Thursday, December 31, 2009

Dos semanas en España


motif tiba-tiba tajuk bahasa spanish? eceyh macam tahu-tahu pulak korang kan???i nak brag ni bersedia tak?sedia..

Im Going To Spain Tomorrow!woot woot

jadi blog ini mungkin akan sedikit bersawang sepanjang pengembaraan 2 minggu yos truli ke espana.siapa nak kirim kain batik dengan mangkuk tingkat sorilah.member i yang dah penah pegi cakap tak de jual kat sana.tilam toto pun takda.jadi kirim salam sudeyh

meninjau persediaan rapi seorang pengembara sejati..


proses pemilihan baju.untuk dua minggu jadi sesetengah busana(eceyh busana) perlu di recycle

dengan kuasa bulan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
trensfom kepada ini



-backpack 20 euro kalah dora the explorer baru beli siang tadi.paling murah dalam kedai.harap tahan dua minggu kalau tak ada yang sependa berterabur atas jalan.

doakan i selamat pergi dan pulang kalau mahu blog terus diupdet.ceh boleh pulak ugut.
happy new year semua.maka secara official ini post terakhir untuk tahun 2009.i akan kembali bersiaran di tahun baru.toodles!


Tuesday, December 29, 2009

Entry Lumrah Di Penghujung Tahun


Setiap kali hujung tahun setiap orang pun buat entry khas azam tahun baru. walaupun i tak pernah buat azam baru setiap kali masuk tahun baru tapi i still mahu share juga impian i untuk masa hadapan since takde benda lain dah i nak blog kan.

ceritanya begini...

Di suatu pagi Isnin yang permai..


isteri i Latipah(bukan nama sebenar) awal-awal lagi telah bangun. sambil melemparkan senyuman manis beliau bertanya; "abang mahu brekpes in bed?"

i membalas,"eh skarang pukul brapa?i kena pergi office awal pagi ni kerana ada meeting dengan dato'hisham.(i kenal dato' hisham waktu kitaorg sama-sama hadiri conference di dubai 3 bulan lepas)".

Latipah membalas;"itukan kompeni kita sukati makbapak lah nak masuk kerja pukul berapa"
astaga..i terlupa yang i adalah boss di syarikat itu.inilah akibatnya bila terlalu banyak pegangan saham di syarikat lain. "kalau macam tu,u suruh chef peribadi kita masak nasi kerabu.i mengidam"balas i dengan penuh hemah.

-boss nasik kerabu siap!

usai brekpes,i mengarahkan pak mat(pemandu kami)untuk memanaskan enjin Bentley i. eh apasal bila watak pemandu je mesti nama pak mat?

ingatkan nak google gambar bentley,tapi semua org pun tahu rupa bentley.jadi i google gambar pak mat..


baru sahaja ingin melangkah keluar rumah;

"daddy! i wana kish i wana kish".oh anak i satu-satunya ini walaupun pelat tapi fasih berbahasa inggeris. btw kostum harimau itu memang baju tidur beliau yang i belikan sewaktu kami sekeluarga melancong ke Aspen.

begitulah rutin harian i setiap pagi sebelum pergi bekerja.
.:tamat:.

jadi sempena kedatangan tahun baru,i tiada azam baru ke apa tapi cuma mahu berdoa:

Ya Allah Jadikan Hidupku Perfek Seperti Cerita Di Atas.AMIN.







Monday, December 28, 2009

Dalam Banyak-banyak Kopi,Kopi Apa Yang Lebih Jelik Dari Kopi Jantan?


COPY PASTE




Orang tulis blog kerana pelbagai sebab. but most importantly blog itu i rasa harus melambangkan penulisnya.tapi kalau keje kau nak copy paste post orang pastu takde buat notakaki ke ape to acknowledge blog asal itu memang buat i berbulu.
kalau nak sangat reader meh sini i tolong peromot;
nurhidayahkarman.blogspot.com

ok maybe sedikit harsh di situ.kepada hidayah sorry lah jika i tegur sedikit kasar.biaselah sejuk begini memang boleh emo.cuma lain kali nak ambik idea pun takpa tapi sila tulis:diadaptasi dari blog maribergebang.blogspot. sempena mahu masuk tahun baru i malas mahu marah kerana perkara kecil =)


hidayah herself was kind enough to ym me and apologize. and i pun minta maaf from her too since i sudah ter-mean pada dia.jadi marilah sama-sama kita bermaafan sempena krismas ini.ape kau ingat raya je boleh mintak maap?
tak sangka perkara bodoh macamni pun buat i overreacted.anyway thank you so much hidayah for reaching out to me and for reading my blog =)

Sunday, December 27, 2009

White Christmas Ho,Ho,Ho..Hotak kau

For the 14467586th times i nak bagitau i kat manchester.woh woh masih eksaited walaupun dah sedikit buntal akibat terlebih makan. ini bukan pertama kali datang. jadi i mencemar duli kali ini khusus untuk makan dan bershopping sempena boxing day saja.

mari kita lihat mengapa manchester diiktiraf sebagai Halal food heaven.


