Wednesday, April 28, 2010

Koleksi Retro 60-an



Musim study week ni macam biasalah bila dah bosan belajar mulalah terpesong dengan benda remeh temeh. so sedang i godek-godek laptop sebentar tadi, tiba-tiba terjumpa folder gambar lama zaman-zaman tak berapa glemer dulu.glemer ke sekarang???diam kau.

Gambar-gambar zaman dulu pun banyak diambil time minggu dekat-dekat nak exam. woh baru perasan takde life gila dari dulu habiskan usia jawab exam -__-"

so disebabkan sekarang tiada apa yang menarik untuk di update,maka marilah kita bersama menikmati koleksi gambar-gambar retro zaman belajar A-level dahulu. adalah diingatkan gambar-gambar ini sangat 'rare' kerana i segan mahu tunjuk gambar-gambar lama waktu muka tak berapa komersil.

-ini bilik waktu di shah alam.obviously katil yang kemas tu i punya.yang sebelah macam tempat babi mengawan tu roomate i yang punya.

-lepas roomate i fly pergi adelaide bilik 'suite' ini i duduk sorang.terus upgrade katil jadi king size. ini memang bilik paling heaven dalam sejarah penubuhan UiTM.

-ini keadaan bilik waktu exam.katil di convert menjadi meja study.see?exam menjejas kualiti hidup.jadi kenapa perlu ada exam??Bung Mokhtar harap dapat bawa ke parlimen persoalan ini.

-belajar dalam gaya kuak kupu-kupu. setinggan betul perangai letak tilam kat ruang tamu.

-ini ceng.tak tahu waktu ini sedang tidur atau study atau makan biskut.sebab dari belakang memang tak boleh agak apa yang berlaku di sebalik tubuh mungil ini.

-zaman hardworking dulu,2 botol untuk stay up.

kemudian bila bosan belajar kami main burger-burger. selain dari berger's disease, burger ini juga tak boleh dimakan.

-malang betul bila jadi orang paling bawah tambahan pula ada rakan-rakan bersaiz panda. jangan tiru aksi ini di rumah. kalau nak tiru juga pastikan pandai memilih kawan.

-untuk menutup aib, identiti pencipta pantun 2 kerat ini terpaksa dirahsiakan.

sekarang nak sambung baca notes Disability. siapa nak post livita ke Dublin memang digalakkan.



Monday, April 26, 2010

Ok Ini Last Post.Nak Study Lah Ni..


Benar kata orang belajar perubatan sedikit sebanyak akan memakan sense of humour anda.



i : weh aku ada teka-teki baik punyaaaa

roomate: apakejadah?

i : dalam banyak-banyak burger,burger apa tak boleh dimakan?

roomate: bergembira! (ni banyak sangat tengok raja lawak la ni)

i : salah!salah! jawapan dia Berger's disease!

Both: wakakakaka

KRIK KRIK KRIKKK

Boleh faham tak lawak teka-teki tu?tak boleh? EXACTLY.
bila fikir balik hambar okeh,hambar gila. haih..nak tau berger's disease apa google sendiri. takde mood nak explain.loser betul...

ps:sakan pulak nak updet dekat nak exam ni.ok nak insaf sekarang.BYE


Sunday, April 25, 2010

Mari Jadi Positif.Yosh!!!


4th May start final exam. dan seperti biasa rasa macam banyak gila la weh tak tahu ni. lepastu macam cuak tapi sambil cuak tengok adamaya 2 episod jap. wah wah memang terpesong betul.

Setiap kali nak exam mesti rasa nak stress,tertekan,depresi lepastu nak tukar course. tapi bila difikir balik drama-drama macamni ni cuma waktu exam saja. jadi mungkin i takdelah benci mana dengan course medic nih. cuma benci exam saja. tapi alangkan belajar driving pun kena ada exam ini pulak belajar medik. so lets grow up and not drama-drama anymore.

kali ini i akan cuba meng-embrace exam sebagai salah satu ketentuan hidup T_T.
justeru selain dari penstudy-an secara gerak gempur, persediaan mental dan fizikal juga dititikberatkan.

