Friday, September 24, 2010

Malam Jumaat Menonton Setan

Suka tajuk ala-ala tahyul seram. Sebab tahu orang melayu memang suka perkara tahyul jadi saja cipta tajuk entry begini untuk tambah trafik belog. Mana tak tahyul,cerita Seekers yang bangang tu pun boleh sampai 3 season kau. Maknanya ade la yang tengok tu. Siapa peminat Seekers,sila malu dengan diri sendiri.

Macam jugak semester lepas, semester ni pun hari jumaat memang i takde kelas. Kira 3 days weekend lah. Siapa yang susun jadual tu sumpah brilliant, memang patut dinaikkan pangkat jadi cansellor. So kalau nak lepak-lepak tengok movie malam jumaat memang afdol betul. Sebab Khamis dahla kelas sampai petang,jadi malam stay up tengok movie memang layan sebab esoknya boleh bangun lambat.

Jadi movie pilihan malam ini ialah Lagenda Budak Setan atau dalam bahasa omputehnya Hellboy. Eh ke itu cerita lain??

Haritu balik malaysia nak tengok takde can sebab tv asek tayang yang Budak Setan The Series je. Tapi Budak Setan The Series tak masyuk sebab Lisa Surihani kena ganti dengan awek kening tebal. Jadi bila movie dia keluar di youtube memang tanpa berlengah terus tonton.

Overall movie ini kira ok la. Part mula-mula waktu dekat kolej macam tak berapa real sangat. mungkin sebab pelakon pembantu semua muka-muka hingusan lagi. Baru grad sekolah berlakon,tapi not bad lah juga.

Lakonan paling mampan dalam filem ini ialah Que Haidar.Sepanjang cerita, scene Lisa kena bantai dengan Que haidar lah yang paling real. siap bakar-bakar majalah. Rakus. Memang terasa aura kemarahan dia tu. Ni tengah tengok sambil minum milo memang tergigit-gigit sudu je. dah macam sawan babi dah aku.

Lepastu ending yang sedih juga membuatkan cerita ni sedikit feeling dari filem melayu lain.Kira ada twist sikit la. Dah tu pelakon-pelakon wanita dalam cerita ni semua gorjes pulak tu. Lisa Surihani, Fazura, Sheila Mambo dengan awek yang berlakon jadi Amelia tu. Tak tau pulak nama betul dia.

Kepada yang bosan-bosan hujung minggu tu bolehlah menonton filem ini. Part mula-mula memang geli-geli cirit sikit tengok jiwengs melampau tapi last-last sedeyyy okeh. Tambah pulak soundtrack dia lagu tak boleh belah punya syahdu. Kalau askar tengok pun komfem boleh nangis.



18 comments:

Liyana said...

prmosi habis..dah baca novel die?

ashz_ami said...

ada cite lain utk dipromote ?
we are going to have a scary movie night soon..
so, anythg scary will do..
aisyh xrasa aisyh nk tgk anythg y ada lisa dlm tu..
dengki ngn sape2 y diconsider lawa.. haha..

Cik Azz said...

Maaf la... Akak tak minat nak tgk citer ni...

Hari tu dpt tgk filem momok the movie pon akak dah tutup2 muka dah... Tengok ikut celah2 jari je... seram gak rupanya citer tu...huhuhu ... (sila jangan gelak kuat2 ehh... ;p)

*Takut la tgk citer seram2 ni... Seekers tu langsung tak pnh tgk...

Arash Libra said...

bila cintaaaaa...muahaha

anisizatyA.J said...

alaaa....dulu saya suka apa tengok seekerssss......................fine kutuk finee...Hahahha

adrinaqamarina said...

ternyata novel dye ag best.

tapi kan memang part que haidar tu paling real la.

ps* same here. bila dah naek tahun 3 ne, kelas memang lenggang habis la. haha

WZulhilmi said...

*Komen dibwah tiada berunsur diskriminasi dan hanya berdasarkan dr pendapat penulis sahaja*

Siyes! baik aku tgk cerekarama dekat TV daripada tgk filem melayu.. - -"

hatim a.r said...

@liyana:tak pernah ouh.x jumpa pun kat kedai

@aisyah:nothing scarier than zombies!!try 28 day later or zombieland.atau dawn of the dead.kalau nk yg scary lawak shaun of the dead

@kakazz:alaa ni bukan citer seram pun kak.saje layan jiwengs

@arash:tak lagi bermakna,yg ku rasaaa wah nangess

@anis:haha sila malu dgn diri sendiri!!!

@adrina:nantila bila2 baca novel dia pulak.cerita dia bukan best sgt pun tapi atleast better la daripada mami jarum

@wzulhilmi:cuma certain cerita melayu je kena tgk.tu pun tgk kt u tube.kena la tgk filem melayu jugak.asek layan omputeh je lupa diri plak nanti

Suehaily Mohd Jiwa said...

okek,,mlm ni lyn LBS sebab nak tgk lisa yg cun melecun.haha

shakin said...

aritu tgk kat cinema.sudahnye sesak nafas tengok jerawat pelakon.asek close-up je
pfftt

mimi mn said...

agreed, cerita ni boleh la dilayan sebab
no.1 que
no.2 lisa
no.3...................

tapi malam jumaat selalu tengok cite thriller suspen bagi adrenalin rush sambil bergelap.ada suggestion?

hatim a.r said...

@suehaily:yg jadik amelia tuh lagi cun woh

@nis:ini memang penyokong filem melayu nih.siap tgk wayang lagi tuuu

@mimi:ermm basically sebab 2 org tu je la layan haha. try la tgk 28 days later dengan 28 weeks later.mesti takut nak pergi kencing

Fana Flora said...

masa lisa atas kerusi roda, satu panggung gelak sebab dia nampak macam mumia. aku pon same. terkejut sangat~ haha

WZulhilmi said...

Hahaa. klu org yang dok jauh dr malaysia kena lah kena tgk cerita2 melayu.. karang nak ckp melayu pun dah berslang2 dah.. tapi aku tak pyh lah tgk.. cukup dah dok 'berbual' satu hari dlm BM - -"..

hatim a.r said...

@fana:haha part tu mmg humor ah.entah sapa2 je tu.mesti bukan lisa

@wzulhilmi:homesick punya pasal.filem melayu pun layan je hehe

Unknown said...

agak kecewe ngn cte ni..smgt g wayang tuh..awl2 je da jiwang melampau2
close up y bole nmpkkn jerwat farid mnyebabkan feelling larik...sumpah tak lawa amelia tu..cm tk reti blakon je...thats all..wah!

hatim a.r said...

lerr farid kamil kan mmg ade jerawat.nk buat cmne.tapi amelia tu cantik ahh

mvp_dina13 said...

tepi sket!!

hohoiiyhhh gigit sudu!