Monday, August 30, 2010

Top 5 Bandar Paling Keren Di Dunia



Sepanjang 2 tahun belajar di perantauan, alhamdulillah Tuhan kasi rezeki lebih untuk pergi berjalan-jalan. Peluang yang takkan dapat kalau waktu cuti akhir tahun form 4 tak bersungguh study kimia sebab nak impress cikgu Irene. walaupun sanggul rambut beliau palsu,tapi beliau cikgu paling vogue di hati ini.

Jadi untuk post kali ini mari kita lihat senarai top 5 bandar paling keren yang pernah dilawati sepanjang pengajian 2 tahun.

No 5: Barcelona

Barcelona is my favourite city among semua cities yang i pergi waktu di Spain. Sebab i memang suka bandar-bandar besar macamni. Maklumlah lahir pun dekat Kajang,celah pokok getah manetah,jadi bila besar memang jakun jugak ah kalau dapat pergi bandar.



-Sagrada familia

Architecture yang unik dan atmosphere nye yang rileks-rileks memang menambat hati.
Boleh korek entry lama-lama untuk baca mengenai Barcelona.

No4:Manchester

Walaupun bandar ini tahap kebersihan standard Kajang,tapi sebagai penduduk Dublin yang kekurangan restoran halal,kunjungan ke manchester pasti mengujakan. Sebab manchester banyak gila woh makanan halal,restoren cina yang jual kaki katak pun ade serve halal food. Sejauh mana kehalalan restoren tersebut,usah diragui.rezeki jangan ditolak.



-Old Trafford,winter 2009

Manchester juga tempat bersemayam sahabat baik dari zaman muda-muda di INTEC,saudara Amirul Afiq. Walaupun dah 2-3 kali datang tetap disambut mesra. syahdu. kau tak reti-reti nak datang Dublin lagi amirul??

No 3:Venice

Venice takdelah exciting mane,in fact it was a typical european city yang penuh dengan tourist.Tapi i just looove the water canal and old buildings. memang akan bosan kalau nak spend time lama-lama kat sini. But Venice is so iconic selalu keluar tv jadi memang dari dulu pasang cita-cita untuk sampai sini.




-eating italian food while watching people.bliss.

Entry pasal Venice juga ada dalam one of the CCBH episode.sila korek entry lama untuk membacanya.

No 2:London

I pun tak tau apasal suka sangat pegi London. Maybe sebab barang murah.mungkin juga sebab dekat kantin malaysia hall ade jual nasik campur. semua mimpi-mimpi indah makan ikan keli waktu di Dublin mesti terlaksana di sini.



-Naik London eye waktu lewat senja. feeling tourist betul time ni

Lagipun theres so much to see in London. Selalunya singgah sini sebelum balik malaysia. jadi sepanjang stay di London mood berbunga-bunga shopping souvenir untuk famili =)

Daaannn untuk Anugerah Bandar Paling Keren 2010,dengan penuh humble i ingin menobatkan *drumrolls pliss*.....





No 1: Nilai Bandar Elegan!!!!

Okeh,Nilai is not exactly salah satu city yang dilawati waktu melancong.But the fact that i ada peluang untuk balik Nilai setahun sekali,kira macam melancong la jugak tuh. Tak kira berapa banyak negara dan tempat yang dilawati, tanah tumpah darah tetap menjadi pujaan hati.

Walaupun depan rumah ada lembu berkeliaran =_="

Dahlah tarikh kepulangan ke Dublin semakin hampir jadi perasaan cinta sayang terhadap bandar kediamanku ini semakin bergelojak.

-ill definitely miss you mama..nasib baik dapat raya dengan famili fuh

Justeru dapat disimpulkan di sini,tak kisahlah negara mana yang dah dilawati,negara sendiri juga yang awesome. Tak kisah betapa kepam,betapa hambar,betapa ceruk ulu banat tempat tinggal kita.

Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri.habis kutip emas jom balik ke negeri sendiri.

Saya bangga dengan negara saya. Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 53.

ps:kalau i tanya apa tema kemerdekaan mesti sekor-sekor tak dapat jawab kan??pergi carik cepat.siapa tak tau baik duduk Nepal.

Saturday, August 28, 2010

How To Survive A Breakup


Waktu kecik dulu semua problem simple-simple je. Macam nak cari jalan untuk tonton Doraemon pada waktu maghrib tanpa diketahui ibu. Kalau tak Doraemon rancangan ALONG. Tapi semakin kita dewasa problem jadi makin complicated. Dan yang paling worst bila melibatkan hati,perasaan,emosi, dan kejiwangan.


