Wednesday, September 30, 2009

Spesis Kawan yang Hanya Boleh Kau Temui di Kem Motivasi

sejak i terbaca berita penting yang mengejutkan banyak pihak tempoh hari,i semakin peka terhadap perkembangan semasa di dada akhbar.selain dari membuka laman ilmiah youtube,kini laman web berita harian juga menjadi pilihan hati untuk dibuka setiap pagi. selalunya i hanya akan baca tajuk-tajuk utama yang sensasi saja tapi hari ini i tertarik dengan satu berita yang sungguh menyayat hati i yang innocent..


Macam-macam: Remaja jual diri selamatkan rakan

BEIJING: Seorang pelajar China sanggup 'melelong' dirinya untuk menyelamatkan rakannya yang menderita penyakit saraf.

Dan Dan, 22, pelajar di sebuah universiti di Dezhou, wilayah Shandong menawarkan diri pada harga £15,000 (RM84,000) di internet kepada mana-mana lelaki yang sanggup berkahwin dengannya bagi mendapatkan wang bagi membiayai rawatan perubatan teman baiknya itu.


ketika i membaca berita ini i merasa kagum kerana tak sangka ada juga orang yang sanggup berkorban untuk menyelamatkan kawan sendiri. kalau u oll tengok drama-drama sekarang pun kawan backstab kawan memang dah menjadi trend especially yusof haslam punya drama. rashid sibir punya kurang sikit sebab dia fokus buat cerita hantu untuk slot keliwon kat tv3.eh eh suka lari topik.

pendek kata time i bace berita nih memang menyedarkan i betapa role seorang kawan di dalam hidup itu memanglah besar.tapi setelah i membaca beberapa baris terakhir petikan tersebut membuatkan i terfikir:di zaman yang penuh pancaroba ini wujud lagi kah kawan yang betul-betul ikhlas nak tolong kau di waktu susah?u oll sambunglah baca berita nih dan nilaikan..


..Bagaimanapun, tindakan Dan Dan itu mendapat kritikan kerana ada yang menuduhnya menggunakan rakan untuk mencari suami kaya.


heh macam-macam manusia sekarang.tapi i rasa ini memang win-win situation kerana nanti last-last kawan dia dapat jalani treatment dan amoi yang baik hati itu dapat kahwini lelaki kaya kerana dalam drama yusof haslam pun orang yang tolong kawan sendiri selalunya dapat jodoh kacak dan kaya siap kereta sport warna kuning.


-kalau Dan Dan rupa begini,malam ini i start kumpul duit nak cukupkan rm84000




Friday, September 25, 2009

Objek Bertali yang Menjijikkan


helloh helloh wah lama rasanya i x update dengan post yang panjang.almaklumlah musim-musim raya nih memang sibuk sikit memenuhi undangan nyanyian rumah terbuka dan makan-makan.manalah nak sempat dengan kelas sampai petang nak update blog.justeru rakan-rakan jika blog ini dapat diupdate haruslah sujud syukur. ramai-ramai serentak: ALHAMDULILLAH KAMI BERSYUKUR!!

okeh bagus bagus.. sebenarnya xde apa pun yg i nak cerita memandangkan tiada apa yang menarik berlaku di dublin ini.
sekarang masanya kau nak tarik balik kesyukuran tadi.
semuanya macam biasa je kt sini xcept beberapa minggu yang sudah ada fresher's week di universiti i nih atau dalam bahasa RTM nya minggu mengalu-alukan kedatangan pelajar baru.get it??

apakah yang ada ketika fresher's week?minggu inilah student2 boleh register kelab dan juga sukan permainan idaman hati. sebenornye i bukanlah berminat sangat nak register kelab-kelab nih tapi hanya dengan yuran pendaftaran sebanyak 2 euro u oll akan menerima GOODIE BAG yang diisi penuh dengan pelbagai jajan. jadi di sini dapatlah disimpulkan walaupun kau tak minat menganyam tikar tapi jika Kelab Menganyam bagi goodie bag berisi i-phone pasti ramai yang mendaftar.owh btw kelab menganyam tidak wujud.i yang reka.