-walaupun nama kedainye krunchy fried ciken tapi lamb ribs yg femes.tak tahu apesal mungkin salah department marketing


-ok,potential mak mertua sila tinggalkan blog ini sekarang


-nasik+half chicken £3.90 je. ini makan seorang diri. i tahu memang tamak takpayah cakap. *sedar diri* tsk


-tiba-tiba feeling jay chou terasa nak makan chinese food.pun banyak gila.menyesal haloba terlampau


-perkenalkan;ini saudara amirul afiq,tuan tanah manchester.konon nak ambik gambar sama-sama sekali keluar muka kau je.kalau crop je muka aku pun mungkin tak terluka begini

jalan-jalan cari pelanggan..







lepastu nampak ini..

-woh woh mat saleh main slide



-lepastu dua sakai ini curik pintu jamban sapetah nak buat slide

tapi yang paling sakai sekali perangai yang bawah ini;




-entah siapa punya periuk pun tak tau.dengan ekspresi wajah sejakun ini siapa pun tak mengaku ahli keluarga T_T


ps:2 zara jackets £36 sahaja.sila jeles sekarang sambil gigit selipar







Wednesday, December 23, 2009

Nak Kahwin Bukan Macam Nak Masak Gulai Lemak Terung



Its christmas holiday bebeh! !!!sebelum exam haritu kan i dh bertekad mahu tidur sepanjang hari maka dats exactly what i did this past few days.adalah juga keluar rumah sekali dua nak tengok matahari.but disebabkan dublin sekarang macam peti ais jenama Tanto sejuk dia so i prefer untuk bergumpal di dalam duvet saja.

tapi duduk rumah bukan tak bermakna i tak produktif setakat baring-baring kira bulu kaki.waktu beginilah kita nak bonding2 dengan housemate dan rakan-rakan sekelas.setelah dua malam berturut-turut berjaga dengan 2 group yang berlainan bercerita kisah hidup,keluarga dan perihal KAHWIN i felt matured oredy.eceyh apasal bila cakap pasal kahwin terus nak matured?gatal.

bila difikir balik banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk kahwin.memanglah ia satu perkara yang baik,but to be married is a lifetime commitment no?sesetengah orang cakap macam senang,macam lah kahwin tu semudah kau nak plan picnic dekat sungai congkak.

what if lepas kahwin rupanya isteri kau ada habit lekat taik hidung ke dinding?what if u dont get along well with her family?what if u feel bored with your life after marriage?
maybe i saja yang terlebih fikir perkara-perkara remeh begini.thats why i think you should never rush kalau nak decide on perkara yang penting seperti kahwin.kena fully prepared bak kata orang.

kahwin bukan sekadar hubungan seksual,but kau ada tanggungjawab.lebih-lebih lagi kalau jadi suami,kena make sure isteri menutup aurat,kena beli beras setiap bulan,kena bayar bil astro ahh macam-macam lagi lah.tapi walaupun kahwin macam susah i rasa bila ada anak sendiri things would be better kot

but the day after sembang-sembang kosong tu i went for rakan muda launching dekat Good Sheperd school kat sini.we were required to pakai baju melayu and stuff lepastu pamerkan senyuman paling ikhlas and layan budak-budak kecil sambil perkenalkan Malaysia tercinta to them.

-so adik-adik,gini caranya bermain batu seremban..


-lepastu mayor pun nak join in the fun huh



most of them are extremely well behave and polite.even waktu ucapan-ucapan VIP they managed to sit still and listen. so i tot wah mudah saja handle kanak-kanak cilik.
tapi sekali bila nak demo batu seremban sekor-sekor distracted bila nampak orang hidang popiah.

cisss lepas tu tiap kali baling satu batu mintak izin nak ambik popiah.macamni bila nak improve sampai level tujuh??

ini membuat i terfikir jika ajar batu seremban pun sudah menguji kesabaran bagaimana mahu sekolahkan anak?ajar mengaji?kejut sahur?
so kesimpulannya i memang so not ready for marriage and kids FOR NOW. but ask me again in few years time =)


ps:esok flight to manchester 9 am!!!!!sekarang nak packing sependa yay!







Saturday, December 19, 2009

Mat Kool,Mat Kool Kawanku..Siapa Sebenarnya Mat?


