Thursday, September 30, 2010

Tips Menurunkan Berat Badan


Selain dari 4 kilo extra lemak di badan, musim raya juga banyak memberi pengaruh buruk dalam pemakanan. Bila raya memang normal akan full blown binge eating mode sebab makanan banyak terhidang kalau tak makan rasa macam kufur nikmat pula.

Dahla raya kat Malaysia makan macam tiada hari esok. Bila pulang ke Dublin ingatkan boleh mulakan hidup baru,hidup yang lebih sihat sejajar dengan cita-cita menjadi doktor. Tapi benarlah kata orang; bad habits die hard.

Case in point,last weekend. Hari jumaat cuti so masak special sikit la memandangkan semua masih mood raya. Buat makan-makan antara ahli rumah je. sebab rumah kecil, kalau buat open house memang berlaga pinggul. Tak manis, apa pula kata jiran-jiran.

-tengokla rumah bujang.hidang pun dalam periuk je.

Menu adalah soto,lontong darat,rendang ayam. Kuah kacang je sumbangan opah dari kampung,yang lain semua masak sendiri woh,memang menambat hati keluarga mertua.

Lepastu on Sunday tu pergi pulak open house dekat malaysia hall tu. hah kat situ jangan cerita la makan memang tak beragak punya. Ada pulut kuning,sate semua.


Paling meroyan bila jumpa nasi kerabu,siap dengan budu segala. Sebab budu sangat rare di sini, memang tak berlengah tambah nasi 3 kali. haa perangai yang ni tak impress keluarga mertua.

-tengok pinggan anak dara depan tu sungguh beretika.pinggan i sebab tamak ambik semua dah rupa sampah-sarap.

Jadi bila dah terbiasa makan macam ahli sumo susah nak kembali bertaubat dan ubah ke arah cara pemakanan yang dituntut. Contohnya semalam i masak lamb sekeping godang yang selalunya boleh 2 kali makan habis licin dalam 10 minit.


Habis makan bertanya pada diri, bela saka kah aku? Dan habit buruk lantak ini mencapai kemuncaknya di suatu pagi sebelum ke kelas. Breakfast macam biasalah buat sandwich,sosej,telur dengan sauteed mushroom(bajet omputeh gitu). walaupun masakan sendiri tak berapa sedap tapi memang dasar gelojoh makan laju je. Dah habis makan baru sedar ini..


Roti berkulat weh!!!i tak tau dah berapa colony fungus i telan but i hope they can find their way out of my intestine. Kalau esok jumpa i tertiarap tepi jalan mulut berbuih terus call ambulance cakap kes keracunan kulat ok.

Setiap kali makan terlalu banyak, pasti rasa bersalah pada diri. Senang je kalau nak tahu i rasa guilty makan banyak ni...


Malam mesti ada satu jag green tea atas meja untuk habiskan. Sebab terbaca green tea boleh membantu weight loss, desperate gila minum sampai satu jag. Memang optimis.


Wednesday, September 29, 2010

Eat.Pray.Sleep Halfway Through.

So today i pergi city to get a new rambler(which is like Touch n Go for Dublin bus). Jadi alang-alang dah ke city, memang sekarang macam wajibul ghunnah pulak lunch dekat Proton House. Lepastu dahlah asyik nak pergi situ,order memang tak pernah kreatif. Mesti kuey tiow goreng.


Next time ill order something else pulak lah. For those of you Dubliners who still dont know,Proton House is a new HALAL Malaysian restaurant. Ada nasik lemak,nasik goreng,tosai, kira macam mapley ah. shisha dengan kopi jantan je takde.


Then after lunch i pergi tengok movie with my friend. Last time i tengok movie with her here in Dublin cerita Nightmare on Elm Street. And she had nightmares for weeks. What....a chicken.

So this time around i bagi dia can pilih what story to watch. Surprise surprise, she picked Eat.Pray.Love.


