Saturday, April 24, 2010

Wanita Jawa Yang Paling Jelita Di Dunia


Bulan April memang satu bulan yang paling unggul. di dalam bulan ini ramai tokoh-tokoh telah dilahirkan. antaranya ialah i,cheng dan mama i. biar ah nak gelar diri sendiri tokoh ceh. 25 April tahun 1964 merupakan tarikh bonda kesayangan dilahirkan. jadi untuk kesekian kalinya post dedikasi hari lahir diwujudkan untuk meng-honour kelahiran seorang wanita Jawa yang paling jelita. mari kita mengenali dengan lebih mendalam penerima anugerah ibu mithali peringkat daerah Nilai ini.

-termenung mengingatkan anak favourite di perantauan


MAMA SAYA SEORANG BUSYBODY
Beliau akan baca semua wallpost facebook i dan stalk album gambar. setiap kali update belog juga akan dibaca. akibat terlalu rindukan anak di perantauan tapi tak berani call sebab takut mengganggu anaknya belajar.

MAMA SAYA SEORANG YANG EGO
Waktu hantar i di airport mama tak pernah menangis. beliau akan kata; "alahhh apa nak susah hati lagi beberapa tahun dah balik semula". tapi i boleh nampak mata beliau dah berair dan nada suaranya berbaur sedih.

MAMA SAYA TAK HEBAT MEMASAK
Sesetengah orang mungkin ibunya pakar memasak. setakat ikan 12 rasa buat brekpes je.tapi mama saya bukan begitu.beliau tidak hebat di dapur bahkan tidak pernah jarang sekali membuat kuih. fuh nasib baik pernah buat karipap kalau tak memang tak pernah ah haha. dua speciality mama hanyalah asam pedas dan sambal tumis. tapi selama 21 tahun hidup tak pernah jumpa asam pedas dan sambal tumis lagi sedap dari yang mama buat.

MAMA SAYA LEMAH
Mama bukanlah superman,mama juga bisa nangis. eh tiba-tiba feeling lagu indon.
ok ok pembetulan ayat tadi; kalau mama saya superman anak-anaknya adalah kryptonite. setiap kali anak minta sesuatu lambat laun pasti beliau usahakan juga walaupun beliau tak banyak wang.

MAMA SAYA KEDEKUT
Disebabkan mama saya tak banyak wang maka beliau kedekut. umur anak dah tua bangka baru nak pasang astro. rumah saya tiada game canggih-canggih. dulu bagi i PS maksudnya hanyalah pendidikan seks seni ,bukan playstation. tapi disebabkan mama kedekut mahu beli permainan yang melekakan,sekolah rendah i tak pernah gagal untuk dapat nombor 1.sekolah menengah is a whole different story lah wei

MAMA SAYA HIPOKRIT
Setiap kali bila nak cuti summer selalu mama kata tak payah balik pun tak apa. bukannya lama sangat duduk ireland. tapi bila i bagitau i nak balik mama pulak yang excited lebih sebab i tahu mama sebenarnya rindu dan mahu i balik tapi taknak susahkan i keluar duit beli tiket flight.

MAMA SAYA TAK PANDAI BERGAYA
Mama seperti wanita lain. kalau boleh setiap hari nak dress up ala-ala Rosmah Mansor.Tapi setiap kali mama ada wang lebih mesti habis belikan barang-barang untuk anak-anak. jadi akhirnya mama akan pakai baju yang sama walaupun Marc Jacobs dah 4 kali buat fashion show tukar season.

Ya mama i tak sempurna. banyak betul cacat celanya. tapi i bangga sebab setiap saat beliau sentiasa cuba jadi ibu yang terbaik buat anak-anak. walaupun tak dapat beri anaknya kemewahan dunia tapi setiap hari tak pernah gagal untuk doakan supaya Allah beri anak-anak kesenangan.

Tak kira apa yang i buat memang mustahil gila lah nak balas budi wanita ini. Bak kata pepatah; I got it from my mama *tiba-tiba* .Segala pangorbanan mama untuk i memang takkan dilupakan bahkan insya Allah akan dibalas kelak. jadi bila i minta apa-apa harap mama anggap ia satu long term investment. =)

Selamat hari jadi mama. saya sayang anda.

harap mama tak menangis terharu baca post ini sebab mama suka feeling macam wan maimunah dalam cerekarama. dah dah lap hingus tu buruk benor rope bila menangis






36 comments:

Lili Sakina said...

tulisan biru yang last skali tuh...ermmmm;)

rizalman atelier said...

tingat arwah mama i you.... (mana amik gambar mama tu?agak2 klw google ada tak? kata tokoh..)

cikgadis said...

sweet nya....
ku terharuuu
*feeling mama jap

huhu

dUrRaNi said...

swiiiiiiiiiiiiiiiiit......

adrinaqamarina said...

1964?
wa...
sme taon ngan abah kte...
hihi~
*ta de kaitan...

tapi betol la...
walau ta sempurna dan sehebat mne pon dye...
dye la mama kte...
and dye la wanita paling hebat...
yeayh!
tapi oke la tu kalo ta de ps pon...
boley jugak fly ireland...
=p

eyt...
selamat hari ulang taon yang untuk ur mom...
moga panjang umo dan dirahmati selalu...
:)

Tijah said...

ala suwitnya.

hepi besday makcik. semoga diberkati sentiasa yer.

anak makcik jauh takpe. saya kan aderr???

tapi masakan 13 rasa tu sangat buat saya moskel. ada letak parmesan cheese & extra virgin olive oil sekali kah?

