Saturday, October 30, 2010

Bik Mama


Its 1.15 am and im on page 4 of 'Tumours of Lung and Pleura' notes. So obviously im extremely sleepy and not in my best mental status now.Post ini juga ditulis during my coffee break...yang ke 4 for tonite hehe. Overdose dah ni sikit lagi berak keras la aku.

Berbalik kepada topik asal perbincangan kita iaitu Bik Mama. Sebelum anda meneruskan pembacaan di post ini,sesiapa yang tak tahu siapa itu Bik Mama sila ke laman web Facebook dan search Bik Mama. Siapa yang tak tahu apa itu Facebook,ermm baik terjun lombong.

Ok dah search dah?Dah? Eh lama pulak,dah ke weh?

Basically Bik Mama nih nama panggilan yang diberi oleh komuniti internet untuk Datin Rosmah.

-siap letak gambar ko,mana la tau ada yang dah berapa taun tak baca sotkabar ingat Siti Hasmah bini Pm sekarang

I tak tahu siapa yang asaskan nama panggilan ini,tapi yang pastinya fan page Bik Mama ini dah tentulah bukan beliau yang buat,tengok description pun dah tau ini sekadar sarkastik punya profile. I mengakulah i actually enjoyed going through this fan page sebab macam kelakar jugak kalau status semua tu beliau sendiri yang tulis hehe.

Tapi paling tak boleh blah kalau ada jugak makhluk-makhluk noob yang reply mencarut-carut macamlah datin Rosmah yang betul-betul tulis mendalah semua tu. I mean kalau nak reply secara sarkastik jugak takpe lagi,tapi ni yang lebih-lebih pulak siap kutuk-kutuk kata perempuan sundal,babi semua.apa ni? Im sure Nik Aziz wouldnt be thrilled to read that kind of stuff.

I tak sokong kerajaan nor opposition. If i were to undi a wakil rakyat for my place ill look at his past record. Kalau setakat datang potong reben rasmi surau sekolah 2 hari sebelum pilihanraya lepas menang tak nampak batang hidung memang sorilah i nak undi lagi. Jadi tujuan i tulis this post bukan sebab pro government ke apa but i think some people just crossed the line when it comes to criticising Bik Mama.

Anda boleh nilaikan sendiri;



Walaupun Bik Mama ialah so-called First Lady,tapi kita kena ingat jugak beliau ialah seorang ibu. Apa perasaan anda kalau orang kata mak anda lagi gemuk dari babi? tak ke meroyan tuh. Melainkan mak anda Heidi Klum,tiada sebab untuk anda mengutuk emak orang lain segemuk babi.

On a lighter note, i found this hilarious video on youtube. Somewhat political hehe.



Nak terkencing hokeh tengok video nih.Tak taulah sebab video yang lawak or its just the excessive coffee effect.

Ok coffee break sudah tamat. Have to get back to my notes,have a great weekend everyone!

Thursday, October 28, 2010

Lady Gaga Monster Ball Tour-Dublin 2010


Actually i bought the ticket early this year so i totally forgot konsert ni this week. So at the very last minute menggelabah tak tau nak pakai apa. Waktu mula-mula keluar cerita pasal freemason and stuff tu macam cuak jugak,nak pergi ke taknak tapi since i dah beli tiket mahal gilos baik pergi je.

Ok sekian mukaddimah.Just want to clear things up before everyone start spamming my wall with theories,videos and whatnot. This would be my last time attending Gaga concert,i promise.

Overall the concert was awesome! Props,choreography,costumes,visual semua best.


-salah satu stage set yang digunakan.



And the fact that she sang live,unlike some other popstar we know *cough Britney cough*,menjadikan ia konsert yang sungguh mengujakan. Opening act was by an unknown band called Semi Precious Weapon. Lets just say i dont really fancy their music and the frontman(woman?,its hard to tell really) was too creepy for my liking.


-punyalah tak minat,dont even bother to put watermark.huh

Then after what felt like forever,akhirnya Mizz Lady Gaga herself muncul di khalayak ramai. Semua orang menjadi histeria dan kacau bilau. I dapat tempat yang agak best,dekat dengan stage.



