Tuesday, October 26, 2010

Tips Untuk Berjimat Di Luar Negara

Post dimulai dengan gambar beraksi sepastik ini. Saja nak tunjuk dah autumn sebenarnya hehe.



Ok mari mula dengan serius..

Belajar di luar negara banyak menguji iman. Terutama sekali ketika membeli-belah. Apabila hidup secara berdikari dan memiliki kad kredit sendiri,seringkali para pelajar(ke aku je?) hilang pedoman apabila membeli-belah. Prinsip swipe first think later memang tidak direkomenkan untuk mereka yang ingin memastikan diri sendiri cukup makan minum hingga akhir bulan.

Memandangkan dalam pengumuman bajet 2011 Bang Najib tidak berkenan untuk menaikkan elaun pelajar-pelajar obersi,maka memang moleklah untuk i mengambil langkah drastik dalam mengawal perbelanjaan.

Disebabkan tabiat membeli baju dan seluar tidak dapat dikikis,maka i memutuskan untuk mengawal perbelanjaan barangan runcit. Jadi hari ini sebab Bank Holiday,adalah masa paling sesuai untuk menguji ketahanan nafsu ketika membeli barangan runcit.

So i dengan housemates berjalan kaki ke Dundrum Shopping centre. This is a real shopping mall unlike the one near my house. My housemates nak carik sport shoes baru but i just nak pergi Tesco beli makanan. Walaupun tinggal serumah,sungguh kontra sekali cara hidup yang diamalkan.


Oleh kerana cuti,the mall was really crowded.But ive had no problem spotting my housemates among the crowd because...


tema pakaian adalah kaler bendera Malaysia. What....a patriotic bunch of people =_="

Jadi kembali kepada tips penjimatan kita,panjang pulak mukaddimah kau.

Tips 1: Membeli-belah di pasaraya besar


Untuk pelajar obersi,membeli barang runcit adalah wajibulghunnah di supermarket besar seperti Tesco kerana harganya yang murah. Ya MURAH adalah perkataan yang diberi penekanan di sini. Ini bukan masanya mahu berlagak diva euwww tak kelasss lah shopping Tesco euww. Diva pun kalau hujung bulan makan ikan bilis tak guna juga ya puan-puan.

Tips 2: Beli Barang Cap Tesco

Waktu di Malaysia i was one of the people yang ragu-ragu dengan barangan berjenama Tesco atau Giant. Tapi di Dublin memandangkan status ekonomi di tahap mengaibkan,jadi tiada pilihan. Semua barangan daripada sabun basuh pinggan hinggalah ke uncang teh Green Tea semuanya berjenama Tesco. Bukan sahaja murah malahan berkualiti juga.


-cendawan,susu,kertas A4.semua brand Tesco. sungguh berhemah di situ.

Tips 3: Bawa Shopping Bag Sendiri

Jika di Selangor plastik bag 20 sen cuma pada hari Sabtu, di Dublin adalah hari-hari ya puan-puan. so kalau sekali shopping bayar 20 sen untuk plastik bag,100 kali shopping? tak ke dah boleh buat beli tshirt Pull and Bear sehelai? Di samping dapat menjimatkan duit,dapat bergaya dengan baju baru DAN menyelamatkan alam sekitar. Wow memang kalau masuk Miss Universe inilah ciri-ciri yang ditekankan oleh para juri.


-gambar diambil ketika pulang bershopping.memang agak poyo lagi meloyakan.tapi fokus pada beg tesco sebenarnya.

Tips 4: Remind Diri Sendiri 'Kau Balik Jalan Kaki weh'

Cara paling bagus untuk mengawal pembelian adalah meng-demotivate diri sendiri ketika nafsu membeli sedang memuncak. Hakikat yang diri ini tidak berkereta dan terpaksa mengusung barang pembelian dengan berjalan kaki cukup untuk melemahkan nafsu membeli. Jadi selalunya pembelian akan terhad pada kuantiti 1 bakul sahaja.


Begitulah di antara tips-tips bernas untuk membantu mengawal perbelanjaan seharian bagi memastikan wang perbelanjaan mencukupi walaupun Bang Najib tidak berkenan menambah jumlah tajaan. Walaupun sewaktu isu Palestin hangat dibincangkan dan Tesco masuk senarai harus boikot,tetapi selaku pelajar yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan tegar, Tesco membantu dalam memastikan kelangsungan hidup.