You see ,i have nothing against chick flick. In fact Mean Girls is one of my favourite movie. But Eat.Pray.Love is like the mother of all chick flicks. Cerita yang sangat serius dan berfalsafah tinggi. which is not my cup of three layer tea.

Cerita ini pasal a middle age woman yang suddenly realized that she's not happy with her marriage. So she asked for a divorce. Belum lagi finalize divorce tuh she moved on to another man.

Just 15 minutes watching this movie,i came to a conclusion.

She's a bitch.

No one is good enough for her. Then the second relationship also didnt work out(no surprise there,she's a total bitch remember?). That's when she decides to travel the world. Soul searching lah kononnya. She went to Italy,India and Bali.

Dia pergi Italy for the food(eat),India to find peace,meditate(pray) dan Bali to find love.
Kalau setakat nak mencari ketenangan rilek-rilek takpayah pergi India,there's a thing called SPA. You can try that bitch.

Movie ini sangatlah boring.2 jam macam 2 minggu rasanya. Sesiapa yang baca buku dia rasa macam best,i tell you haaa baik takpayah membazir tengok movie ni. Not inspiring at all. basically Julia Roberts dalam cerita ni hidup berpandukan ramalan bomoh indon yang tak bergigi. And she went to indonesia to find love. Really? Tanyalah gadis-gadis melayu yang kahwin lari ke Lombok.


To Julia Roberts,your movie suck and i want my 8 euros back.

Im serious.


Monday, September 27, 2010

Raya Itu Sebulan


Orang-orang di Malaysia barangkali sudah jemu beraya. Mungkin sekarang dah bersiap nak menyambut krismas. Tapi orang-orang Dublin semangat raya mungkin masih kental di jiwa jadi sampai sekarang masih banyak open house lagi.

Semalam di Malaysia Hall telah diadakan sambutan rumah terbuka Aidilfitri bersempena meraikan kedatangan delegasi menteri ke Dublin.Apahal ayat dah macam karangan laporan darjah 3??

Sungguh bersemangat okeh semua rakyat malaysia bangun awal walaupun hari Ahad,dress up lip lap lip lap semata-mata untuk menyambut kedatangan menteri-menteri ini.

-eh eh dah sampai..

Among the VVIP's ialah;



-kelihatan Dato' Shabery Cheek sedang berkempenberucap

-menteri kesihatan,Dato' seri Liow Tiong Lai. Bila dah kerja doktor nanti beliau inilah yang perlu diberi hamper raya supaya cepat naik gaji eheh

Ada juga sesi soal jawab bersama menteri-menteri ini. Tapi apa yang orang tidak tahu,soalan-soalan yang ditanya sebenarnya dah disediakan terlebih dahulu oleh dua nenek ini;


Maka tidak hairanlah semua soalan kedengaran sungguh bernas sekali. I, of course was pretty much involved in that process.


Ewah konon terlibat padahal duduk tepi posing-posing je.

So many Malaysians showed up to the event,thank God makanan sedap.Jadi berbaloi lah korbankan tidur pagi ahad. Aaaandddd students semua dapat duit raya 10pounds sumbangan Shahidan Kassim.Macam tau-tau i dah layak mengundi hehe.


Ia sebuah event yang lancar dan elegan. Bukan senang menteri nak datang Dublin jadi preparation oleh Kelab Umno sungguh jitu sekali. Jika anda datang sejam awal sebelum majlis pasti boleh lihat ini;

-so kesian lah this fler..

Saturday, September 25, 2010

Pembaharuan Yang Tidak Perlu.


Entry ini ditujukan untuk Dato' atau Tan Sri atau siapa-siapalah yang menjadi taukeh tv3. Kalau Nas Ahmad nak respon pun boleh juga.

Ke hadapan Dato'/Tan Sri/saudara Nas Ahmad,

Walaupun setiap hari i berjumpa orang putih,belajar sekelas dengan orang putih,membeli belah di kedai orang putih tetapi jiwa ini tetap mendambakan keindahan negara kelahiran,Malaysia. Jadi apabila dah tinggal beribu batu jauhnya dari Malaysia,memang memerlukan satu medium untuk mendekatkan diri pada negara kecintaan ini.

