Saturday, October 31, 2009

Orang Pelawak Selalunya Berhati Sensitif



cuaca:hujan
mood:syahdu
soundtrack: please kamu jangan nakal luther vandross-dance with my father again

AMARAN:POST KALI INI AGAK PERSONAL DAN GELIMAT.SILA JAUHI JIKA BERHATI DINGIN



pernah tak u oll impikan satu moment special itu akan berkekalan selama-lamanya? well memang tak logik ah sebab kalau ia kekal selamanya dah tak special la pulak. tapi dalam hidup kita mesti ada satu phase yang kite appreciate sangat. mungkin waktu kita alami fasa kehidupan itu kita tak berapa nak hargai tapi,lepas kita dah membesar dan tinggalkan saat berharga tu sedar atau tidak kita memang rindukan moment-moment yang magikal itu. perghh boleh tahan puitis kau

since ive been away from family memang kalau bila teringat balik zaman kanak-kanak sedikit sebanyak akan rasa kesyahduan di hati kecil. teringat masa bergaduh dengan abang lepastu gerakan penyudah cakar muka memang wajib untuk tinggalkan permanent damage, sama-sama ponteng mengaji lepastu kantoi dengan jiran sebelah yang bermulut longkang,kumpul baki duit belanja setiap hari sebab nak beli keropok perisa durian,main tikam,rembat sugus dekat pasaraya d'mart eh semualah.semua itu memang still terpahat dalam kepale otak i yang tak berapa nak develop ini.

tapi sejak i dan adik beradik membesar sedar tak sedar we are growing further apart.i dengan study i di ceruk alam,abang i baru grad n start bekerja,adik-adik still di sekolah.semua orang ada responsibilities sendiri tetapi setiap kali kau orang luangkan masa untuk bersama i,i nak korang tahu i hargai itu.

memang i paling rapat dengan abang paling sulung sebab umur tak berapa jarak.(perancangan keluarga agak lemah di situ ye mama).membesar bersama dan ke sekolah bersama,pertama kali turun town seremban naik bas pun bersama.fuh memang bergaya time tu pakai seluar jeans atas pusat,baju masuk dalam,sikat belah tepi. sampai sekarang pun i masih ingat crush pertama abang i bernama Noraini time dekat sekolah mambau dulu.(jangan ingat aku lupe weh).

dengan adik-adik lelaki bawah i mungkin tak berapa close sebab jarak umur agak jauh.and now i memang sangat sangat sangat menyesal kurang spend time dengan kau orang. kita membesar x sama zaman jadi certain time memang i tak berapa sebulu dengan korang contohnya seperti kenapa baru darjah tiga sudah pakai brand Nike sedangkan i dulu sampai darjah enam rilek je bantai Kiki Lala. tapi i lupa zaman dah berubah dan korang juga perlulah dress up ikut trend sekarang supaya tak jadi bahan dengan rakan-rakan indie yang lain.Aiman,Adib maafkan i.

lepastu dengan adik perempuan i yang seorang itu memang i protective gila dengan dia. sebab dia anak perempuan satu-satunya maka perlu perhatian lebih.memandangkan ibubapa sudah meningkat usia,jadi mungkin sudah jemu dengan proses membesarkan anak.jadi i harap perhatian yang i berikan cukup untuk kau adik.

kepada parents i yang disayangi dunia akhirat terima kasih kerana selama ini sudah jaga i sepenuh hati. i wish we spent more time together,sejak i masuk asrama sekolah menengah memang i dah tak pernah cerita masalah hidup pada ibubapa tambahan ketika itu mereka perlu fokus pada abang i yang memberontak akibat hormon remaja terlampau. waktu itu memang i felt really neglected tetapi i bersyukur mungkin Tuhan dah takdirkan i handle masalah sendiri tanpa harapkan bantuan orang lain. sekarang apa-apa masalah pun memang i sukar nak cerita pada orang tapi alhamdulillah semua i boleh harungi sendiri.terima kasih Tuhan.

walau apapun yang jadi i harap kita sefamili stay together forever. i wish we can do more things sama-sama as a family.i tahu semua orang sibuk bekerja segala tapi i harap sangat bila sekali-sekala balik summer ayah boleh ambil cuti sehari dua untuk family outing.tak perlu melancong tempat mewah,piknik di tepi taman bawa mihun goreng pun i dah hargai sangat. waktu i balik summer tempoh hari harap i tak annoyed ayah sebab ajak pergi keluar shopping berkali-kali. bukannya i nak shop sangat tapi i rindu waktu kita satu keluarga buat something together. akhir kata i sayang anda semua dan kalau ditakdirkan i dibuang negeri ke selatan Vietnam pun at least i tahu ada enam orang yang akan sanggup ikut i sekali.saya sayang kalian semua
*nangessssss



dua orang yang i sanggup mati untuk mereka.yang lain kena fikir 2-3 kali jugak



ps:sekali sekala jiweng boleh tahan juga =)



