is for other people to notice it.waktu di sekolah even cikgu tanya dekat i hatim,kenapa muka awak tiada nur?ok mungkin itu bukan soalan sebenar tapi tahap insulting dia sama lebih kurang. walaupun cikgu kesayangan sumpah rasa nak campak dengan fail sejarah.

ya Allah Senah haruknya muka ko!!! <---orang begini layak dilempang laju-laju

Yang kedua; beri sokongan secara halus. maksudnya kalau dekat TV keluar iklan krim pelangsing yang tanya "Anda mengalami masalah perut buncit?" jangan lah excited pusing pandang kawan sebelah yang tengah makan donat sambil jerit "eh kau patut cuba produk ini!". sokongan anda lebih membina bila si pemakan donat itu mahu jogging tidak akan dipersenda malah anda juga turut bersama turun ke gelanggang.malangnya waktu i mengalami krisis dahulu tiada yang support i. bila beli produk skincare yang mahal sikit mulalah abang i kata woh metro gilak kau. abes kalau dah muka aku macam mat rempit ni kau ingat aku nak duduk diam?

Yang ketiga; kutukan secara tidak langsung adalah dilarang sama sekali. contohnya kalau kawan anda berhidung kembang tak payah la gelak ketuk-ketuk meja setiap kali videoklip siti sarah keluar dekat cenel @15. simpan perasaan geli hati itu sampai rakan anda tiada berhampiran. ini memerlukan sensitiviti yang amat tinggi di dalam jiwa. walaupun anda tidak gelakkan rakan anda secara langsung,namun percayalah sedikit sebanyak pasti mengguris perasaan juga. i tahu ini...

perkara-perkara ini mungkin nampak remeh tetapi percayalah dengan tiga langkah mudah ini pastinya anda dan rakan mampu hidup dengan lebih harmoni cewah geleman gila ayat. pengalaman bermuka haruk selama 4 tahun banyak mengajar i tentang masalah body image ini. mungkin sampai sekarang keyakinan diri masih terjejas tapi atleast i bersyukur jugak lah sebab sekarang jerawat cuma datang di musim exam dan tidak sekronik dulu.sekarang lebih kepada jerawat pemanis bak kata orang.wtf.

untuk u oll semua di luar sana silalah lebih sensitif apabila mempunyai rakan-rakan/ahli keluarga yang dilanda masalah insecurity ini kerana selaku mangsa yang kira survive to tell the story i boleh gerenti efek dari cemuhan dan sindiran masyarakat boleh jejaskan keyakinan diri sampai ke hari tua. memang sedih bila setiap kali tengok cermin kena baca cerita The Ugly Duckling untuk tingkatkan motivasi diri sambil berdoa dipercepatkan transformasi menjadi swan cantik yang elegan.

shout out kepada mangsa-mangsa insecurity diluar sana,kawan i pernah berkata: you are beautiful no matter what they say....ok bukan kawan i.christina aguilera yang cakap. yang penting ingatlah kata-kata pujangga ini:KEJELITAAN ADALAH HAK MILIK SETIAP INSAN


Tuesday, November 10, 2009

Keliwon:Bangkit Dari Kubur


woh tajuk memang tak menahan..lately sejak cuaca jadik sejuk + suram i memang selalu terbayang-bayang kisah seram yang pernah ditontoni sejak dari kecik. my 1st horror movie was Nenek Gerondong yang diklasifikasi sebagai super scary waktu i umur dalam 7-8 tahun dulu. cerita dia pasal dukun perempuan yg makan mayat kanak-kanak untuk kekal jelita. kalau tengok sekarang mungkin dah tak takut sebab dah melepasi had umur daging manusia yang digemari nenek tersebut.akibat sejak kecil suka tengok cerita seram karut begitu sampai besar tak berapa nak berani.

tapi bila makin membesar perasaan takut pada hantu berkurang sedikit demi sedikit.mungkin hantu juga takut untuk mengganggu bila sudah menginjak remaja.cuba bayangkan kalau hantu tetek cuba mengganggu sekumpulan mat rempit.fuh silap haribulan lauk lah hantu tu dicabul secara berkumpulan.

hantu.jpg hantu image by kahozkakix

-bila google hantu tetek sumpah ini antara yg keluar.