Its officially winter now in Dublin.this my least favourite season sebab di dublin ini walaupun suhu dah -1degree tetap tak mahu snow.i cant believe im goin to say this but, I MISS U NILAI.
jadi sambil berselubung di bawah duvet tiada apa yang lebih produktif dalam cuaca sejuk begini selain dari membuat anak mengupdet belog.kali ini i nak share my experience trying to be cool.

dalam hidup ini,sebelum menopause setiap orang pasti melalui satu fasa di mana anda mahu jadi COOL. bila time remaja lah selalunya semua orang pun nak jadi cool.how you define cool is actually pretty much bergantung pada persekitaran juga.

i dulu membesar di seremban.sekolah pun nama sekolah kebangsaan paroi.bapak indie gila sekolah tu.school anthem series paling catchy dalam dunia. kawan-kawan sekolah waktu itu kebanyakannya budak-budak kampung. walaupun sekolah pinggiran hutan tapi untuk menjadi seorang yang cool di sekolah i dulu bukan mudah. seseorang itu perlu meguasai empat ciri asas pria idaman:

1)rambut mesti belah tengah.
terima kasih kepada saudara tomok untuk tatagaya rambut ini


2)untuk mencapai ciri idaman #1 seseorang perlu memiliki:

-gel rambut jenama TANCHO.

cuma jenama ini sahaja yang diiktiraf sebagai salah satu elemen cool.walaupun bau macam bangkai musang and menghasilkan titisan putih di kepala apabila berpeluh tapi kedudukan gel rambut tancho sebagai penentu aura seorang jejaka tidak pernah dipertikai.

3)seluar sekolah tempah.tempat paling femes untuk budak-budak area seremban tempah seluar skolah adalah di kedai pyramid yang terletak di terminal 1.seluar jahitan pyramid ala-ala bell bottom sikit cutting dia tapi takde ah obvious sgt. bila pakai gerenti feeling john travolta

4)adalah wajib untuk menghafal lagu kumpulan spoon-Rindu Serindu Rindunya.

i masih ingat i siap koyak satu page kertas petak-petak dari buku math semata-mata nak salin lirik lagu ni.lepastu suruh kawan sebelah nyanyikan sambil tulis lirik.sampai sekarang hukum tajwid yang ustazah laila ajar waktu darjah lima tak ingat-ingat tapi lirik lagu spoon ni boleh hafal sampai habis. *petir*

cool zaman sekarang memang dah lain sangat dengan cool zaman dulu.budak-budak sekolah darjah 5-6 pun dah pandai dress up topman.dah pandai pergi gig,shuffle,skate,tektonik apekejadah lagi lah.semua tu tak salah asalkan berpada-pada lah.tak payah la time sembahyang terawih pun kau nak shuffle dalam telekung.

tapi kalau kau melayu,minum arak,lepastu nak bangga tayang dalam facebook,tahniah!KAU MANUSIA PALING TAK COOL DALAM DUNIA.



Wednesday, December 16, 2009

Update Cukup Syarat


Mesti ramai yang tertanya-tanya kemana i menghilang semenjak dua ni..ok fine.walaupun takda yang tertanya-tanya i nak bagitahu juga. i was busy with my final exam so ive to take a break from blogging lah for a while.since my mom pun sekarang sudah pandai stalk i melalui blog pula,ive to show her that despite of my previous shiteous results i did study hard.in fact i think i deserve A+ based on effort je!cewah padahal sendiri memang otak semut baca 20 kali ulang pun tak mahu ingat haih...

my last paper adalah esok,jadi kalau paper esok kantoi justeru boleh salahkan blogging penyebab kegagalan diri. tapi exam kali ini memang yang paling gempak ah preparation dia. disebabkan terpengaruh dengan amalina yang dapat 80 A ke apetah waktu SPM dulu tu cakap dia belajar depan tv so i pun mengadaptasi gaya beliau dengan harapan akan cemerlang juga. so i dengan rasminya telah menjadi penghuni tetap living room for the past two weeks. sacrifices i made for exams..its a bit sad actually


-port baru...

-tv dan fireplace menjadi pendorong.kalau belajar kat bilik sumpah sejuk gila setiap 10 minit kena pergi kencing.

walaupun study di living room depan tv tapi tahap konsentrasi i surprisingly melebihi 20 minit setiap kali buka buku.kalau study dalam bilik sorang2 attention span memang lah pendek gila baru baca 2-3 ayat tiba-tiba teringat nak potong kuku kaki.now i know that i memang perlu background sound dari tv untuk belajar.kalau senyap sunyi macam kubur memang setiap kali belajar akan terpesong ke arah tidur.nampaknya i dengan amalina tu memang sefahaman.(great minds...)

tapi meja study di bilik yang memakan kos berpuluh-puluh euro itu tidak disiakan.disebabkan i sudah habiskan banyak masa,duit dan tenaga untuk meja+kerusi belajar ikea itu justeru harus manfaatkan juga.jadi...


-siapa kata ini pembelian yang tidak berbaloi-baloi??boleh dual function sebagai jemuran sependa lembab.

muhasabah diri:sependa lembab boleh dijemur,otak lembab???



Saturday, December 5, 2009

Rayuan Ikhlas Kepada Pemimpin Malaysia



Memang lumrah bila nak exam semua akan jadi emo moody.even kalau buat sesi poco-poco pun tak mungkin dapat mengembalikan kegembiraan. dalam period begini memang kalau salah cakap sikit pun rasa nak mengamuk.

mngoloid.jpg image by avinjo

Lebih-lebih lagi untuk student2 yang ambik course medik sekaranglah masanya nak fikir kenapa dulu tak buka bengkel atau ambil kursus andaman.mesti hidup tak sesukar ini haih..