Kalau anda semua rajin meneliti gambar-gambar yang di print screen di dalam belog ini pasti anda perasan yang website tv3 telah diangkat menjadi bookmark sebaris dengan website-website ternama lain seperti karaokeparty.com dan youtube di browser i.

Tv3 memang memainkan peranan penting dalam perkembangan minda i sejak dari kecil. Waktu zaman ibubapa kedekut lalu tidak sudi melanggan astro dahulu memang siang malam akan tonton tv3. Sebab ketika itu channel RTM tak berapa 'in' dan cuma ditonton ketika siaran doraemon dan tomatoman sahaja.

Justeru apabila diri ini dicampak untuk hidup beribu batu dari malaysia maka website tv3 sedikit sebanyak membantu mengubati homesick. Selain dari drama melayu yang berkualiti agak bagus, buletin utama juga memang wajib tonton setiap malam untuk keep track berita-berita hot di malaysia. Artis bercerai,menteri mencarut di parlimen,peguam serial killer ahh pendek kata semua yang sensasi ada di buletin utama.

Namun begitu keindahan website serba informatif ini tercemar sama sekali dengan pengenalan sistem baru yang dipanggil TONTON. Untuk makluman pihak tv3,website baru ini jika kita buka sempat jahit kebaya 3 helai untuk tunggu dia fully load. Kemudian apabila nak tonton Epilog Syurga Cinta terpaksa browse 10 menet baru jumpa link akibat layout yang tidak user friendly. Jadi apabila ambil masa begitu lama untuk cari link,maka putus asa di pertengahan jalan. Last-last terpaksa ke facebook untuk lihat gambar adik Mia Sara yang cumil. Apa ini?

Jelas sekali website baru ini membuat saya kelihatan pedophile di mata teman-teman serumah.

Kemudian video player yang ada di website baru ini juga sangatlah lembab kadar loadingnya. Memang lumrah,berita-berita hangat selalunya disiarkan di awal dan hujung siaran. Yang part tengah-tengah tu berita ekonomi dan bisnes memang Anandakrishnan dengan tokeh NAZA je yang berminat nak tengok. Jadi apabila tengok berita di website TONTON memang i akan fast forward part tengah-tengah ni. Tetapi apabila difastforward bukan semakin fast ye rakan-rakan sekalian.malahan semakin selow pula. Apakah ini semua??

Kalau di ireland yang kelajuan internetnya serba mampan inipun memakan masa untuk loading,cuba bayangkan mereka yang duduk di Nilai yang mengharapkan khidmat internet dari seketul Celcom broadband yang tidak berdaya saing.

Jadi diharap pengarah media prima atau sesiapa sahaja yang berkuasa di ofis tv3,sila kembalikan website tv3 yang dulu. Kalau mahu kekalkan perubahan ini juga harap tukar nama website terus.Jangan panggil ia TONTON lagi.

Bagi nama TUNTUNG.


Friday, September 24, 2010

Malam Jumaat Menonton Setan

Suka tajuk ala-ala tahyul seram. Sebab tahu orang melayu memang suka perkara tahyul jadi saja cipta tajuk entry begini untuk tambah trafik belog. Mana tak tahyul,cerita Seekers yang bangang tu pun boleh sampai 3 season kau. Maknanya ade la yang tengok tu. Siapa peminat Seekers,sila malu dengan diri sendiri.

Macam jugak semester lepas, semester ni pun hari jumaat memang i takde kelas. Kira 3 days weekend lah. Siapa yang susun jadual tu sumpah brilliant, memang patut dinaikkan pangkat jadi cansellor. So kalau nak lepak-lepak tengok movie malam jumaat memang afdol betul. Sebab Khamis dahla kelas sampai petang,jadi malam stay up tengok movie memang layan sebab esoknya boleh bangun lambat.

Jadi movie pilihan malam ini ialah Lagenda Budak Setan atau dalam bahasa omputehnya Hellboy. Eh ke itu cerita lain??