jadi disebabkan hantu-hantu typical zaman dahulu sudah tidak mampu menakutkan i,maka i beralih kepada genre yang lebih ganas iaitu chombie.eh bukan chombie, zombie faham tak ZOMBIE.
i pun tak tau secara saintifik apakah zombie sebenarnya tapi lain cerita lainlah asal-usulnya.kalau tengok cerita omputeh seperti resident evil,28 days later,zombieland dan macam-macam lagi,fenomena peng-zombie-an ini adalah akibat virus.kalau tengok zombie kampung pisang pula ia akibat radioaktif tumpah dalam gulai kawah yang buat jamu orang waktu launching warung pak munawer.

owh btw zombie kampung pisang shooting dekat kampung i.kampung kroh hulu padang rengas bandar teknologi.ceh nama nak exaggerate padahal line maxis pun tak brape nak ade tsk.

jadi selepas menonton banyak filem-filem seram+tahyul zombie memang i dah plan siap-siap kalaulah betul ada virus ataupun radioaktif tertumpah dalam gulai di masa akan datang memang i dah ready untuk menghadapi segala kemungkinan.bak datang!

perancangan rapi hatim untuk menghadapi kemusnahan dunia akibat serangan makhluk zombie:
1.berlindung di masjid.sebab masjid ada bilik air,kedai runcit,gym dan restoran
2.membaca surah yaasin dengan tajwid yang betul dan tepat atleast sekali sebelum mati.
3.pergi ke topman dan rompak pea coat yang harga paling mahal.
4.tawakkal

memang mudah plan ini sebab kebanyakan cerita zombie memang seorang dua saja yang survive.kalau survive dengan perempuan boleh la jugak berumahtangga tapi kalau survive dengan 8 orang housemate lelaki yang lain?haru weh haru

jadi plan ini memang praktikal kerana memastikan i mati di tempat yang penuh berkat dan selesa,beriman dan bergaya. dah bye i nak tidur sekarang harap-harap tak mimpi zombie
*basuh cagu kaki

Friday, November 6, 2009

Beauty and The Beast bukan Kisah Dongeng Semata-mata



Zaman sekarang rupa paras memang main peranan.bukan lelaki je yang memilih pasangan hidup berdasarkan rupa paras semata-mata tetapi perempuan juga sudah ramai yang terjebak dengan trend sebegini.apsal ayat macam artikel majalah Wanita??

memang diakui lelaki memang lebih mudah tertarik dengan perempuan berparas molek dan indah.tetapi perempuan juga begitu.namun acapkali golongan perempuan mengcover perkara ini dengan pelbagai alasan seperti "aku sukalah si polan sebab mengasihi kucing" atau "aku sukalah si polan sebab gemar bertadarus".
translate ayat ini:i suka dia sebab muka cute macam hero korea.

kalau tak suka pula akan bagi alasan biasa,"kita tak sehaluan".
translate ayat ini:rupa kau haruk jadi takut anak kita end up macam ronaldinho.
untuk tidak kelihatan bias i ingin nyatakan lelaki lebih kurang begitu juga. eleh mengaku jelah..kalau Rosnah mat Aris yang berlakon transformers ade korang nak gi nengok??hah jawab jawab

aku tak cukup meletop ke hah? aku pown boleh dress up cenggini lah


namun sesuatu yang luaran kelihatan indah tidak semestinya baik untuk kita.berdasarkan pengalaman hidup di luar negara i ada satu analogi yang sangat sesuai. burger yang dijual oleh masjid mungkin nampak hambar dan kusam tetapi halal,murah dan lazat. manakala burger yang dijual oleh Mcdonald nampak sedap,chesee meleleh-leleh,murah dan mungkin sedap tapi daging BABI. woh memang deep giler ah analogi ini.

memang rupa paras yang elok memberi advantage kepada seseorang seperti mudah mencari teman, status sosial yang hebat, popular,dikagumi ramai dan sebagainya. tetapi amat malang sekiranya rupa paras yang jelita/tampan/rupawan membuatkan seseorang perasan bagus dan memilih rakan-rakan di kalangan yang rupawan juga.bila yang muka ala kadar kalau add kat facebook terus ignore taknak layan. golongan yang sebegini memang amat rugi kerana kalau rupa cantik tambah pula berpesonaliti menawan juga memang akan jadi rebutan macam nur kasih.

