Tuesday, January 4, 2011

Fort William 3.0: Epic Roadtrip

Ok ini last entry pasal melancong ke Scotland. Lepasni takde dah,boleh sambung balik entry-entry pointless dan membuang masa. On the third day di Fort William,we rented a car untuk melawat tempat-tempat yang cunz sekitar area highland tu. Mula-mula plan nak ikut tour je but semua dah fully booked. Tempat-tempat yang nak lawat tu pulak jauh gila satu sama lain,kalau jalan kaki memang boleh cipta rekod dunia. So nak taknak kenalah sewa kereta.

Nak menyewa tu pun ada drama jugak. Since minimum age untuk sewa kereta in UK ialah 25, kitorang yang dah besar tongkeh ni dikira underage jugak ah. So syarat menyewa tu agak ketat. The first company taknak bagi sewa dengan alasan takde lesen Ireland walaupun dah tinggal sini for almost 2.5 years. Lepastu siap cakap lesen i invalid. Weh hello,6 jam dengar ceramah,kena torture dengan Mr Gan kau nak kata lesen aku tak valid?? Dah lama hidup ke apa weh? Nasib baik kesabaran tinggi,kalau tak ada yang breakfast makan selipar.

Sebab malas nak buat onar,we went to another company. This time tak bagi tau pun dah stay Ireland lama. And we got a car. A manual Ford Focus. Tapi sebab bawah umur,kalau ada sebarang kerosakan kena bayar 850pound sebab insurans tak berapa nak cover.Aaanndd since its a manual car and risiko kena bayar 850pound, my friends decided to keep me in the passenger's seat. -____-"

Our first destination ialah Glenfinnan.

Departing from Fort William we took 'The Road to The Isles' recently named as one of the world's 10 best drives. View sepanjang perjalanan was totally O.M.G.

Glenfinnan femes sebagai salah satu location untuk filem Harry Potter.

Kalau anda hiking sikit and go up to the viewpoint,anda akan nampak ini;
-this is the Glenfinnan Viaduct.look familiar?Hogwarts Express lalu sini in the second movie
Owh owh and anda actually boleh naik steam train yang lalu dekat viaduct ni.But sadly the train only operates during March to October kalau tak silap. So clearly for sight seeing the best time to visit Scotland highland ialah waktu summer.

From the viewpoint and opposite the Viaduct,boleh nampak Glenfinnan monument yang terletak di tepi tasik besar called Loch Shiel. There's a story behind that monument pergi carik di wiki.

Selepas beberapa round ambik gambar muka sendiri dalam pelbagai ekspresi annoying,perjalanan diteruskan ke destinasi kedua,Loch Ness.
Dari Glenfinnan ke Loch Ness ambil masa satu jam setengah akibat drive slow memandangkan jalan berkabus tebal.

-fuh bersyukur takpayah jadi driver

We drove along the 24miles shoreline of Loch Ness untuk ke Urquhart Castle.
Castle ni terletak di tepi Loch Ness tu lah. Bayaran masuk 7 pound. Its actually adalah runtuhan castle je but some of the features remain intact like the grand tower.




You can climb the spiral staircases ke atas puncak tower dan menikmati view Loch Ness yang besar gila itu. Memang besar sebab Loch Ness ni boleh kira the largest fresh water reservoir in Scotland. Tapi kalau cita-cita nak nampak the famous legendary monster memang peluang tipis ah.

-percayalah memang takde monster.

Ada juga cruise for those yang nak tour satu tasik,harga tiket pun 7pound kalau tak silap.But we didnt take the cruise pun.


Disebabkan tak naik cruise,kena pergi tebing tasik main air hehe.

-sekarang boleh bangga cakap dah pegang air Loch Ness walaupun air bau celaka.

Selepas lunch di tepi jalan (ala-ala picnic bawak bekal sandwich),off we go to next destination, Eilean Donan Castle.