See that circled X?haa situ lah. Ok stop criticizing my drawing,tried my best and its not my fault it look like a giant penis pfft.

Moving on...


Opening video.
The first outfit yang dipakai oleh beliau was this;


-a leopard print purple unitard and purple high shouldered leather jacket

The opening song was 'Dance In The Dark'. Lepastu for second song, 'Just Dance' ke apetah beliau buang jaket dan memilih untuk memakai headpiece aneh yang buruk ini.



I shit you not when i said i duduk dekat dengan stage. These two pictures takpayah zoom banyak pun. I was THISCLOSE to Lady Gaga,kalau baling selipar sure kena muka beliau.



But since i duduk tepi stage yang ala-ala runway itu,most of the time the only view i got was her ermm derriere.




Kepada sesiapa yang tak boleh tidur malam memikirkan what the hell is a disco stick??,i present to you..


-in her plastic outfit holding a disco stick yang dual function jadi torchlight.seriously that thing ada keluar lampu and all.amazed.

After she sang 'Love Game' in that barely there outfit,she did a quick outfit change one more time. Mana tak quick,setakat tukar sependa je.



Tak ingat lagu apa time nih.that piano thingy is uber cool! Underneath that black shiny leather long jacket adalah outfit lain pula yang diperagakan ketika menyanyi 'Ale Ale Ale Jandro'.



But the most interesting dress i gotta say this one lah;



because dress ini boleh bergerak!!for real yaww,yang part tepi and her headpiece tuh bergerak macam sirip ikan puyu. pergi beli ikan puyu cepat tengok macamana sirip dia bergerak.

Siapa yang berangan nak kahwin pakai dress gerak-gerak macamni baik lupakan. Struggle gila dia heret dress tu sebab berat nak mampus. Kalau kahwin kat malaysia tetengah panas,separuh jalan nak sampai pelamin kecoh pengantin pitam.

The most ridiculous outfit of the night was..



Yes.the hairy dustbin you see there is actually Gaga. Dipakai ketika menyanyi lagu 'Monster'.



This was when she sang 'Paparazzi'. Props dia ada raksasa ikan yang sangat besar kat atas stage waktu ni.Raksasa yang dipanggil Fame Monster tuh boleh bergerak and actually tried to eat her. Awesome stuff.


-sila telengkan kepala jika menonton

After 'Paparazzi' konon-konon macam dah habis la.cakap babai tutup curtain segala.

Tapi semua orang taknak balik selagi tak dengar 'Bad Romance'. So after semenet para hadirin menjerit 'Gaga,Gaga,Gaga!' tiba-tiba berkumandanglah..... RA RA RA A A. Wah penonton apa lagi semua meroyan.


-final pose after Bad Romance.

Sebenarnya banyak lagi lagu yang dinyanyikan tapi i tak larat nak tulis dah. The best was 'Speechless' sebab dia nyanyi sambil main piano. My Il Cheapo camera kalau record lagu lain semua bunyik pecah but 'Speechless' sebab takde bunyik speaker gedabak jadi boleh lah diplay balik. Dahlah memory card full last-last tengah-tengah konsert boleh menyambil delete gambar sambil tukar bateri.

Banyak lagi video tapi it would take forever to upload semua,dahlah kualiti macam haremm.And certain gambar hanya akan diupload to my private facebook account demi menjaga sensitiviti semua pihak.
Sekian.

(too many pictures,maka ayat darjah 3 terpaksa digunakan untuk memberi penerangan.short and sweet)

Wednesday, October 27, 2010

Maribergebang Is Featured In InTrend Magazine November Issue!!!




Oh Em Ji.

Actually im not surprised at all haha sebab a few months back one of my reader ada cakap she sent my blog URL to InTrend magazine. And today another reader sent me a message on facebook telling me that the article dah keluar!! *excited*

I even forced her to take picture of that page haha poor girl. But the pic is not so clear. So anyone in Malaysia please go buy the November issue and take a good pic for me.pleasseeeee


-clearly they took those pictures before i decided to be all grown up and give my blog a makeover

Apparently this crappy blog jadi belog pilihan juga. Siap ada mystery gift but then ive to contact them first heh. To InTrend thank you very much,lepas ni i can no longer caruts in the Apa Kata Survey section hehe.