-gigih ni sampai atas katil belajar.dah dua malam tertidur sambil diselubungi nota.syahdu betul

-limau disusun ditepi tingkap sebagai bekalan vitamin C untuk mengelak flu di minggu peperiksaan.

tapi limau tu semalam beli harini dah wassalam dah.24 biji kesemuanya.selsema tiada cerry berry pula melanda. lepas ni terpaksa beralih kepada aiskrim sebagai snek ketika belajar. tak sihat betul macamni.

jadi untuk membalancekan kembali khasiat di dalam badan minggu ini secara rasminya diet ikan telah dilancarkan. selain dari berkhasiat,mesra otak dan disarankan oleh hanis zalikha,masakan ini juga penyediaannya tak lebih dari 15 minit.

-selain dari salmon,sardin juga dah beli 4 tin.masak sekali gus esok tinggal cedok nasi,tuang kicap dan melahap saja. bukan malas,cuma terdesak.

dan sebelum kembali kepada buku dan nota-nota, perlu menaikkan semangat. jadi i dan teman wanita sudah sediakan video tarian kami berdua.



kepada pembaca semua apa tunggu lagi?
pergi ambik air sembahyang dan doakan
untuk final i ni ok.

jika ada kelapangan jumpa lagi di post
yang akan datang.
roger and out yall.




Saturday, April 24, 2010

Wanita Jawa Yang Paling Jelita Di Dunia


Bulan April memang satu bulan yang paling unggul. di dalam bulan ini ramai tokoh-tokoh telah dilahirkan. antaranya ialah i,cheng dan mama i. biar ah nak gelar diri sendiri tokoh ceh. 25 April tahun 1964 merupakan tarikh bonda kesayangan dilahirkan. jadi untuk kesekian kalinya post dedikasi hari lahir diwujudkan untuk meng-honour kelahiran seorang wanita Jawa yang paling jelita. mari kita mengenali dengan lebih mendalam penerima anugerah ibu mithali peringkat daerah Nilai ini.

-termenung mengingatkan anak favourite di perantauan


MAMA SAYA SEORANG BUSYBODY
Beliau akan baca semua wallpost facebook i dan stalk album gambar. setiap kali update belog juga akan dibaca. akibat terlalu rindukan anak di perantauan tapi tak berani call sebab takut mengganggu anaknya belajar.

MAMA SAYA SEORANG YANG EGO
Waktu hantar i di airport mama tak pernah menangis. beliau akan kata; "alahhh apa nak susah hati lagi beberapa tahun dah balik semula". tapi i boleh nampak mata beliau dah berair dan nada suaranya berbaur sedih.

MAMA SAYA TAK HEBAT MEMASAK
Sesetengah orang mungkin ibunya pakar memasak. setakat ikan 12 rasa buat brekpes je.tapi mama saya bukan begitu.beliau tidak hebat di dapur bahkan tidak pernah jarang sekali membuat kuih. fuh nasib baik pernah buat karipap kalau tak memang tak pernah ah haha. dua speciality mama hanyalah asam pedas dan sambal tumis. tapi selama 21 tahun hidup tak pernah jumpa asam pedas dan sambal tumis lagi sedap dari yang mama buat.

MAMA SAYA LEMAH
Mama bukanlah superman,mama juga bisa nangis. eh tiba-tiba feeling lagu indon.
ok ok pembetulan ayat tadi; kalau mama saya superman anak-anaknya adalah kryptonite. setiap kali anak minta sesuatu lambat laun pasti beliau usahakan juga walaupun beliau tak banyak wang.

MAMA SAYA KEDEKUT
Disebabkan mama saya tak banyak wang maka beliau kedekut. umur anak dah tua bangka baru nak pasang astro. rumah saya tiada game canggih-canggih. dulu bagi i PS maksudnya hanyalah pendidikan seks seni ,bukan playstation. tapi disebabkan mama kedekut mahu beli permainan yang melekakan,sekolah rendah i tak pernah gagal untuk dapat nombor 1.sekolah menengah is a whole different story lah wei

MAMA SAYA HIPOKRIT
Setiap kali bila nak cuti summer selalu mama kata tak payah balik pun tak apa. bukannya lama sangat duduk ireland. tapi bila i bagitau i nak balik mama pulak yang excited lebih sebab i tahu mama sebenarnya rindu dan mahu i balik tapi taknak susahkan i keluar duit beli tiket flight.