Friday, October 30, 2009

Kenapa Event Melayu Begini??



fuh rasanya dah lama betul i tak membelog.biasalah sibuk sangat dengan midterm sampai berak pun kena rushing2 sekarang.lagi pun kalau i blog tiap hari itu bukan blog lagi dah itu dah di panggil jurnal ataupun diari kehidupan insan.faham?

wah boleh tahan intro kali ini hehe yang sebenarnye i xde ape yg special nak cerita sebab kalau i nk cerita tentang kehidupan i tiap hari memang bosan giler ah baik korang pi bace blog khir toyo. sebabnye tiap hari rutin harian adalah sama sahaja.bangun tidur,study,lunch,study balik,tidur. lepastu copy paste je 7 kali untuk tiap hari dalam seminggu.kesimpulannya hidup i sebagai student medic yang kurang berjaya memang 'happening' giler ah.

yang agak spesel last week ialah i dipaksa pergi ke satu event ni yang dianjurkan oleh sugar mami aka mak ayam yg spedo pengajian i iaitu JPA. event yg dimaksudkan adalah majlis dinner bersama pengarah JPA iaitu Tan Sri Somebody.ok sori lah tan sri i x ingat nama so shud i call u tan sri s?

dahlah i kena sacrifice study time i malam tu untuk event yg tidak diketahui motif (ceh padahal layan fesbuk boleh pulak) lepastu semua perkara yang i tak suka tentang event orang melayu ada dalam majlis tuh.

perkara yg paling wajibulghunnah dalam event melayu adalah ucapan bosan VVIP yg sangatlah berjela.memang mesti ade ah dalam setiap event,kalau nak fikir semua point2 die dh brape puluh kali dengar seumur hidup tapi still dia nk cakap jugak.lepastu buat lawak korporat yg i tak boleh nak faham dahlah ko tengah lapar time tuh so sepanjang ucapan memang pandang meja buffet je lah. bila Tan Sri S start cakap pasal rancangan Malaysia ke-9 i memang dah tak boleh belah terus capai karipap seketul.nikmat......

satu lagi tabiat orang kita yg i tak paham ialah gemar meng-kiss ass VIP yg dijemput ke event tuh.i still remember waktu sekolah kalau nak hari anugerah rehearsal sampai dh tutup mata pun tahu nk buat ape semata-mata sebab jemput pengarah something something datang.lepastu time hishammudin (time tu menteri pelajaran) datang sekolah i,siap buat jamban baru untuk dia guna. lawa sangat ke bontot menteri x boleh guna sekali jamban ngan orang lain hah? sepatutnya kalau pemimpin nk turun kawasan kite kena highlite kan keburukan2 yang ade supaya boleh di repair.ini terbalik pulak bila menteri datang sibuk kau nak cat sana sini repair bumbung lepastu 3 menet lepas menteri balik habis roboh bumbung timpa makcik kantin.



-satu je i suka iaitu MAKAN FREE.maka bila beratur ambik makanan baru boleh tersenyum



-itu lah tan sri s,yang pegang tongkat macam p.diddy tu duta,yang tudung cekelat tu miss afidah officer JPA kesayangan semua.

tapi yg i betul-betul tak puas hatinya ingatkan tan sri datang cepat ah sikit masuk elaun.ini dah delay berapa hari dah ni.sebelum ni selalu on time je so memang sampai sekarang i tak paham motif dinner bersama pengarah ini diadakn. walau apapun i nak ucap tenkiu jugaklah kepada JPA yang telah menaja i selama ini (sial dah kutuk nak cover pulak) n most importantly lauk kambing malam itu terbaeeekkkkkkkk!


ps:gambar dicuri dari fesbuk rakan-rakan kerana kamera i xde bateri.mintak halal lah ye