Perjalanan ke castle lagi satu nih jauh jugak. Kalau ikut hati memang nak baring tidur kat seat belakang tapi driver tak puas hati sebab dia tak boleh tidur. Sebab taknak belot pada rakan sanggup tahan mengantuk woh.

On the way tuh kitorang lalu kawasan yang dipanggil Glen Shiel. Pemandangan di sini sungguh picturesque. Lantas perking tepi jalan untuk bergambar. Sungguh touristy perangai di situ.



Eilean Donan castle is said to be the most photographed castle in Scotland. Memang femes sebab pernah menjadi lokasi bagi filem seperti Made of Honour,Highlanders and one of the James Bond movie.



Waktu kitorang sampai tu the castle was closed. We can go keliling castle tu but tak boleh masuk dalam. Sebab apa tutup? Sebab owner dia ada kat situ for holiday. Yes,someone actually lives in that castle. Kalah Datuk K dia punya kaya.

-kalau owner castle baca ini,just so you know kalau nak adopt anak angkat ill be here in Dublin.Call me.

Since its getting dark already,we called it a day and balik. The next day tu before pulangkan kereta we went for a joyride around town. Sempat juga singgah Glen Nevis.

Glen Nevis ni femes among hikers,campers dan yang seangkatan dengannya. Juga pernah menjadi location untuk filem Braveheart.


-half frozen river

Secara keseluruhannya,this roadtrip is hands down the.best.roadtrip.ever. And it wouldnt be possible without these two malauns;

-siap letak frame lagi kat gambar korang.sweet gila tak aku weh?

And special thanks to our friend Safwan aka Abe and his flatmates for their hospitality in Glasgow. Dengan ini berakhir lah entry tentang percutian ke Scotland. Nak kira hutang sekarang bye.

14 comments:

Siti Nadiah said...

gile cntek view sumee...

the girang gumbira said...

wahh..pandai gila amek gambar smpai nmpak view semua awesome2..cool ok..haha

bugs said...

view yg sgt cantik.sp photographer ni?gmbar sume cantik gle

Farah said...

Memang syok habis la . View semua , subhanallah . Cantik sangat =]

~roslinda~ said...

nice view!
superb~~~
indahnya ciptaan Tuhan :)

HaRaShO HiDaYaH said...

superb!tempat mcm ni la best bercuti kan....sejuk je mata....best2...kalah nilai...hahahahah~

hatim a.r said...

yang takde gambar i dalam tu semua i yg jadik fotografer.kamera canon zaman mat kilau walaupun gedabak tapi kualiti tip top.gunalah canon.promosi sekejap.owh and there's a lot more cool pictures tapi tak larat nak upload.ni antara selected few la

la d0n$eja n0reul said...

bau apkah air l0ch ness tue???
nmpk cm bersih je.....

dali said...

wah semakin mantap ah skil fotografi tanpa mengira usia camera..bagooossss...

mmg nampak mcm nice trip pun..

sweet life said...

sgt terkesima dgn caster Eilean Donan tuh...
laluan nak masuk je dah feel...
belom lagi kalo dapat masok..
dapat stay..
kalo owner ajak dinner pun i ok je :D

nama.aku.lynn said...

omaigodd..roadtrip yg sgt mengujakan semua org ok!aaaa..super duper jeles..

agak2 owner castle tu ada harta berapa lautan la tu..gile kayaa!*juling mata baca+tgok pic..

hatim a.r said...

@noreul:bau busuk gila.macam bau sulfur ke apetah

@dali:kalaulah ada yg sponser slr sebijik kan...

@sweet life:excited gila bila tengok balik cerita made of honor kat u tube lepastu nampak castle ni hehe

@lynn:skrg pun x habis teruja lagi nih

WZulhilmi said...

mmg mantap lh pemandangan!! Jgn kan kat ko. aku pun available nak jadi anak angkat nih!

CouLeur de Chiqu3 said...

nice...