Disebabkan itulah tuanku membeliku dahulu. Aku dibeli secara online oleh tuanku,seorang pelajar yang hensemyang menetap di Dublin. Nak basikal untuk senang pergi sembahyang Jumaat katenye. Alhamdulillah,soleh betul tuan baruku ini,ucapku penuh syukur.
Tapi hari aku diposkan ke rumah beliau di Dublin tu aku dapat rasakan,beliau bukan nak pakai basikal sangat pun. Ini semua peer pressure.Orang lain beli basikal,dia pun tanak kalah,nak beli jugak. Memang dasar kaki boros. Tu belum tengok beliau membeli belah di ikea lagi. Konon siap buat list,tapi bila nak cek out sempat capai bakul sampah,bekas laundry dengan berus jamban. Bawah 10 ringgit,tak beli kufur nikmat katanya. Pffft.
Adatlah kalau beli basikal online kena pasang sendiri basikal tu. Sewaktu aku tiba di rumah beliau, beliau pura-pura terkejut kena pasang tayar sendiri. Dengan sekali percubaan,beliau putus asa lalu sambung makan kerepek. Nasib baik ada rakan-rakan rumah beliau yang sudi membantu,jika tidak aku pasti hingga ke hari ini pasti aku masih di dalam kotak.
2 minggu pertama bersama tuan baru ku,aku menikmati saat-saat indah. Setiap petang kami akan bergelinjang bersama di keliling persekitaran universiti beliau. Kami begitu teruja menjelajah setiap pelusuk kampus bersama. Melalui denai-denai kecil sambil mengelak dari menggilis tahi anjing yang berserakan di sana-sini. Aku bahagia.
Namun benar kata pepatah,langit tak selalunya cerah. Ku sangkakan panas hingga ke petang namun hujan turun ditengahari. Bukan hujan gerimis tapi hujan yang lebat gila stok astro pun jadi no signal. Tuanku semakin jemu menggunakan ku. Cuaca terlalu sejuk merupakan alasan cliche yang diberikan disamping menyalahkan gearku tidak berfungsi. Whattheheck?getus hati kecilku.Padahal gear aku masih elok,cuma beliau sebenarnya yang tak tahu gear rendah untuk naik bukit ke turun bukit. Tapi beliau ego,tetap menyalahkan diriku di atas kebengapan sendiri.
Kini aku tidak diperlukan lagi. Badanku ditambat pada palang besi di tepian tangga. Aku sedih diperlakukan sebegini. Akibat terdedah kepada persekitaran cuaca ekstrem, rantai kunci yang membelenggu badanku berkarat. Sudah berkali-kali tuanku cuba membebaskan ku namun gagal. Aku nampak riak kesal di wajahnya,terutama sekali selepas mendapat warning parking basikal merata-rata tempohari. Padan muka beliau,aku menyumpah di dalam hati sambil diselang-seli dengan carutan.
Kalau diikutkan mileage,memang tak sampai 20 kilometer pun aku digunakan. Sementelahan penampilanku masih menarik cumanya rantai kunci ini saja yang menghalang aku dari dimiliki orang lain. Tapi aku terus berharap semoga satu hari nanti ada yang akan menyelamatkan aku dari penderitaan ini.
Aku merayu pada sesiapa yang membaca rintihanku ini di luar sana, marilah datang dapatkanku dengan harga serendah 20euro on the road + road tax. Tapi kunci kopakkan sendiri. Aku tak rela menempuhi satu lagi winter dibiarkan sebegini. Ini sungguh kejam.
Yang benar,
Jejaka Sepi.
37 comments:
Tahniah..anda dpt A+ utk karangan saya 'sebuah' basikal! (sebuah ok...penjodoh bilangan utk basikal..jgn nak memandai sejibik! kikikiki) *LOL*
i dpt rasekn basikal i pon sunyi sepi dan merintih mcm u pye basikal. ngee. mase foundy je teruja nek bwk g sane sini. +_+
C ++..
haha,suka hati je.
you tak kopak lagi besi dia..
ayoo kesian basikal tu.
I suggest beli acid kot.
Tak pun pinjam je potong besi
dgn siapa2 yg baik hati.
owh basikal. aku simpati dgn nasibmu itu..
marilah kita berdoa supaya tuan kau jual kau ke kedai besi buruk. haha
aku bergurau saja basikal. esok aku akan adakan kutipan derma utk kau ok!
cian kamu wahai basikal..
semoga berjumpe dengan tuan yang menghargai diri mu
hahah
padahal aku pun same je..
basikal da karat belakang umah..
hahaha... mmg tip top la.. part plg best.. jejaka sepi.. huahahah tk bole blah... nway..nice entry wat aku gelak besar...hahaha
A+ nye karangan..tahniah! haha~
dah tak guna dah karangan contoh, budak spm dah jawab paper bm dieorg pagi tadi. lol.
hahaha! basikal cakap whattheheck. i like the basikal XD
Meletops entry ko dik tim...ke basikal yg buat entry nih?hahaha...pos je kat mamat bangla keja kat dublin tur!! hahahahah
Basikal kata:kawan2 terimakasih kerana memuji kebolehanku menulis esei.tapi aku serius mahukan pemilik baru atau dalam omputehnye serious buyer!aku kesejukan di sini brrr
ooit,ak tataw la ko abis peksa blm..gud luck kpd ko :)smile n cheers..cntik bsikal ko dowh ak pn ad gak dlu tp ak 'vice versa' ko.akdh tggal mcm mula2 ko bli dlu..haha lolz
kasihan sekali atas nasib yang menimpa diri kau wahai basikal!