Hah finally a clearer picture.see, only 1 paragraph i told you im no celebrity haha.

To all new readers,walaupun belog ini kelihatan lain tetapi you are reading the very same belog featured in the magazine. =)

ps:did i mention that i have the most awesome readers?hehe ambik hati neh

Tuesday, October 26, 2010

Tips Untuk Berjimat Di Luar Negara

Post dimulai dengan gambar beraksi sepastik ini. Saja nak tunjuk dah autumn sebenarnya hehe.



Ok mari mula dengan serius..

Belajar di luar negara banyak menguji iman. Terutama sekali ketika membeli-belah. Apabila hidup secara berdikari dan memiliki kad kredit sendiri,seringkali para pelajar(ke aku je?) hilang pedoman apabila membeli-belah. Prinsip swipe first think later memang tidak direkomenkan untuk mereka yang ingin memastikan diri sendiri cukup makan minum hingga akhir bulan.

Memandangkan dalam pengumuman bajet 2011 Bang Najib tidak berkenan untuk menaikkan elaun pelajar-pelajar obersi,maka memang moleklah untuk i mengambil langkah drastik dalam mengawal perbelanjaan.

Disebabkan tabiat membeli baju dan seluar tidak dapat dikikis,maka i memutuskan untuk mengawal perbelanjaan barangan runcit. Jadi hari ini sebab Bank Holiday,adalah masa paling sesuai untuk menguji ketahanan nafsu ketika membeli barangan runcit.

So i dengan housemates berjalan kaki ke Dundrum Shopping centre. This is a real shopping mall unlike the one near my house. My housemates nak carik sport shoes baru but i just nak pergi Tesco beli makanan. Walaupun tinggal serumah,sungguh kontra sekali cara hidup yang diamalkan.


Oleh kerana cuti,the mall was really crowded.But ive had no problem spotting my housemates among the crowd because...


tema pakaian adalah kaler bendera Malaysia. What....a patriotic bunch of people =_="

Jadi kembali kepada tips penjimatan kita,panjang pulak mukaddimah kau.

Tips 1: Membeli-belah di pasaraya besar


Untuk pelajar obersi,membeli barang runcit adalah wajibulghunnah di supermarket besar seperti Tesco kerana harganya yang murah. Ya MURAH adalah perkataan yang diberi penekanan di sini. Ini bukan masanya mahu berlagak diva euwww tak kelasss lah shopping Tesco euww. Diva pun kalau hujung bulan makan ikan bilis tak guna juga ya puan-puan.

Tips 2: Beli Barang Cap Tesco

Waktu di Malaysia i was one of the people yang ragu-ragu dengan barangan berjenama Tesco atau Giant. Tapi di Dublin memandangkan status ekonomi di tahap mengaibkan,jadi tiada pilihan. Semua barangan daripada sabun basuh pinggan hinggalah ke uncang teh Green Tea semuanya berjenama Tesco. Bukan sahaja murah malahan berkualiti juga.


-cendawan,susu,kertas A4.semua brand Tesco. sungguh berhemah di situ.

Tips 3: Bawa Shopping Bag Sendiri

Jika di Selangor plastik bag 20 sen cuma pada hari Sabtu, di Dublin adalah hari-hari ya puan-puan. so kalau sekali shopping bayar 20 sen untuk plastik bag,100 kali shopping? tak ke dah boleh buat beli tshirt Pull and Bear sehelai? Di samping dapat menjimatkan duit,dapat bergaya dengan baju baru DAN menyelamatkan alam sekitar. Wow memang kalau masuk Miss Universe inilah ciri-ciri yang ditekankan oleh para juri.


-gambar diambil ketika pulang bershopping.memang agak poyo lagi meloyakan.tapi fokus pada beg tesco sebenarnya.

Tips 4: Remind Diri Sendiri 'Kau Balik Jalan Kaki weh'

Cara paling bagus untuk mengawal pembelian adalah meng-demotivate diri sendiri ketika nafsu membeli sedang memuncak. Hakikat yang diri ini tidak berkereta dan terpaksa mengusung barang pembelian dengan berjalan kaki cukup untuk melemahkan nafsu membeli. Jadi selalunya pembelian akan terhad pada kuantiti 1 bakul sahaja.