Dahlah barang murah,semua benda ada di Tesco. Tak caya??


-ambik kau stesen minyak pun Tesco weh

40 comments:

auntie said...

hahaha...cantiknye pic dah autumn...
kat obersi gie tesco yer...balik malaysia ko pandang tak tesco tue???hahaha...

farahiyah zaini said...

hatim u sempat la lg edit tulis tu bag tesco??hahahah

n i like yr new style ok..ala-ala designer terhabat dah haaa..tahap rizalman..sikit lg sikit lg..:P

bkn asda lg murah ke dr tesco..jgn kate kt dublin xder asda wey..

n nway u g x nott game nnt on the 6th nov nnt??

adrinaqamarina said...

wah, patut try ni, sebab i pun memang boros la. haish.

adrinaqamarina said...

wah, patut try ni, sebab i pun memang boros la. haish.

Farah said...

Langkah yang bijak =P

BuNgA PuJaAn said...

"berpendapatan di bawah paras kemiskinan tegar"

eheehhe. teringat pengalaman masa i keje kontrak banci kemiskinan 2008.

selamat 'bertesco'... hihihi. =)

ayu_whizgirlz said...

if nk jimat lg jln cket in 2 or 3 mins frm dundrum shoppg ctre dah smpai lidl. weeeee~

dundrum tuh mmg bahaya, tendency utk mbeli menatang sgtlah tinggi..adoihhh

hatim a.r said...

@aunty:im a Giant person haha.tak pun Mydin

@farahiyah:nope.we dont have asda here.only tesco,lidl n aldi sajo.aaanndd ive exams so not going to notts game lah

@adrina:motif komen 2 kali?hahaha

@farah:dah boros di tips yg lepas haruslah follow up dengan tips penjimatan

@bunga:wah siap ada pengalaman membanci lagi tuh

@ayu:ohmy!tak tau ada lidl around here!kat celah bedah mana pulak lidl tu??

♥ Azzatul Fatonah Salim ♥ said...

saja2 lalu.. ttiba tbc entri nih.gelak sakan. tringat diri sndri yang kononnya mo bjimat di bumi Mesir. mo shopping scra bhemah,tp shopping d mall yang 5 stars. mantap.. me n my housemates. snggup x masuk klas gara2 mo p hussin bli baju dowh.. btul2 Dental surgeon to-be yang bhemah! xD neway,like to hear it from u [bjimat crmat. haha]

p/s : tadik baru jep bli winter coat harga 100+ genih. kat Malaysia baru 80+ genih. hoho.. very berhemah! xP

Arash Libra said...

i loikeee.. ngeh3

roxychick said...

hatim.. hatim.. you never failed to amuse me la bro. kalo ko update blog mesti aku tergelak2 sensorang..

haih.. nasib baiklah adik aku yang last tu dah nak kawen dah.. kalo tak mau aku kenenkan kat kau..

muaahahahahaa..

Mrs Azarol said...

wah new style ye Tim.. menjadikan beg tesco lebih bergaya :)

akk pg2 mmg baca blog hatim dulu.. bg mood keje ececeh..

dali said...

wah2 gambar2 mmg hebat. i loike..

~IHSAN AZ~ said...

haha, aku rasa barang tesco yang aku beli plastik sampah je la,huhu, owh dan kalo ade bbq, tapi bebudak taknak bayar mahal2, so tesco atau carrefour je la, but then konfirm budak bising x sedap,huhu.

btw, aku ade post baru ilham dari post ni...=.)

