Wednesday, September 30, 2009

Spesis Kawan yang Hanya Boleh Kau Temui di Kem Motivasi

sejak i terbaca berita penting yang mengejutkan banyak pihak tempoh hari,i semakin peka terhadap perkembangan semasa di dada akhbar.selain dari membuka laman ilmiah youtube,kini laman web berita harian juga menjadi pilihan hati untuk dibuka setiap pagi. selalunya i hanya akan baca tajuk-tajuk utama yang sensasi saja tapi hari ini i tertarik dengan satu berita yang sungguh menyayat hati i yang innocent..


Macam-macam: Remaja jual diri selamatkan rakan

BEIJING: Seorang pelajar China sanggup 'melelong' dirinya untuk menyelamatkan rakannya yang menderita penyakit saraf.

Dan Dan, 22, pelajar di sebuah universiti di Dezhou, wilayah Shandong menawarkan diri pada harga £15,000 (RM84,000) di internet kepada mana-mana lelaki yang sanggup berkahwin dengannya bagi mendapatkan wang bagi membiayai rawatan perubatan teman baiknya itu.


ketika i membaca berita ini i merasa kagum kerana tak sangka ada juga orang yang sanggup berkorban untuk menyelamatkan kawan sendiri. kalau u oll tengok drama-drama sekarang pun kawan backstab kawan memang dah menjadi trend especially yusof haslam punya drama. rashid sibir punya kurang sikit sebab dia fokus buat cerita hantu untuk slot keliwon kat tv3.eh eh suka lari topik.

pendek kata time i bace berita nih memang menyedarkan i betapa role seorang kawan di dalam hidup itu memanglah besar.tapi setelah i membaca beberapa baris terakhir petikan tersebut membuatkan i terfikir:di zaman yang penuh pancaroba ini wujud lagi kah kawan yang betul-betul ikhlas nak tolong kau di waktu susah?u oll sambunglah baca berita nih dan nilaikan..


..Bagaimanapun, tindakan Dan Dan itu mendapat kritikan kerana ada yang menuduhnya menggunakan rakan untuk mencari suami kaya.


heh macam-macam manusia sekarang.tapi i rasa ini memang win-win situation kerana nanti last-last kawan dia dapat jalani treatment dan amoi yang baik hati itu dapat kahwini lelaki kaya kerana dalam drama yusof haslam pun orang yang tolong kawan sendiri selalunya dapat jodoh kacak dan kaya siap kereta sport warna kuning.


-kalau Dan Dan rupa begini,malam ini i start kumpul duit nak cukupkan rm84000




8 comments:

~*puding caramel*~ said...

wei tak boleh belah. HAHAHA..

pasal article itu. hmm zaman sekang ni bukan senang nk cari org yang betul2 boleh bekorban camtu..uish..pernah seseorang kata "its ok to be selfish" habis itu, kalau semua orang selfish, macam mana nak cari kawan sejati yang bekorban bersama demi persahabatan. ceh sentimental pula. kawan datang dan pergi sepanjang kita berjalan atas muka bumi ini. sibbaik ade tenet ym facebook. boleh keep in touch.

aku ade dengar radio pasal sorang ni nak bagi bf die kat besfren die sebab nak kawan die happy. fuh.

aku rasa Dan dan ni kawan sejak lahir kot. tu yang sanggup bekorban macam adik beradik. cewah

terpanjang lak. eheh

SeLipAr JepUun said...

bg bf kat besfren sbb nak kawan dy epy??
tah2 dy mmg da xnak kot kat bf dy tu.. haha
tersebuk pulak..ngeh2 :-P

hatim a.r said...

btol gak kate selipar jepuun tuh.ntah 2 dia mmg dh xnk kt bf dia tapi saja je konon2 nk berkorban utk kawan sendiri.zaman skarang nih semua org nak ambik kesempatan..konon2 nk tlg member tapi sbnarnye pikir untung diri sendiri je..

nisha said...

Hatim~

Thnx menyinggah blog ak..hahha, of kos la kan ingat ko lagik.. w/pun kat sekolah x pnah cakap kan..eyh, pnah, tp jarang eyh.

Ak selalu jugak masuk blog ko tp segan nk komen..hahah..sengal je segan2.

BaLQisRiZa said...

nama die cute eyh..dan dan..haha

humm..cm best je kwn die..
boleh la nk kate kwn die tu mmg sejati giler..

cume, curious, nnt satu hari, die ungkit tak ape die dh tlg tu?
kalau die ungkit, pangg je..dpt kawen ngn org kaya kottt..haha

hatim a.r said...

@nisha:xde maknenye ko segan haha aku rase aku pnah bcakap ngan sume org dlm batch kite dulu =)

@balqisriza:mcm i kate la ni win-win situation dua2 dpt untung.tapi kalau niat die lelong diri semata-mata nak dpt laki agak keji di situ

~*puding caramel*~ said...

aku pun terfikir tu gak entah2 die a boring. ceyh tapi die cam ngadu feeling die yg sedih kat radio.

hatim a.r said...

wah wah siap masuk radio haha..alaa biasela tu saje nk mintak simpati kt radio.susah nk jumpa org yg ikhlas skarang nih