Saturday, August 14, 2010

Kenangan Manis Pelajar Baru Di Negeri Orang


Maafkan tajuk entry yang gelimat.

Memang ambik kesempatan betul.mentang-mentang la puasa,setiap hari nak updet pasal menu berbuka.sorila lagipun puasa-puasa ni nak cerita pasal apa lagi kan? aktiviti sosial dah kurang jadi memang fokus kat makanan jelah.

Sementelahan buffered earning nuffnang juga tengah banyak nih jadi kena la slalu updet hehe.

So tadi pergi bazar lagi,sebab kanak-kanak kat rumah ni semua nak roti john.kalau takde roti john kang meracau plak tetengah malam.lagipun esok semua nak balik sekolah dah. Sebab taknak bagi kempunan kuturutkan jua kehendak mereka walaupun i tak berapa berkenan sangat dengan bazar ramadhan kat area rumah ni.

Seriously mana nak jumpa abang yang awesome macamni zaman sekarang?

Tapi lately i rasa macam dah matang sikit dalam mengawal perbelanjaan. mungkin sebab sekarang dah kena handle duit sendiri. kalau dulu pergi bazar macam semua benda kau nak beli,kalau boleh mesin tebu pun nak bawak balik sebab kecik-kecik dulu selalu berangan jadi penjual air tebu guna basikal buat mesin.

Macamana tak kena berhemah bila belanja,cincai-cincai semua yang kat bawah ni 20 ringgit lebih habis.

-roti john dua batang,ayam percik,buah melaka,pulut panggang.murtabak dah boikot sebab bila makan rasa roti canai.inti letak ciput je

Tapi walaumacamanapun tetap bersyukur dari kena berbuka kat Dublin. ingat lagi first semester waktu semua macam baru lepas akhil baligh dan naif. nak masak kari pun kena tengok instruction belakang peket. lepastu festaim masak nasik lembik. sumpah rasa nak nangis haha.

kadang-kadang lepas dissection bedah-bedah mayat balik rumah terus siang ayam masak untuk berbuka. kalau ikut standard prosedur kebersihan JAKIM sure tak lepas tu.


Antara first meal yang jadik waktu kat Dublin. Time ni bangga gila masak kurma jadik tu yang ambik gambar siap nak tunjuk kat orang kampung hehe. siap ada sayur ngan serunding lagi.

Tapi ni kira waktu yang grand lah.time yang tak grand macam ni ha..



Tomyam hambar dengan telur dadar(sosej satu tu tak ingat dah sapa punya,over betul). siap alas periuk guna bekas telur. kau boleh inovatif macamtu??

Kalau fikir-fikir balik memang kagum jugak dengan diri sendiri. daripada spesis yang cuma boleh masak air sekarang dah improve gila.kalau setakat kari,kurma tuh dalam jamban pun boleh buat. Sekarang kalau ada reality show Menantu Pilihan dah sah-sah menang kan??



22 comments:

adrinaqamarina said...

yeayh! andalah pemenang menantu pilihan season ne.

heh.

tu la, bila dok jejauh dari ketiak mama baru nak belajar. tahniah untuk anda.

tapi bila tengok balek, tak nak la kurma dalam jamban tu. erk.

-en.sani- said...

hatim, aku kadang2 masak air pun hangus...kena mintak pendapat ni...

Tijah said...

huiii. dah la pandai baca kutbah. pandai masak pulak tu. taun depan boleh odisyen imam muda nih.

sweet life said...

uishh.. angakt bakul tak leh blah..
anak saper lah ni :P
pandai nyer.....
dah masuk hukum wajib ni..

HaRaShO HiDaYaH said...

wah...sukanye2...teringat gak zaman2 posa kat matrik, duk plan 1st posa masak kat asrama...skalik nanges!sbb sumer pun fail bab masak!hahaha tukang beli lauk pun hampess...nak mkn 5org, dia pi beli 5 ekor ikan selar kuning yg besar sket je dr duit 50sen...hohoh nanges la den..dgn nasi lembik, telur tak jd, ikan smbal ikan bilis tak jd..hahaha kelakar gler!best la hatim!

hatim a.r said...

