Tuesday, April 20, 2010

Berita Hangat Yang Tak Melibatkan Fasha Sandha


Kalau anda rajin menonton buletin utama malam-malam dan tak terpesong separuh jalan tukar channel sebab nak tengok diari akademi fantasia, pasti anda tahu yang benua eropah kini dilanda bencana alam. actually iceland je yang ada bencana alam ini tapi satu europe turut diheret sama ke dalam permasalahan ini. *glares at all iceland people*



Salah satu gunung berapi di iceland iaitu Gunung Eyjafjallajökull decided to be a bitch just in time before my summer holiday. hasil dari letupan ini,semua airport ditutup sebab asap,habuk dan segala bendalah yang keluar dari gunung ini dikhuatiri boleh merosakkan enjin kapalterbang. now dah nak masuk seminggu kebanyakan airport ditutup dan volcano ini tidak langsung bersimpati dan menunjukkan tanda ingin padam.

untuk gambaran lebih jelas mari kita lihat gambarajah di bawah:


kawasan berlorek melambangkan kawasan yang diliputi asap dan debu-debu cinta dari gunung ini. jadi anda boleh nampak disitu sebuah negara kecil permai bernama ireland yang di dalamnya tinggal seorang anak melayu yang bercita-cita untuk menemui ibubapa beliau sempena cuti summer ini? ya negara itu juga ada dalam kawasan yang dilorekkan.

ada ramalan beberapa pihak yang mengatakan yang letusan ini boleh berlangsung hingga beberapa bulan ataupun mungkin juga hingga setahun. justeru anda tahu ini maksudnya apa?
maksudnya semua rancangan berkelah di morocco,euro trip dan hari raya di pangkuan keluarga bakal tinggal kenangan. jika volcano tiba-tiba padam dan langit kembali clear mungkin ada harapan di situ. tapi harapan untuk itu berlaku sangat tipis macam mengharap siti nurhaliza bertudung litup.tidak mustahil tetapi bukan dalam waktu terdekat.

sekarang setiap hari bangun pagi terus baca berita untuk tengok samada airport dah mula beroperasi.setiap hari pun macam optimis kata esok langit akan clear tapi last-last kecewa juga. bak kata ustaz-ustaz ini memang ketentuan Allah dan mungkin juga tanda-tanda mahu kiamat. jadi sekarang i sedang cuba menenangkan diri dan mencari hikmah di sebalik semua musibah ini. sesiapa antara reader belog ini yang AJK surau taman perumahan boleh buat solat hajat untuk padamkan gunung berapi.

sementara itu mari kita hayati video ini;


ps:air asia baru hantar emel promosi sesiapa yang tiket ke europe kena cancel boleh dapat diskaun tiket ke negara asian.syabas air asia nampaknya dalam ramai-ramai anda nampak hikmah kejadian ini terlebih dahulu.



16 comments:

adrinaqamarina said...

a'a...
orang pon baru dapat tau cerita tu...
agak lambat nak sampai nak sampai ke egyt...
=.=

untuk anak rantauan yang mungkin terkandas...
heee~
bersabar la ye...
doa untuk korang kat sana jugak...'
:)

Balqis Riza said...

uish kesiannye..serius..hummm..aish takleh byg dowh..
takpe la..ade hikmah ni..kuasa Tuhan gak..
my senior kata, kalau Tuhan bg dugaan tu kejap je, bg nikmat pon kejap je..i mean, sng je Dia nak tlg kalau Dia nk tlg..hehe..
sabar eh..
slmt hari raya saya ucapkan..
kalau dpt peluang yg ckp happy raye kt surat khabar salam perantau tu pliss sebut my name..hehehe
uik cm terawal 5bln je ni..kih3

hehe main2 la..haa jg diri leklok..

daisy said...

aku da la lembab bab geografi ni
sib bek ko lukis peta

hatim a.r said...

@adrina:sila doa dengan gigih.ramai yg tak tau betapa dahsyatnya situasi ini T_T

@balqis:harap2 kejap je la dugaan ni

@daisy:peta itu memang khas untuk sesiapa yang tak berapa dalam geografi hehe

HaRaShO HiDaYaH said...

sabar je la eh.....mmg byk kerja dan program negara yg tergendala disebabkan musibah ni....sama2 la kita doa cpt hilang....

tp bos ktorg sempat la balik mesia....kalo tak mau berbulan2 tak payah jumpa dia sbb terkandas kat sana....hahahahahah.....

~Kak AZZ~ said...

Dugaan utk ko la tu Tim... Tapi mmg teruk la situasi tu.. Teruk2 pun krew national geography siap landing kat situ... tabikk springg la kat dorang yang berani mati tu... haha...

Mungkin ni la masanya untuk gunakan kapal selam Malaysia tu kottt... hehehe..

hatim a.r said...

@harasho:fuh kalau boss stranded setahun kat oversi jawabnya memang heaven la opis tu haha

@kak azz:omaigod!!brilliant sungguh cadangan akak tu!bila lagi nk guna kapal selam mahal tu kan?dari biar bekarat baik buat angkut orang

Aliyah Zambri said...

MoroCco :((
So camne ni? Shud I still buy tickets to go back home tomorrow? Sedih nyah,

Shaera Abdul Mubin said...

hatim sila claim blog award kau kat blog aku :)

hatim a.r said...

@aliyah:u hav to check the news daily lah.see how it goes

@shaera:wah wah festaim dapat award nih.satgi lah bila2 free aku collect hehe

saya;mer said...

berusaha hilangkan abu dengan meniup ke langit setiap hari ya

selamat beramal :)

tengku_fir21 said...

tolong sedut asap dan habuk itu...
saya tk mahu habuk2 itu menghalang kayuhna basikal saya..haha..


p/s:tabahkan lah hati..nanti raya jemput dtg rumah
blh dgr lagu airmata syawal bersama-sama

hatim a.r said...

@saya;mer:owh itu dh plan dh mula2 tapi macam buang karan je

@tengku: airmata syawal dh siap dalam playlist sekali dengan dendang perantau.first raya boleh pasang T_T

tengku_fir21 said...

huk2..jgn ler weih...sedih aku...hahaha4 bulan lage nk puase..

payedd said...

woahh,memula ingatkan ko memain jek bai
rupanya mmg kejadian benar..

hehe

sila bertabah ye

maybe selepas ini akan reda la..

ianya tidak mustahil, tetapi akan memakan masa,
perumpaan siti nurhaliza betudung..sangat mengena..

i loike.. hohoh

hatim a.r said...

@tengku:yaaa raya tadehal.puasa waktu summer mmg anorexic ah

@payedd:sila doakan siti nurhaliza bertudung T_T