Baru-baru ni i dapat tahu yang MARA dah tak sponsor elaun sara hidup untuk student yang repeat another year. disebabkan sekarang taraf hormon seperti ibu mengandung perasaan sedih dan simpati turut menimpa diri i yang ditaja oleh JPA. perkara ini buat i berfikir what if JPA juga buat macam tu? perlukah i jual semua baju sekarang? perlukah i pakai blindfold setiap kali melintas depan topman? perlukah start google resepi masakan berasaskan pasir??

walaupun bandar dublin hanyalah sebesar pekan Janda Baik tapi kos sara hidup di sini adalah among top 10 yang paling mahal di dunia.maka untuk survive hidup di sini tanpa wang sara hidup lebih mustahil dari mendaki gunung everest sambil memakai high heels. i dah kira kalau tolak shopping dan travel at least memerlukan 480 euro sebulan untuk terus hidup tanpa melacurkan diri. lebih kurang rm 2500 sebulan. jadi,i ingin menyeru kepada pemimpin malaysia supaya berbelas ihsan terhadap pelajar-pelajar di sini.kalau kami kaya taraf lim goh tong takkan kami apply scholarship kan?dan untuk terminate tajaan secara abrupt begitu memanglah tindakan yang menyalahi prinsip rakyat didahulukan.

makanya setiap kali pihak kerajaan ingin melancarkan idea-idea 'bernas' seperti menubuhkan team F1 dan membina stadium baru yang hanya akan roboh 2 minggu selepas pembukaan, ingatlah ada sekelompok anak melayu yang bergolok gadai untuk terus hidup di sini.kegagalan bukan dipinta tapi hakikatnya tak semua orang memiliki tahap kepandaian yang sama.

lagipun i dengar pilihanraya dah nak dekat,so i support u..u support i.ok?

a typical day at a medic student's house

Tuesday, December 1, 2009

Pengakuan Eksklusif yang Menggemparkan Dunia



Post kali ini ditulis sambil ulangkaji subjek GIT. Memang melambangkan tahap fokus yang tinggi (T_T). tujuan entry kali ini ditulis adalah untuk membuat sebuah pengakuan. walaupun i tahu akibat dari pengakuan ini persepsi masyarakat terhadap i mungkin akan berubah. rakan-rakan seangkatan mungkin akan berpaling dari i,reader blog juga mungkin akan lari.tapi tetap i akan umumkan juga.bersediakah untuk pengakuan ini?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.fuh berdebar
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.ok tarik nafas...
.
.
.
.
.
.
.
pengakuannya ialah:

I BELUM TENGOK NEW MOON. BETUL MEMANG KETINGGALAN,TAPI I BELUM TENGOK.
terus terang cakap i tak berapa minat cerita ni.
ada beberapa reason i rasa cerita twilight ini sebuah filem yg overrated dan tidak sepatutnya diover hype kan. i dah tengok the first movie dkt stagevu.com and it was blehhh with capital B.
i tak faham kenapa setiap lepas 3 perkataan kristen stewart perlu pause sambil beri ekspresi wajah yang jengkel?lepastu tiap scene pun muka macam nak tertidur.weh pompuan ada vampire gaduh ngan werewolf sebab nak menikah dengan kau,boleh tak kau jangan pikir nak tidur je???

lepastu tambah annoying bila semua orang dekat facebook nak jadik vampire.sebelum twilight keluar elok je nama ikut kad pengenalan nurul saodah binti kamarudin,lepas keluar movie tiba-tiba jadi Odah Cullen.letihlah vampire muka jawa...

tak salah untuk minat movie ke apa tapi diharap boleh chill sikit.bawak2 bertenang,kawal nafsu. twilight bukan awesome mana pun sampai nak bergaduh dekat wallpost berebut serigala jadian bawah umur. tu belum kira vampire badan berkilau lagi.dah macam baju Ramlah Ram waktu Juara Lagu 1988 time nyanyi Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu.


mesti ada fanatik twilight yang bengang membaca post ini.tetapi dalam hati kecil anda tak boleh nafikan jikalau tak sebab pelakon-pelakon yang rupawan ; TWILIGHT SUCKSSSSS
sekian terimakasih.now send me those hateful comments hahaha



Friday, November 27, 2009

Tangkap Muat


ok sedang i berduka lara melayan gelora jiwa sebab raya haji yang hambar,i pun secara random ber-blog hopping.then i stumbled upon rizalman's blog.rizalman who kau tanya? zassssssssssssssss *petir. kalau anda orang malaysia tapi tak kenal rizalman sila kelar leher perlahan-lahan.u deserve to die in pain. so i dropped few comments on his blog AND AND AND he replied!on my page!sila refer last post's comment.ok by now he might think im a psycho obsessed fan wutever haha. jadi next time bila ada yg kondem blog ni i boleh kata blog aku rizalman baca blog kau? hahaaha

jadi bersempena dengan semangat rizalman-komen-blog-aku i mahu kongsi fashion no-no di mata i. im no expert in fashion but i can tell if something look pretty or downright fugly.

so lets start with our first fashion faux pass.