MAMA SAYA TAK PANDAI BERGAYA
Mama seperti wanita lain. kalau boleh setiap hari nak dress up ala-ala Rosmah Mansor.Tapi setiap kali mama ada wang lebih mesti habis belikan barang-barang untuk anak-anak. jadi akhirnya mama akan pakai baju yang sama walaupun Marc Jacobs dah 4 kali buat fashion show tukar season.

Ya mama i tak sempurna. banyak betul cacat celanya. tapi i bangga sebab setiap saat beliau sentiasa cuba jadi ibu yang terbaik buat anak-anak. walaupun tak dapat beri anaknya kemewahan dunia tapi setiap hari tak pernah gagal untuk doakan supaya Allah beri anak-anak kesenangan.

Tak kira apa yang i buat memang mustahil gila lah nak balas budi wanita ini. Bak kata pepatah; I got it from my mama *tiba-tiba* .Segala pangorbanan mama untuk i memang takkan dilupakan bahkan insya Allah akan dibalas kelak. jadi bila i minta apa-apa harap mama anggap ia satu long term investment. =)

Selamat hari jadi mama. saya sayang anda.

harap mama tak menangis terharu baca post ini sebab mama suka feeling macam wan maimunah dalam cerekarama. dah dah lap hingus tu buruk benor rope bila menangis






Tuesday, April 20, 2010

Berita Hangat Yang Tak Melibatkan Fasha Sandha


Kalau anda rajin menonton buletin utama malam-malam dan tak terpesong separuh jalan tukar channel sebab nak tengok diari akademi fantasia, pasti anda tahu yang benua eropah kini dilanda bencana alam. actually iceland je yang ada bencana alam ini tapi satu europe turut diheret sama ke dalam permasalahan ini. *glares at all iceland people*



Salah satu gunung berapi di iceland iaitu Gunung Eyjafjallajökull decided to be a bitch just in time before my summer holiday. hasil dari letupan ini,semua airport ditutup sebab asap,habuk dan segala bendalah yang keluar dari gunung ini dikhuatiri boleh merosakkan enjin kapalterbang. now dah nak masuk seminggu kebanyakan airport ditutup dan volcano ini tidak langsung bersimpati dan menunjukkan tanda ingin padam.

untuk gambaran lebih jelas mari kita lihat gambarajah di bawah:


kawasan berlorek melambangkan kawasan yang diliputi asap dan debu-debu cinta dari gunung ini. jadi anda boleh nampak disitu sebuah negara kecil permai bernama ireland yang di dalamnya tinggal seorang anak melayu yang bercita-cita untuk menemui ibubapa beliau sempena cuti summer ini? ya negara itu juga ada dalam kawasan yang dilorekkan.

ada ramalan beberapa pihak yang mengatakan yang letusan ini boleh berlangsung hingga beberapa bulan ataupun mungkin juga hingga setahun. justeru anda tahu ini maksudnya apa?
maksudnya semua rancangan berkelah di morocco,euro trip dan hari raya di pangkuan keluarga bakal tinggal kenangan. jika volcano tiba-tiba padam dan langit kembali clear mungkin ada harapan di situ. tapi harapan untuk itu berlaku sangat tipis macam mengharap siti nurhaliza bertudung litup.tidak mustahil tetapi bukan dalam waktu terdekat.

sekarang setiap hari bangun pagi terus baca berita untuk tengok samada airport dah mula beroperasi.setiap hari pun macam optimis kata esok langit akan clear tapi last-last kecewa juga. bak kata ustaz-ustaz ini memang ketentuan Allah dan mungkin juga tanda-tanda mahu kiamat. jadi sekarang i sedang cuba menenangkan diri dan mencari hikmah di sebalik semua musibah ini. sesiapa antara reader belog ini yang AJK surau taman perumahan boleh buat solat hajat untuk padamkan gunung berapi.

sementara itu mari kita hayati video ini;


ps:air asia baru hantar emel promosi sesiapa yang tiket ke europe kena cancel boleh dapat diskaun tiket ke negara asian.syabas air asia nampaknya dalam ramai-ramai anda nampak hikmah kejadian ini terlebih dahulu.



