Tuesday, October 12, 2010

Pengalaman Ngeri Menjejas Kualiti Pemanduan


Dalam dunia ini ada 2 benda paling i fobia. Tikus dan kemalangan ngeri. Jarang kita baca berita tajuk 'Tikus Baham Nelayan' atau 'Ibu Tunggal Dimamah Tikus' tapi jauh di sudut hati i yakin makhluk genit ini memang berbahaya.

Tapi kalau pasal kemalangan,hampir tiap hari ada dalam berita. Sampai satu hari nanti i rasa akhbar Malaysia buat kolum khas 3 mukasurat Galeri Kemalangan Hari Ini. Oleh sebab dari kecil selalu didedahkan dengan kemalangan,akibatnya bila membesar jadi pemandu yang tak kompeten.

Sejak memperoleh lesen memandu 3 tahun yang lalu, i hanya berani pandu kereta dalam daerah Nilai sahaja yang i labelkan sebagai zon selamat. Paling jauh boleh pergi ialah Giant Nilai,beli topup dengan makanan kucing.

3 tahun dapat lesen drive dalam Nilai je. Ini kisah benar ye puan-puan.

-jangan tak percaya i ada lesen weh.walaupun gambar fotoshop untuk hilangkan jerawat,tapi ini lesen sah.tuuu tak nampak sain orang JPJ tu

Mungkin ramai yang memandang hina terhadap diri ini yang terlalu paranoid untuk memandu tapi biar i eksplen kronologi hidup yang telah menyumbang ke arah kefobiaan ini.

Sebab 1:Bapa suka memandu laju
Ya terang-terangan menyalahkan bapa sendiri secara terbuka di sini. Sungguh keji anak sebegini. Tapi sejak kecil setiap kali naik kereta dengan bapa apabila pulang ke kampung pasti akan alami saat-saat hampir eksiden. Lantas meniggalkan kesan mendalam dalam jiwa.

Sebab 2:Pengalaman eksiden

Pengalaman 1:
Antara yang paling segar di ingatan ialah ketika dalam kereta menuju ke shah alam untuk berbuka puasa,tangan sedang memegang cendol sebelum dirempuh dari belakang.

Cendol berserakan.Tragis.

Pengalaman 2:
Kemudian ketika belajar di INTEC teksi yang dinaiki ke stesen KTM melanggar sebuah motorsikal.

Penunggang motorsikal tertiarap di tengah jalan.Tragis.

Inilah juga sebab mengapa i tak mahu ambil lesen motor walaupun yuran telah dibayar oleh ibu. Maafkan anakmu kerana dilahirkan penakut tsk tsk.

Pengalaman 3:
Usai menonton wayang, naik kereta yang dipandu abang kandung untuk pulang kerumah. Abang tertidur sewaktu memandu,kereta termasuk ke lane sebelah. Nampak cahaya Pajero menyuluh dari depan.

Airmata bergenang,mengucap.Tidak tragis.

Alhamdulillah abang sempat belok ketepi jalan.

Sebab 3: Mr Gan

Mr Gan ialah driving instructor yang berjasa dalam memastikan i lulus cemerlang di sekolah memandu. Tapi hari pertama belajar memandu beliau dah suruh i drive sendiri dari rumah ke sekolah memandu. Dari rumah ke sekolah memandu ada 2 roundabout. Jadi akibatnya jem teruk sepanjang 3 kilometer di setiap roundabout sebab tak reti nak tekan minyak bila jalan dah clear.

Sementara kumpul keberanian untuk tekan minyak di setiap roundabout,ayat yang paling kerap diulang oleh Mr Gan ialah;

"you kalau nak drive macam ini,jalan kaki lagi baik maa"

Not cool Mr Gan,not cool.

Tapi untuk membuktikan i tidak selembab yang disangka oleh beliau,i berjaya pass test JPJ dalam sekali cubaan. Suck it Mr Gan.
Walaupun berjaya memperoleh lesen tapi sampai sekarang setiap kali lalu roundabout, jelmaan Mr Gan akan berlegar di kotak fikiran sambil menuturkan kata-kata berupa hinaan.

Sehingga sekarang kalau ingin memandu pasti i akan teringat semua pengalaman getir ini. Kalau boleh elak dari memandu mesti i elak. Lepastu kalau i bawak kereta tak suka bawak adik-adik sekali. Sebab prinsip i,kalau mati biar secara solo.

