Tuesday, September 14, 2010
Malaysia, Thanks For The Fantastic Raya
Amaran:Post kali ini mungkin yang terpanjang sebab nak qada dah lama tak updet
Lepas dua kali berturut terlepas raya di malaysia, i terlupa sama sekali betapa happening nya raya di malaysia. I did say in previous post that raya di perantauan was as awesome but forget it. itu luahan perasaan nak sedapkan hati sendiri kena raya jauh.
Walaupun dah besar tongkeh,excited nak raya tu masih ada dalam jiwa. Lebih-lebih lagi sejak dah ade belog ni kan,sikit-sikit nak ambik gambar konon nak taruk dalam belog.terlupa pulak internet macam siput babi injured. jadi gambar yang ade ni setakat yang termampu lah kiranya.
Raya kali ni memang cukup sifat.semua ciri-ciri penting raya ada pada kali ni. Lokasi perayaan adalah Kampung Kroh Hulu,Padang Rengas,Perak. Hah save dalam GPS tahun depan boleh datang.
Persiapan dimulai dengan memasak lemang sehari sebelum raya. Macam biasalah opah yang sediakan beras dengan santan,lepastu atuk yang tukang bakar. Gandingan duet ini memang orang lain tak boleh takeover. Bergabung,Meletup.
-ini opah di pagi raya.tak sempat nak vogue-vogue terus masuk dapur tumbuk cabai.
Selain masak memasak makeover rumah juga dititikberatkan. Cucu-cucu soleh solehah lah yang diamanahkan dalam bidang ini.
Raya kali ini juga diserikan dengan sinaran pelita di malam hari. Kalau kat dublin manade pelita bagai.gila kau pembakaran terbuka tu weh.
-ini memang posing je lebih.kalau ambil gambar waktu pasang pelita yang sebenar memang lebih serabai dari ini.
Raya means good food. Jadi seperti tahun-tahun sebelumnya rumah opah setiap hari ada menu special. siapa tak datang padan muka woh tolak rezeki.
Menu raya first was soto.
Second raya pulak nasi campur lauk-lauk kampung. konsep memang buffet layan diri cenggini.all you can eat katenye. My uncle yang tinggal next door pulak first raya wajib ada KFC.
Bila i kata raya makan KFC orang gelak okeh. Tak caya sudah,lepastu orang jemput datang kampung taknak. Takkan nak tunggu i buat buffet Nandos baru nak datang.
-budak yang pakai tudung biru tu dua kali datang. kfc punya pasal
Selain makanan tepu lemak,kuih-kuih raya yang diusahakan hingga terkangkang sepanjang bulan puasa turut disajikan kepada tetamu. siapa yang tak sempat order tu lainkali kalau nak tasting FREE boleh singgah di Padang Rengas.
Pesta melahap ini mencapai kemuncaknya di malam raya kedua dengan aktiviti annual family BBQ.
Bila perut kenyang,kita happy. Bila happy,kita camwhoring pula. Potret raya keluarga sempat diambil di pagi raya memandangkan anak kesayangan yang dua tahun tak balik raya turut serta kali ini. =)
-sewel
-ok better.
Semua beli baju siap dekat Nilai. Ingatkan nak colour coordinated lah orange kuning-kuning sket.sekali ada dua orang nak jadik anak angkat ke apa tak tau lah pergi beli baju kaler biru dengan pink. Sumpah rasa nak photoshop dua-dua.
Disebabkan semangat camwhore memang dalam genetik,sanggup sedara-mara drive pergi sawah ambik gambar. konon-konon outdoor photoshoot lah.
-nasib baik takde yang pacat masuk dalam kain.gila komited nak bergambar, sanggup menghadapi risiko dicabuli pacat
Memang best sekali-sekala balik kampung ramai-ramai macamni. Lepas dah penat makan-makan,malam dipenuhi dengan aktiviti sembang-sembang pula. Lepastu budak-budak semua bentang toto depan tv tengok Sundel Bolong.
Tapi aktiviti yang paling best ialah bila masukkan duit raya dalam sampul untuk budak-budak. cewah asal melibatkan duit je best. mata duitan betul.
Tahu apa yang lagi best dari bagi duit raya??YES. DAPAT DUIT RAYA.
Konsep pemberian duit raya mengikut sistem MLM. lagi senior lagi banyak keuntungan. jadi cucu-cucu tongkeh seperti i mengaut keuntungan 5 kali ganda dari cucu-cucu cilik. Budak-budak buat apa duit banyak,main tikam baru 20sen.
So basically that's how i spent my raya. Kemeriahan raya ni terletak pada effort kita untuk menjayakannya. jadi no wonder lah budak-budak sekarang kata raya kurang meriah,
Habihtu dah satu hari suntuk mengadap PS raya kemendenye macamtu?? Di mana ada kemahuan di situ ada raya. Tweet
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
33 comments:
wah, dari baju melayu ke selipar sume oren.
fes time sampai padang rengas ari tu, sedikit batak jugak tengok suasana kampung dye.
gudbye msia,hello dublin! hoho
ps* header nampak harmoni la
selamat hari raya hatim!nak balik dublin dah yer...tak sempat beraya sebulan kat mesia...tp ok la nampak happening jer raya...hehehe weh, kalo sudi, meh dtg beraya kat bandar seri putra eh...
wah..meriah nye..pmndgn sgt cntek..eh..kt kg sblah cmni jgk..huhu...slmt hri raye..^^
like 10x!
balik2. class da start.jgn ponteng~~
suke la gmbar raya di atas. nice~
(btw,da tuka address blog.)