Sunday, April 18, 2010

Sahabat Pena Saya


Walaupun takde orang yang cakap tapi i tahu i bukan rakan yang bagus. sejak kecil memang tak tahu buat kawan dan tak reti tegur orang yang tak familiar.mungkin dalam belog macam huyai cakap tak berhenti tapi kalau kita bersua muka mesti hambar gila krik krik.

Memang sifat semulajadi bila pindah ke tempat baru atau masuk kolej/sekolah baru mesti akan lost kontek dengan rakan lama.justeru circle of friends memang tak berapa luas ada la dalam 2-3 bulatan lebih kurang. tapi ada seorang kawan rapat yang masih keep in touch sehingga sekarang. disebabkan beliau kini menuntut di australia i naiktaraf beliau dari kawan rapat ke sahabat pena.

dan post ini ditulis bersempena hari lahir sahabat pena yang digelar Cheng yang ke 22 pada 19 April ini. weh 22 kan? konfius la ngan umur aku weh

waktu masuk Sains Selangor form 1 dahulu sahabat pena inilah orang pertama yang tegur i sebab duduk katil sebelah-sebelah. lepastu beliau bawa alarm clock azan setiap pagi bila bunyi kelam kabut 2 orang berlari ke tandas sebab ingat dah subuh. waktu itu kita masih soleh.

lepastu sama-sama register silat walaupun sekor-sekor gaya bersilat lebih ke arah tarian mak yong.register pun sebab training silat waktu malam dekat padang boleh tengok KLCC sambil layan homesick. aku tak pernah bagitau kau tapi setiap kali kau buat yang gerakan lompat harimau tu memang aku gelak gila sebab badan kau bulat jadi bila berguling macam fishball jatuh gaung.

bila masuk form 3 macam dah jahat sikit.alarm clock azan pun dah tak bawak dah. first time fly malam pergi cybercafe pun dengan sahabat pena inilah. bukan setakat fly bersama, ponteng terawih sambil main karom pun sama-sama.

i tak pernah sleepover di rumah rakan kecuali dia ini. walaupun sleepover kali kedua tak plan pun sampai terpaksa pakai sependa sama dua hari berturut. cuma untuk sahabat kamceng saja sanggup buat begini.

sekarang dia study di Melbourne i study di Dublin.kalau kira di google map memang macam mustahil nak jalan kaki antara 2 tempat ini. tapi setiap kali i letak status emo di facebook ataupun exam bakal tiba sahabat pena seorang ini tak pernah gagal untuk call atau sms bertanya khabar. satu-satunya sahabat yang ingatkan i untuk baca alam nasyrah dengan al-waqi'ah bila tertekan. satu-satunya sahabat yang bagi link nasyid Zain Bhikha untuk tenangkan hati.

terima kasih Cheng kalau tak playlist aku mesti lagu Lady Gaga je. sekarang lepas Bad Romance tiba-tiba ada The Heart of a Muslim. bagus betul takdelah lagha terus menerus.

Sekarang kau dah dewasa Cheng.22 tahun dah. tak lama lagi bila kita start kerja pun dalam bidang lain-lain. lepastu mesti kau kahwin dulu sebab kau lagi gatal. kita mungkin akan lebih jauh di masa mendatang. mungkin juga akan lost kontek. tapi untuk apa yang kau dah buat sepanjang kita berkawan sumpah aku terharu sebenarnya. terasa teruk pula kedekut gila hadiah birthday pun aku bagi blogpost je untuk kau.