@adrina:tula dah jauh terpaksa la.tak reti pun wajib la bukak internet tengok resipi

@en.sani:eh kalau masak air pun hangus tu tak dapek den nolong tu haha

@tijah:imam muda saya takyah odisyen deh kak.diorang yg call begging suruh saya masuk

@sweetlife: kembang hidung sat haha. tula kalau boleh lepas raya nak kawen apakan daya duit tak cukup ngehngeh

@harasho:waktu kita pestaim tu memang la sedih gila kan?tapi bila pikir balik jadik klakar pulak

WZulhilmi said...

kuih melaka tidak dilupa jua..

*komen makin hari, makin pendek disebabkan kerja yg terlampau banyak.. (- -")*

~Kak AZZ~ said...

Wahahahaha.... okay la tu dh pandai masak kurma... Akak seumur hidup ni belom pnh masak kurma lagi... Lagipun mak tak berapa suka msk kurma... dia prefer lemak/rendang je...

Keciknya la harga rm skang ni kan... seploh tahun akan datang cmner la agaknya saiz kuih2 tu ehh... (^__^)

tatap mata aku said...

u snap photo b4 berbukak?? apa kata buat entry pasal sahur lak..lagi menarik n semangat, lain dr yang lain..

bugs said...

ok la 2 dah pandai masak,hehe.stuju dgn kak azz,sy pn tak pernah masak kurma.bkn stkat tak pernah,mmg tak pandai pon

hatim a.r said...

@wzulhilmi:buah melaka wajib beli.eh perasan jugak komen sekarang 2-3 ayat je hehe

@kak azz:dh kurma je yg senang.kalau kari tiap hari jemu gak.tula sekarang 20 ringgit dapat apeje T_T

@tatapmataaku:sebab dah lapar asyik mengadap makanan sambil2 tu snap la gambar.sahur tak boleh sebab mata sendiri pun tak berapa nk bukak

@bugs:senang gila masak kurma.ikut je instructions belakang peket.komfem jadik

tengku_fir21 said...

syabas...hahaha..
gilerlah..aku suruh housemate masak jer..aku jadi tukang kemas dan cuci pinggan jer..lalala

tapi kalau hari-hari biasa aku buat breakfast jerr utk 1 rumah..mkn malam pulak ader chef lain yang masak..

nadirah_nor said...

lalalalala
menantu pilihan -_____-"

puterakayangan said...

hahaha..XD

hatim a.r said...

@tengku:kitorg ada rotation masak.so memang wajib la kena belajar masak T_T

@nadirah:apasal?speechless??hehe

Lili Sakina said...

ape ni???lelaki zaman ni suke buat saya low self esteem...apsal sume lagi pandai masak daripada saya???tsktsk

hatim a.r said...

ini belajar masak sebab terpaksa.nak survive punya pasal kalau tak sampai mati la tak blajar kot

norhidana said...

salam,

mentang2 lah kt melesia nih banyak bazar ramadan, shopink tak ingat ek...

tp msti sedih kalu terkenang2 berbuka di perantauan kn... takpelah thun nih buke pose n bersopink raya puas2 la ek

dali said...

tim ko mmg kekal dlm pencalonan adik ipar akak..walopun akak takde adik pompuan..adik lelaki baya ko ada lah, jgn nak buat pasal..takpe akak ada adik sepupu..wakaka..

hatim a.r said...

@norhidana:wsalam.takdelah sedih pun sebnanye berbuka kat sana.yg sedih tu mula2 je time nasik lembik haha

@dali:terimalah hakikat kak kita tak dijodohkan utk menjadi keluarga hahahhaa.kalau nak jugak soh mak akak beranak bebi girl la

zuladlee said...

haha congrats dah pndai mask,msk sbnrnya ialah survival skill cehh..feeling culinary arts sket,xleh blah ayam percik tu siap garnish ngan timun lagi fuhh!!

hatim a.r said...

itu timun lebih sahur semalam haha