-time nih xde orang lagi so bolehlah ambik gambar

-kaunter pendaftaran bukan pada waktu puncak



-oh oh ade bungee jumping juga


tahun ini i tidak terlalu tamak lantas cuma mendaftar untuk dua kelab sahaja yang menyediakan goodie bag berisi kerepek kentang berperisa keju =) bukan sahaja kerepek kentang malah pelbagai barangan lain turut disertakan di dalam goodie beg tersebut seperti kupon membeli-belah dan barangan penjagaan dalaman wanita.

-oh ini i dapat juga tak tahu hari jadi siapa nak tiup jadikan belon

selain dari kondom i juga dapat sekotak tampon dan pantyliner percuma. tampon itu bila sampai rumah telah dibuka oleh housemate i yang pervert curious untuk mengetahui lebih lanjut rupa dan kegunaannya.lalu terjadilah eksperimen celup-tampon-dalam-mangkuk-berisi-air.hasilnya mengagumkan kerana siapa menyangka bila kembang rupa berubah seperti rama-rama. lepas eksperimen tamat dan hipotesis rakan i yang mengatakan ia mampu mengeringkan semangkuk air gagal kami beralih pula kepada pantyliner yang dibekalkan.

sekali bila buka terkejut kerana rupa-rupanya boleh dilekatkan!wah wah jadi roomate i yang gemar menonton Martha Stewart terus mendapat idea kreatif..


-bila dilekat ke dinding boleh buat tulis senarai hutang kawan-kawan

i juga mendaftar kelab tenis walaupun tidak mempunyai raket setelah memutuskan kelab wrestling terlalu ganas dan uniform terlalu ketat. jadi korang semua bolehlah tempah tiket wimbledon datang sokong i main nanti :B





Wednesday, September 23, 2009

semua orang boleh jiwengs bila mereka mahu


kau pernah tak alami satu situasi nih bila kau x mampu nak cakap apa yang kau rasa sebab takut ada yang kecewa. aku tau rasa dia macam mana. macam bila kau terkejar-kejar masuk jamban terus cangkung tapi tahi x mau keluar.

..........................

Monday, September 21, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Ikhlas dari Muhamad Hatim Abd Razak
University College Dublin
2nd year Medicine

Sunday, September 20, 2009

Kau tak tahu betapa awesomenya beraya di perantauan

hei hei bertemu lagi kita dalam edisi raya! wah wah x sangka masa begitu cepat berlalu bila kau terpaksa skip lunch =) sedar x sedar skarang dah malam raya!! bonda tercinta i yang vogue; Toh Puan Terutama Duchess of Nilai telah call i petang tadi menyampaikan perutusan keberangkatan famili i mencemar duli ke kampung di perak.owh i terlepas lagi sekali trip setahun sekali ke kampung haih.tapi dari nada suara adik-adik di dalam kereta semua excited seperti terlupa abang mereka yang awesome ini tidak lagi bersama.ok fine pergilah balik beraya..tinggalkanlah i.

kau orang ingat i x boleh raya di perantauan?walaupun mercun bola n mercun ketupat takde tapi di mana ada i di situ ada kemeriahan ceh.seriesly i rase sama je raya kat mana2 pun.kadang2 personally i rasa raya di dublin lebih meriah sebab i betul2 take part in every details of the persiapan raya.kalau kat malaysia pagi raya i bangun lambat mandi2 pecut ke masjid,sampai-sampai masjid penuh dan i terlalu elegan untuk sembahyang di tempat selipar lantas terus pulang ke rumah.tapi di sini i bangun awal kejut satu rumah,mandi2,pakaikan sampin sesama housemate awwwww sungguh sweeeet dan comel.

korang yang tidak turut serta i beraya di dublin ini mungkin tidak menyangka betapa similar nya suasana raya di sini dan malaysia. segala yang ada di malaysia ada juga disini =)

