Saturday, February 27, 2010

Happy Birthday To The Coolest Man On Earth


On 28th of February, Encik Abd Razak akan meraikan hari kelahiran beliau yang ke 52.
so to ayah,i dedicate this post to you.
semoga panjang umur,sihat,happy,dan kekal tampan.

i still remember the very 1st time i gave u a birthday present.
it was loooong time ago.pen dakwat basah harga 2 ringgit.
seminggu kumpul duit itu pun tong-tong dengan hanis.
but now since im pretty much broke,no birthday present for this year.
but lately i keep on getting this dream lah..




Is this a sign?
anywayyyy happy birthday to you !!

ps:i tak sure if ayah read this blog but i know mama do.so mama please make sure your husband read this ah.and make sure he click at the picture for BETTER VIEW.
i love both of u =)

p.s.s: rakan baik i rizalman (eceh rakan baik sekarang) kate dia pun birthday on 28th.so happy bday to u too mister!


Tuesday, February 23, 2010

Jangan Percaya Apa Yang Anda Baca Di Facebook


Laman web facebook selain mendapat tempat selaku laman sesawang paling addictive bagi i,juga merupakan tempat untuk mendalami tabiat manusia. dan yang paling menarik ia juga digunakan bagi meraih perhatian dan medan untuk mempamerkan kelebihan masing-masing.tetapi kebanyakan orang melakukannya secara halus.

caption gambar,status dan wallpost kadangkala samada anda sedar atau tidak membawa maksud yang totally opposite. tak faham apa yang i mengarut ini?usah gusar.meh i terangkan meh

situasi 1:caption gambar

bayangkan rakan anda post gambar seperti ini;
normal_tyra_banks_02.jpg image by arozlan
kemudian letak caption: BURUKNYA MUKA AKU!!!

of kos lah caption itu mempunyai hidden meaning.rakan anda cuma mahukan perhatian dan pujian betapa lawanya beliau in that so called buruk pic of her.
ini memang annoying sebab letak gambar paling vass lepastu konon-konon macam itulah gambar paling selekeh seolah baru pulang dari ekspedisi Gunung Tahan. nasihat i,usah beri pujian.biar beliau rasa bahawa orang lain juga setuju beliau buruk.

situasi 2:status emo

anda pernah jumpa status seakan-akan ini:

Konah says; daddy just got me a Porche,ughhh i hate Porche.

trenslet:im so rich i can afford a Porche. spesis ini juga mahukan pujian dan berharap orang ramai mengetahui betapa cool nya beliau. status seperti ini elok dibiarkan hambar.tetapi jika mahu balas boleh tulis; 'eh yelah Konah i hate Porche too. It sucks'. SENTAP

situasi 3:keluhan jiwa

selain status emo ada juga status keluhan jiwa. tapi seperti biasa orang seperti ini bukannya ada masalah apa pun cuma dahagakan pujian. contohnya orang yang bersaiz suku badan victoria beckham tiba-tiba status tulis OMG my weight dah 34 kg.IM SOO FAT. haih...

ataupun status yang berbunyi "got only 98% in my test,im so stupid". jawapan i untuk status ini, YES YOU ARE.

situasi 4: photo album

kadang-kadang ada sesetengah makhluk yang nak tunjukkan betapa happening hidup beliau seharian.tetapi ini juga dilakukan secara halus.contohnya dengan mewujudkan satu album khas bertajuk My Boring Daily Routine. tetapi di dalam album ada gambar shopping,karaoke, dan aktiviti bermain jet ski. album seperti ini sengaja diwujudkan untuk beritahu dunia setiap hari pun beliau buat aktiviti yang seronok tapi untuk tidak kelihatan seperti menunjuk perkataan boring digunakan untuk mendescribe album gambar tersebut.

tapi kalau anda pelajar UCD dan upload gambar sedang bergelumang dengan nota Oncology dan secawan besar kopi O i setuju itu memang boring.