Selamat Hari Lahir Sahabat Pena. semoga sentiasa riang dan berjaya. walaupun kau tipu aku kata bila study di Australia nak kuruskan badan, aku redha.



yang bulat ketawa riang itu Cheng aka Guy Sebastian aka Big Momma aka Black Magic.





Friday, April 16, 2010

Tipah Tertipu...kah?


Ewah ewah semua orang baru i try try jadi emo dalam post lepas semua nak spekulasi heh. saja i bajet emo stress sebab final exam di penjuru simpang.(just around the corner bak kata omputeh).

lepastu sekarang since our contract dengan landlord dah habis we have to find a new house. punyalah susah nak dapat rumah tu yang i give up lepastu tulis status homeless dekat facebook.sekali takda orang simpati. ceh cuba kalau tulis i nak kahwin mesti semua sibuk nak makan free. keji.

but last week we manage to find this 1 apartment yang agak-agak lawa juga.


-the interior is kinda mehhh.rizalman bulan depan free tak?

tapi ejen yang uruskan kontrak rumah ni satu hal pulak.gaya macam abang jual minyak atar depan masjid lepas sembahyang jumaat.cakap lebat tapi tak boleh pakai. yang buat i rasa sedikit ke-ikan-an(fishy bak kata omputeh) sebab dia insist kitorang bayar deposit rumah in cash. selama ni kalau bayar deposit semua guna bank draft sebab apa-apa hal boleh cancel payment through bank in case ia adalah scam.

nasib baik tadi jumpa dia lagi sekali dia bagi pulak guna bankdraf.tapi ke-ikan-an i masih menebal sebab website syarikat yang dia bagi tak wujud sebenarnya.apakejadah? esok i kena pergi office dia tengok kontrak semua lepastu decide mahu sewa atau tidak.

jadi bapak-bapak,ibu-ibu semua yang ada di sini kita goyang yuk sila doakan ini semua bukanlah scam.dengan keadaan simpanan wang yang menyayat hati i tak sanggup ditipu justeru melibatkan kehilangan wang deposit. kalau kena tipu juga mungkin esok boleh start survey bawah jambatan mana nak duduk. T_T

-tapi kalau bawah jambatan ni memang i tak kisah.




Saturday, April 10, 2010

Repekan Tengah Malam



Sesetengah orang dilahirkan dengan rupa menawan.

sesetengah orang dilahirkan dengan kebolehan unik.

sesetengah orang dilahirkan dengan peribadi annoying.

jika anda dilahirkan menawan dan berkebolehan itu tidak mengapa.good for you. tapi i tak boleh terima jika anda bersikap annoying.

sikap annoying ini mencakupi segala sudut dari percakapan mahupun tingkahlaku.
sikap buruk memang ada pada setiap manusia tetapi ia akan jadi menjengkelkan apabila anda melibatkan orang lain.

kadangkala kita menjadi annoying tanpa disedari. yalah,siapa yang mahu mengaku diri berperibadi sampah. jadi sebelum tidur lepas baca tiga Qul, fikir kembali berapa ramai orang yang bermusuh dengan anda. dan berapa ramai rakan baik anda. jika bilangan musuh melebihi rakan baik kemungkinan besar anda berperangai Afrit.

masalah terbesar bagi golongan ini ialah tidak mengakui kesalahan diri. susah betul orang begini kerana jika diberi nasihat pun ibarat menyembur febreeze ke sependa lembab. bukan sahaja gagal mewangikan bahkan bertambah kepam.(ini memang pernah cuba)


ini memang reaksi biasa apabila ditegur. memang menguji iman apabila ditegur secara baik dan berhemah kemudian dijawab well,i dont give a shit. weh binawe you are messing with my life here so please give a shit. maksud i sila ambil peduli bukan berak di sini.

kalau seorang mengata kau berperangai tinja (wah wah saintifik taknak sebut tahi) mungkin orang itu dengki. tapi kalau semua orang bersetuju dengan kenyataan ini mungkin tiba masa kau balik dan muhasabah diri.boleh dengar kaset akhil hayy untuk tambah keinsafan.