-kalau stakat nasi impit,i boleh kacaukan beras sampai 4 periuk sekaligus.rilek je

-then kita penyek-penyekkan dia ya cik jah..

kemudian cik jah bila dah siap penyekkan kita angkut masuk fridge.biar satu malam.siap. bangga i

satu lagi bila sebut pasal raya selain dari almond london dan tart gulung perkara yang paling sinonim dengan hari raya adalah takbir raya.mesti ramai yang kata;'alaaaa hambar lah kau tempat kau takde takbir raya rumah ke rumah'..ek elleeehh kau ingat bila duduk oversea aku buat trick or treating je ke?


ambik kau i pakse semua orang datang takbir rumah i tapi yang bawa pot luck je dialu-alukan masuk ngehehehehee

-setelah penat mengepalai takbir sebanyak 73 round dan bertadarus sakan i terus tonggang sekotak jus epal potlak ihsan dari senior.abaikan mamat yang tersengih di sebelah i.suka enterframe

namun hari i tidak berakhir di sini cewah.raya tidak sah tanpa sepasang baju melayu jingga(macam tajuk cerpen sastera tingkatan 1).


seriesly i tak tau macam mana nak tebalkan muka naik bas ke malaysia hall pagi esok sambil pakai baju meghelip nih.kaler baju tu terang giler kalau i pergi Spain masuk acara dikejar lembu pasti i orang 1st mati ditanduk

-last sekali sebelum tidur i sempat memberi sedikit personal touch pada rendang masakan haleem.~~

kesimpulannya raya di mana sama sahaja.yang penting semangat anda untuk beraya.kalau kau duduk malaysia tapi bila orang sibuk kacau dodol kau mengadap tv tengok senario raya memanglah raya kau x meriah.akhir kata i nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN,DRIVE SAFELY DAN BAYAR ZAKAT.DAAAAAAAAAA





Thursday, September 17, 2009

pelajar rantauan mangsa birokrasi kejam

hei hei lama rasanya i dah x update blog ini!!!!
ceh macamlah ada orang tertunggu tunggu kau update pun. kate pown blog usang u oll,so i saje je purposely x update. =)
i pun sebenarnya xdelah ade apa yg nak di share kan memandangkan seminggu lebih ni xde benda2 ajaib pun yang berlaku dalam hidup i.lainlah kalau i terjumpa lailatulqadar lepas tu doa nak jadi artis terkenal termakbul ke baru lah kencang sikit nak bergebang.

minggu ni mmg hectic giler schedule i sebab kelas melambak2.siapa yang beri harapan palsu kepada i kata 2nd year free sikit tu harus direjam.i rase 2nd year ni
GILER BABS punya sibuk sampai kelas pun habis around 5 lebih.tapi sibuk2 pun i still sempat lagi mencuri masa pergi buat Garda card selasa lepas.

bagi u oll yg x tau tu,garda kad nih sebenonye mcm ID lah utk immigrant2 yg dtg duduk kt ireland nih.disebabkn kelas haritu pukul 3 ptg,so i dengan tekad dan semangat waja bangun pagi2 gile.mandi2 siap2 carik spenda hilang last2 pukul 7 lebih jugaklah baru gerak keluar
rumah..


-konon sebelum subuh nak gerak last2 sebab jiwa MELAYU kental lambat jugak

nasib baik lah tiang bas tuh sekangkang tahi je dari rumah i so xdela menggelabah sgt nk kene berjalan jauh sampai basah ketiak.

lepas beberapa marhalah dlm bas last2 sampai jugak ke pejabat garda yg kusam itu.punyalah gelojoh x sabar2 nak cepat x bagi salam terus beratur x pandang kiri kanan.
sekali i ternampak satu notis dekat celah2 tiang kata STUDENTS BOLEH BERURUSAN HANYA SEKEPAS PUKUL 9. whatashdjksdksjhksgfjshlskjflshfjss terus i mencarut panjang 5 harakat.

u oll bayangkan i punyalah bersemangat kunci jam lepas sahur(walaupun snooze 6 kali)tapi still bangun awal giler semata-mata nak buat sekeping kad bodo lepas tuh die xnk layan pulak. i rasa pepatah early bird catches the worm tuh harus dikaji semula sebab di ireland early bird semua dok melopong tunggu jam pukul sembilan pagi heh.akhirnya dengan saki baki pahala puasa yg tinggal i berjaya bersabar hinggalah..