see,setiap ayat itu boleh membawa maksud lain walaupun pada zahirnya seakan-akan menggambarkan yang sebaliknya. tapi kalau i suruh KELIK iklan nuffnang tu i maksudkan tolong klik ah jangan pulak orang kelantan baca ingat i suruh balik kampung ke apa.Kelik tu ejaan pasar untuk klik.faham?

jadi rakan-rakan readers sekalian jika terjumpa situasi-situasi ini di facebook harap anda dapat tafsirkan maksud sebenar yang cuba disampaikan. selamat facebooking!
haih sekarang perlu sambung belajar. (belajar=main facebook)



ps:rasa nak delete siot post ni.diri sendiri terasa hahaha




Friday, February 19, 2010

Eksperimen Sosial:Rakyat Malaysia Pervert.Anda Setuju?

Sejak dua menjak ni makin menjadi-jadi pulak trend buang baby.macam fesyen terbaru kalahkan tudung ekin .kalau kau buang baby kau stylo. justeru membuatkan i terpikir kuat sangatkah nafsu orang zaman sekarang sampai tak boleh nak tunggu kahwin tak dan nak buat anak. so,i decided to use Google untuk mencari kepastian bagi sebuah persoalan.adakah rakyat malaysia bernafsu kuda?

Mula-mula kita lihat top search untuk kategori berlainan jantina,




kemudian kita lihat pula golongan sasar para pervert ini..





tapi kategori last ini memang meng-konfirmkan memang ramai pervert sebenarnya wujud di dunia ini..



ustazah?really?wtf

renung-renungkan dan selamat beramal =)

ps:post pemalas.inilah hasilnya.sila kelik gambar kalau tak jelas mata tak berapa nampak.untuk penyelesaian jangka panjang boleh tambah carrot dalam masakan.





Wednesday, February 17, 2010

Tiba-tiba Wa Rasa Wa Rokes..


Last night i buat something di luar jangkaan. I went to Search concert. ye sumpah loser gila ingat duduk Dublin dapat tengok Greenday ke Muse ke. last-last tengok Search.jadiklaaa
So dengan berbekalkan lirik Isabella,Rozana,Fantasia bulan madu dan separuh dari part korus Fenomena dalam kepala hotak, i dan rakan-rakan pergi lah ke konsert lepas sembahyang maghrib.yelah konsert-konsert pun sembahyang la dulu kan.

Actually kedatangan Search ke Dublin ni dah beberapa bulan jugak lah diperomot. So since i takda aktiviti bermanfaat untuk dibuat, i decided to go lah untuk support orang malaysia kite walaupun dalam band Search tuh yang i kenal Amy dengan Nabila je.eh eh Nabila bukan ahli band kot..

-tengok dekat-dekat ada la sikit lambang freemason.apa nak buat dah bayar 25 euro.tawakkal...

opening was by Hujan.actually i surprised jugak yang i sebenarnya hafal weh lagu-lagu Hujan. ye ah selama ni ingatkan Hujan punya lagu Pagi yang Gelap tu je sebab semua lagu dia bunyik macam sama.so bila sing along tu i tak tau pun lagu apa yang i nyanyi.dia macam automatik keluar dari celah otak.patutla selama ni study neuro tak pernah masuk rupanya otak dah occupied dengan lirik Hujan.siot lu Noh.

-lepastu Noh nampak i dia kata, eh,ni yang tulis belog maribergebang tu en??i nak ambik gambar dengan u boleh?(dialog ciptaan)

gerimisHujan opening..

bila Search take over the show memang gempak jugak lah.i mean bagi seorang yang berusia 40an aunty i kata diorang lagi tua,so memang respek lah otai gila,stamina encik Amy Search dan rakan-rakan memang berada di tahap terpuji. dia boleh perform non stop for few hours. i macam biasalah dari mula konsert tunggu bilalah Isabella ngan Rozana nih..tapi klimaks memang Fantasia Bulan Madu.suara tarik habis sambil dalam hati ulang-ulang terdetik "this is my jam,this is my jam" disertakan dengan gaya orang first time tengok konsert rock. <--MEMANG

-waktu Amy hulur mic suruh i nyanyi part korus

-rokes veteran paling energetik di dunia.boleh jadi duta kopi jantan

-tak dapat gambar dengan Amy Search dapat Nabila Search pun jadik ah.i sendiri upgradekan dia jadik ahli search

dan last sekali sebab mereka-mereka ni suruh i letak gambar masing-masing kat belog nah i bagila walaupun annoying gila nak tunggu upload gambar boleh kapur kasut sekolah satu round.