TUDUNG EKIN. ive nothing against ekin.or mawi.or marsha.or felix.SUDAH takpayah nak recap AF3 kat sini.there's a reason they called it tudung ekin.kerana ONLY ekin can pull it off. orang lain sila jangan pakai tudung jenis ini.terutama bila yg berbadan besar,tudung jenis ini buat kepala nampak kecik.jadi end up proportion kepala dengan badan macam fishball taruk atas tembikai.

4 S. acronyms for selempang,sendat shirt,seluar track,selipar. ini typical pakaian remaja perempuan yang bersekolah.tudung tu diselempang ke bahu,short sleeve tshirt zaman tadika,seluar track + selipar jepun.setiap kali pandang rasa nak rejam

KASUT SUKAN PAKAI DENGAN BAJU KURUNG.ok Odah sekarang kau decide,nak beraya ke nak jogging?baju kurung memang akan buat seseorang tampil feminin tapi bila match kan dengan kasut sukan ughhh.macam goreng keledek sambil nyanyi karoke.ada kaitan tak?takde kan?thats the point

MUSCLE TEE. please people do not ever wear this outside the gym. ini ada yang pergi time square pun bantai pakai muscle tee.kalau ada muscle boleh tahan lagi ini yang lengan menggeleber pun sibuk nak pakai.paling eyesore kalau armpit tak pernah trim.tiada manusia waras yang nak tengok bulu ketiak kau yang dah macam akar ginseng tu.lepastu naik pulak LRT angkat tangan nak capai railing.Allah...

SUPER MINI SKIRT. mini skirts adalah untuk yang berkaki cantik dan flawless sahaja. jika anda berselulit,tidak shave,kaki pernah digigit nyamuk sila pakai seluar sekarang juga thankyouverymuch. or alternative lain pakai lah leggings. bila naik KTM dalam cuaca sejuk tiada yang lebih mengerikan dari melihat bulu kaki perempuan depan kau yang berdiri akibat kesejukan.gross.



too much of anything can make u sick bak kata cheryl cole.in this case too much feather turned u into one of the Sesame street clan.




Monday, November 23, 2009

THISCLOSE


Lecture notes number 23556789:

These two serve the same function: PSC for legs and lower trunk ,CC for upper trunk and arms.


NOW WHAT THE HELL ARE PSC AND CC??
PUSAT SAINS CHERATING?
CHOCOLATE CUPCAKES???

WHAT WHAAAAATTTT????

-oh God why you do this to me.....



Saturday, November 21, 2009

Golongan Terlaknat Di Sesi Temuduga


Beyoncé Knowles: forced to cancel Malaysian concert through Muslim pressure
HALO HALO semuaaa!!!!fuh lama betul rasanya blog ni tak diupdet.baru lah betul usang lagi bersawang. rindu ke tidak?rindu ke tidak?rindu ke tidak??sumpah annoying tanya sampai 3 kali.

setelah dicanang keliling kampung rasanya ramai yang dah tahu adik i iaitu saudari husna binti abd razak telah mendapat 5A dalam UPSR. sekaligus melayakkan beliau untuk mendapat tawaran interbiu untuk memasuki SSP.bukan sijil simpanan premium,sekolah sri putri lah hawau.sejak bila sekolah di malaysia mengamalkan temuduga rambang ini sila tanya Muhyiddin Yassin.

memang dahsyat zaman sekarang ni sampai nak masuk skolah menengah pown kena interbiu segala. zaman i dulu nak masuk asrama senang je.isi borang lepastu sembayang hajat. tak payah temuduga semua ni. tapi habis je sekolah menengah memang banyak pengalaman i diinterbiu. disebabkan mak bapak bukan jutawan Hai-O maka memang kena berjuang untuk dapat scholarship. tapi dapat atau tak tu bergantung pada rezeki juga sebab di Malaysia ni kalau kau interview gempak siap deklamasi sajak pun silap-silap anak angkasawan rumah sebelah tu jugak yang dapat sebab guna orang dalam.

bagi i bila dipikir balik interview memang pengalaman yang best sebab kau akan berjumpa pelbagai jenis manusia.tetapi memang antara golongan-golongan yang ditemui ada yang menjengkelkan hati sanubari.

golongan overdressed
owh ini memang nampak sangat tak pernah pergi interview. especially the ladies.dress up ala-ala M.Daud Kilau dengan bling-bling satu badan lepastu bajet stylo.ada yang pagi interview feeling victoria bekam lantas pakai heels 8 inci lepastu jalan terabur habess.kalau tak biasa pakai heels takpayah lah gatal pakai sampai 8 inci sabariah oiii
kontrol ayu kontrol ayu.....