129?!my turn adalah yg ke 129!!!!!

tapi memandangkan hari ni je yg i free so nk xnk i redha jelah.dahlah garda kad tuh kene bayar 150 euro pastu berkurun pulak tuh nak tunggu.tambah sakit hati bila orang kaunter bukan stakat x senyum,jeling2 manja pun tidak.i rasa servis dekat malaysia jauh lebih bagus dan ekselen. oh i rinduuuuuuuuuu malaysia!!!!!!

ps:nanti i buat post untuk raya okeh!sekarang anak bulan x nampak lagi dari semalam i dok carik..


Saturday, September 12, 2009

GEMPAR GEMPAR:MALAYSIA DAH TAK SELAMAT!

selama i di perantauan nih i mmg dh jarang bukak berita melayu or bace surat kabar tempatan.maklumlah setiap kali bukak website tv3 nak tgk berita serta-merta niat terpesong ke episod terbaru nur kasih.jadi hari ini selepas i bace satu-satunya sumber berita i iaitu yahoo news tiba2 i tergerak hati untuk membuka website berita harian.dan i dikejutkan dengan berita terbaru yg sungguh dahsyat ini..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
betul u oll dahsyat giler ni kalau berani sambunglah baca
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Suami Anita Sarawak ditetak penyamun

haa gerun giler kan kan kan?ni bukan berita ruangan hiburan u oll tapi berita utama.so i mengambil serius perkara ini kerana ia berita utama.tapi sedang i khusyuk membaca tentang kepincangan yg melanda ini i tidak dpt mengelak dari ter-notice a few facts yg menarik.skill ini yg dipanggil reading between the lines yang i belajar dan praktikkan sejak dari bangku sekolah lagi.

namun i cuma nak kongsikan few paragraphs jer lah so kalau u oll nak bace berita full pergilah sendiri ke website berita harian.

petikan akhbar:"Anita berkata, walaupun cedera, Mahathir tetap melawan dengan mengacukan kipas lipat miliknya yang disangka pistol oleh perompak terbabit"
maksud tersirat:perompak di malaysia memang sah2 bangang berotak ciku.macamane boleh termistake pistol dengan kipas lipat?kalau kipas meja tuh mungkin la ada ala-ala meriam bazuka,tapi ni kipas lipat u oll.yang orang beli harga 2 ringgit setengah kat melaka tu.skarang ni dekat kenduri pown ade yg bagi kipas lipat instead of bunga telur.so dapat disimpulkan golongan perompak sama ada betul2 bodo piang ataupun mereka antisosial tidak pernah ke kenduri.

petikan akhbar:"
Saya kemudian membuka pintu kereta dan cuba meleraikan pergelutan itu serta merayu perompak terbabit supaya tidak mencederakan Mahathir dengan menjerit `adik jangan’. Sebaik melihat muka saya, seorang perompak terbabit tergamam dan mengarahkan rakannya beredar.'
maksud tersirat:kak nita sila take note.kalau perompak pown TERGAMAM dan BEREDAR sebaik sahaja melihat muka kau,mayb u shud slow down on the botox okayy.kalau dah muka tegang macam voldemort jangankan perompak bahkan harry potter yg berkuasa sakti pown boleh terkesima.

itulah sedikit sebanyak yg i dapat summarizekan dari berita hari ini.haish macam2 malaysia sekarang ini.kalau laki anita sarawak si mat saleh tinggi 10 kaki tu pun boleh ditetak kepalanye apakan lagi kita-kita melayu yang tinggi tak berapa nak model nih.jadi untuk keselamatan semua orang pergilah beli kipas lipat ataupun yg kaya sikit bolehlah register untuk suntikan botox selepas ini.