-upah capapkan muka bak sorang 2 euro.heh

updet:video cilok from orangkita punya u tube channel hehe



di sebalik semua suara sumbang audience tu ada suara emas milik yos truli.



Monday, February 15, 2010

Sekolah Kebangsaan Paroi Mencipta Nama di Pentas Antarabangsa


reason #335677852 kenapa i bangga sangat pernah bersekolah di sekolah kebangsaan paroi.





ps:i know its the second post of the day but i tak dapat tahan rasa bangga yang membuak-buak bila terjumpa ini di wikipedia

Sunday, February 14, 2010

Review Filem: Valentine's Day


Honestly i tak berapa ambil tahu sangat pasal valentine's day ni. ada orang kata tak boleh celebrate ada orang kata takpe celebrate ada yang kata wajib celebrate.eh tak yang wajib tu freemason yang kata. selama ni i tak ambik tau pun bila vday sebenarnya. tapi semalam bila i keluar for chinese new year lunch baru perasan valentine's day movie dah keluar kat wayang!!



apart from feeling like a loser tengok cerita romantis jiwengs bersama rakan-rakan single yang lain, i was actually quite excited to watch the movie since ramai pelakon dia famous. here's my review for this film.

first of all cerita ini memang menggambarkan vday tu satu hari yang wajib disambut,penuh magikal dan bahang asmara akan dapat dirasakan. tapi i think they overdo it sebab dalam dialog asyik ulang "it's valentine's day!" ye i tau its vday hence the title of the movie.shut up already.

the storyline macam biasa.typical romantic comedy with predictable ending. biasalah cerita cinta walaupun at the beginning si wanita kehilangan teman lelaki,kematian anjing,dirundung malang dan tidak percaya pada cinta last-last rebah di pangkuan hero juga. typical tapi with few jokes thrown into the storyline make it bearable.

movie ini ada sedozen pelakon femes di dalamnya.so character developement tak dapat dikembangkan sepenuhnya. kalau setiap character nak diolah in details pengarah Devdas pun boleh menangis ada cerita yang 10 kali lagi panjang dari filem dia.

tapi its still interesting to see how each character tu connected to the other in an unpredictable ways. macam jiran kau bercinta dengan pakcik belah mak yang duduk dekat semenyih lepastu anak diorang satu sekolah dengan cucu saudara nenek kawan lama waktu darjah tiga.haa faham?tak faham sudah tengok sendiri cerita ni.

keseluruhannya i bagi 3 stars lah untuk this movie. tapi lepas tengok cerita ni mesti rasa nak berkasih sayang.jadi siapa yang nak tengok i nasihatkan sila menonton dengan muhrim.kang gelap-gelap dalam wayang tu ada yang menyebar benih pulak. untuk gadis-gadis ipt di malaysia yang dengar khabarnye tak nak pakai sependa untuk valentine's day ni,i rasa lupakanlah. orang putih pun takdelah over-over celebrate valentine. dah tu bila dah terberanak buang pulak dalam tong sampah. anjing gila perangai kan? pfftt


Sunday, February 7, 2010

Tajuk Perbahasan Hari Ini:Wanita Juga Hipokrit Cuma Susah Mahu Mengaku


Wuyoh tajuk mengundang kontrovesi haha. Setiap kali bila berbicara soal jodoh perkahwinan nikah tunang segala mesti kaum wanita mengeluh. haihh lelaki nak yang hot aje, lelaki nak yang seksi aje, lelaki nak yang megan fox cross breed cheryl cole aje. tohmahan keji ke atas kaum lelaki ini diperkuatkan lagi dengan lagu-lagu di radio. If I Were A Boy,Before He Cheat dan pelbagai lagu lain lagi seakan-akan menyokong teori wanita-wanita shallow ini yang lelaki adalah a bunch of A-hole.