golongan underdressed
selalunya lelaki lah yang pakai macam tak sudah.i tahu lah pakaian formal ni tak selalu dipakai tapi tak payah la nak kedekut sampai kena pakai kemeja peninggalan arwah datuk.ada yang pakai kemeja warna coklat dengan tie kaler hijau lumut.sekali tengok dah macam lady gaga.kalau tak tahu matching kaler pakai je baju putih dengan slack hitam.nak style sikit pakai tie merah.kan mudah tu.and ada jugak yang sanggup pegi pinjam blazer saudara mara untuk interview.ini tak salah tapi bila blazer kau 3 kali ganda saiz badan memang tidak sedap mata memandang. memang tiada dalam skema pemarkahan bila pakai blazer dapat markah lebih jadi takpayah malukan diri sendiri sampai macamtu sekali.

golongan kiasu
selalunya golongan ini akan datang dengan atleast 3 fail yang dipenuhi sijil-sijil lepastu saja je nak selak-selak depan muka orang lain sebab nak tunjuk dia lah calon paling layak sebab dah banyak pengalaman masuk pertandingan berbalas pantun.orang macam ni selalunya berlagak je lebih tapi bila bercakap haram takde point pun.cakap english pun dah macam bunyik jawa ada hati nak show off.chaittttt

golongan competetive
sedikit competetive itu bagus untuk memajukan diri.tapi kalau dah terlebih sangat memang layak dimaki. terutama sekali bila temuduga dalam kumpulan mesti ada seorang minah mulut pokpekpokpek tak berenti cakap sebab taknak bagi can orang lain.ini berlaku pada i waktu interview JPA,minah seremban pakai tudung perpel tuh sampai sekarang i masih ingat muka dia.lepasni kalau aku jumpa kau kat paksen seremban siaplah kau

jadi untuk semua calon-calon interview diluar sana silalah mematuhi etika-etika interview yang ditetapkan. dapat ke tidak bergantung pada rezeki dan takdir juga.sila jauhi perkara-perkara menjengkelkan ini jika tak mahu jadi seperti minah seremban tudung perpel yang dibenci itu.
akhir kata;LU WATCHOUT AH MINAH!!!!




Monday, November 16, 2009

Hidup Ini Penuh Ujian <------ Bukan Metafora


hari ni memang letih gila.semalam stay up konon-konon belajar.so sudahnye bangun pukul 12. niat di hati mahu duduk rumah jadi pelajar mithali dan habiskan belajar untuk CAL test selasa ini.YE lagi sekali ade test.terimakasih ucd kerana concern dengan perkembangan pelajaran i justeru tak habis-habis nk buat test.

lepas bangun housemate yang dilahirkan gifted berotak genius memberi cadangan mengapa-perlu-belajar-hari-minggu-mari-menonton-wayang.siak korang.seperti yang semua boleh jangka i tewas dalam memperjuangkan ideologi belajar di hujung minggu.memang sejak dulu bila ada pengaruh luaran i akan distracted.jika diberi pilihan antara lawatan ke kilang belacan dengan study kemungkinan besar i akan ke kilang belacan.

dipendekkan cerita tadi i menonton 2012.alahh cerita pasal kiamat tu.walaupun ini kiamat dari sudut omputeh tapi boleh kata menginsafkan jugak la.kiranya bukan hiburan lagha semata tapi ada juga pengajaran yg diperoleh.terutama sekali bila ada satu scene seorang homeless memegang signboard bertulis REPENT!THE END IS NEAR.fuh sentap sekejap muhasabah diri dalam panggung.

ambek kau siap peromot.cerita ni boleh kata bestlah jugak dgn efek2 yg agak gempak.so daripada buang duit tengok cerita macam kuliah cinta,anak mami kembali dan 13 cerita anak mami yang lain baiklah tengok cerita ni.gerenti insaf keluar panggung terus sembahyang asar.

dan memandangkan final exam lagi 3 minggu maka i dengan dukacita mengumumkan untuk berehat dari dunia blog buat seketika.cewah gelabah announce silap2 esok dh updet baru.ok mayb tak stop blogging tapi dh tak updet sekerap before this.lagipun bosan la asek updet pasal exam je,kalau tak caye cuba kire berapa post pasal exam je.penat tahu.jadi doakan lah i diberi kerajinan yang abadi untuk menempuh hari-hari study yang muram ini.

sebelum berpisah terimalah tarian penutup dari i.wassalam

Saturday, November 14, 2009

Ikan Mentah,Beras Lembik wattheheck?



Malam ini dinner i tak seberapa.dah nasib dok obersi memang cenggitulah. eceyh intro nak menggelabah je hehe.saje nk brag ngan korang malam ni sebenonye pertama kali seumur hidup i buat sushi sendiri woot woot!!!eleh baru buat sushi nk poyo ah diam kau.

Komponen paling penting dalam pembuatan sushi,Sensei yg diimport dari Jepun or bak kata haizie anak ganu,jepung.mana-mana pun boleh.