Begitulah di antara tips-tips bernas untuk membantu mengawal perbelanjaan seharian bagi memastikan wang perbelanjaan mencukupi walaupun Bang Najib tidak berkenan menambah jumlah tajaan. Walaupun sewaktu isu Palestin hangat dibincangkan dan Tesco masuk senarai harus boikot,tetapi selaku pelajar yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan tegar, Tesco membantu dalam memastikan kelangsungan hidup.

Dahlah barang murah,semua benda ada di Tesco. Tak caya??


-ambik kau stesen minyak pun Tesco weh

Sunday, October 24, 2010

Tips Menangani Stress Dan Keletihan


First of all,thank you everyone for your suggestions untuk my last post. Honestly im not a big fan of pills,but disebabkan ini permintaan bonda maka molek untuk dilaksanakan. Penting okeh mengikut saranan mak sendiri,tak caya tengok Malin Kundang.

Jadi di pagi Sabtu yang hening ini,seorang anak soleh bangun dengan gigih untuk ke city dengan niat mencari supplement. So i went to a pharmacy. Nak beli mendalah tu mestilah pergi farmasi, duhhh takkan pergi La Senza pulak. Yang itu supplement lain.


-hickey,not a very appropriate name isit?

I jumpa Pharmaton,yang memang direkemenkan untuk orang-orang yang mengalami simptom lemah lesu nih. But this is Ireland so nak beli apa-apa kena consult pharmacist dulu,in case ada bahan-bahan terlarang di dalam pill tersebut because the last thing you want is to take daily dose of BABI every morning. Kadang-kadang kita ni alpa yang most pills dibuat dari gelatin.

Lepas dia check memang konfem pharmaton ada animal products di dalam nya. So i asked for alternatif lain yang suitable for vegetarian. 20 minit carik tak jumpa. I gave up and walked out with these stuff instead;


Feeling borderline unsatisfied i decided to just jalan-jalan window shopping je sebab dah lama jugak tak menjamu mata di city. It was during this aimless walking that i got a revelation;




I just realized they are having a mid-season sale now. This is a sign. Lagipun its been a while since i bought something nice for myself(ehem trying to rationalize my spending here). At the end of the day i balik ke rumah with big grin on my face carrying this;


Walaupun gagal menemui supplement, i did went for therapy. Retail therapy, and im feeling so much better already. So in conclusion MONEY is the best supplement.

ps:mama jangan risau,im going to farmasi dekat dengan rumah ni esok untuk carik supplement yang mesra muslim.


Friday, October 22, 2010

Medical Student Syndrome


All this studying has taken its toll on me. Woh gaya cakap macam dah banyak sangat je study kan. Im in my third year now jadi subjek semester ini memang banyak clinical stuff and whatnot. Jadi bila dah setiap hari bergelumang dengan perkara-perkara negatif sebegini sedikit sebanyak akan mempengaruhi kesihatan mental.

Now kalau baca symptoms penyakit-penyakit ni mesti terasa 'eh ni macam ada kat aku nih'. Haaa psiko tak tuh?? Macam haritu i baca pasal bacterial infection ke apetah tiba-tiba ada simptom rash or redness of the skin. Sekali jumpa pulak seketul tanda merah-merah kat tangan,terus cuak weh. Padahal itu kena minyak waktu tumis bawang semalam. Drama sekejap.

Banyak penyakit-penyakit nih share symptom yang sama. Coming second after diarrhea,antara simptom yang femes adalah feeling tired/lethargic which i rasa ada pada diri i weh. Ini bukan drama tapi betul-betul punya.

Sejak dua menjak ni i rasa ive lost that spark(waaahhh statement!!). Dah tak bersemangat menjalani hidup malahan sentiasa berasa letih lesu yang menjurus kepada overslept setiap pagi. Lepastu makin hari makin malas, nak socialize pun takde mood which is why im not going to that Dublin Games Dinner this weekend. Ok maybe memang selama ini dilahirkan malas tapi sekarang semakin ketara kemalasan dia.