Namun artis-artis lelaki tidak pula membalas dengan lagu-lagu seperti If I Were An Emotional Bitch bahkan lagu-lagu dari penyanyi lelaki kebanyakannya memuja golongan wanita.Rozana,Kasih Latifah,Norkia sekadar menyebut beberapa lagu. Jelas sekali Rozana,Latifah dan Norkia adalah wanita.tak tahulah pula jika mereka nyah.

Jadi tuan-tuan dan puan-puan,saya ingin bertanya..di mana keadilan?

Streotaip yang diletak terhadap golongan lelaki ini sudah terlalu lama dibiarkan berleluasa. justeru i selaku pemilik belog yang suam-suam kuku ini berasa terpanggil untuk mengekang kebejatan yang melanda ini.

jika lelaki dilabel mata keranjang,wanita sepatutnya dilabel mata duitan. di zaman penuh pancaroba ini jika anda kaya pasti wanita akan menggilai anda.walaupun wajah seperti muntah kucing.

bila kita baca kisah-kisah artis yang berpakwe kan anak-anak vip seringkali alasan mereka "Oh i tak tahu pun dia ini anak tan sri xxxxxx.i suka dia sebab dia understanding dan caring". deyy memang lah kau tak tau dia anak tan sri,ada ke orang nak mengorat tunjuk surat beranak nak kasi tau bapak orang ternama hah? tapi kalau dah dress up ala-ala model GQ bawak pulak BMW rupa paras akan jadi kriteria last sekali untuk dipertimbangkan.

jadi bagi seorang yang membawa kereta perodua kancil manual, untuk mendapat perhatian gadis adalah sangat rendah tsk tsk. dahlah manual boleh pulak mati enjin 2 kali wah lagilah loser. eh apasal cerita pasal diri sendiri? ok mungkin anda tak se-loser ini tapi u know what i mean kan?kan?

maka sebagai penggulung hujah dapat i simpulkan setiap orang mahukan yang terbaik untuk diri mereka.lelaki mahukan wanita cantik,wanita mahukan lelaki kaya. so stop complaining.life sucks, deal with it. kepada golongan lelaki kelas pertengahan di luar sana,sekali lagi anda mendengar wanita mencerca lelaki ini penyelesaiannya..

Thursday, February 4, 2010

(PANAS)Berita Harian Kini Siarkan Gay Porn


Tajuk sedikit tabloid dan sedikit panas.sejak entry ini kredibiliti berita harian sebagai sumber berita mutakhir bagi i sudah punah. tapi hari ini bila i baca berita harian online wah wah wah tak sangka sekarang syarikat akhbar terkemuka ini 'maju setapak' lagi. sila baca petikan kes trial anwar ibrahim di bawah (warning:tidak sesuai untuk mumayyiz)..


Ketika pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, Mohd Saiful berkata pelawaan Anwar itu dibuat selepas beliau menyerahkan dokumen yang dibawanya dari pejabat kepada Anwar.

Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk?

Mohd Saiful: Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan Anwar dan serahkan dokumen.

Mohd Yusof: Duduk, letak dokumen, apa lepas itu?

Mohd Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama lepas itu beliau tanya satu soalan.

Mohd Yusof: Apa soalan itu?

Mohd Saiful: Can I f*** you today?

Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?

Mohd Saiful: Marah dan takut.

Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa?

Mohd Saiful: Tolak pelawaannya.

Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak?

Mohd Saiful: Saya kata saya tidak mahu melakukannya.

Mohd Yusof: Anwar kata apa-apa bila kamu kata tidak hendak melakukannya?

Mohd Saiful: Dengan nada marah, Anwar kata "what" (apa)?

Mohd Yusof: Apa respon kamu?