Haritu balik malaysia nak tengok takde can sebab tv asek tayang yang Budak Setan The Series je. Tapi Budak Setan The Series tak masyuk sebab Lisa Surihani kena ganti dengan awek kening tebal. Jadi bila movie dia keluar di youtube memang tanpa berlengah terus tonton.

Overall movie ini kira ok la. Part mula-mula waktu dekat kolej macam tak berapa real sangat. mungkin sebab pelakon pembantu semua muka-muka hingusan lagi. Baru grad sekolah berlakon,tapi not bad lah juga.

Lakonan paling mampan dalam filem ini ialah Que Haidar.Sepanjang cerita, scene Lisa kena bantai dengan Que haidar lah yang paling real. siap bakar-bakar majalah. Rakus. Memang terasa aura kemarahan dia tu. Ni tengah tengok sambil minum milo memang tergigit-gigit sudu je. dah macam sawan babi dah aku.

Lepastu ending yang sedih juga membuatkan cerita ni sedikit feeling dari filem melayu lain.Kira ada twist sikit la. Dah tu pelakon-pelakon wanita dalam cerita ni semua gorjes pulak tu. Lisa Surihani, Fazura, Sheila Mambo dengan awek yang berlakon jadi Amelia tu. Tak tau pulak nama betul dia.

Kepada yang bosan-bosan hujung minggu tu bolehlah menonton filem ini. Part mula-mula memang geli-geli cirit sikit tengok jiwengs melampau tapi last-last sedeyyy okeh. Tambah pulak soundtrack dia lagu tak boleh belah punya syahdu. Kalau askar tengok pun komfem boleh nangis.



Wednesday, September 22, 2010

Dimana Doraemon Bila Diperlukan?


Semua orang dah tahu i dah pindah rumah yang sedikit jauh dari uni and how i always komplen about having to jalan 30 menet to lectures everyday. Such a dedicated person i am,i know.

Tapi today hujan yang lebat menghalang perjalanan i ke kelas(sebab i takde payung okeh not that i dont wana go)hence this quick update tehee.

-mungkin tak nampak lebat disini,tapi percayalah dekat luar still lebat lagi

Jadi jika tak boleh ke kelas apa yang molek dibuat?


Make yourself a mug of hot Milo ,


dan sambung baca lecture notes minggu lepas T_T
Ponteng kelas tapi study.sumpah tak otai. Sepatutnya pergi race motor atau lepak di arcade.

I tak taulah ini maternal instinct ke apa tapi mama macam tau-tau je i tak pergi kelas today because she wrote this on my wall..


So mama dont worry im homeschooling myself .

Update:hujan berenti few minutes sebelum kelas,walaupun lambat sampai i pergi all 3 lectures today.JPA sila bangga dengan pelajar tajaan sebegini


Tuesday, September 21, 2010

3rd Year Di Universiti.Tua Dah Aku


Bila abang i cerita dekat UIA kena sentiasa pakai baju mat belia berkolar, dalam hati i mengucapkan kesyukuran kerana study di obersi. Di sini tiada peraturan seperti harus gantung kad pelajar di leher,harus pakai baju formal bertali leher walaupun suhu di luar 50 darjah dan semestinya di sini tiada pak guard akan saman jika pakai selipar ke kelas. Dress up macam Lady Gaga ke class? Sumpah takde sape kesah.

I think memang omputeh sedikit open dalam hal-hal sebegini.


Kalau anda nak bersenggama di tempat awam pun takde pak guard universiti nak sound. Sebab unless there's penetration involved,its not considered as perlakuan sumbang.

Mungkin juga mereka ni terlalu open. kalau pakcik AJK surau pergi fresher's week UCD mesti pitam.


UCD Lesbian,Gay,Bisexual & Transexuals Society. Kalau maknyah lorong masuk UCD pun ade persatuan yang dia boleh join. Memang bebas diskriminasi sungguh ni. 1Malaysia!! *tiba-tiba*

There are few other clubs lain yang agak interesting. Like this one;


DJ society yaww.cool gila kalau reti DJ-ing kan??
Musical Society pun macam cool juga.


