Thursday, January 20, 2011

Survive Hingga Clinical Year.phewww~

Macam tak percaya sebenarnya dah nak habis belajar dekat Dublin. Rasa macam baru semalam hampir fail paper final biochemistry first semester. Fuh. Bukan nak merendah diri tapi memang kenyataan weh markah exam memang selalu ibarat melukut di tepi gantang. Wah sukahati kau pakai peribahasa. Bukan tak study,tapi memang dah takde rezeki nak flying colours nak buat camane. Lulus setiap semester pun dah kira boleh sembelih kambing dah tu.

Dekat UCD, beberapa semester yang lepas tu semua belajar theory je. Ade lah jugak sekali-dua buat history taking. Tapi macam tak berapa diberi penekanan oleh diri sendiri. Penyakit,ubat,diagnosis semua main hafal-hafal sampai gugur rambut. Physical examination langsung tak pernah buat.

So bila dah masuk clinical year ni barulah start belajar clinical and buat physical examination segala jadah. It is fun actually sebab sekarang baru nak feeling Grey's Anatomy check-check orang semua. Tapi masalahnya bila nak buat history taking nih segala teori yang belajar sejak semester satu perlu tersemat abadi di dalam minda. Maka agak stress bila tutor tanya pasal benda yang belajar 2 semester lepas sebab semua yang dia tanya macam pernah dengar tapi tak boleh nak recall akibat prinsip hidup 'barang lepas dikenang jangan'.

Sekarang mungkin perlu download balik lecture notes setiap semester.

Situasi ini diburukkan lagi dengan krisis kewangan semasa. Ye lah sejak dah sengkek ni nak beli bawang pun pikir 2 kali. Tambah pulak semua benda dah mahal sekarang. Contohnya buku Clinical Examination ni ha;

Buku nipis nih 60 euro siot. My friend cakap kat Malaysia paling mahal 100 hengget ah buku ni. Kat Dublin 60 freaking euro. Buku Twilight boleh pulak kau jual murah? Memang menggalakkan bacaan tak berilmiah je.

OK buku cancel. Pinjam orang je lah jawabnye sementara nak tunggu balik Malaysia. Then pergi Clarendon nak carik stethoscope. Clarendon ni kedai yang jual barang-barang medik.

Pergi kaunter mintak la stethoscope Littmann sebijik since Littmann yang paling bagus punya brand. Cer teka harga berapa. Cer teka,cer teka....

Brother cashier cakap 77 euro. Tersedak sekejap. Then i gave him the look.
You know, the do-i-look-like-someone-who-can-afford-a-77euro-stethoscope look. Lepastu dia kata this is actually the basic one,the cheapest.

Nanges. Last-last tengok kat internet memang harga dia around tu lah. Patutlah doktor semua muka miserable,stethoscope je dah mahal.

Untuk menambahkan musibah kepada diri,i baru sedar i punya kasut hitam hilang.Kalau takde kasut hitam camane nak pergi hospital? Cer cerita? Kasut hitam yang dipakai sejak form 5 dan ditatang bagai minyak yang penuh tu hilang,gone,yillek. Mungkin waktu pindah rumah haritu accidentally terbuang. Damn,tu semua duit la tu.

Itu tak campur kos nak ship barang balik Malaysia lagi. Maka cita-cita nak merasa pakai henpon canggih sebelum balik Malaysia tinggal kenangan. Dahlah charger henpon tak tau pergi mana,sekarang charge guna USB.

Daif gila woh. Lepasni kalau saving account pun kontang mungkin terpaksa pertimbangkan idea jual kidney sebelah dekat eBay. Korang jangan lupa bid.

30 comments:

Ijah EmoTemo said...

alah kesian nya dia -___- semua benda mahal skang ni -.- pheww

adrinaqamarina said...

merasa benda yang sama jugak even kat egypt ni takde la mahal mana sangat pon. dah la failed bab3 saving ni. adoi laa.

me said...

kidney ?=.="
gud luck bro disana :P

Maira Junoh said...

no wonder a i ta jd doc .

SehahNazri said...

sian2...steshoscope kene beli sendiri ke..adoi hope kes i nnti tak cm tu la..mintak2 la provided

mimi mn said...

have fun in your clinical years percayalah.nanti balik melesia I bagi tabung buluh part of saving-your-money-back-plan ok? GH Penang kan?

Effa Madiha said...

alolo siannye. takpe i sumbang dgn tekan nuffnang haha

Unknown said...

kesian ! ta pe bro. ta lame jew.. wahahaha !
sila lihat blog saye.
entry sayes mengenai anda ade di sana !

sweet life said...

semoga dipermudahkan
amin!!!