tapi kita yang berparas kurang indah ini jangan mengalah. ada hikmah berwajah kelat kerana kita lebih menghargai setiap insan yang menerima kita seadanya. sejak kecil memang dilatih untuk berpersonaliti menarik kerana itulah satu-satunya modal untuk mencari jodoh. its nice when people actually remember u based on your personality daripada mereka yang menghargai kita semata-mata kerana superficial appearance. that shows yang anda benar-benar disayangi tak kiralah rupa paras se haruk mana.

konklusinya walaupun kita tidak rupawan tapi perlu bersyukur sebab at least bila mencari pasangan hidup memang akan jumpa yang tidak menilai luaran semata-mata. memang membencikan bila terdengar rungutan-rungutan seperti: owh tak lawanye aku, eh bulu kening bercantum tak sukaaa.bersyukur lah hansuang!kalau cantik pun tak kemana juga.yang penting keyakinan diri mesti ada. bila konfiden ada walaupun muka longkang habes tapi tetap teguh menghadapi dunia.(pengalaman peribadi)

sekian tazkirah kali ini.




Tuesday, November 3, 2009

Perlukah Exam di Dalam Kehidupan Seharian?



disebabkan i sudah habis midterm petang tadi maka secara automatis mood syahdu jiweng leleh telah di-offkan.woh korang bila i melayan gelora jiwa suka masing-masing.biasaa dia.masa tu lah rajin pulak nak komen sampai 30 lebih last2 i tak belajar sibuk baca komen (=.=*) entry luahan rasa terunggul itu tidak akan diulangi lagi kerana sebenarnya i berjiwa kental jadi setiap entry yang mendatang akan bersifat ganas.yeyeahhh!

sidang dewan yang dihormati,

perghh mood pidato i dah sampai.sebelum penutup ingatkan i sampaikan serangkap pantun. eh mula dah mengarut.apa yg i nak cakap tadi haa??..oh yeah pasal exam. seriously ade kebaikan exam ni yang sebenornye. contohnye ia mendesak pelajar-pelajar malas(bukan i) untuk buat revision.kalau xde exam kompem ah student duduk mengangkang main terup setiap malam sambil tengok macam-macam aznil.(bukan i juga)

jadi terimalah exam itu sebagai takdir hidup yang sadis.tapi,dekat University College Dublin iaitu universiti ranking 89 di dunia,fuh bangga sekejap..kalau ada exam sesuatu subjek itu secara otomatiknya subjek lain tidak diambil endah. contohnya hari ni i ada exam locomotor.so kelas untuk subjek-subjek lain memang akan ponteng ah sebab mahu stadi kononnya.

-gambar diambil sewaktu kelas GIT.omputeh mungkin semalam hangover party halloween justeru pagi ini baru nak buka buku.jadi cuma melayu sajalah yang datang lepastu comel gila duduk selonggok macam anak biri-biri yang gebu.

even i sendiri pun skip kelas neuro dengan MED sebab konon-kononnya mahu study.tiba-tiba dapat hidayah pukul 4 petang mahu ke kelas GIT.sekali datang.....KRIK KRIK.kosong je kelas weh.lecturer masuk pun setakat untuk bersembang kosong saja kerana kehadiran tidak menggalakkan.takpa sabar sabar....


-punya la semangat stadi sampai tengah makan pun sambil bukak buku buat alas pinggan nak baca.sekali tengok cross section kaki serupa dengan lamb shank yang dimakan.bertambah selera. T-T

tapi untuk exam yang cuma beberapa minit itu i rasa sungguh banyak masa dihabiskan untuk revise sebab ada 49 muscles setiap muscle ada origin dengan attachment lepastu ada nerve,artery,vein and kena hafal function juga.sekali keluar exam tah pape je yang ditanya choyy!!!!!


-gambar rumate i diambil sewaktu pukul 2 pagi.punyalah i ingat dia khusyuk stadi meniarap rupanya....


-ceh tido ropenye.siap pegang pen taknak lepas.psycho orang je lebih ingatkan stadi terlalu gigih sampai tak bergerak.buat penat i stay up sampai pukul 2 sebab taknak kalah kononnye nak buktikan i lebih rajin.pooodah

jadi kesimpulannya inilah perkara-perkara yang membuatkan i berkabung di hujung minggu macam vampire tak keluar rumah takut badan keluar glitter.

anda rasa exam pentingkah??(gedik gile konon nak berinteraksi dengan readers tanya soalan penutup)