Saturday, October 24, 2009

Berita Harian is the new Ujang



tahap tekanan hidup i sekarang boleh disamakan dengan seorang ibu mengandung 8 bulan dengan anak kembar,anak yang sulung hisap dadah suami pula kena pecat sebab meraba rakan sekerja. midterm test yang berderet menunggu minggu hadapan memang boleh membuatkn hidung berdarah bila difikirkan.namun begitu,selaku pemuda harapan bangsa i mempunyai cara sendiri untuk mengawal stress.

jika u oll mempunyai tekanan hidup yang tidak terkawal juga i syorkan u oll ke laman web berita harian. sejak dua menjak ini i rasa semua berita yang disiarkan di sini memang menghiburkan hati. macam-macam ragam perangai manusia yang pelik-pelik disiarkan untuk tatapan umum antaranya;



GAMBAR yang dikeluarkan Pejabat Presiden Maldives menunjukkan Menteri Perikanan dan Pertanian, Ibrahim Didi, menandatangani perintah mesyuarat Kabinet yang dilangsungkan di bawah laut berhampiran Pulau Girifushi hari ini. Jemaah Menteri yang lengkap dengan peralatan skuba bermesyuarat di dasar laut untuk menarik perhatian dunia mengenai ancaman pemanasan global terhadap negara pulau itu yang menjadi syurga pelancong. Sebahagian besar kawasan negara pulau itu terletak kurang daripada satu meter di atas paras laut dan ahli sains memberi amaran ia mungkin tidak boleh didiami lagi dalam tempoh kurang 100 tahun. - Foto AFP


nasib baik ini bukan menteri malaysia. kalau tak dah lama i carutkan sekor-sekor dengan kebodohan ini. mesyuarat di dasar laut???? last time i pegi snorkeling setahu i memang tak boleh bercakap pun di dasar laut melainkan kau little mermaid. kalau cuba bercakap juga cuma keluar buih-buih yang sama rupanya dengan buih yang dihasilkan jika kentut di dalam air.

persoalannya di sini macam mana nak tahu sama ada menteri itu bercakap atau sedang kentut? memanglah niat murni mahu tarik perhatian dunia tentang pemanasan global tapi kalau tak menyelam pun boleh rasanya dengan cara lain contohnya dengan melukis poster.lebih jimat,krayon sekotak besar harga baru 7 ringgit lebih.

di ruangan berita tempatan pula tak habis-habis dengan isu sejadah berdiri. lepas itu semua kecoh-kecoh kata kebesaran Tuhan lah segala.heh bedebah!kalau nak tengok kebesaran Tuhan pergi Padang tengok gempa bumi.tak pun bangun tido tengok matahari naik itu bukan kebesaran Tuhan ke mangkuk???buat malu je dengan orang agama lain benda yang entah betul entah tidak dibesar-besarkan. i tak kisah kalau sejadah itu betul-betul berdiri,berjalan,masak megi,main terup ke ape tapi masalahnye kalau tengok gambar pun tahu sejadah itu bukan berdiri tapi macam dilonggok je.

untuk membuktikan sejadah berdiri bukan fenomena ajaib i dah try dekat bilik sendiri dan hasilnya....


see see sejadah i juga boleh berdiri lah u oll!!!kejap lagi i nk suruh dia berjalan pergi Spar belikan apple juice untuk breakfast pagi esok.

dah cukuplah i mengarut hari ini.nak telefon surat khabar ireland sekarang tengok sama ada gambar sejadah berdiri i boleh masuk front page esok.







Tuesday, October 20, 2009

Kerana Mama tidak percaya i rajin belajar maka upload gambar ini




kenapa tidak belajar di meja?: kerana laptop begitu hampir
kenapa tidak belajar di katil?:kerana bantal terlalu hampir
jadi,satu-satunya tempat yang relevan adalah di lantai walaupun kelihatan sebegitu hina.
tapi kalau rajin sangat belajar macam mana blog boleh updet??
jangan tanya haihhhhhhhhhhh.....







Monday, October 19, 2009

Jangan Membenci Jika Belum Mengenali



sekali baca tajuk seperti novel cinta gelimat yang memualkan.walaupun baru update beberapa hari lalu eh ke semalam?okeh okeh stret to the point lah..memang membencikan setiap kali mahu bercerita intro yang tiada kena mengena.

sebenarnya i cuma mahu berkongsi citarasa pelik i dengan korang.memang i cenderung untuk meminati lagu-lagu annoying di radio.dahlah minat siap terhafal lirik lepastu menyanyi setiap masa kecuali ketika solat.gile nk menyanyi ketika solat??ayah pin pun tahu itu tidak sah.