Besarnya rumah opah ko Tim... Tapi mcm tak ramai je kat situ...
Banyak ke dpt duit raya? Akakpun dapat gak duit raya... hahaha...
Dah bertahun tak tengok sawah... Sawah kat kampung dah bertukar jadi kebun sawit... sadis sungguh.... T__T
Selamat berangkat balik Dublin...
Wow,raya yg best....
siap ada KFC :DD
Hatim kim salam kat adik pempuan tu ye... gua dah key in alamat dalam GPS. tahun depan gua datang meminang...eh, beraya!
@adrina:padang rengas dah membangun sikit.spoil dah suasana kampung dia
@harasho:x sempat la nk beraya rumah org.bizi nk balik ni huhu
@nadiah:cun kan view dia??bangga siot ada kampung macamni
@tyra:aku nk balik la ni.cuak gak ponteng2 nih.aku tau ko tukar address tuh.haritu ade bukak
@kak azz:alah rumah kampung.sambung2 jadik besor le.sebnanye ramai lagi tapi yg dalam gambor tu je le
@sue:every year ada nih.sapa nk makan free tau la mana nk dapat nxt year kan
@hidemichi:amboih baru skolah menengah tu.takbley takbley haha
oh tak sangka ada orang beraya dengan kfc.Macam iklan kfc pulak.
view kampung tu lawa ini kes jeles sebab kampung sendiri takde sawah bendang tapi view semua berkerumun depan tv tu memang sangat serupa.time tidur elok tersusun je.
not to forget Happy Eid Fitr and have a safe journey back to Dublin.
yup2..siyes cun...time hijau ni...huhu...tenang abeh...nk menjerit pn oke..hoho
SERIUS JELEZ TGK HEADER NIE..
cun aa header..marvelessss!!
happy eid mubarak..sudah2! sila la balik ke dublin..kim slm kt westlife..ehehehe~
@syamimi:semua kampung mmg camtu kot.bergelimpangan depan tv.lepastu sembang sampai 3 pagi
@nadiah:tapi mcm segan jugak sebnanye hehe nk bergambar tepi sawah ni.orang lalu lalang tengok pelik je
@zara:next year datang perak la.boleh buat header belog =)
@balqis:baru balik dari giant beli brg2 nk bawak balik.haih malasnyee
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!maaf zahir dan batin..
hambbik kau..lmbt bebenor wish nye..(om penghak pure)...
awesome HARI RAYA!!haha
gila orennnnn! haha selamat hari raya hatim!
haha..ape nk malu..ase sume tau kwsn cmni memg cun amek gmba..xptut ade org plik..huhu...bngga ngn keindahan yg trcipta...^^
bestnya dapat duit raya !!!
xsabar nak balik msia n raya tahun depan..
nnt, kita leh banding2 sape duit raya lg banyak.. hehe..
pas raya, kita wat trip beramai2 pgi snorkeling.. hehe..
kt sini, sume kn masak sndri.. rindunya nak masak mknn org lain y masak.. xpun beli je..
meriah!!
selamat ari raya..
bila balik ke dublin?
@putera:atteee wehhh apekehe lambat bebenor wish nye?thanks anyway
@anis:baju tahun lepas ni tapi baru pakai sekali
@nadiah:tapi manade org kampung ambik gambar terbuka macamni.kira kitorg ni trendsetter la kot haha
@aisyah:my duit raya this year almost 8oo ok haha.tak sia-sia balik.aku ada bawak kuih ngan kuah kacang sikit.dtg la rumah ahad ni
@arash:ESOK BALIK!!!!nak nangis jap
Pehh , tengok pun rasa seronok . Aaaa , jelaous kot :D
adik hanis..ahahaa..jmpe lak blog ko.hahaa..selamat hari raya!selamat pulang ke ireland dgn selamat!
dah mcm kumpulan budak kacamata. except ur mom. :))
selamat hari raya
@farah:next raya buat la kasi meriah lagi.tak baik jeles2 hehe
@nur izzati:eh kawan hanis!haha tenkiu
@eiza:semua mmg genetik mata kero
hope its not too late to wish selamat hari raya!! :)
OoOooOo gambar sawah tu classic gila!!! so cantik!!!
@zoeana:raya is sebulan ok.its never too late hehe.tq dear
@nana:kan??selama ni tgk sebelah mata je sawah tu.tp sejak ada fotografer ni baru la nk tangkap gambar.
peghh raya tahun depan kena singgah ni dpt mkn kfc free kot haha.
pastu2, yg bentang toto pastu tdo ramai2 depan tv tu mmg terbaik la sama cm kat kg I. hehehe.
haha..trendsetter ea...bgus la cm2..so org kg len xmalu da nk amek gmbr kt c2..huhu
mmg wajib kot tangkap gmbar terbang2 kalu kat sawah eyh??sbb i pon ade pic yg sejibik mcm u jgk kot..
tgk pic u trus trgelak xhengat sbb gmbar sndiri pon sebijik mcm tuh..
hoho nice raya,tpt sawah yg awesome!
ps/ rmainya yg specky
@hudhud:rasanya semua kampung mmg stail tidur bergelimpangan mcm tu kot
@nadiah:harap2 begitulah.baru la menggunakan props yg ada
@tintin:gaya apa lg nk buat kat sawah,nk baring2 takut ade ular plak
@zuladlee:rasanya mmg genetik mata kurang vitamin a
seriusss jeless!meriahh gilee..
awesommeee!^_^
bru prsn tema kaler bju same...
0ren..
hehe
Post a Comment