Aniron Orion said...

talley o'connor...download je ebook kat...and lps tu print whichever page yg nak...mcleod, bates, hutchinson pun boleh download...good luck

~roslinda~ said...

mmg dambaan pilu sungguh huu

tipah_laling said...

dah final year ek?..gud luck and welcome back to malaysia..ehehehe

mysoulz said...

oo beli mcm2 waktu travel x hengat donia? cer cite..cer cite..anyway 'nasi sudah mjd bubur'..hehehe

hatim a.r said...

@ijah:kesian apa lagi klik lah nuffnang!

@adrina:nasib baik allowance sikit lagi nk masuk.kalau tak dh SOS makbapak

@sya:berminat nk beli?

@myra:ceh.tak memberikan dorongan betul hehe

@coffee maker:have they ever provide free stethoscope meh? i think at some point u just have to buy ur own kut

@mimi:dekat malaysia ada bank ibubapa lol

@effa:ini yang kita mahukan.semua orang contohi beliau

@mishy:lahhh dont la puji like that.maluuuuu haha

@sweet life:AMIN

@aniron:dh carik,tapi xde yg free download haha kedek betul.mana nk donlod yg free?

@roslinda:dambaan sayu dah ni

@tipah:yess,tak sampai 2 bulan lg nk balik nih.excited cuak

@mysoulz:jadi bubur apenye.dah jadi sushi dah.takpe itu kira macam downpayment sebelum nk pow family member dekat malaysia nanti hehe

Ijah EmoTemo said...

Ngahahahah. Udah kelik kamu punya tu hatim. Tp jgn lupa kelik ijah punya pulak. =.=

Eh motip tetibe? ekekeke

Unknown said...

ish tulah dia kesenangan tidak bergolek ye adik-adik.... takpe nant dah jadi dokter ok lah balik kewangan tu :)

bugs said...

xpe,besusah2 dlu,besenang2 kemudian

Falahin Farn said...

waaa, dah masuk clinical year.... dah besar pula tengok! ahaks
takpe stetoskop tu mahu tahan seumur hidup, jadi berpatutan, nak peribahasa juga alah membeli menang memakai :)
semoga tabah n berjaya!

NuR said...

hahah..ayat last sungguh sadis..terus rase nk derma 10juta rupee dkt u..hehe

zaheeyah said...

sy baru 1st time menjejakkan diri di sini...
u look so nice so damn cute sikit.. hehe...
nway... sja nak singgah follow.

anisizatyA.J said...

Littmann much cheaper in Malaysia. rm220. I think same quality je. Kat Kamal. Go la buy

hatim a.r said...

@ijah:tenkiu.tu duit nk beli stethoscope tuh

@mummy liesya:kot ye kewangan ok balik

@bugs:harap begitulah

@freeter farn:ni bukan alah biasa dah ni.dh tahap allergic.dekat internet 80 euro.fengsan

@zara:eh derma dialukan. *muka serius*

@zaiya:hello zaiya!

@anis:i know!everything medik related is cheaper in malaysia. dekat sini perkara lagha je yg murah.but i need to use it now,nk kena pinjam jugak ah jawabnye

Hijaupermai said...

bku talley kn tu..bapak ea mahal..hard cover ke?haa..khatamkn la bku tu b4 msk clinical..tp klu start ngn OnG dlu..mmg kontang-kanting la ko..hahaha..

Masya OthMan said...

hanya mampu bid utk kaw punya kidney ja, gud luck utk itu.

Aniron Orion said...

dlu bku tu ada kt 4shared...skrg dh xde...

don't worry...aku tgh gigih upload...brdoalh smoga connection ni xhang...

Aniron Orion said...

http://www.4shared.com/file/XO0-m_-R/Talley_O__Connor_s_CE_5th_edit.html

iya dgn gigihnya...silalah mndonlot beliau...

hatim a.r said...

@hijaupermai:bukan hard cover pun!mmg mahal gilak

@masya:ok x jadi jual.dah ada solution hehe

@aniron:THANK YOU!!!!i owe u big time lah hehe

Aniron Orion said...

oh...glad i can help...

Nur said...

bapakla kesian cerita..menangis mencurah2 ke ladang beras i baca...stet ape tu??i beli x samoai pon harga tuh..

hatim a.r said...

littmann lah apa lagi.i didnt know littmann is like chanel for stethoscope!mahal nak mampuih kat dublin nih