~mouwn~ said...

saya suka makan biskut tesco yng perisa coklat tue.. tesco ok what !!

misa said...

wah.. da autumn eh. sronok2! hee.

btw,btul2 pasal tesco bantu kite bjimat. same lah kite bgantung duit elaun utk hidup. so, mmg shoping kt tesvo even org kate pengasas tesco tu yahudi lah,ape lah. tp, nk buat mcm mane. terpaksa. >.<

BuNgA PuJaAn said...

heehhee.
tapi tu lah.
tapi u 'pendapatan bawah paras kemiskinan tegar' lain.
jadi, tak termasuk dalam senarai utk dibanci. =p

Siti Rohana said...

masa akak dok Uk dulu...ASDA lagi murah...giler...semua main pence2 aje ni..jagung dalam tin...40 p...tomato tin pun 15 p...aik..semua mian sen aje lah..memang murah...kalau belanja 30 pound tu..penuh trolley...bila balik msia..penuh trolley hambik ko...300 inggit...nasib baik tak kena letak balik barang...:)

sepanjang 4 tahun dekat2 5 tahun dok sana...autumn lah paling cantik bagi akak...paling depressing ialah...WINTER...ces....kalau tanya org malaysia..nak datang melawat...ade ke nak datang winter...aper lah kejadah nye tu..kata nak tengok snow.....nan ado aaaa..kalau dok scotlen boleh la....ini sejuk saje..malam cepat..pusat2 melancong habis tutup....entah..sasau lah org kalau datang winter...:)

i love Uk...for the cheap food stuff..the carboot sale ( dublin ade ke?) and the flowers juga free medical services... akak ni medical degree holder UKM...tapi bila dok sana jakun sgt dgn cara layanan dan kepercumaan semua benda berbanding malaysia...:)

so hatim..enjoy lah diri anda selagi di sana...akak dah balik setahun...rasa memang rindu nak pergi balik...nanti ade rezeki boleh terbang lagi....

btw..akak sekarang jadi housewife sebab tak tahan nak lalui HO di malaysia...yer lah lepas grade..akak terus fly...seronok jaga anak dari oncall kena maki sumpah seranah dgn doktor kat msia :)

selamat bertugas nanti ( giler macam nak suruh ko tak kerja aje...sungguh...kerja di masia sgt mencabar...belum citer ko nak sambung belajar lagi 2 tuhan kat msia pulak kan...:))..sumpah seranah itu biasa...:)

tengku_fir21 said...

haha..kenapa orang boikot tesco..???sebab taukeh dia ker..??

khadijah said...

hahaha.
salute lah kat author ni.
pandai eh recount shopping kt tesco.*thumbs up!*
eh,orang malaysia pun suke tesco maaaaaaaaaaa...
way better than giant.huhu ^_^

Suey Al zahra said...

Tesco,pun tesco lah kan?

at least berkualiti,kalau
Mydin ni.erkk... :DD

Tak sangka,wooo tesco ada stesen
minyak sendiri.Thanks kerna membuka
mata ku.Tangkap gambar guna apa,quality nya sgt bagus.ke tukang gambar yg bagus ? hehe.

hatim a.r said...

@azzatul:biasalah tu,beli baju mahal groceries kena jimat.priorities ppl!

@arash:i loike juga

@roxychick:adik yg last pun nk kawen dah??aiseh terlepasss

@mrs azarol:yela siapa kata shopping bag tak stylo?tu yg jadikan props autumn tu hehe

@dali:tgkla sapa cameraman dia

@ihsan:cewah jimat kat malaysia.kt malaysia susah la nk jimat,food best sangat.aku kalau rasa ok x kisah kalau mahal sikit.tp kalau mahal rasa cm taik tu yg berbulu je tuh

@mouwn:digestive cookies kan??haha digestive bar used to be my favourite!

@misa:takpe darurat.hehe

@bunga:orang2 mcm ni la harus dibanci.senang nk bagi bantuan tambahan

@siti rohana:tq kak komen dgn bersungguh hehe.dublin loser sikit,asda takde.carboot pun kalau nk kena pergi area suburbs yg juauh2 baru ada.kat area city ni xde pun org buat.kalau ada pun church punya charity sale.sayangnye akak tak keje.kenapa x try lokum kt klinik?

@tengku:ntah sbb yahudi n stuff kot

@khadijah:gitulah nasib kami di sini.shopping tesco pun kena bajet2 T_T

@suey:tesco mmg segalanya ada ewah tlg promosi pulak.mydin ok apa,livita murah.gambar guna kamera cokia je.tapi skill fotografer dia yg mantap

namivamp said...

dem pam minyak tesco -_-unbelievable(eja salah sila tegur)

FarahMadiha said...

bace post ni teringat time i duduk UK dulu. kiteorg tak shopping kat tesco.. kiteorg shopping kat asda! satu family excited kalau pergi asda lol! skarang kalau mama ajak pergi giant or tesco, 1001 alasan keluar tak nak ikut!
i didnt know ade station minyak tesco? 0_0

bugs said...

pestaim tgk stesen minyak cap tesco neh haha

ザ-sylver-shooter said...