Among their activities adalah practice nyanyi lagu-lagu from Glee and dance lesson. Kalau suara sedap memang dah lama join,tapi sedar diri suara tak seberapa. setakat nak karoke dekat Redbox tu masih diterima masyarakat lagi. Tapi kalau nak menyanyi di khalayak ramai open-open komfem turun salji.

So today i cuma signed up untuk satu society saja,Law Soc. Its not that im into debate or anything,tapi bila sign up kelab ini akan dapat....


Cotton Candy!!!Dapat cotton candy pun dah excited,entah bila aku nak matang.
Like last year,fresher's week punya site ni memang penuh dengan orang dan banyak interesting activities.


Mechanical sheep anyone??


Performance by The Beatles wannabe.
Sadly this is my last fresher's week kalau diizinkan Tuhan next year balik malaysia terus.
Macam tak percaya dah 2 tahun lebih jadi student UCD,tahun depan jadi student dekat Malaysia kena pakai baju kemeja dengan tie pergi kelas T_T

Tahun lepas pun i wrote an entry on Fresher's week juga.Boleh baca di sini. Cepat betul masa berlalu,tiba-tiba rasa tua.

Monday, September 20, 2010

Padang Rengas Fashion Week


Hari ni hari pertama ke kuliah sejak tempoh cuti bergelinjang yang panjang. Dahlah pukul 5 pagi dah bangun gila calon pelajar contoh ke apa ni.

Hari ni juga first time berjalan kaki 2 kilometer ke kuliah. Setengah jam ok jalan. Setengah jam one way. Kalau pergi balik setiap hari kiranya 1 jam exercise percuma. takpayah sign up gym,bagi tempoh seminggu je nescaya hilang semua geleberan lemak lemang ketupat di badan.

Lepas dah beberapa bulan cuti ni,otak pun macam dah slow sikit. Mungkin banyak terminum semut waktu di malaysia dulu. Lecture pertama cuma faham 6 slides saja. yang lain memang ke laut. Jadi nampaknya semester ini perlu lebih gigih,tiada masa untuk tidur petang lagi.

Akibat dari terlampau bizi,tiadalah masa untuk mengupdate belog secara serius. cewah macam selama ni pernah serius. Justeru update kali ini i cuma ingin berkongsi koleksi gambar-gambar yang diambil sewaktu Padang Rengas Fashion Week pada summer yang lepas.

Fashion show dimulai dengan gaun assymetrical yang sangat classy. Walaupun fitting tak berapa elok,tak boleh salahkan model tiada cleavage sebab beliau jantan =_="


Kemudian tiba-tiba terselit gaya winter,ala-ala percutian ke Banjaran Alps.


Selepas penat bermain ski di Banjaran Alps,malamnya pergi clubbing dengan datin-datin yang lain.


Selesai berhibur,harus hadiri mesyuarat pula. Jadi tidak boleh terlalu ranggi. Plain shirt warna grey dan handbag vintage Bally menjadi pilihan datin. Rambut memang nak yang kembang-kembang je,baru nampak datin.


Dan gaya finale pula berkonsepkan aidilfitri.


Gaya opah-opah duduk di tangga menunggu kepulangan cucu.

Sekian. Sekarang nak sambung baca lecture notes.FML

ps:rumah i sekarang kuih raya lebih 20 jenis.boleh stok sampai deepavali tahun depan.


Saturday, September 18, 2010

Hari Pertama Yang Not So Bad


Pagi ni bila bangun tidur serpraisingly i tak rasa homesick ke apa. Macam minda dah dapat terima hakikat Malaysia is now 16-17 hours away. Jadi marilah kita terima bandar gloomy ini sebagai rumah kediaman sekarang.


