Thursday, September 30, 2010

Tips Menurunkan Berat Badan


Selain dari 4 kilo extra lemak di badan, musim raya juga banyak memberi pengaruh buruk dalam pemakanan. Bila raya memang normal akan full blown binge eating mode sebab makanan banyak terhidang kalau tak makan rasa macam kufur nikmat pula.

Dahla raya kat Malaysia makan macam tiada hari esok. Bila pulang ke Dublin ingatkan boleh mulakan hidup baru,hidup yang lebih sihat sejajar dengan cita-cita menjadi doktor. Tapi benarlah kata orang; bad habits die hard.

Case in point,last weekend. Hari jumaat cuti so masak special sikit la memandangkan semua masih mood raya. Buat makan-makan antara ahli rumah je. sebab rumah kecil, kalau buat open house memang berlaga pinggul. Tak manis, apa pula kata jiran-jiran.

-tengokla rumah bujang.hidang pun dalam periuk je.

Menu adalah soto,lontong darat,rendang ayam. Kuah kacang je sumbangan opah dari kampung,yang lain semua masak sendiri woh,memang menambat hati keluarga mertua.

Lepastu on Sunday tu pergi pulak open house dekat malaysia hall tu. hah kat situ jangan cerita la makan memang tak beragak punya. Ada pulut kuning,sate semua.


Paling meroyan bila jumpa nasi kerabu,siap dengan budu segala. Sebab budu sangat rare di sini, memang tak berlengah tambah nasi 3 kali. haa perangai yang ni tak impress keluarga mertua.

-tengok pinggan anak dara depan tu sungguh beretika.pinggan i sebab tamak ambik semua dah rupa sampah-sarap.

Jadi bila dah terbiasa makan macam ahli sumo susah nak kembali bertaubat dan ubah ke arah cara pemakanan yang dituntut. Contohnya semalam i masak lamb sekeping godang yang selalunya boleh 2 kali makan habis licin dalam 10 minit.


Habis makan bertanya pada diri, bela saka kah aku? Dan habit buruk lantak ini mencapai kemuncaknya di suatu pagi sebelum ke kelas. Breakfast macam biasalah buat sandwich,sosej,telur dengan sauteed mushroom(bajet omputeh gitu). walaupun masakan sendiri tak berapa sedap tapi memang dasar gelojoh makan laju je. Dah habis makan baru sedar ini..


Roti berkulat weh!!!i tak tau dah berapa colony fungus i telan but i hope they can find their way out of my intestine. Kalau esok jumpa i tertiarap tepi jalan mulut berbuih terus call ambulance cakap kes keracunan kulat ok.

Setiap kali makan terlalu banyak, pasti rasa bersalah pada diri. Senang je kalau nak tahu i rasa guilty makan banyak ni...


Malam mesti ada satu jag green tea atas meja untuk habiskan. Sebab terbaca green tea boleh membantu weight loss, desperate gila minum sampai satu jag. Memang optimis.


29 comments:

ainun zulkiflee said...

memang lepas ni beli green teaaaa. Lemak dah makin menimbun di badan niii

neddie said...

bagus !
green tea tu dapat mengimbangi perasaan bersalah kerana over eat.
I pun nak minum green tea lah -.-

LoLLy~ said...

perghhh roti berkulat pon sedap yek! terbaek lah,haha

WZulhilmi said...

Even aku yang duduk kat malaysia ni pun akan serang nasi kerabu tu.. Btw makanan dekat rumah open house ko tu sgt2 menyelerakan.. siyes aku boleh habiskan 2 jam dok makan je.. hahaha.. so jgn risau pasal habit makan ko yg terlampau tu sbb ko skrg dah jumpa geng.. Hahaha

wawa said...

selalu gak termakna roti kulat atau makanan2 basi ni.. tapi perut still ok.. x de r sakit2.. x paham la..

~Kak AZZ~ said...

hahaha.... kesian ko Timm... Mujur la perut ko tebal... kalau tak mesti dah cirit birit dah tu...

Green tea tu cmner ehh...? Maksud akak, brand apa yg bagus... sbb mmg tak pnh minum tea ni pun.. Hari tu beli 4 kotak tea pelbagai perisa kat CH.. tak nmpk lak green tea...

Nak beli gak la pasni... sesia je pakai mustajab... tak jadipun macam nora danish tu... hahahaha...

nama.aku.lynn said...

nkk jugak ah green tea!haha..
btww..tade pape kot makan roti kulat tuhh..antibodi org msia kuat..jgn risau!haha

p/s::menu2 yg org bujang masak(lelaki pulak tu)sgt powerr lah!tabekk springggg!!*kalaaahh ah cmni..

hatim a.r said...