Jadi bila baca berita kemalangan ngeri bas terhumban semua ni i jadi risau. Macamana i nak drive ulang-alik Nilai-Penang tahun depan? Justeru dengan ini i menyeru rakyat Malaysia supaya sama-sama bersopan santun sayang menyayangi di atas jalan raya sebab walaupun anda tak eksiden,ramai orang lain yang terjejas emosi mental dengan pemanduan anda.

41 comments:

adrinaqamarina said...

Lepastu kalau i bawak kereta tak suka bawak adik-adik sekali. Sebab prinsip i,kalau mati biar secara solo.

teharu jap ah.

tak dapat imagine cam mana abang u boleh tertido. ke u pon tertido juga.

u kena buktikan pada mr gan, u boleh jadi pemandu berhemah!

u takot tikus eh? cam doremon je

Amirul Afiq Mohd Zainuri said...

homaigod ko masih ingat eksiden teksi langgar motor tu. otak ikan emas aku struggle nk igt pasal tu

but still, ak ingat lg apa kata-kata hikmah beliau: "korang ni kene mandi bunga la"

mungkin ada benarnya?

neddie said...

I lagi terok daripada you.
orang punyalah paksa I belajar drive.
fobia punya pasal sampai sekarang gear 2 je.
syahdu je -.-"

Tiq said...

Takut tikus,yes ada geng !
makhluk ghenit tu mmg dangerous.

Mintak2 lah test sekali je lulus
mcm Hatim.Berdoa mintak jauh jauh,takut2 tikus
melintas masa duk tgh test :D

Cik Azz said...

Akak lagi teruk Tim... Lulus cemerlang masa amek lesen tu.. Markah boleh dapat 50/50 tapi akak sengaja salahkan 1 soalan tu.. so dapat 49/50 je... Masa test dgn JPJ tu, ada sekor anjing tu kat tepi jalan.. kejap dia dok tepi, kejap lagi dia nak ke tengah.. Yg akak ni dalam hati siap cakap, kang aku langgar je anjing ni kang.. tp dok pikir balik, kang tak lulus lak... Pastu mulut akak je dok syuhh...syuhh... anjing tu padahal mata straight pndg jalan.. Pastu org JPJ tu dok tolak sikit stereng ke kanan sikit sambil senyum2 simpul... Malu den wehhh... hahaha..

U know what..?? Lepas dpt lesen tu, sampai skang akak tak pernah drive.. tapi dah siap amek lesen sampai 5 tahun tuuu... Tahun depan baru hidupkan lesen balik.. hahaha...

shima amiza said...

terbaekk!
haha x sgke bro tkot drive..
bkn nk b'lgak, tp i muda 2-3 thun dr u, dh ulang alik jhor-mlk mcm u ulang alik g giant nilai..
hehehe jgn tkot sgt.. chill2..
klau dh ajal, nek beskal pon bley slmat..
skrg ni x kre nek pe pon, sme je rsikonye..
so, brani2kanlah diri ye.. =)

nama.aku.lynn said...

oh,nmpknye my lesen lg senior thn urs la..=)

hmm..wahh...dsyt jgak ye,bikin kacau kt roundbout..if me lah kan..dah xbrNI dah kot nk drive + nk bdepan dgn pmandu lain..hahaha..

p/s:::enstek nk ke giant nilai pon kne hadapi byk roundbout..3 ke bpe tah..takpe..nnt blik nnt practise kt sini..practise make perfect okeh!haha

a's said...

Mr Gan mmg hantu jelmaan yang bagus! kalau semua Mr Gan jelma dkt semua pemandu,mungkin kurang skit kot kemalangan di Malaysia ni.LOL

Bab mati secara solo tu gua tabik lu bro!!

syazwanizrashid said...

uishh.kat shah alam lagi banyak roundabout kott..

kesimpulan : jangan la dok shah alam kalo tak suke roundabout.pening ah!!

hatim a.r said...