Bukan sekali dua dengar cerita kawan-kawan putus cinta. Semua stok kapel clash,kapel clash.lu orang ingat lu Roslin hashim ke ape? tapi ada jugak yang bercinta lama tapi last-last tak jadi jugak like what just happened to my cousin. bercinta tiga tahun last-last pelamin anganku musnah. Clash pun sebab ada orang ketiga. Very Sembilu Kasih. Jadi post ini didedikasikan kepada cousin i yang kini dalam tempoh idah recovery.

Mari kita kongsikan cara-cara terbaik dalam menghandle breakup. Ini menurut pandangan i lah.kalau tak setuju sukahati. nak bangkang,maki semua lantaklah yang penting????klik nuffnang.

Tips-tips dalam menangani breakup;

Dapatkan pandangan rasional
Selalunya bila seseorang itu breakup,rakan-rakan rapat akan ikut meroyan.Jadi aura negatif yang disebarkan pasti menyukarkan proses recovery. Sebaiknya dapatkan pandangan orang luar yang boleh menunjukkan pada anda hikmah disebalik relationship yang gagal itu.

Elakkan konfrontasi
Memang la rasa nak royal rumble minah yang caras boipren dia tu. Tapi apa dapat kalau nak confront pun? Bila 2 perempuan bergaduh sebab lelaki di khalayak umum,tak kira siapa betul,dua-dua mesti nampak murahan. Jadi baik simpan maruah anda.its not worth your time ladies.

Memaki tidak membawa kebaikan
Bila dicurangi mesti rasa nak caruts je kan? Tapi percayalah tiada apa yang lebih unattractive daripada perempuan yang bermulut lahar. macamana tak puas hati pun maki je dalam hati. Kurang sikit dosa kering. Kalau orang tengok kau all out mencarut secara open last-last fikir patutlah boipren tinggalkan,mulut macam puaka Long Piah. Biarlah boipren anda curang dengan siapa pun.yang penting anda classy dan tidak sundelz sepertinya.

Masa untuk lihat kelemahan diri
Selalunya bila satu perhubungan gagal kita mesti cari salah pasangan. Apa kata for once,kita fikir juga kekurangan diri kita. Mungkin masalah yang timbul tu sedikit sebanyak berpunca dari diri sendiri. Gunakan pengalaman tu untuk baiki diri sebelum commit untuk relationship mendatang. Kalau kita nampak kekurangan diri,insyaallah dapat bantu untuk buang perasaan dendam.

Redha je lah
Its time to admit,dah takde jodoh. Semua dah besar panjang dah boleh fikir secara rasional. Nak frust-frust 2-3 minggu ok lah.kalau sampai nak bunuh diri sebab frust thats pretty stoopid.

And the final tips for today,

Suruh cousin anda yang awesome promote diri anda yang kembali single di blog beliau


Perhatian semua! beliau ini single.jika berminat drop a comment.She will definitely read it. If you're lucky you'll get a reply!!wooooo tempting kan?kan????


Tuesday, August 24, 2010

Terima Kasih Power Root!!! Saya Kini 20000 Ringgit Lebih Kaya


Mungkin ini yang dipanggil rezeki Ramadhan?

Sedang lena diulit mimpi tengahari pagi tadi,i dikejutkan dengan satu sms dari nombor yang tak dikenali...




WAHHH menang 20000 kau!! siapa nak bagi 20000 free kan?dahlah seumur hidup tak pernah beli power root,tiba-tiba dapat wang tunai pulak diorang kasi.

Jadi sebab terharu betul ni maka i hantar sms Thank You kepada nombor Power Root ni..


Dahlah kacau orang tidur memang cibais la kan. cuba bayangkan kalau opah-opah kat kampung yang baru 2 hari belajar pakai henpon.tak ke tertipu bila dapat sms gini??komfem terus pergi Courts Mammoth order sofa 30 bijik untuk raya.

Rupa-rupanya dah banyak orang dapat sms puaka macamni.tak caya boleh tengok sini.

Tapi sim card i nih memang 'bertuah' rasanya. dah banyak kali jugak dapat 20-30 ribu nih. kalau la semua yang i dapat tu bukan scam dah lama angkut BMW X6 sebijik.ceh


Monday, August 23, 2010

Ini Bukan MLM:Jana Puluhan Ribu Dari Rumah!


Raya tanpa kuih adalah ibarat Dato' K tanpa misai.