setiap kali dengar orang berkata buruk tentang diri kita memang normal untuk respon dengan kemarahan. tapi selaku seorang yang dah mencecah tahap kematangan di mana kalau pergi ke KFC dan order chicky meal akan dipandang serong silalah fikir kembali mengapa sebenarnya orang ramai mengeji sikap anda. tidak rugi untuk mengubah perangai menjadi sedikit menyenangkan.

kasihan nanti bila dah kahwin dan dapat anak. anak orang lain boleh bangga cakap my daddy is a pilot,my daddy is a lawyer.anak anda mungkin cuma boleh kata my daddy is an asshole.


pee ass:having a massive headache,cant sleep,cant concentrate.hence this aimless rambling. peace




Thursday, April 8, 2010

My New Housemate


Hidup berjemaah di dalam satu rumah memang menguji pedoman.kadangkala certain barang peribadi secara tak sengaja telah di-wakafkan kepada ahli rumah.jadi bagi mengelak insiden 'terguna barang rakan secara allegedly tidak sengaja' maka label nama pada barang masing-masing adalah penting.setiap pembelian yang tidak diniatkan untuk kegunaan bersama memang akan dilabel dengan nama sendiri.

baru-baru ini i jumpa ini dalam peti ais..



siapa tahu mungkin minggu depan Bung Mokhtar pula jadi housemate i.


ps:update ringkas kerana demam selsema. =_=

Sunday, April 4, 2010

My Weekend Getaway 2.0-Belfast


Since its Easter weekend lepastu ada extra cuti hari isnin,i dengan a few friends mula-mula bercadang untuk rent kereta pergi ronda-ronda.tapi rupa-rupanya yang ada lesen semua tahap lesen celup stok kalau bawak gear 1 wajib mati enjin 3 kali.jadi untuk memelihara kepanjangan umur last-last we decided lebih molek jika menaiki bas sahaja ke Belfast.

untuk anda yang tidak tahu, Belfast terletak di Northern Ireland.Northern Ireland dengan Ireland adalah 2 negara yang berbeza bukan macam Nilai 1 dengan Nilai 3.Northern Ireland currency dia pound Ireland pula currency dia euro.faham?tengok ilmiah juga blog ni rupa-rupanya. i sebenarnya tak tahu sangat pun pasal belfast punya history ke apa tapi yang i tau Titanic was built here.

first day sampai memang dah target nak spend satu hari di shopping mall untuk lepak-lepak sahaja. memang menguji iman sungguh sebab harga barang agak murah compared to dublin. owh and thanks Elle for the birthday present!!hehe

-the shopping mall,victoria square


we stayed dekat shopping mall tu sampai malam untuk tengok movie Kick Ass. which by the way was super awesome. movie ini macam kacukan superbad,juno dengan kill bill.series best gila tapi i tak sure dekat malaysia ada tayang ke tidak filem ini memandangkan perbendaharaan kata skripnya penuh dengan carutan.

then the next day dipenuhi dengan aktiviti sight seeing menaiki tour bus. first destination ialah Carrick-a Rede rope bridge. basically ini cuma jambatan gantung saja.but the scenery at that place memang breathtaking woh.


tapi from the ticket booth to the bridge memang agak jauh. takdelah jauh gila sampai boleh jamak qasar tapi rasa jauh sebab jalan dia macam berbukit-bukit.letih gila menapak nasib baik pagi sarapan kebab ayam kalau tak separuh jalan memang dah give up.


jambatan ini dulunya digunakan oleh nelayan waktu diorang tangkap salmon.sekarang dah tak guna tak tau sebab apa.mungkin sebab salmon tesco pun dah tak berapa mahal jadi buat apa bersusah payah.

-series gayat gila dah mengucap siap-siap sebelum lalu

our next destination pulak ialah Giant Causeway.tempat ini merupakan pantai berbatu yang agak pemes di northern ireland nih.ada la cerita legend pasal 2 ekor giant mengenai tempat ni.tapi i dah lupa.boleh buka wikipedia untuk menambah pengetahuan.