-akak skarang tak main la kipas lipat u oll.ni nampaaakkk???



Wednesday, September 9, 2009

Pertemuan dua jiwa yang ditakdirkan ke alam cinta yang kudus..

Bagi mereka yg mengenali i mesti kau orang tahu by now yg im not a big fan of dissection class.mengapa?kerana xpectation i terhadap dissection class telah dikeciwakan.sebelom start dissec dulu i bayangkan bila kita dissec si mati yang malang itu darah akan terpancut2 macam dalam cerita Kill Bill time lucy liu pancung kepala mamat yakuza jepun.tapi waktu itu i terlalu naif dan tidak tahu hakikat sebenar dunia perubatan yang tidak seindah mimpi cewah

selalunya dalam dissection class instead of memotong mayat i habiskan masa dengan berbincang dan membuat spekulasi tentang kehidupan2 si mati sehingga keluarlah pelbagai teori seperti 'mungkin dia mati kerana dikasari isteri etc etc'.kalaulah i pakai spek hitam time tuh mesti kau orang ingat i jelmaan Horatio



-mengikut firasat i dia mati kerana sawan...


mayat2 di dissection room sebenarnya telah diawet atau dalam istilah i telah di-pickcle-ize kan supaya lebih tahan lama dan lebih sedap mata memandang.jadi semua cadaver2 di UCD adalah disahkan mesra pelajar.

jadi,berbalik kepada topik sebenar yang i nak cerita,dissection class hari ini telah mengubah persepsi i terhadap kelas yang suram ini.hanya mereka yang sekelas dengan i yg bertuah meng-witness kan kehadiran demonstrator baru yang super friggin HOT.bak kata pepatah melayu lama,beliau memang makhluk tuhan paling seksi.

tapi sayangnya i x boleh bawak camera dalam dissection room kerana protokol2 tertentu namun i boleh describe wajah anggun jelitawan beliau dengan precise =)

dari segi komposisi genetik beliau bolehlah dikatakan cross breed antara gwyneth paltrow dengan liv tyler hoho



+




walaupun beliau memakai lab coat yang yang berpotongan sopan namun i masih dapat lihat betapa stylonya beliau.dengan dressup ala ala blair waldorf tidak mustahil jika orang tersilap memanggil beliau sebagai awek i *eh eh maluuuuuu

untuk yang belum masuk dissection untuk subjek GIT kalau kau orang nampak demonstrator bernama DR LISA SMYTH jangan kacau ok.sebab dia pun bukan jenis yang curang haha matila perasan.

ok chow!

update:dia ajar dissection locomotor jugak!!haha best best





Tuesday, September 8, 2009

selangkah ke alam barzakh

hari ini bermulalah sesi pembelajaran i yg baru.2nd year kehidupan pelajar medic yg hapPENING. first week nih mmg i banyak giler babas nk kene manage sampai i rase doremon pown akan give up kalau die jadik i.antara perkara2 yg masuk dalam to-do list i adalah:

  • konfemkan dengan syarikat sampah bout my registration kerana ireland sangat kuno hingga kita perlu mendaftar dan bayar beratus2 euro supaya sampah sarap kau dikutip evry week.nasib baik xde cukai pintu heh
  • buat student card baru-sebagai tanda i anak jati UCD yang sah n supaya x kena kick out dari dissection room
  • pergi bank-kene tukar alamat umah,then ask for bank statement which will be use in to-do list number 4
  • usung bank stetment n letter of attendance dari uni(another to-do)ke GARDA office seawal subuh beratur ambik giliran utk buat garda card yg baru bagi mengiktiraf kerakyatan i sebagai penduduk ireland yang sah.walaupun i rupa caucasian tapi tiada xception.
  • bayar hutang-my least favourite untuk dibuat...antara senarai hutang i adalah hutang groceries yg dibeli secara berjemaah,hutang bil2 sebelum cuti summer,hutang LESEN TV(yess tv kene ade lesen nasib baik toaster x payah lesen)dan finally hutang perabot ikea i yang dibayar oleh reza a.k.a amah i hahaha
dahlah tadi start2 klas semua lecturer xnk intro2 berkenalan ke ape ke terus straight to the point belajar bagai nak rak.i rase otak mahathir pown x bole nk terima lecture harini.the fact that skarang puasa lagilah menambahkan ke-azab-an hari ini.sekarang i nk kene masak utk berbuka pulak.siot.kesimpulannya hari ini puaka.sekian


-maaflah gambar yg kurang sopan ini.tapi i rase gambar ni je yg sesuai menggambarkn keadaan hari ini

Sunday, September 6, 2009

i'll pray for u..always

Selasa ni adalah UPSR.i x ambik upsr sebab dah lepas flying colours.but my youngest sis akan ambik this year.so post ini i dedicate kan for her n i hope any1 yg membacenya akan bersama berjemaah mendoakan so that die dpt jawab exam dgn best. amin.


-padan muka kau adik saja i capapkan muka die supaya senang u oll doakn sambil imejin muka dia baru doa sampai x salah orang.good luck =)

Saturday, September 5, 2009

Kalau IKEA ade spokeperson mungkin begini rupa rumah beliau...

surprise!!cantik tak cantik tak????(lompat lompat terencat sambil buat muka eric leong)
haa seperti yg dijanjikn i kembali mengupdate blog yg kusam ini.dan nampaknye ramai*delusional* yang ternanti2 entry i kali ini hehe

umah baru i xde internet connection lagi tetapi i yg kreatif ini telah come up with a solution,




i terpakse merempat di tepian tingkap semata mata nk dapat wifi UCD hehe

anyway,back to our topic.seperti yg dijanjikan i akan sharing2 loving2 dgn korang gambar2 makeover sepanjang hari tajaan ikea.(tajaan palotak kau)


haa nilah bilik i.the only thing yg dtg dari ikea adalah that book shelf kt tepi tuh. beds adalah complimentary dari landlord yg budiman.cadar bantal etc dibeli SENDIRI seblom pulang bercuti =)

upclose sikit..
.

-stetoskop itu nk bagi efek student medik yg berjaya =D




-tidak dilupakan tempat i 'cherry-berry' juga diberikan sentuhan emas.barangan ikea hanyalah carpet yg bharge 99sen dan berus jamban yg bharge 1.29 euro.toilet bowl siap datang sekali dengan rumah


-seblom i reveal my room biar amah i kemaskan dulu...take time sikit sebab die baru start keje harini hehe



-haaa semua yg berada di pandangan mata adalah ikae punya barang u oll.gigih giler seharian pasang kerusi meja namun puasa tetap terpelihara



-setiap kali terpandang meja terasa seperti nak stadi B)

-n my favourite item yg i beli adalah lampu belajar bwarna kuning ceria.apabila dimatchingkan dgn mug n alarm clock disneyland paris itu akan menimbulkan aura alam ria cuti sekolah<3








Friday, September 4, 2009

KISAH PELAJAR RANTAUAN TABAH YG MENYAYAT HATI

hello u oll!!!kali ini i bersiaran lansong dari dublin.hehe ye i dh selamat tiba dan sedang bahagia di sini.its 2nd day oredy n i got no time to waste y'all!so hari ini i dan rakan2 seperjuangan bertekad penuh semangat utk mengembara ke ceruk dublin untuk ke IKEA wohoooo.i xcited kerana dublin telah maju setapak(setapak je) dengan membuka ikea nye sendiri.heh siapa kata dulin x maju?in ur face hahahahaha

tujuan i mencemar duli ke ikea adalah untuk membeli meja study(ye i study uoll!hehe),office chair supaya boleh main pusing2,dan beberapa barangan picisan yg boleh melengkapi hidup i yg happening ini.