akan ku khabarkan kepada tuan kau untuk melepaskan kau dari rantai besi itu agar kau bebas berlari kemana saja..
ahhaha..gile laa...teringat entri yg lpas pasal basikal ni yg tsadai..
still tak leh bukak jugak ke???amek la parang ke kapak ke bukak rantai tuu..tak pon suruh jiran2 tetangga tolong ke...=)
mesti Hatim ni ala-ala manja-manja gedik kan...takkan sampai sekarang tak leh buka kunci yang berkarat tu... nasib baik akak jauh kat malaysia ni, kalau tidak akak geget jer rantai kunci tu :P
@minahcoolio:thanks
@lynn:i only know one jiran and he isnt very friendly haha.if i were to ask for help frm the apartment's mgmt,theyll charge me!
@mummy liesya:this is not ur version of il cheapo rantai kunci i tell u.its a 50 euros kinda kunci.try geget sure gigi terbarai
weh, tak boleh pinjam cutter kedai besi ke?
hikmah yang tesembunyi, basikal tu stil ade kat situ tanpa sesiapa pun yg sudi memandang beliau sampai karat rantai besi. Dpt gak 20 euro. Kalau kt malaysia, teralih pandang pun basikal ble ilek(hilang). Mungkin penulis akan berasa lagi kesal sebab bute2 je beli da kena curik.
alahai dik... ni kalu betul2 esei spm... comfirm dpt A+ sbb pemeriksa tuh pun sedih syahdu syahdan baca kisah basikal tuh...
sampai skrg nih tak blh bukak ke rantai basikal yg karat tuh? alahai sian basikal merah itu yek
putus asa lalu sambung makan kerepek..lawak gile kot..hahaha memang mantopp A1 lah!
Ambik gergaji besi
gergaji je palang tu skali..mesti besh~~~SEBUAH BASIKAL...karangan anda phailed! wakaka
comel.... boleh menjadi inspirasi kepada pelajar UPSR tahun depan....
Alahai kuatnya rantai kunci tu... takpelah Tim, kalau ada jodoh basikal tu ngan tuan baru InsyaAllah tak kemana...
Tahniah, karangan yang baik dan menarik. Tetapi makcik kesian kat basikal tu..... macam digantung tak bertali pulak!
dah lama2 aku comment kau..bru aku perasan ada tagline dowh..anyway thanks(ahakss)^.O macam ape liyana cakap kau tak pinjam cutter ke manala nak taw kot2 boleh ka... luaq negara punya cutter lagi kuat kan? haha..kau kena warning kan,dey macha tarak takot ka?
sampai perkataan whattheheck tu dah terbarai akak ketawa. pas tu jgn ckplah.. gud job ah hatim..
sumpah karangan terbaik SPM...haha A+++ utk kamu...=)
sumpah karangan terbaik SPM...haha A+++ utk kamu...=)
sebuah basikal..hahaha
kenapa saya ingtkn basikal jenama lerun yang telah diberi kepada orang
la senang je nak bukak kunci yang berkarat tu...pi beli minyak brek keta...klu x bleh nak dptkan minyak brek keta, boh je minyak cap kapak...serius nih...minyak cap kapak bleh settlekan problem camni..
oh man!u only know one jirannn??ish22..apakata start beramah-tamah dgn jiran tuuu..once,da rapat sikit..boleh la mtak tlg dia..
tak pe la amek masa pon..
at least,before nak balik malaysia nnt,dapat la bawak balik basikal tu!hahaaha..
p/s:::apa kata try tipss yg diber 'inabu' tu..uji kehebatan myak cap kapak!hahaha
first,theres no kedai besi around.
second,even if there is a kedai besi,they wouldnt let me borrow their besi cutter,trust me.they have zero confidence in lending anything to strangers.
third,i tried with minyak basikal and all that,no good.
fourth,if it wasnt for the warning letter dan perasaan bersalah akibat pembaziran,i couldnt care less about the bike.
so final shout,siapa nk beli ini basikal,u know where to find me =)
'Kunci kopak sendiri'.. alololo syahdu je munyiknye ^_^
say suka blog awak la! =)
visit here please : http://syaiza189.blogspot.com/2010/11/saya-tak-tu-kenapa-saya-suka-blog-awak.html
SAYA SUKA BLOG AWAK LA!!
PEACE...
http://moccacino-queserasera.blogspot.com/2010/11/saya-suka-blog-awak-la.html
banggalolo!!
best gk layan blog ko ni
hahaha
sila buang jejaka sepi ke dalam kolam!
siapa yg suka belog ini tenkiu.terharu lah pulek kan
@lelaki ini:bajet nk buat tukun ke cmpak dlm kolam
@cik epal:kan kan??sebuah ke sebijik?sebab kalau kereta sebiji kan?ke sebuah jugak?konfiuss
tepi sket!!
hohooooiiiyhhh
tahniah hatim! cikgu dina suka karangan kamu. cikgu akan make sure kan karangan kamu akan menjadi contoh rakan-rakan semasa kamu membacanya di hadapan perhimpunan
Post a Comment