-Tu diaa sensei meng-demo sambil mulut ngokngekngokngek tak henti mencurahkan gosip terbaru


-sebelum mula kena baca doa dalam bahasa jepun,baru menjadi

-dah semangat nak gulung-gulung sensei suruh mula dari bawah,kacau nasi.ceh tu yg muka tak puas hati

-setelah mendapat restu sensei upacara menggulung bermula..kalau study neuro bersungguh begini pasti result tak berapa memalukan +_+



-setelah dipotong dengan tahap graceful ifa raziah terhasillah sushi sulung ciptaan yos truly =)

-inilah yang dibanggakan sangat.walaupun tak berapa lawa tetap dilisyes *masuk bakul

-abaikan ekspresi muka.cuba nak buat ekspresi wajah japanese tapi hasil macam mongolia.

-akhir sekali bergambar dengan sushi hasil tangan sensei.arigatojinomototottemodaisuki senseii!!!!!!

ok disebabkan sudah kenyang mahu sambung stadi pula.niat jadi dokter tidak boleh terpesong.ingat mahu jadi dokter!bukan kerja sushi king


Wednesday, November 11, 2009

Tips Pergaulan Harian 101


insecurities come in many different forms.be it big thigh,oily skin,hidung kembang,kaki busuk or anything that makes u feel uncomfortable. perkara ini memang ada dalam setiap orang termasuk megan fox. kalau masalah seperti perut buncit dan selulit melimpah memang insyaAllah boleh ubah dengan sedikit keazaman berexercise.tapi kalau memang dilahirkan berjari enam memang tak boleh buat apa.

waktu muda remaja gemilang adalah waktu perasaan insecure ini paling memuncak.kerana waktu inilah si gadis mendambakan si teruna dan juga sebaliknya.(mendambakan?fuh)i juga ada pengalaman peribadi tentang masalah insecurity ini. waktu zaman-zaman sekolah menengah dulu i tak tahu mungkin mulut celupar ketika berkelah di ulu bendul,muka i memang macam disumpah dipenuhi jerawat. ini bukan jerawat yang lite2 tu ini yang seluruh muka penuh sampai setiap hari spend 2 jam untuk picit jerawat saja.kalau tak percaya boleh tanya liyana mohd subri atau fauzee mazuki.

justeru bila anda-anda semua berhadapan dengan orang yang mempunyai masalah dengan imej dan penampilan mereka ada beberapa guideline yang perlu dipatuhi.

Yang pertama; tak payah tanya WHAT'S WRONG?MACAM MANA JADI BEGINI?BILA ACCIDENT NI? dan pelbagai lagi. bila seseorang tidak selesa dengan sesuatu di tubuh mereka the last thing they want is for other people to notice it.waktu di sekolah even cikgu tanya dekat i hatim,kenapa muka awak tiada nur?ok mungkin itu bukan soalan sebenar tapi tahap insulting dia sama lebih kurang. walaupun cikgu kesayangan sumpah rasa nak campak dengan fail sejarah.

ya Allah Senah haruknya muka ko!!! <---orang begini layak dilempang laju-laju

Yang kedua; beri sokongan secara halus. maksudnya kalau dekat TV keluar iklan krim pelangsing yang tanya "Anda mengalami masalah perut buncit?" jangan lah excited pusing pandang kawan sebelah yang tengah makan donat sambil jerit "eh kau patut cuba produk ini!". sokongan anda lebih membina bila si pemakan donat itu mahu jogging tidak akan dipersenda malah anda juga turut bersama turun ke gelanggang.malangnya waktu i mengalami krisis dahulu tiada yang support i. bila beli produk skincare yang mahal sikit mulalah abang i kata woh metro gilak kau. abes kalau dah muka aku macam mat rempit ni kau ingat aku nak duduk diam?

Yang ketiga; kutukan secara tidak langsung adalah dilarang sama sekali. contohnya kalau kawan anda berhidung kembang tak payah la gelak ketuk-ketuk meja setiap kali videoklip siti sarah keluar dekat cenel @15. simpan perasaan geli hati itu sampai rakan anda tiada berhampiran. ini memerlukan sensitiviti yang amat tinggi di dalam jiwa. walaupun anda tidak gelakkan rakan anda secara langsung,namun percayalah sedikit sebanyak pasti mengguris perasaan juga. i tahu ini...

perkara-perkara ini mungkin nampak remeh tetapi percayalah dengan tiga langkah mudah ini pastinya anda dan rakan mampu hidup dengan lebih harmoni cewah geleman gila ayat. pengalaman bermuka haruk selama 4 tahun banyak mengajar i tentang masalah body image ini. mungkin sampai sekarang keyakinan diri masih terjejas tapi atleast i bersyukur jugak lah sebab sekarang jerawat cuma datang di musim exam dan tidak sekronik dulu.sekarang lebih kepada jerawat pemanis bak kata orang.wtf.