@adrina:i completed the undang2 test within 10 minutes,only 2 answers wrong.lepastu lulus cemerlang in jpj test.terdiam mr gan haha

@amirul:aku duduk depan kot time tu. boleh flashback every details di tempat kejadian.siap terbawak dlm mimpi.i guess i need therapy

@neddie:ok la tu.ada kemajuan.dlm driving skool gear 1 je hehe

@suey:disebabkan penghinaan mr gan tu yg nekad nk lulus cemerlang walaupun lepas dpt lesen fobia nk bawak.alahh yg ujian jpj tu perempuan senang lepas punyalah.trust me hehe

@kakazz:haha buat penat je ambik lesen.lepasni kena asah skil balik tu kak.angkat Vios sebijik

@shima:well ive no choice,next year fobia or not ive to drive to college.no effin way im going to take bus(bsides bus lebih membahayakan)

@lynn:enstek ke giant ada 1 roundabout je.tp skrg dh bawak auto maka tidak getir lagi

@a's:mr gan tu macam bela saka.dia akan menghantui anda sampai mati.seram,boleh buat adaptasi drama keliwon ni

@syazwani:dahla roundbout shah alam dengeres gila.org shah alam bawak kereta mcm impak maksima

iddy said...

haha,, u made my day..


if everyone thinks that way, x de la kot eksiden sume 2..

Unknown said...

sangat terhibur..alasan2 u bole dgunepakai wakaka
siyes i pon tak brani bwk kete walpon ad lesen..hahaha kite serupe!

nizan zakaria said...

atim..

1] apesal gambo kena blank mata segala?bajet cam suspek pembunuhan je..ahahha
2]suke drive sorg sorg sbb taknak nyawa lain melayang..ye ke? ke u takmo adik adik u bising u takpandai drift?..
3]apesal nak ulang alik nilai penang? jauh siut.
4]fret not, my case lagi pathetic, i dah ada lesen almost berbelas tahun, tp langsung tak penah drive.chill, u r not alone.

Arash Libra said...

at 1st tot, klakalah weiiiii...

hatim, whateva it is, kalo kita dok pk takut sampai bila pun u x leh drive dgn cekap. u have to be strong..cekalkan hati, buang perasaan takut tu..InsyaAllah..practice makes perfect!

Anonymous said...

ala hatim, ko pakai je kete auto. Tekan minyak, tekan brake. Sonang hidup.

Setakat Penang-Nilai tu, mesti takde hal.
Naik h/way, menten lane kanan sepanjang masa. Sticker P wajib walaupun dah lame dah pass.

Kalo tak konpiden jugak, ko tampal la "Saya pemandu baru. Sila bertimbang-rasa terhadap saya"

harnidahussin said...

haha..cool beb..aku dulu pun tak konpiden gak nak drive..ada lesen dah 6 thn tapi sgt2 jarang drive..adala 3 kali jer kot sepanjang 6thn tu..at last..desperate weh..tiba2 husband aku kena training 7 bln tinggalkan aku..mau tak mau kena drive gi keje sendiri..amek kau..kena bawa kete manual, panjang lak tu (kalau kancil takper la jugak),kena lalu kawasan yang hari2 jam..paling tak boleh blah..nak jam pun kat flyover dan kawasan berbukit..cukup pakej..mesti lulus cemerlang kalau test JPJ lagi sekali..first 2 weeks jer yg neves gila bab* sampai sejuk kaki tangan time drive..pas tu dah ok..the rest 6 months, aku rasa best la drive kete manual..hihi

dalin said...

ko ni gilo ah hatim. akak gelak gile baca..dah le muke jambu gile dalam lesen..ko punyer mr gan tu sama ngan akak nyer instructor hampeh..tapi akak berjaya drive melaka-seremban dengan jaya ok..sampai seremban je lah.. hihi

Lili Sakina said...

pengakuan berani...takpe2 i support

Lili Sakina said...

pengakuan berani...takpe2 i support

Ozu said...

bro ke pakai driver la nnty..HAHA..

norhidana said...

salam hatim,

tp mmg betul kn, nk memandu perlu ada keberanian jugak sbb kalu dh tkt2 bwk kete pun msti slow je, jd still tak bgus utk lalulintas kn...

gelak besar akak baca kronologi penyebab ketakutan hatim tuh.... hehehhe
apa pun, yg pnting hatim tu dh ada lesen sah n sntiasa beringat d jln raya, dr org yg tak hingat... itu lah yg sebabkan kemalangan

arinieva said...

nape kene ulang alik nilai-penang

syamin ariffin said...

derr,...teringat kenangan time test JPJ..aiihh...detik2 nk msuk pntu gate skolah memandu nsib bek x langgar pokok..hampir terkamjat pegawaii uhhh..tapi mke bajet cool..kununn bole handle la uhh..nasib bek luluzz...ooouuyeahh..=D

Farah said...

Duhhh , terasa down terus semangat nak ambil lesen kereta lepas SPM nanti . Haha -__-

Unknown said...

aku simpati sebab dulu aku mcm tue...hahaha tapi aku amik lesen motor jgk wlpun 2x utk buktikan aku jg blh rempit..hahaha

hatim a.r said...