hari itu i terdengar lagu baru miley cyrus.yeeee mereka yg pernah menonton hannah montana pasti tahu betapa annoyingnya si gigi besar ini dengan lagu-lagu beliau yang selalu ke udara di radio.eh eh jangan nak berkerut muka konon tak kenal miley cyrus sebab terlalu macho untuk menonton hannah montana.i berani mengaku walaupun dah besar tongkeh pernah juga menonton geng bas sekolah.

lagu yang dimaksudkan adalah Party in the USA.yeee yang annoying itu.tetapi i memang senang tertarik dengan lagu-lagu yang membencikan.i pun tak tahu mengapa mungkin salah ibu mengandung.sejak i hafal lirik lagu puaka tersebut i asyik TER nyanyi setiap masa. sampai housemate mesti rasa fedap dan ingin memekik SENYAPLAH HAWAU!

tapi tapi setelah beberapa kali i mendendangkan lagu tersebut sekor sekor mula menyanyi sama hahahahaha macam sial.last time i check leptop sekor-sekor dah download lagu itu.see see i memang berpengaruh (00)

hari ini bila i dengar radio melayu i ada dengar satu lagu yang boleh tahan annoying dia. siape tah nyanyi tapi lirik dia agak menjengkelkan ; PLEASE PLEASE PLEASE KAMU JANGAN NAKAL~~~saja i caps lock untuk emphasise kejengkelan itu.

jadi i terus search youtube dan berjumpa version paling annoying untuk lagu ini heh.







i bagi masa dua minggu sebelum lagu ini ada dalam leptop semua ahli rumah.

Saturday, October 17, 2009

Luahan perasaan pelajar rantauan separa waras..



hari ini akhirnya free sedikit kerana exam neuro yang ditakuti telah habis dengan jayanya siang tadi.ok maybe tak berapa jaya tapi i sudah tak peduli. maka malam ini i dengan rasminya isytiharkan malam untuk berjimba sahaja tanpa membuka buku.tapi fesbuk dikecualikan.

last couple of days memang i tak berapa sihat sikit maka memang annoyinglah bila otak rasa nak meletup lepastu terpaksa stadi pasal otak juga. dengan ilmu perubatan setaraf sheikh muzaphar i pun mendiagnose diri sendiri. pening,selsema,sore throat bla bla bla. kompem selsema barbie.
BABI kau BABI!!!!

anyhow tak kisah lah diagnosis i tepat atau tidak sebab i manage to recover jugak today.fever is gone but sore throat masih ada sikit-sikit. hopefuly akan sihat esok supaya senang nak karoke. tapi this upcoming week pun x boleh lepak sgt sebab next week nye ada lagi 4 test! macam mana i nak bersosial dengan jadual waktu yang sebegini??jawab jawab!!bila dah stress kerana belajar mulalah persoalkan mengapa dulu tidak ke modelling school kalau tidak pasti sekarang sudah bekerja di Milan dan menetap di kondo mewah menghadap sungai babylon.merepek pula diam ah.




-keadaan bilik yang permai sebelum exam mencerminkan jiwa tenang pemiliknya yang elegan



- kandang bilik i ketika exam.patut pun kena selsema babi,kalau babi berumahtangga bawah katil pun mungkin tak perasan sampai next sem



-bila meja sudah sepah lari stadi atas katil pula.bila atas katil stadi=tidur,tidur=A+
=.=*



maka malam ini juga terpaksalah i kemas bilik supaya esok bangun pagi mood riang ria boleh mula belajar balik.antara 4 paper akan datang kalau satu dapat A pun dah boleh telefon mak suruh cerita pada kawan-kawan tempat kerja anak belajar luar negara dahlah hensem bijak pula wadefak.kalau semua dapat A memang i buat kenduri cukur jambul.





Tuesday, October 13, 2009

Entry RANDOM Minggu Ini~





-pertama kali ahli rumah i berkumpul untuk peraga bontot stadi tutorial walaupun dah setahun lebih belajar medik.haih




-pokok daun sup yg syahmi tanam.i tak tau rupa dia begini sebab tak cukup air atau sebab lailatulqadar.