Macho tapi tiada x factor.tak lengkap bak kata orang.
Jadi sempena nak dekat raya ni marilah kita berterimakasih kepada usahawan-usahawan kuih seluruh Malaysia. tanpa mereka tiadalah misai.eh tiada raya.

Makcik i yang duduk shah alam juga merupakan salah seorang di antara usahawan yang berjaya di arena perdagangan kuih se-Malaysia. Dengan pengalaman 10 tahun berniaga dan untung bersih puluhan ribu setiap tahun,reputasi beliau memang tak perlu disangkal lagi fuh.

Betullah orang kata bukan senang nak jadi senang. Sesetengah yang tak pernah bisnes kuih tu mesti memandang mudah profesion ini. ye lah setakat duduk rumah dekat dapur lepastu dapat duit buat downpayment Honda Civic. kedengaran mudah bukan?

Tapi hakikatnya bisnes kuih memerlukan kesabaran tahap hero Adamaya. Sebelum puasa dah start buat sample,bulan puasa pulak lepas sahur dah start uli tepung sampai atleast pukul 3 petang baru berhenti kalau nak capai target 10000 bijik sehari. kalau nak buat rilek-rilek pun boleh tapi sampai krismas pun insyaallah tak siap kuih kau.

Pengusaha kuih juga memerlukan keluarga yang supportif. Bukan sahaja anak beranak perlu saling tolong menolong bahkan perlu juga bersabar jika rumah terpaksa diconvert menjadi gudang kuih untuk sementara.


-kalau siti nurhaliza nak buat videoclip lagu raya memang molek ni. konsep ala-ala alice in kuihland.

Lepastu dahlah buat time puasa,memang kalau keimanan tipis sure pukul 10 pagi dah berbuka bila terpaksa berhadapan kuih-kuih comel sebegini;

-kau ada kuih raya rupa ferrero rocher?


Walaupun order dah lama tutup sebab permintaan melampaui batas tapi tahun depan kalau nak order kuih raya atau nak order kek bolehla calling-calling Noor Homemade Cakes & Cookies di talian 0192633593. Dahlah bahan-bahan berkualiti,tak kedekut kalau guna hazelnut tu hah ambik kau sebijik tak mainla half-half, lepastu kuih gila murah.paling mahal 20 ringgit je sebalang.PLUS balang kedap udara lepas kuih habis boleh buat simpan mercun papan lebih-lebih untuk guna tahun depan.komfem tak masuk angin.


Kalau nak tempah jahit langsir pun boleh tapi kena awal gila sebelum puasa lah. kalau tak, dah kelam kabut buat kuih time puasa tak pasal-pasal langsir jadik sarung kusyen.

Disebabkan makcik ni memang setiap tahun jadi tokan supplier kuih raya bila i balik Dublin,jadi macam tak best la pulak nak ambik free gitu-gitu je. So kena la membalas jasa kan. Justeru memandangkan sekarang i cuti dan menganggur,bolehlah turun padang menolong mana yang patut.setakat tolong bab packaging yang tak memerlukan kemahiran bolehlah.

Selepas 10000 bijik kuih selamat di packkan semalam...


Tak sabar nak berbuka nasi briyani kari kambing harini!!

Friday, August 20, 2010

20 Ogos Sepatutnya Cuti Umum


20 Ogos 2010


Harini adalah harijadi yang ke 1 tahun untuk MARIBERGEBANG.BLOGSPOT.COM.

Jyeah jyeahhhh. Walaupun lepas satu tahun ada belog masih tak kaya-kaya lagi tapi im still proud with the fact that belog ini bukanlah warm-warm chicken shit. Mula-mula tulis belog dulu selalu jugak skeptikal dengan diri sendiri,adakah mampu untuk update selalu walaupun diri sendiri je yang akan baca??

Tapi sebab ada juga orang lain yang sudi baca setiap entry dan memberi komen wah memang mengharukan betul. I will try my best to reply all your comments ok. Lepastu bila setiap kali cek belog tengok eh ada follower baru,sumpah rasa nak belanja cendol. tengkiu semua. *nangess*

Kenapa tulis belog?

Sebab setiap hari kadang-kadang terlampau bizi.rakan-rakan juga bizi.jadi macam tak cukup bersembang.bila tak cukup sembang jadi sangap.sebab banyak sangat yang nak disembangkan last-last tulis belog. ada jugak rakan-rakan alam siber yang tak berapa bizi untuk melayan. =)

lagipun bila tulis belog benda yang kita segan-segan nak cakap boleh diluahkan. macam kalau dalam dunia sebenar bila cakap "mama I LOVE YOU", mama akan reply "berapa ringgit kau nak pakai?". Tapi bila dalam belog boleh diluahkan dengan penuh ikhlas tanpa rasa geli.