-tempat belajar sepah

-tempat tidur sepah

Baju yang buat laundry minggu lepas pun ada dalam bakul tak lipat-lipat. Somebody slap me now. I cannot let this kemalasan and tiredness ruin my life. So i kontek my family's doctor, Mama. She's a doctor trapped in a teacher's body. I swear.

Here is our conversation in YM the other day;

BUZZ!

me:mama i have a problem
mama:??
me:sekarang asyik cepat letih la.kelas satu jam pun tak boleh nak concentrate.
mama:owh tu kurang vitamin. pergi beli supplement.


See what i meant???history taking less than 10 seconds dah boleh diagnose penyakit apa. Gila gempak doktor ni. Beria-ria suruh beli supplement pulak tu. The thing is,selama i hidup nih the only supplement yang i rasa berkesan is this;


Tapi sejak kebelakangan ni mungkin dah overdose,so dah tak berkesan lagi. Jadinya tomorrow malas atau tidak i kena paksa diri pergi ke city to buy supplements walaupun i tak tau nak beli apa.Any suggestions anyone?? produk Dr Rozmey mungkin??

Wednesday, October 20, 2010

Tutorial Makeover Blog:Edisi Golongan Lemah IT


Its makeover time!!

Perasan tak template baru nih?? Cun tak? Cun tak?
Eh over pulak tuan punya belog eksaited lebih. Sebenarnya i memang noob gila bab-bab teknologi ni. Tu yang sejak dari mula tulis belog paling adventerous pun tukar-tukar background. Itupun dah berpeluh-peluh ketiak nak adjust setting.

Ini pestaim godek mendalah html tu lepastu siap tambah Facebook LIKE button dekat bawah post. Wah teruja teruja!!! Jadi para readers sekalian sila tekan button LIKE itu untuk menzahirkan sokongan anda terhadap belog ini.

Cara Menambah Button Like Di Belog Anda:

1)Buka browser
2)Type 'letak button like di blogspot' or something along that line
3)Ikut instruction
4)Kalau salah buat,belog jadi huru hara proceed ke langkah no5
5)Lupakan blogging.Cari hobi baru

I follow instruction je dari ada satu belog nih.Tapi i dah lupa belog mana.Nanti kalau jumpa balik ill put up the link here ok.

Lepastu sekarang terasa dah maju gila ah sebab dah reti buat watermark dekat gambar. Setahun lebih tulis belog selalu teringin nak buat bila tengok belog orang lain gambar ade watermark. Sayu betul.



AAAnnnd i went overboard with the editing siap nak black and white bagai.

Cara membuat watermark untuk golongan noob IT:

1)Buka browser
2)pergi ke website www.picnik.com
3)Go crazy

Senang dan sungguh user friendly.

Sekian saja tips makeover belog kali ini.Tak reti-reti nak LIKE?

Tuesday, October 19, 2010

Diari Hidup Pelajar Kolej


Actually mid term exams start november tapi paper GIT je tersesat semalam. Study berminggu-minggu walhal setengah jam je peksanya. Dahlah exam setengah jam je,tapi mengada-ngada nak buat dekat venue jauh-jauh which is in Blackrock.

Untuk anda-anda di Malaysia yang tidak tahu di mana Blackrock,i dengan murah hatinya telah spend 8 menet untuk melakarkan peta yang sofistikated ini,dibantu oleh perisian paling canggih pernah dicipta manusia yang digelar Microsoft Paint.

Sungguh simbolik lukisan ini. Imej tengkorak di Blackrock menggambarkan perasaan seram gigil ketika menghadapi peperiksaan.Anda dapat rasakan tak? Cakap Ya cepat,penat woh lukis tengkorak je dah makan masa 2 minit.

Sebenarnya UCD tu nak lukis gambar menara gading tapi jadi macam menara masjid pulak. But the point is rumah,UCD dengan Blackrock adalah sangat jauh di antara satu sama lain. 2 kali ulang alik boleh jamak qasar dah. Dahlah bas dekat area rumah i ni tak frequent jadi memang berbulu ah bila dapat tau exam dekat Blackrock.

So sebagai langkah selamat,my housemates and i have to gerak awal dari rumah. Exam pukul 7,ambik bas pukul 5. Pelajar berwawasan ke apa ni?