Saturday, October 10, 2009

Buat Pertama Kali Aku Persoalkan Matlamat Hidup Sendiri




woh woh woh mesti korang terpikir dah lame x updet tetibe je keluar post yg serius begini. jangan risau jangan kaget i bukan nak mati ke ape(i hope lah) tapi untuk mereka yg betul-betul kenal i mesti tahu yang i memang
tak pernah jarang serius apatah lagi jika ingin membincangkan tentang sesuatu yg serius seperti matlamat hidup.OK SEKARANG KIRA BERAPA KALI I TAIP PERKATAAN SERIUS

macam biasalah bila exam makin hampir dan cuaca pulak semakin gloomy mulalah i terjiwengss seorang diri. next week i ada exam neuro-my least favourite subjek.bagi i neuro tidak susah difahami (cilake punya riak) tapi masalahnya terlalu banyak sangat untuk diingat. disebabkan i jenis yang sukar memberi tumpuan maka proses stadi i kebanyakannya berakhir di fesbuk.kalau x percaya cuba komen di wall i pasti akan dibalas dalam jangkamasa kurang 10 menet.

lately juga i terpikir adakah i mempunyai kualiti sebagai seorang dokter yg elegan? jawapannya i rasa ialah TIADA LANGSUNG.bukan susah untuk anda tahu anda sesuai atau tidak untuk jadi doktor yg bagus.jadi berdasarkan pengalaman peribadi i sendiri,i akan listkan sebab2 i x mungkin akan jadi doktor yg bagus.jika u oll rasa u oll akan mempunyai ciri-ciri begini harap lupakan hasrat ke med-school dan mulalah kumpul wang untuk usahakan gerai nasi ayam.

KAU TAHU KAU TAKKAN JADI DOKTOR YG BAGUS BILA:

1-kau hanya bersemangat ke dissection class jika ada demonstrator yang menawan

2-kau sanggup tangguh study locomotor semata-mata Nur Kasih keluar episod baru

3-kau stadi neuroscience sambil dengar lagu Lady GaGa

4-kau donlod episod terbaru gossip girl sebelum donlod lecture note

5-definisi hujan rahmat bagi kau adalah hujan yg menghalang untuk ke kelas

6-stadi last menet tapi sebelum masuk dewan exam sibuk cakap kat orang kau dah stadi gila2 tapi still x paham sebab nak sedapkan hati sendiri.

7-grey's anatomy satu-satunya rujukan kau untuk dunia medic

itu adalah antara perkara-perkara yg i boleh pikir tentang diri sendiri.sumtimes i sendiri meragui keputusan untuk belajar medic(walaupun dah terlambat) namun setelah meng-considerkan pilihan kerja lain seperti guru PJK,warden penjara,pengurus rumah rehat,tauke nasi kukus dan lain-lain lagi..i rasa dokter lah kot kerja yg paling ngam dengan personaliti diri cewah.harap-harap i boleh jadi dokter yg baik tapi seblom tuh i kena stadi untuk exam neuro next week dahulu.celaka kau lady gaga ganggu konsentrasi i!

owh owh dan doakan i berjaya.kalau x ngam juga i ingat lepas grad nak buat bisnes.boleh jadi jutawan Hai-O pakai kemeja hitam dengan tie merah.kacak gila.

Wednesday, October 7, 2009

EVENT OF THE YEAR 2009


seperti u oll sedia maklum,i dan rakan serumah telah bermuafakat menganjurkan rumah terbukak sempena raya.jadi i nak ucapkn tenkiu kepada yg menolong dan kepada yang melahap juga. disebabkan i terlalu letih untuk menaip maka i postkan gambar sajalah =)

preparation..

-kerana arang x mau hidup i terpaksa pose utk menambahkan kehangatan

-upacara menggentel begedil.apa yang penting?kerjasamaaaa

-seperti yg i janjikan,pintu oven yg berkerak dibersihkan seblom open house

-rajin sunggoh.untung dapat menantu begini =)

the food..

-ayam bakar kebanggaan (00)

-disebabkan bangga sangat upload hingga 2 kali

-soto yang tersangat lazat *masuk bakul haih

-nasi impit kacau 2 jam.disebabkan mahu jamu tetamu tangan sudah tough sebelah

-i marinate ayam sebekas besar guna resepi sate dari Maznah sambil dibantu 2 macha,haizie n anas

the guests..


-juniors dan seniors dtg yg plg awal

-orang2 yg duduk di blakang rumah.walaupun sejuk sanggup tunggu ayam bbq terlazat di dunia

-rombongan petang

-ada juga yg tak sabar menunggu siap beratur mahu ayam hot stuff i

-tapi star of the event tetap fireplace i yg canggih itu siap api betul lagi weh.begini dapat elak santa klaus menceroboh ketika krismas


itu sajalah gambar2 yang i sanggup upload.sebenarnye ada juga kek,brownies,nasi tomato,lauk2,apple crumble dan pelbagai lagilah.tapi i x sempat ambik gambar sudah dijamah dengan rakus.gambar2 guest yg lain juga i x larat dah mau upload.nanti kalau rajin upload di fesbuk pula.kalau i rajinlah...


owh i nak ucap tenkiu juga pada yg telah buat open house dan jemput i.kepada cik afidah yg susah payah dtg walaupun dah malam.kepada Duta terima kasihlah buat open house x ajak.