-memang unik gila sebab batu-batu di sini berbentuk hexagon.macamana boleh bentuk macamtu i tak tau.cari di internet ok manja betul semua nak i cerita

destinasi last for the day tour ialah Derry-which is a historical city. tapi sebab sepanjang jalan i tidur maka terlepas penerangan tour guide. so instead of pergi ke historical site dia i dan kawan-kawan masuk shopping mall carik makanan haha.memang tiada semangat melancong yang tinggi.

-pemandangan sepanjang jalan.
apasal caption gambar macam tajuk lagu nasyid?

-di Derry banyak mural-mural yang menerangkan peristiwa riot bloody sunday yang berlaku di sini.dia ada kaitan dengan civil rights dan tah apa2 lagi.

dahlah waktu sekolah time pelajaran sejarah waktu wajib untuk tidur jadi bila tour guide start cerita pasal history segala memang wajib lah i tidur.last-last bangun blank gila apa aku buat tengah town ni weh??

walaupun agak letih tapi trip ini sungguh best kerana disertai rakan-rakan rapat. im glad i join this trip sebab walaupun penat it was so much fun. =)





Friday, April 2, 2010

21 Is A Good Number


Memang ada hikmah Allah bagi i stress minggu lepas.rupa-rupanya the following week Dia dah plan satu minggu yang menghiburkan untuk i. walaupun semua orang dah tahu i tetap nak bagitahu juga yang i kini sudah 21 tahun boleh mengundi dan berkahwin.ewah tergatal pula.

so terima kasih kepada ibu i yang telah melahirkan i pada 1 April sebab senang orang nak ingat tarikh hehe.bukan senang nak beranak pada tarikh 1 April.mungkin tiada yang mengambil serius bila anda kata mahu beranak dikhuatiri ia suatu prank april fool.tapi u made it mom.thanks to your uterus.perfect contraction timing =)

hari yang penuh barakah ini dimulakan dengan bangun pagi sebelum buang tahi mata log on facebook dan membaca berduyun-duyun ucapan selamat hari lahir. ini memang menaikkan semangat untuk ke kelas walaupun cuaca sejuk beku.terima kasih rakan-rakan tanpa ucapan anda mungkin lecture cardio berlangsung di bawah duvet sahaja.

petang selepas kelas 2 rakan mithali telah belanja i makan di Yamamori. Tapiiiiii kamera cap ayam i tertinggal kat rumah.wadehel gila hari penting begini tinggal kamera di rumah??jadi berbekalkan henfon saudari Elia Mazni Mazlan i ambillah gambar sekadar yang termampu memandangkan bateri henfon i di tahap yang memalukan.

-sedih gila ok kualiti gambar.makanan sedap gila pun rupa jadi macam basi.maaf jenama henfon tidak boleh didedahkan untuk mengelak saman-menyaman di masa mendatang.

to be honest bila orang nak belanja makan pun i dah bahagia memandangkan beras rumah i dah habis semalam.tapi 2 sahabat baik ini turut membeli kek sengaja mahu buat i lebih terharu.

-kek telah dimamah rakus.bawa balik rumah dah tinggal separuh baru boleh ambil gambar. *masih kesal tinggal kamera di rumah T_T *

-rakan i lagi seorang,aisyah siap buat kat handmade anyaman tangan.mana nak cari rakan baik anyamkan kad untuk kau di zaman sekarang ni hah?

oh oh lepastu bila sampai rumah jumpa ini di atas katil;

-stuff i bought online week ago!!ive already forgotten about it.so yeah in a way i bagi surprise present untuk diri sendiri.walaupun kedengaran agak menyedihkan tapi tetap happy gila.

oh terimakasih juga kepada aisyah untuk digital frame itu.sumpah terharu macam nak menangis bila terima tapi perlu kawal emosi. terimakasih kepada kenalan rapat rakan jenayah sejak form 1 elia mazni kerana meredah kesejukan kota untuk mendapatkan kek harijadi lazat penuh kasih sayang itu.

terimakasih juga pada rakan-rakan yang beri ucapan harijadi sepanjang hari. ok bye nak pergi nangis belakang pintu.