Semalam sampai-sampai pun disambut dengan cuaca hambar sejuk . Lepastu bangun pagi ni baru semangat nak kemas barang-barang. By kemas i mean just unpack rempah dari beg lepastu sumbat dalam kabinet.


Takde mood nak kemas betul-betul lagipun its not that im expecting people to come for raya kan..alangkan rumah dekat malaysia pun takde orang datang lagilah rumah kat sini.

Tambah merunsingkan hari ni adalah basikal puaka i pulak buat hal. Before balik cuti haritu i kunci basikal dekat railing tangga sebelah apartmen nih.


Balik-balik tengok dapat warning notice management selit celah basikal.



Its not that i tak nak alihkan basikal tu tapi selepas dia berjemur 4 bulan kat luar,basikal tu dah berkarat rantai dengan lock dia semua.


So tak boleh bukak!! Givap ok tertonggeng 20 menet cuba nak bukak lock dia. Dahla rumah dah jauh dari uni,time ni la basikal nak jahanam. Then dapat pulak lagi satu notice..



Pasal kecurian basikal.So to those pencuriks,please steal my bike sebelum i kena sound dengan management lagi. Kalau ada junior nak beli basikal ni pun dialu-alukan. Harga adik beradik,tapi nanti datang ambik basikal bawak pemotong besi sekali.

Friday, September 17, 2010

Good Thing Happens To Good People


Pertama sekali i nak bagitau,i dah selamat tiba di Dublin,kota kecintaan.
So today's flight Malaysia-Dubai penuh gila. Once again i felt like boarding on a bas kilang. But this time an upgraded version lah. with tv. Since i didnt bother to book my seat in advance,kakak kaunter decided to campak i di tempat duduk paling belakang,sebelah jamban,depan stor.ok fine.

-see semua economy seats full

Sekali bila i sampai my seat,there's a dude sitting there. lepastu i tanya lah stewardess wassup nih??i kena turun ke apa,balik Nilai extend raya lagi seminggu ke macamana ni??so long story short,i dapat upgrade to business class.woot woot.

Pardon me if this post is so jakun sebab memang i jakun gila pun ok. Banyak kali naik flight but tak pernah naik business. Bila dapat upgrade tak semena-mena bersyukur gila woh rasa nak melaungkan azan.

Jadi whats so special dekat business class ni??

I tell you haa first,dia punya space. Omaigod kalau yang dah biasa duduk economy macam i ni barulah faham seksa duduk 6 hours straight kat kerusi kecik tu. Dekat bisnes boleh lunjur-lunjur kaki,nak korek cagu sambil tengok movie pun boleh.

-tengok Diary of a wimpy kid.saiz screen macam tengok tv dekat kedai senheng.

Lepastu they have this tablet PC thingy untuk setting apekejadah semua.


Bila jumpa option ni lagila tambah kejakunan..

-boleh massage weh!!sumpah taknak landing macamni.

Another exciting part was the food.omaigod the food!!! Selalu dekat economy diorang campak je semua appetizer,main course dengan dessert sekali dalam pinggan plastik macam orang dekat penjara sungai buloh makan. Tapi dekat business proper sikit ah. dia serve satu-satu. in a proper pinggan,first time makan guna pinggan kaca dalam flight.nangis.

-smoked salmon,cheese thingy.

-starter;prawn,scallops,slices of lobster with mango salad.

-main course;beef tenderloin

-dessert;white chocolate mousse,seasonal fruit.yang seketul tu godiva chocolate.

Lepas makan,kencing semua terus tidur. sebab jakun tak pernah guna kerusi yang boleh recline sampai habis akibatnya tertidur nyenyak sampai dubai.


Memang Tuhan tahu i sedih nak meninggalkan keluarga di malaysia jadi bagi can la naik bisnes. Kata nak nangis 15 jam tepi tingkap hah jadi kasi la tingkap yang fabulous sikit untuk menangis di tepinya.


Tapi rahmat Tuhan kalau beri berlebihan nanti boleh alpa. Flight 7 jam Dubai-London naik economy sebelah makcik negro rambut busuk.pfftt