Saturday, October 3, 2009

Begini Rasanya Dihargai Rakan~~


jangan tertipu dengan tajuk post ini.walaupun bunyinya sedih tapi i sebenarnye nk share sumthing yang hepi dengan u oll.disebabkan ketandusan idea maka tajuk ini sajalah yang i boleh fikir.

petang tadi sebenarnye ade Eid Party anjuran islamic society di UCD neh.tapi disebabkan im not in the mood untuk bersosial dan sedang craving makanan masakan sendiri maka i mengambil keputusan sepakat membawa berkat bersama rumate i untuk tidak pergi.

setelah brainstorming maka kami bersetuju untuk memasak ayam rosemary yg dicilok resepinya dari blog akak tijah yang elegan.



-ayam rosmery i yg sedang dibakar.abaikan pintu oven yg berkerak itu.seblom open house i cuci la weh



-makan sambil menonton simpsons =)))


-rosemary chicken+black pepper gravy+nasi n coleslaw.kenny rojes,aku balik malaysia nanti kau siap-siap lah tutup kedai

selepas mentekedarah ayam sekor tuh kitorg bantai pulak trifle yg diberi oleh aisyah ptg tadi. aisyah buat khas limited edition utk i sebab bagi dia pinjam basikal minggu lepas..ramai-ramai sekarang:awwwwwww sweeeetnya kawan i yg seorang ini. harap-harap lepas ini dibalas dengan lamb chop pula.

lepas itu tengah-tengah malam lepas tengok ulangan x-factor yang keberapa puluh kali ntah dekat tv i sekali lagi tabah dan cekal mengacau nasi untuk dibuat nasi impit for open house. heh sumpah lepas ni kalau balik malaysia i order sekontena nasi impit jenama nona. setiap kali mau buat kacau selama 2 jam,malek noor pun boleh give up.

namun keletihan dan kepayahan hidup yang ditanggung cuma seketika cewah cewah. bila 1 of my housemate cek mailbox ada surat untuk i!!teruja gila weh sebab selama ni kalau surat untuk i mesti dari syarikat angkut sampah or dari bank.dua-dua mintak hutang wadefak,tapi kali ini i dapat surat dari INDONESIA WEH!!!

bila i buka rupa-rupanya dari kenalan tercinta i LIYANA MOHD SUBRI yang mengorbankan sebanyak 15000 rupiah untuk membeli setem walhal cuma mahu ucap selamat hari raya. dia ada dalam list ym i tapi x pernah ucap.gedik betul kamu sahabat lama!.haha





-tq yana!i terharu kerana last kad raya i dapat adalah sewaktu form 3.lepas itu semua pakat taknak hantar dah sebab i reply balik guna sms je. sudahlah dulu beri i baju sourvenir dari bandung skarang hantar kad raya pula. memang calon isteri rakan karib kesayangan i =)))

kepada semua yang menghappykan i hari ini i nk ucapkan tenkiu so much. *tidak boleh berhenti senyum sekarang*



Friday, October 2, 2009

ACARA TERULUNG YANG DINANTIKAN SEMESTA ALAM



I dengan penuh humble ingin menjemput semua orang yang meminati mengenali i untuk datang ke mansion i di Longwood residence hari Ahad ini untuk RUMAH TERBUKA dan beramah mesra. rumah i yang paling happening nombor 8. sila rujuk gambar westlife di bawah untuk gambaran rupa rumah i

Aturcara majlis:12-6:makan; lepas makan x payah basuh pinggan.tapi kalau nak tolong vacuum rumah boleh ambik vakum dalam stor sebelah bilik haizie :) jika ingin datang membawa makanan@desert@kuih tidak akan disindir malah akan mendapat layanan extra special daripada i.

i see u oll dis sunday workeh?




-kumpulan westlife juga akan datang pakai baju melayu untuk nyanyi lagu raya uji rashid

ps:orang malaysia! u oll juga dijemput.sempat lagi nak book air asia,last time i checked siap ada 20% diskaun lagi weh.