LoL.
lucky my house just in front of Jusco..tiap2 ari selasa ade diskaun..

woohoo

~Kak AZZ~ said...

kat sinipun tgh autumn gak... sampai tak larat nak sapu daun2 yg gugur tu.. ^___^

ikan bilispun mahal la... kalau jenis elok tu mau sampai 23/26 hengget sekilo... sbb tu sambal nasi lemak skang ni ikan bilis dia sekor je.. pastu kopek dua... sadisss...

Rahmah Ismail said...

Lol
I thought only girls sja yg tak dapat kikis tabiat membeli baju :)

I didn't know tesco ada station minyak...

AdiE said...

bestnye!!!

nak smbung master kat oversea la...

~ DanieL AdiE ~

a k u P OJIE said...

hari-hari aku baca blog kau..

hari-hari aku dok gelak-gelak kat office macm org gilerr

tapi kali nie aku tak tahan dah,,

nak jugak comment..

euuwww Tesco classs ke??

sedap bunyi tu...

hahhaha

silentnur said...

tempat2 camnilah seronok membeli-beli. barang banyak dapat duit pun banyak jimat.

TAK SAYANG MULUT + COVER2 said...

First time komen blog ni...
Wow!
xsangka ada stesen minyak Tesco..
Betul3..barangan Tesco agak murah

nama.aku.lynn said...

walaupun dah lambat!!
-nak komen jugakkk..=)

tipssss yg sgtt menarikkk!
boleh je nk dpratikkan even dlm msiaa nihh..same je kot rase..
yg ptg kawal nafsu beli belah tuu laaa..hahah

oh ya lagi satu...sgt stujuuu dengan inii...
"Ini bukan masanya mahu berlagak diva euwww tak kelasss lah shopping Tesco euww. Diva pun kalau hujung bulan makan ikan bilis tak guna juga ya puan-puan."
hahahhaha!!klakarr okeh!!

hatim a.r said...

@namivamp:please believe hehe

@farah madiha:tula asda much cheaper!tesco ni kira reasonable price la kot.brg sikit2 pun dh cecah 20 euro.

@bugs:haa kat belog ni je ada tunjuk.sila bersyukur

@sylver shooter:jusco??woh boleh pokai macamtu.feng shui rumah tak bagus nih

@kak azz:tapi ikan bilis bawak dari mesia.so akan digoreng menjadi juadah di kala darurat saja

@rahmah:i have to shop here.cewah alasan.takdela sebab kat sini murah so ill hav to buy enough supply of clothes to bawak balik malaysia.nnt dh balik xleh shopping dah.kena bayar duit keta pulok

@adie:yes sila!gerenti best

@pojie:bawak bertenang.tak manis orang keliling tgk tu

@silentnur:kdg2 sebab rasa mcm jimat last2 teroverspend jugak.bahaya jugak ni

@tak sayang mulut:tq sudi komen.x lama lagi malaysia adala tu stesen minyak tesco

@lynn:ala kat mesia mana ada orang nk beli barang cap tesco cap giant.semua nk branded je kan..

nama.aku.lynn said...

eh..tapi budak2 blaja kt nilaii belasah je giant nilai ni..takde tmpt lain nak tuju..
ni pun tgh tggu tesco siap!oh yeaa!hahah

hatim a.r said...

dh start construction ke tesco tu?haritu tiang pown x pacak lg

kamizah said...

Hatim, Makcik seronok baca blog Hatim nie.... menghiburkan dan relevan dengan keadaan semasa.

hatim a.r said...

time kasih la makcik.saya tak tau pulak relevan hehe,ingatkn mengarut je

Fatin Fairuz said...

Tak sangka tesco de pam minyak ek..siap 24/7 lak tu..gud2..lenkali kalo nak pi shopping, nk try nek public ar..bole remind diri sndri nak balik naik public..kalo jalan kaki..mmg tak lah..hehe

Fatin Fairuz said...
This comment has been removed by the author.