Akibat dari terlalu gelojoh nak datang awal,we were the first group of people yang sampai. Exam hall tak bukak lagi weh. Terpaksa duduk tepi longkang buat last minute study.



You see,before coming to Ireland i always dreamt of study sambil baring-baring atas rumput. Sungguh fabulous bunyinya. But try do that when its 10 degree celcius outside,plus angin kuat plus hujan gerimis for almost 2 hours. It aint that fabulous anymore.

Selepas menghadapi 30 minit yang paling getir dalam hidup,berlari untuk mengejar bas pulang. Tiba di rumah hampir jam 9 malam disambut oleh ini;




2 tutorial cases. Both cases pasal lelaki tua,one suffering from chest pain and anemia another one lymphadenopathy. I manage to complete the first case but by the time nak buat second case its already 1.15 am and i was extremely exhausted. Jadi for second case i just read through the patient's history dan simpulkan beliau sakit tua. Senang.

Sunday, October 17, 2010

Sedang Gigih Jadi Sedikit Bizi


Jadi student ni memang lumrah la exam-exam ni. Tak kira la student apa pun. Belajar menjahit ada exam,belajar driving ada exam,belajar nyanyi dekat AF pun ada exam setiap minggu. Yang tu lagi stress,exam kantoi ada orang dah siap packkan beg kau suruh balik kampung terus.

Starting next week mid term exam dah start hence the lack of updates di belog ini. Alah macam biasalah bila nak exam konon-konon tak lalu nak update sebab belajar padahal terkangkang depan tivi tengok X-Factor sambil kunyah serdak kuih raya. Eh tak itu hari sabtu je,hari lain memang gigih belajar.

Semester ni lebih challenging sebab semua lecture notes stok macam copy paste buku teks ayat takbley blah banyak nak mampus. Lepastu lecturer semua cakap memang laju stended rapping,kalau yang suka mengelamun fikir dinner nak masak apa memang sah-sah ketinggalan.



Ini contoh lecture note waktu rajin. Banyak highlite,ada garis-garis,bulat-bulat dengan additional notes di tepi.

Tapi bila start berangan note akan kelihatan seperti ini;



Kadang-kadang imaginasi tak terbatas pada Doremon sahaja. Lukisan boleh merangkumi segala aspek dari Lady Gaga hinggalah gambar Mak Lampir.

Sekali-sekala akan buat konklusi sendiri di akhir nota.

Exhibit A:nota viral gastroenteritis


Memang lumrah juga bila study-study nih takde mood nak kemas susunatur meja belajar. Daripada pinggan makan spaghetti pagi tadi sampailah ke balang kuih raya,semua ada atas meja ni. Bila tahap kesepahan dah tak boleh ditolerate,ubah feng shui dan belajar di sofa pula.


Justeru harap maaf kepada pembaca belog sekalian jika minggu yang mendatang ini sangatlah kurang update di belog ini. Tetapiiii selalunya time exam tu lah yang gatal nak updet hehe. Because i am unpredictable like that ecewah


Tuesday, October 12, 2010

Pengalaman Ngeri Menjejas Kualiti Pemanduan


Dalam dunia ini ada 2 benda paling i fobia. Tikus dan kemalangan ngeri. Jarang kita baca berita tajuk 'Tikus Baham Nelayan' atau 'Ibu Tunggal Dimamah Tikus' tapi jauh di sudut hati i yakin makhluk genit ini memang berbahaya.

Tapi kalau pasal kemalangan,hampir tiap hari ada dalam berita. Sampai satu hari nanti i rasa akhbar Malaysia buat kolum khas 3 mukasurat Galeri Kemalangan Hari Ini. Oleh sebab dari kecil selalu didedahkan dengan kemalangan,akibatnya bila membesar jadi pemandu yang tak kompeten.

Sejak memperoleh lesen memandu 3 tahun yang lalu, i hanya berani pandu kereta dalam daerah Nilai sahaja yang i labelkan sebagai zon selamat. Paling jauh boleh pergi ialah Giant Nilai,beli topup dengan makanan kucing.

3 tahun dapat lesen drive dalam Nilai je. Ini kisah benar ye puan-puan.