Mohd Saiful: Saya ulang yang sama.

Mohd Yusof: Seterusnya?

Mohd Saiful: Anwar agak marah, dengan itu saya takut. Anwar arahkan ke bilik tidur utama.

Mohd Saiful berkata, beliau kemudian mengikut arahan Anwar dan Anwar selepas itu menutup langsir dan lampu bilik.

Beliau berkata Anwar seterusnya meminta beliau untuk membersihkan dirinya di bilik air.

Mohd Yusof: Masa itu dah buka pakaian?

Mohd Saiful: Ya.

Mohd Yusof: Lepas bilas diri?

Mohd Saiful: Saya ambil tuala dalam tandas, saya keluar dengan bawa baju kemeja saya warna putih dan gantung di tempat pemegang almari.

Mohd Yuof: Kamu bertuala?

Mohd Saiful: Saya bertuala.

Mohd Yusof: Masa keluar dari bilik air, nampak di mana Anwar?

Mohd Saiful: Saya nampak, Anwar di hujung penjuru katil, di bahagian kaki sebelah kanan.

Mohd Yusof: Apa Anwar buat pada masa itu?

Mohd Saiful: Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia, lalu dia peluk saya sambil berdiri.

Ketika itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar membuat permohonan agar prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup. - Bernama


Dan buat pertama kalinya Karpal Singh bersuara pada masa yang sesuai.and he actually make sense. moga perbicaraan ini dapat berjalan secara tertutup...


-this is getting lucah i tell u..

Monday, February 1, 2010

My Weekend Getaway


Sebenarnya weekend yang lepas ada 2 events yang i sepatutnya pergi.first reunion batch sekolah di sungai gabai and second Malaysian night di UCD. cuba teka yang mana i pergi? none.

yang dekat sungai gabai tu obvious lah i tak pergi sebab tiket balik malaysia paling murah sekarang 834pounds so menjual sebelah buah pinggang untuk pulang berkelah bersama rakan bukan langkah bijak. daaaaaan i tak pegi malaysian night sebab i went to stockholm for the weekend!

semester ini jumaat memang tiada kelas so every week ada 3 days weekend.justeru bila ryanair buat promotion return ticket 25euro sahaja tanpa rasa gusar we booked the tickets tanpa menyedari ia ter-clash dengan msian night.kepada warga malaysia dublin jangan pilu next year i menari kuda kepang untuk tontonan umum.

stockholm was awesome!built on 14 islands,obviously keliling dia laut ah.average temperature -10 celcius menyebabkan penampilan diri terabai kerana terpaksa memilih baju sejuk tebal dan kelihatan 10 kg lebih berat T_T.

-waktu siang bergambar sopan

-bila malam baru boleh batak sedikit(banyak sebenarnya)

-bandaraya stockholm pukul 4 petang

-the royal palace

-abang askar yang kalis salji.ini changing of guard ceremony dia lah kot

-the old town of Gamla Stan
-si gemuk di hadapan City Hall tempat they held nobel prize.

-laut beku wa cakap lu

-inside the Vasa Museum.ini kapal Vasa yang tenggelam for 333 years sebelum digali balik.besar gila nak mampus.sempat berlayar a few metres je sebelum tenggelam. EPIC FAILURE

highlight of the trip of course lah free ice skating dekat kungstragarden.but nak sewa boots have to pay 50 kronor which is lbey kurang 5 euro.

-jangan terpedaya dengan ekspresi ramah si gemuk comel ini

-lembaga belakang i ialah si gemuk tu.dia akan follow orang and saje suka main tolak-tolak.kecil-kecil dah jadi pembuli jalanan

sebagai penutup untuk post ini mari lihat gambar berturut aksi seorang ice skater unggul...


-yeahhhh tu dia...daaaaann

-disudahi dengan sujud sahwi.

-ps:siapa yang pergi alter my batik backdrop for msian nite tu hah?aku dh kata jangan usik.sukati koranglah ,next year kalau nak i lukis kain buruk instead of batik cakap awal-awal