Belog ni jugak ala-ala diari lah kiranya but diari is sooo last millenium kan? besides kalau tiba-tiba hilang ingatan bolehlah baca belog untuk kembalikan memori. sambil baca sambil klik nuffnang.bila ingatan kembali eh dah kaya.

Kepada yang tolong link kan belog ini dan juga tolong peromotkan diucapkan jutaan tenkiu. insyaAllah dengan support anda semua i akan rajin mengupdet. Tapi untuk yang jumpa belog i secara kebetulan juga,harap sudi membaca.macam yang kat bawah ni haaa



Harap maaf jika kandungan belog ini tidak menepati apa yang anda cari.

Akhir sekali sebelum berpisah sekali lagi i nak ucapkan terimakasih pada yang selalu bersusah payah klik 'post a comment' dan juga yang jadi follower.kepada yang klik nuffnang you have a special place in my heart hehe.




XOXO

Wednesday, August 18, 2010

Only In Nilai


You know how obsessed i am with Nilai rite?? how i always consider Nilai to be the most elegant city despite of... hurmm nevermind. Sampai salam perantauan pun gelabah nak cakap Nilai bandar elegan.

Tapi ketika bersiar-siar di hadapan rumah sambil menunggu waktu berbuka, something caught my attention. At first i couldnt believe my eyes so i ran inside dan ambik kamera. Look what i saw dekat area depan rumah...


Now try to spot if there's anything wrong with this picture....

Yes you are right!


Ada lembu depan rumah i!!

Lembu ok L.E.M.B.U!!!

dekat taman perumahan.kalau duduk area kampung takpelah.duduk New Zealand ke.
ini taman perumahan okeh. and there's a freakin COW in front of my house.

OHEMJI.Dunia nak kiamat.

*pitam*



Tuesday, August 17, 2010

Utusan Akhbar Paling Sempoi


Kalau nak hantar salam perantauan dekat paper kena beli paper setiap hari. ye la nak tau muka dah keluar ke tidak senang nak beli 18 copy bagi orang kampung. So alternatif yang lebih mudah ialah hantar online!

But semua salam perantauan ayat syahdu-syahdu skema je. To spice things up i pun hantar my salam perantauan which surprisingly tak diedit pun oleh pihak utusan. Utusan, anda memang elegan.

Kepada semua pembaca blog terimalah salam perantauan paling sempoi atas dunia.


ps:UCD punya entrance memang semak camtu.sedih.




Rajin Membaca Boleh Jadi Hensem??


Teliti gambar di bawah:



-gambar vintage 80an

Sebuah keluarga yang sangat 1Malaysia. Si adik mirip ke arah anak india dan si abang yang seperti anak cina. Dua-dua sudah dipupuk minat membaca sedari masih janin. Buku kaler pun boleh buat modal nak baca tu.

Tapi malangnya apabila meningkat remaja,si adik tidak lagi meneruskan hobi yang terpuji ini. eh letih la nak cover-cover.si adik tu i lah.memang lahir-lahir ingat tertukar baby dekat hospital dengan makcik sebelah katil. tapi orang kata,orang lah kata kan... kalau bebi buruk dah besar dia hensem. teheee maluewww. ok diam takyah rajin nak komen kata kalau waktu bebi buruk memang seumur hidup akan buruk.

Berbalik kepada topik asal ye,i sebenarnye nak cerita la pasal hobi membaca ni. Sebenarnya yang banyak influence i untuk membaca waktu dolu-dolu ialah ayah. Beliau ni memang lah hobinya mengumpul buku. especially buku-buku pasal art and photography.


sebab beliau ketika zaman muda-muda ranggi merupakan pelukis sambilan. kira macam artis jugak le.



-antara painting ayah yang tak dijual.not for sale katenye

Waktu kecil dahulu i memang rajin membaca ok. waktu 6tahun dah start baca novel kisah Nabi-nabi.darjah tiga pulak baca novel orangtua. tak bukan adult novels as in novel cerita lucah.bukan.astaghfirullah.i mean novel yang sastera tahap dewa punya macam Seorang Tua di Kaki Gunung,Hari-hari Terakhir Seorang Seniman etc etc.