-jangan tak percaya i ada lesen weh.walaupun gambar fotoshop untuk hilangkan jerawat,tapi ini lesen sah.tuuu tak nampak sain orang JPJ tu

Mungkin ramai yang memandang hina terhadap diri ini yang terlalu paranoid untuk memandu tapi biar i eksplen kronologi hidup yang telah menyumbang ke arah kefobiaan ini.

Sebab 1:Bapa suka memandu laju
Ya terang-terangan menyalahkan bapa sendiri secara terbuka di sini. Sungguh keji anak sebegini. Tapi sejak kecil setiap kali naik kereta dengan bapa apabila pulang ke kampung pasti akan alami saat-saat hampir eksiden. Lantas meniggalkan kesan mendalam dalam jiwa.

Sebab 2:Pengalaman eksiden

Pengalaman 1:
Antara yang paling segar di ingatan ialah ketika dalam kereta menuju ke shah alam untuk berbuka puasa,tangan sedang memegang cendol sebelum dirempuh dari belakang.

Cendol berserakan.Tragis.

Pengalaman 2:
Kemudian ketika belajar di INTEC teksi yang dinaiki ke stesen KTM melanggar sebuah motorsikal.

Penunggang motorsikal tertiarap di tengah jalan.Tragis.

Inilah juga sebab mengapa i tak mahu ambil lesen motor walaupun yuran telah dibayar oleh ibu. Maafkan anakmu kerana dilahirkan penakut tsk tsk.

Pengalaman 3:
Usai menonton wayang, naik kereta yang dipandu abang kandung untuk pulang kerumah. Abang tertidur sewaktu memandu,kereta termasuk ke lane sebelah. Nampak cahaya Pajero menyuluh dari depan.

Airmata bergenang,mengucap.Tidak tragis.

Alhamdulillah abang sempat belok ketepi jalan.

Sebab 3: Mr Gan

Mr Gan ialah driving instructor yang berjasa dalam memastikan i lulus cemerlang di sekolah memandu. Tapi hari pertama belajar memandu beliau dah suruh i drive sendiri dari rumah ke sekolah memandu. Dari rumah ke sekolah memandu ada 2 roundabout. Jadi akibatnya jem teruk sepanjang 3 kilometer di setiap roundabout sebab tak reti nak tekan minyak bila jalan dah clear.

Sementara kumpul keberanian untuk tekan minyak di setiap roundabout,ayat yang paling kerap diulang oleh Mr Gan ialah;

"you kalau nak drive macam ini,jalan kaki lagi baik maa"

Not cool Mr Gan,not cool.

Tapi untuk membuktikan i tidak selembab yang disangka oleh beliau,i berjaya pass test JPJ dalam sekali cubaan. Suck it Mr Gan.
Walaupun berjaya memperoleh lesen tapi sampai sekarang setiap kali lalu roundabout, jelmaan Mr Gan akan berlegar di kotak fikiran sambil menuturkan kata-kata berupa hinaan.

Sehingga sekarang kalau ingin memandu pasti i akan teringat semua pengalaman getir ini. Kalau boleh elak dari memandu mesti i elak. Lepastu kalau i bawak kereta tak suka bawak adik-adik sekali. Sebab prinsip i,kalau mati biar secara solo.

Jadi bila baca berita kemalangan ngeri bas terhumban semua ni i jadi risau. Macamana i nak drive ulang-alik Nilai-Penang tahun depan? Justeru dengan ini i menyeru rakyat Malaysia supaya sama-sama bersopan santun sayang menyayangi di atas jalan raya sebab walaupun anda tak eksiden,ramai orang lain yang terjejas emosi mental dengan pemanduan anda.

Sunday, October 10, 2010

One Less Lonely Girl


I tau 10.10.10 ni ramai yang melangsungkan perkahwinan jadi tajuk entry juga berkonsepkan jiwengs jiwengs Justin Bibir. And sempena post yang berkonsepkan jiwengs ini i mulakan dengan sekeping gambar paling romantis yang pernah i ambil.


Awwwhh so suweeettt kan?