@ainun:ni semua gara-gara kfc rumah paklang haritu ciss

@neddie:placebo je green tea tu.minum satu jag,makan x kurang2 jugak

@lolly:agaknye part kulat tu yg berasa tuh.masin2 lemak sikit

@wzulhilmi:dahla mengidam nasik kerabu sekali jackpot gila malaysia hall masak haha.takyah susah2 nk import budu

@wawa:ini yg dipanggil perut komando.makan bangkai pun steady je

@kakazz:dia takde brand spesifik pun kak.asal dia tulis green tea kat kotak tu haa ye lah tu.minum memang tak campur gula or susu.minum cmtu jek. cuba la carik khasiat green tea ni kat internet

@lynn:kata dh 3rd year..skill masakan kena la improve.cuba tgk waktu 1st year dulu.pilu hati tengok menu

irma-ain ibrahim said...

kalau keluarga mentua orang kelantan memang impress dah tambah 3 kali. kalau budu buat kuah terus jadi menantu kesayangan.

nama.aku.lynn said...

taw2..
pnah bc about ur entry pasal resipi2 time 1st yr dluu..
sgttt piluuu mbaca entry tu..hahhaaha
bguss22..dah maju!^_^

puterakayangan said...

mmg btol2 stdent medic!!

m'akhiri pemakanan dgn air teh..sgt bgs utk nyahtoksin..haa...berlagak tau neyh!!

ogre_rina said...

try la makan yogurt masam yang kaw2 punya. ada baca kat net semalam leh bantu dalam meng"kurus"kan badan.

Arash Libra said...

u go boy! mentakedarah dah namanya!muahaha..tapi itewlah RAYA kan! x melantak tak raya! muahaha..

k.A said...

tu diaaa

bugs said...

aku yg dok mesia ni kalo jumpa nasi kerabu pon boleh lupa diri,haha.tambah tu wajib la kan
oh,bleh la beli green tea pasni,xtau la plak bleh kurangkan lemak2 degil ni,hehe

adrinaqamarina said...

eyt seres, balik msia ari tu naek 5 kg tau! 5 kg oke. haha. sebelum ne tak pernah minum green tea terus minum. penangan betul.

eh tapi banyak betul u makan hatim, memang bersaka3 ne. haha.

adrinaqamarina said...
This comment has been removed by the author.
ashz_ami said...

as always,ur blog mmg lucu giler nk mati..
gelak guling2 skrg ni..
as org y mmg tiap mlm minum air teh utk ilangkn berat, nk ckp dat bnd tu xjadik !! huuhuu..

n, aisyah dh promote ur blog to our juniors, so, if b'tmbah ahli pengikut u pasni, its partly bcoz of me.. sila ckp terima kasih skrg..hehe..

nizan zakaria said...

'tertiarap tepi jalan mulut buih' u mmg drama queen la.takjadi ape la kulat roti..konsep sama mcm makan tempe je..ahahha

btw, kuah kacang opah mesti yg pesyen dah siap semua tinggal curah air panas je kan?

aaaii..sedapnye..

tengku_fir21 said...

wahh..giler lah makan..mewah gile mcm tk duudk dublin jer..hahahaa

lontong darat tu mende weih...???

..nOWa.. said...

heheheee..mesti cedera montot lps tu.

MUMMYMUJID said...

oh...air limau dan hirisan limau...sedapppp

hatim a.r said...

@irma:nik aziz ada anak dara tak?haha

@lynn:bangga lihat kemajuan diri sendiri,kembang hidung jap

@putera:konon la nk detox.padahl lepastu nasik 6 pinggan.tak guna jugak

@ogre:kalau yogurt plain ok la kut.tp kalau yoghurt yg ade flavour tuh selalunya sweetener dia banyak.baik makan nasik terus

@arash:tapi macam raya dh nk habis pun x stop melantak lagi ni

@k.a:yesssss

@bugs:lagi2 dapat nasi kerabu free kan???macamana nk tolak

@adrina:dari dulu lagi selalu jugak minum green tea.tp lately lebih aktif -_-'

@aisyah:thats embarassing!!!!apesal aisyah promote kt juniors?i prefer my readers to be strangers huhu

@nizan:haaa tepat sekali.cuma tambah air.tapi sedap giloss

@tengku:lontong darat tu dia x makan ngan kuah lodeh.makan dengan sambal goreng,rendang n kuah kacang.sebab dia kering so panggil lontong darat ah.org johor slalu makan ni

@nowa:alhamdulillah tiada cerri berry.so far

@mummymujid:poyo je kan??letak limau lah bagai haha

Suehaily Mohd Jiwa said...

gilosss.minum 1 jag air green tea.terkencing2 byk kali g toilet kang!KAHKAHKAH

namivamp said...

rajinnya hatim masak! wahh ingat orang bujang lelaki ni masak telur goreng dengan maggi je >___< heeeheee..aniwai lamb sekeping tu nampak sangat menyelerakan! mahuuu ;DDDDDDDD

hatim a.r said...

@suehaily:memang ah,ade la dlm seploh menet sekali pegi toilet

@namivamp:kalau dh tiap hari megi jemu gak.nk x nk kena la blajar masak.lamb tu mmg my speciality cewahhh

ashz_ami said...

xyahla risau.. they are complete strangers to you anywaypun kn.. so, xpela.. =)

hatim a.r said...

still,its very likely that im gona meet them somewhere someday.ill be self concious pulak huhu

wawa said...

bangkai?? gilerr kau?? haram siot