Tapi makin besar bahan bacaan makin sampah. masuk darjah 5 beralih pulak pada novel penyiasatan. siri Salma,siri Hadi,7 penyiasat.


legend woh novel-novel ni semua. memang mempengaruhi imaginasi kanak-kanak.bila duduk rumah sorang-sorang lepastu terdengar bunyian aneh mesti rasa nak siasat walaupun dah tau itu bunyi washing machine.

Bila dah masuk U lagila sampah bahan bacaan. Semua buku yang i beli tak ilmiah langsung okeh. especially this one;


To those yang boleh appreciate cynical,raunchy humour memang recommended la buku ni. even dekat dublin pun tak jumpa this book dekat bookstore.i got it from amazon. Other than this book ada a few lagi by the same author.tapi kalau yang senang offended,lepastu lambat pikap kalau orang buat lawak ambik masa 2 minit baru nak gelak baik takpayah beli.

So sempena romadhonn ni i ingat nak start balik hobi membaca nih. i mean baca buku-buku yang meaningful lah.not like this one that im currently reading..


Yelah daripada siang-siang bancuh taik mata buat kurang pahala might as well spend masa baca buku yang menambah ilmu. Jadi i pun surveylah buku-buku in my dad's collection. Tapiiii yang banyak buku gini;


Banyak buku-buku motivasi and self help je. Turn off betul terus tak jadi nak rajin. Tapi this one book caught my attention.


Buuuut macam tak seswaii lah pulok bulan-bulan romadhonn nih bace buku gini.mana taknye first page dah ada perkataan tuuuuut. aiseh jawabnye tukar hobi baca blog orang je la.
Jadi sesape ada cadangan buku-buku yang anda rasa menarik boleh sharing is caring dekat komen.sesape yang nak bagi link belog pun boleh. =)


Saturday, August 14, 2010

Kenangan Manis Pelajar Baru Di Negeri Orang


Maafkan tajuk entry yang gelimat.

Memang ambik kesempatan betul.mentang-mentang la puasa,setiap hari nak updet pasal menu berbuka.sorila lagipun puasa-puasa ni nak cerita pasal apa lagi kan? aktiviti sosial dah kurang jadi memang fokus kat makanan jelah.

Sementelahan buffered earning nuffnang juga tengah banyak nih jadi kena la slalu updet hehe.

So tadi pergi bazar lagi,sebab kanak-kanak kat rumah ni semua nak roti john.kalau takde roti john kang meracau plak tetengah malam.lagipun esok semua nak balik sekolah dah. Sebab taknak bagi kempunan kuturutkan jua kehendak mereka walaupun i tak berapa berkenan sangat dengan bazar ramadhan kat area rumah ni.

Seriously mana nak jumpa abang yang awesome macamni zaman sekarang?

Tapi lately i rasa macam dah matang sikit dalam mengawal perbelanjaan. mungkin sebab sekarang dah kena handle duit sendiri. kalau dulu pergi bazar macam semua benda kau nak beli,kalau boleh mesin tebu pun nak bawak balik sebab kecik-kecik dulu selalu berangan jadi penjual air tebu guna basikal buat mesin.

Macamana tak kena berhemah bila belanja,cincai-cincai semua yang kat bawah ni 20 ringgit lebih habis.

-roti john dua batang,ayam percik,buah melaka,pulut panggang.murtabak dah boikot sebab bila makan rasa roti canai.inti letak ciput je

Tapi walaumacamanapun tetap bersyukur dari kena berbuka kat Dublin. ingat lagi first semester waktu semua macam baru lepas akhil baligh dan naif. nak masak kari pun kena tengok instruction belakang peket. lepastu festaim masak nasik lembik. sumpah rasa nak nangis haha.

kadang-kadang lepas dissection bedah-bedah mayat balik rumah terus siang ayam masak untuk berbuka. kalau ikut standard prosedur kebersihan JAKIM sure tak lepas tu.


Antara first meal yang jadik waktu kat Dublin. Time ni bangga gila masak kurma jadik tu yang ambik gambar siap nak tunjuk kat orang kampung hehe. siap ada sayur ngan serunding lagi.

Tapi ni kira waktu yang grand lah.time yang tak grand macam ni ha..



Tomyam hambar dengan telur dadar(sosej satu tu tak ingat dah sapa punya,over betul). siap alas periuk guna bekas telur. kau boleh inovatif macamtu??