Disebabkan hari ahad hari bersenang lenang maka tadi telah habiskan 1 jam yang berharga untuk menonton wedding estronot negara. Samada beliau estronot bertauliah atau tidak,itu i tak mahu ulas.Anda tentukan sendiri. Yang i tau kalau i dapat rezeki kerajaan nak seponser pergi angkasa,ofkos i pun tak tolak. Jadi kalau nak kutuk kata membazir duit negara,kutuk kerajaan takpayah kutuk beliau.

Moving on, i think the wedding was nice. Classy and elegan. Tapi pelamin ada sikit kureng. Dah macam rupa astaka untuk tilawah Quran je. Siapa wedding planner ni ha? Cuba lagi tahun depan.

Ramai yang suka dengan majlis nih tak kurang juga yang mengeji.Membazir katanya. But for me,ni berbalik kepada rezeki dialah. Dah orang nak sponsor majlis dia. Juta-juta pun apa ada hal. Bukan kena keluar duit sendiri. Yang bising suruh sedekah dekat anak yatim semua tu cuba kalau orang nak sponsor wedding kau,time tu ada ingat anak yatim? Cakap senang,buat haremmmm.

Cumanya yang kureng sikit selain dari pelamin tu,ialah dress pengantin pompuan waktu cake cutting. I know its Bernard Chandran tapiiii macam too futuristik for malay wedding. Siap ada headpiece bentuk tapak sulaiman. Ini konsep kayangan ke konsep Duyong Aridinata?

Aaaannndd that brings us to the cake. Nak cakap pun tak sampai hati.But im glad someone agrees with me.

Apa-apa pun 1.8.2018 i dah booking awal-awal for my wedding. Time tu kiranya dah ada stable income kereta,rumah semua dah ready. Duit ada,tarikh ada,sekarang mana aku nak carik bini??



Thursday, October 7, 2010

Muhasabah Kewangan Diri


Dalam banyak-banyak makhluk,manusia lah yang paling susah untuk dipuaskan. Makin dewasa demand makin over. Dulu kalau bapa bagi 50 sen untuk beli keropok perisa durian memang dah bersyukur sangat,kalau dapat seringgit macam menang jackpot dah dia punya excited.

Tapi bila dah dewasa keperluan semakin bertambah. 50 sen tidak lagi mampu menjana keterujaan diri. Disebabkan i dah nak balik Malaysia for good, baru la muhasabah diri tengok akaun saving suam-suam kuku. Kalau i print kan bank statement bagi kat Pejabat zakat komfem tahun depan dapat sumbangan beras.

Dalam pada nak berjimat tu sempat jugak plan mana nak pergi for winter holiday. Memandangkan winter ni last nak holiday,i ingat nak pergi ski.


Either Austria,Prague or mana-manalah yang tidak merobek dompet. Bila tengok ski package dekat internet pulak semua offer yang stok sampai 7 malam. Kejadah apa aku nak ski sampai 8 hari 7 malam. Bukannye nak belajar ski sampai pro pun,setakat gelongsor-gelongsor turun bukit jadik ah. Kang belajar sampai pro,balik malaysia nak ski kat mana?? Skinchan?

Next on my wishlist is a new phone. Henfon lama masih ok cuma tidak menepati ciri-ciri yang diperlukan.


Tengok kotak macam wuihhh ini henfon mahal nih eksklusif habis. Cuba terbalikkan henfon tu tengok apa ada kat belakang.


Jambu gila okeh ada pelekat ilebiu kaler purple. Dah la pelekat tu macam timbul-timbul lepastu kalau kena lampu siap ada glitter lagik.awwwwwhhhh. ini bahana ada adik perempuan sorang.
Henfon begini maknyah lorong pun segan nak pakai. Jadi kepada sesiapa yang rasa nak seponser henfon untuk kita,boleh kontek kita di fesbuk eh. Nak mintak sponsor tiba-tiba jadi sopan-sopan manja.

Tak rugi woh sponsor iphone untuk i,ni kira long term investment la. Esok kalau i ada kelinik senang korang nak dapat ubat gastrik free waktu bulan puasa. Eleh macam tak tau semua kena gastrik waktu puasa je kan?

ps:to rizalman i know ure in london,shopping like theres no tomorrow.apalah salahnya datang ke dublin dan bawa iphone sebagai ole-ole. ill belanja you mee kari, set?