but the journey to ikea adalah berjam2 lamenye uoll!little did i know ikea dublin dibina di ceruk ala2 perkampungan bunian dan tidak dikelilingi oleh pusat beli belah bertaraf vogue seperti the curve.


on the way to ikea inilah view yg i nampak...

i tak sangke kt oversea pown ade flat yg lebih dodgy dari flat pekeliling

so lepas berpeluh punggung di dalam bas akhirnya kami tiba ke destinasi cinta.wah keterujaan i mmg tidak dapat dibendung namun ia sedikit spoil setelah i melihat rupa paras ikea tersebut..


u oll tgk lah keliling ikea tuh.samun!!!walaupun derang hebat buat interior tapi lanscaping GAGAL uoll!

layout ikea nih i rase dh standardize satu dunia.dalam die sejibik sejebon mcm yg dekat ikano tuh.so i bile i homesick i rase ikea is the place i can call home cewah.the only difference is price tag die dalam euro lah.jalan punye jalan akhirnya i jumpa idaman hati i


28 euro!kachingggg!eh eh yg ni bukan yg 90 ringgit cm yg kt mesia tuh yg ni slightly bigger so i boleh letak air milo n biskut raya 5 balang sambit setadi aka facebooking.(sbenanye yg murah tuh abes stok CIS CIS CIS)

n it doesnt end there.kitorg terus mencari perkakas2 lain yg kecik2 dan murah2 yg tak penting pown sebenarnye.saje gatal nk berbelanja boros.antara brg2 yg tidak diperlukan contohnye seperti straw ikea yg colorful supaya kami boleh minum with style,grace n elegance wadefak..


bukan runcit2 we all beli,last2 endup i full trolley full of unnecessary crap haha way to go sistah!


mereka mengangkat tapi i tgk je sebab i fotografer ngeeee

total spent haritu adalah 300 euro++ n delivery 50 euro.but since kitorg divide betweeen 4 org lelaki soleh so xdelah mahal sgt,sorang under 100 euro =)


inilah bilik setor yg bakal menerima makeover dari i yg mempunyai sentuhan emas.bile harini brg2 ikea tuh sampai i akan trensfomkn bilik ini mnjadi bilik stadi i yg unggul.tunggu uoll tunggu...............

Tuesday, September 1, 2009

Testing testing..LIVE dari Dubai

yeah syukur alhamdulillah akhirnya i tiba dengan selamat safe n sound di dubai darul khusus.
setelah perjalanan selama 7 jam lbey yg mnyakitkan hati sebab nasi lemak habis lepastu mat saleh seblah i asyik pakse i bangun sebab die nk tkencing(6 kali weh)mmg i x sabar2 nk tunggu landing.

sepanjang perjalanan tadi mula2 mmg la i syahdu sikit tapi lama2 sebab dh ngantuk sgt i tertidur berlinangan airmata cewah melankolik sungguh.it ws very early in d morning so nak tgk movie pown i dh xde mood eventho movie semua best2.


-sneakpeak airpot dubai kalo nk tgk lebih2 google lah sendiri

lepastu turun2 terus melilau mencari tempat nk online.biasela orang kampung jakun sikit i bila dapat wifi free nih.jalan punya jalan i masuk tempat ni...

-ini cafe tempat lepak customer2 emirates yg transit melebihi sepurnama macam i

korang mula la nk fitnah kn mentang2 i masuk cafe time bulan puasa..

betul u oll,i masuk sini semata2 nk update belog ni je n bergambar dengan mangkuk buatan arab sebagai background untuk kenang kenangan

tapi i terkejut selepas nampak anak siapa lah ni sedang makan sarapan u oll!mentang2 lah buffet free n musafir katenye so mengapa dipersia?


nasib baik xde van jenazah,x pun kt dubai ni mau kene rejam depan pasar