@iddy:terimakasih di atas sokongan anda -_-"

@miss ran:jom pegi belajar balik haha

@nizan:tu supaya identiti terlindung.nnt xpasal2 org indon print buat lesen palsu.haa better safe than sorry konsepnye

@arash:ni semua salah hanis ah ni.dia kena bayar kos utk pergi therapy

@honeydear:mmg skrg bawak auto pun tehee

@harnida:rasanya next year kalau terdesak jugak nk xnk kena bawak sendiri la kan..mmg kena ada pressure sket baru boleh ni

@dali:ish ini kisah serius boleh gelak pulak akak.takpe2 nnt saya dh xpert melaka-seremban tu 45 menet je

@lili:ini pengakuan penakut namanya

@ozu:itulah perancangannya.suruh driver je bawak tiap hari kan.

@norhidana:wsalam.betul kak,kronologi tu mmg membuatkn trauma.insyaallah lepasni jadi pemandu yg berhemah tinggi

@arinieva:adelahhh

@syamin:kalau perempuan yg bawak,langgar lori pun insyaallah abang jpj kasi lulus.laki susah gilo

@farah:eh kena la ambik lesen.kang cmne nk drive pergi kedai beli topup?

@tengku:sbb tau kalau ada lesen pun komfem xkn bawak motor punya.jadi buat apa berpanas dkt driving skool tuh haha

myxa said...

ramai juga yg takut drive...bukan masalah besar pun...nanti dah keje, dah byk duit, hire je driver..

akak dulu pun takut drive, baru je 4 bulan berani...wpun lesen dah berusia 5 tahun..fobia punya pasal tak pernah drive, asyik renew lesen je...tp bila dah ada kereta auto sendiri, berani juga jdnya..alhamdulillah * gaji tak besar nak hire driver*

p/s: bulan ke2, kereta dah kemik yer..

Arash Libra said...

hahaha..cian hanis di drag skali sbg PUNCA!! i nak gelakkan hanis pasniii..muahaha..;p

FarahMadiha said...

i like your prinsip! 'Kalau Mati Biar Solo'!
wahaha Mr Gan.. langsung tak memberi support! lol

Ms L said...

" prinsip i,kalau mati biar secara solo. "

sama la kita~ :)

Unknown said...

hatim owner blog:oi da tue..malu la i g sne...nk2 jumpe instructor cam mr gan..uikkk takot seyh

namivamp said...

kenapa mesti cendol yang terkorban? kenapa? (guruh berdentum)

hatim a.r said...

@myxa:saya rasa bila dh terdesak semua org pun terpaksa lah memberanikan diri ye tak?tp kalau kayo bulih le amek drebar.

@arash:he is my driver now hehe

@farahmadiha:mmg rasa nak sepuk je apek tu.nasib baik kesabaran tinggi

@msL:settt skettt

@missran:balaja balik x kesah.nk membayor tu yg x sanggup tuh

@namivamp:tu yg buat tragis.kempunan nk berbuka cendol

Cik Azz said...

Nak boli kancil pon akak tak mampu Timm... apo laie angkat Vios... mmg terus kena bius la jawabnya.... hehe...

puterakayangan said...

like HA...HA...!
kita sangat sama!!!!
kenderaan pling dibenci motor...tp ak ada lesen motor r..tp x ske naek sbb...sbb XSKE R..xtau nak gambarkn camne...nek keta lak best!!tp takut bila nmpk byk kete apatah lgi lori gedabak!!!
sigh...tp xpe..bru bape bulan dpt lesen...still acceptable lah...haha

anisizatyA.J said...

If u come to indon and see camne org kt cini drive omg. You akan jalan kaki je everywhere I rasa. Hahhaha

Ann Misterina said...

lawak gile..haha

hatim a.r said...

@kak azz:mana la tau dapat durian runtuh mana-mana

@putera:lerr membazir je amek lesen motor,last2 x guna pun

@anis:thats why God was kind enough to send me here haha

@siti nadiah:=)

Unknown said...

Due2 same penting..kene kesah...
sebab2:
malu
segan
kene gelak kaw2
duit takde
kene amik test ngn makcik2
huhu

Anonymous said...

Hehehe....
Sangat best bace blog yag ini nasib kita serupa...
See,bukan awak sorang kan yang mengalami kejadian trauma begini...

mvp_dina13 said...

tepi sket!!

dah tiga kali eksiden
worang yang langgar
ari jumaat
time azan zuhur

.