Kalau fikir-fikir balik memang kagum jugak dengan diri sendiri. daripada spesis yang cuma boleh masak air sekarang dah improve gila.kalau setakat kari,kurma tuh dalam jamban pun boleh buat. Sekarang kalau ada reality show Menantu Pilihan dah sah-sah menang kan??



Friday, August 13, 2010

Beberapa Jam Sebelum Berbuka.


Harini semua adik-adik yang duduk asrama balik. So macam excited sikit lah nak berbuka sebab selalu bukak puasa 3 orang je. gila syahdu.

Makan pun fokus gila tak tau nak sembang apa sebab dah habis topik satu hari sembang sesama sendiri 3 orang. harini lagi 3 orang malaun tu balik ada la modal sket nak story-story lepastu budak-budak asrama nih best siot tengok diorang makan. macam ada hantu raya dalam badan.

Sejak hari first puasa memang tak pergi pun bazar ramadhan sebab takde sape yang semangat nak pergi. so bila budak-budak nih ada baru mama beli something dari bazar.ada roti john,murtabak ngan air 2-3 jenis.

-menu hari ini plus gulai tempoyak dalam periuk.balik terawih ayah goreng mee pulak.wah mungkinkah ramadhan akan menjurus kepada kegemukan?

Buka puasa adalah tak lengkap tanpa ini...


tepung pelita & buah melaka!!

buah melaka tu beli 10 2ringgit.tapi kalau tengok dalam gambar ade 9 bijik je.
sape nak jawab??

akhir kata;
SELAMAT BERBUKA PUASA!!!

omaigod tak sabar nak korek hidung.




Wednesday, August 11, 2010

Diari Ramadhan Rafique Saya



Kita ni walaupun puasa, kehidupan mesti diteruskan ewah. jangan la asek pegang perut sambil berguling depan tv tengok cenel AFC. memang la azan zohor dah rasa nak buat teh ais kan. Tapi sebab i pun hampir-hampir givap siang tadi jadi sebab nak distract dari perut lapar i decided to do something awesome.

I gave my brothers' room a makeover.ngehngeh

-tengok la bilik macam asrama askar wataniah.tak vogue lansong.

semangat nih pukul 3 lebih dah bising-bising dekat mama ajak pergi beli cat. lepastu siap veto telefon ayah dekat opis cakap dedi u have to stop working now,ill meet u at kedai cat. wah tegas.

Sebab mama i prinsip dia if it aint broken dont fix it. So selagi dinding rumah tak tumbuh cendawan hutan memang takkan cat. yang ayah pulak kalau cakap nak cat memang berkobar tapi perlaksanaan dia israk mikraj 6 tahun depan. jadi selaku anak harapan i know that i have to do something.

Pestaim pergi kedai cat nih jakun betul tengok mesin dia.

-gila canggih okeh.dia key in code warna dalam komputer terus mesin tu otomatik bancuhkan.lepastu mesin sebelah goncang tin bagi kaler sebati.omaigod ternganga kejap kat situ

Lepastu nak pilih kaler satu hal.


mula-mula my parents suruh i pilih.lepastu i pilih diorang kata gelap sangat lah,panas sangat lah kalernye.last-last i ambik kaler yang balance kegelapan dan kepanasannya.kang ade plak yang tak puas hati taknak balik rumah.jadi kena sebulat suara di situ.

Balik rumah terus mula operasi.

-longgok barang ke tepi.checked

-tangga untuk memanjat.checked

-alihkan kucing yang pura-pura mati kejung.checked.over dia ni bukannye puasa pun sikit-sikit nak berlakon pitam.

-under construction..

so after what seems like forever inilah hasilnya..
*sekarang bayangkan muka eric leong*
tutup mata,tutup mata...

SURPRISE!!


from drab to fab in less than 3 hours hehe. *tepuk belakang sendiri*

Jadi tips untuk makeover kali ini:
-sebab siling bilik gila tinggi so kaler yang gelap-gelap skit takpe
-untuk penjimatan sempena ramadhan,pilih kaler cat yang boleh masuk dengan perabot,carpet sedia ada.takdelah lepas cat satu hal nak beli set bilik tidur baru.
-guna lampu mentol kuning untuk memberi atmosphere elegan.lampu yang macam hantu pocong tu 35ringgit je kat ikea.takyah kedekut.
-walaupun lampu pocong tu floor light tapi sebab dinding tinggi takpe kita convert jadik bedside.improvise sikit,lagipun ini bilik bujang.takyah nak lampu fancy-fancy.

Matila perasan interior designer siap nak bagi tips segala. Eric Leong eat your heart out!