Effa Madiha said...

mama u mesti terharu gler la baca post nih

~roslinda~ said...

h0w sweet~;)
1st time c0mment~
;D

shilang00 said...

=)..

...
....mama i pun jawa.. =)
,,,,,,,

bagus2.. anak yang sweet

daisy said...

cam mana nak cakap happy besday versi jawa?

hatim a.r said...

@lili:panjang-panjang i tulis tulisan biru je dia baca huh

@rizalman:owh tokoh ni special.gambar semua rare gila memang takde dalam google.alfatihah untuk ur arwah mak

@cik gadis:alahhh jangan menangis kat sini pulak hehe

@durrani:eh ni yang malu nih

hatim a.r said...

@adrina:ps1 ada my abang beli dulu.tapi mama simpan bawah katil terus rosak masuk habuk.cait

@tijah:tu 13 rasa sebab nk celen akak punya 3 rasa la.saya tambah lagi 10 rasa.antara bahan extra ialah buah kedondong dan aloe vera

@effa:dia memang sentiasa terharu.memang cerekarama sket ngeh ngeh

@roslinda:haiyoo apasal festaim.takpe nanti rajin2 la komen yek.sebab pengkomen terbanyak akan dapat hadiah.tajaan rizalman.sukati je soh org taja

@shilang:mantap ah.JAWA UNITED!

@daisy:happy birthday wak.hujung tambah wak.haha bantai je la

nisha said...

alahai, sweet betul.

apasal aku pulak yang macam nak feeling2 cerekarama pulak nih. adoih~

Shahirah Elaiza said...

Hello from New Zealand.

Cute and funny post =) Happy belated birthday to your Mum! Btw, Mother's Day is coming up... don't forget to send her a card and/or gift lol.

And thanks for following my blog and for leaving that sweet comment =)

[i.l.y.a] said...

cey. tak sangka kau sweet

mia said...

epi birthday mama. eh, bkn mama i, mama u lah . hehee...

Farhana Salih said...

Hmm... ada sepatah ayat yang menarik perhatian

'setiap kali mama ada wang lebih mesti habis belikan barang-barang untuk anak-anak'

itu dululah tapi bila besar kena guna duit sendiri. :D

hatim a.r said...

@nisha:ko jgn cerekarama doh.kang aku terikut sama

@shahirah:ure welcome =) thanks for the reminder!almost forgot hehe

@ilya:kau je yg tak tau

@mia:eh biasa dia nak share emak pula ni. ;p

@farhana:yaaa terimakasih kerana mengingatkan itu.golongan ibu mmg semakin kedekut pabila menginjak usia.pasrah jela

Amirah I. said...

Kalau mak aku, aku buat post special sikit untuk dia, mesti dia call/msg aku camni "Bah apa kau mau ni? Duit?" ..................(-_-")

hatim a.r said...

mak kau tahu perangai sebenar kau. aku tak salahkan dia haha

qees said...

sweet..suke...nice..nampak cumilll je...hmm de tokoh jd ank mithali nie..

Amirul Afiq Mohd Zainuri said...

pertama, mak saya juga seorang jawa. ayuhlah kite berparti tempe

kedua, anda tertinggal seorang tokoh lagi. *cough*

ketiga, happy bday mak hatim. walaupn hanya sempat bersua sekali. moga pjg umur murah rezeki. (part murah rezeki tu mesti ko nk tumpang sekaki kan?)

p/s: ko wat ak homesick, dem yu hatim.

hatim a.r said...

@qees:fuh anak mithali.segan ah jgn puji lelebih

@amirul:yaaa seorang lagi jawa.ye la kau juga termasuk golongan tokoh tu hehe.insya allah jika panjang umur boleh bersua muka lebih sekali.datangler rumah raya ni =)
aku pun homesick baiiii

tengku_fir21 said...

happy birthday to your mum
ko ader adik perempuan
hahahaa..

hatim a.r said...

maaf adik perempuan saya tak available.beliau masih bersekolah

puterakayangan said...

speechless.....pure thoughts...may God Bless ur mom....=)

hatim a.r said...

thank you!thats so kind of u.she'll appreciate that for sure =)

cupcakekasih said...

selamat harijadi dan bertuahnya dapat anak yang pandai...dan pandai menulis blog utk tatapan mama dia.

hatim a.r said...

eh puji lebih2 ni hehe.tak pandai mana pun.mengarut je lebih

gr8na said...

sweeet n lawak amat. owh part 'mama xpandai bergaya' tu, rsnye mak2 ni at one stage diorg dh malas dh kot kn..ni kna hantar profile diorg kt tangkap muat, suruh rizalman dress up kn :D

lilykhalilah said...

sungguhterharu...luahan ikhlas dari hati seorang anak soleh..

Cik LibangLiboo said...

wah...tergenang ayaq mata baca..
tp bila baca last para, gelak balik :P

hatim a.r said...

@gr8na:hah tulah ingat nk makeover mama tapi dia tak kasi.haha takpelah dh cun dh tu =)

@lily:amin..mintak2 jadi anak soleh

@cik:saja buat para last tu kang ramai pulak yg meleleh hehe..eh ni macam festaim je komen ni tak parnah nampak pun.thank you for dropping by =)))

fadYGbaek said...

1st time baca blog ni. sgt tertarik dgn post birthday mama ni. thumbs up bro!

Wan Nurzalia Wan Saelan a.k.a NoZ said...

the best entry =)

wawa said...

tetiba tersedar.. I love u mama.. utk abah jugak.. <3