untuk u oll semua di luar sana silalah lebih sensitif apabila mempunyai rakan-rakan/ahli keluarga yang dilanda masalah insecurity ini kerana selaku mangsa yang kira survive to tell the story i boleh gerenti efek dari cemuhan dan sindiran masyarakat boleh jejaskan keyakinan diri sampai ke hari tua. memang sedih bila setiap kali tengok cermin kena baca cerita The Ugly Duckling untuk tingkatkan motivasi diri sambil berdoa dipercepatkan transformasi menjadi swan cantik yang elegan.

shout out kepada mangsa-mangsa insecurity diluar sana,kawan i pernah berkata: you are beautiful no matter what they say....ok bukan kawan i.christina aguilera yang cakap. yang penting ingatlah kata-kata pujangga ini:KEJELITAAN ADALAH HAK MILIK SETIAP INSAN


Tuesday, November 10, 2009

Keliwon:Bangkit Dari Kubur


woh tajuk memang tak menahan..lately sejak cuaca jadik sejuk + suram i memang selalu terbayang-bayang kisah seram yang pernah ditontoni sejak dari kecik. my 1st horror movie was Nenek Gerondong yang diklasifikasi sebagai super scary waktu i umur dalam 7-8 tahun dulu. cerita dia pasal dukun perempuan yg makan mayat kanak-kanak untuk kekal jelita. kalau tengok sekarang mungkin dah tak takut sebab dah melepasi had umur daging manusia yang digemari nenek tersebut.akibat sejak kecil suka tengok cerita seram karut begitu sampai besar tak berapa nak berani.

tapi bila makin membesar perasaan takut pada hantu berkurang sedikit demi sedikit.mungkin hantu juga takut untuk mengganggu bila sudah menginjak remaja.cuba bayangkan kalau hantu tetek cuba mengganggu sekumpulan mat rempit.fuh silap haribulan lauk lah hantu tu dicabul secara berkumpulan.

hantu.jpg hantu image by kahozkakix

-bila google hantu tetek sumpah ini antara yg keluar.

jadi disebabkan hantu-hantu typical zaman dahulu sudah tidak mampu menakutkan i,maka i beralih kepada genre yang lebih ganas iaitu chombie.eh bukan chombie, zombie faham tak ZOMBIE.
i pun tak tau secara saintifik apakah zombie sebenarnya tapi lain cerita lainlah asal-usulnya.kalau tengok cerita omputeh seperti resident evil,28 days later,zombieland dan macam-macam lagi,fenomena peng-zombie-an ini adalah akibat virus.kalau tengok zombie kampung pisang pula ia akibat radioaktif tumpah dalam gulai kawah yang buat jamu orang waktu launching warung pak munawer.

owh btw zombie kampung pisang shooting dekat kampung i.kampung kroh hulu padang rengas bandar teknologi.ceh nama nak exaggerate padahal line maxis pun tak brape nak ade tsk.

jadi selepas menonton banyak filem-filem seram+tahyul zombie memang i dah plan siap-siap kalaulah betul ada virus ataupun radioaktif tertumpah dalam gulai di masa akan datang memang i dah ready untuk menghadapi segala kemungkinan.bak datang!

perancangan rapi hatim untuk menghadapi kemusnahan dunia akibat serangan makhluk zombie:
1.berlindung di masjid.sebab masjid ada bilik air,kedai runcit,gym dan restoran
2.membaca surah yaasin dengan tajwid yang betul dan tepat atleast sekali sebelum mati.
3.pergi ke topman dan rompak pea coat yang harga paling mahal.
4.tawakkal

memang mudah plan ini sebab kebanyakan cerita zombie memang seorang dua saja yang survive.kalau survive dengan perempuan boleh la jugak berumahtangga tapi kalau survive dengan 8 orang housemate lelaki yang lain?haru weh haru

jadi plan ini memang praktikal kerana memastikan i mati di tempat yang penuh berkat dan selesa,beriman dan bergaya. dah bye i nak tidur sekarang harap-harap tak mimpi zombie
*basuh cagu kaki

Friday, November 6, 2009

Beauty and The Beast bukan Kisah Dongeng Semata-mata



Zaman sekarang rupa paras memang main peranan.bukan lelaki je yang memilih pasangan hidup berdasarkan rupa paras semata-mata tetapi perempuan juga sudah ramai yang terjebak dengan trend sebegini.apsal ayat macam artikel majalah Wanita??

memang diakui lelaki memang lebih mudah tertarik dengan perempuan berparas molek dan indah.tetapi perempuan juga begitu.namun acapkali golongan perempuan mengcover perkara ini dengan pelbagai alasan seperti "aku sukalah si polan sebab mengasihi kucing" atau "aku sukalah si polan sebab gemar bertadarus".
translate ayat ini:i suka dia sebab muka cute macam hero korea.

kalau tak suka pula akan bagi alasan biasa,"kita tak sehaluan".
translate ayat ini:rupa kau haruk jadi takut anak kita end up macam ronaldinho.
untuk tidak kelihatan bias i ingin nyatakan lelaki lebih kurang begitu juga. eleh mengaku jelah..kalau Rosnah mat Aris yang berlakon transformers ade korang nak gi nengok??hah jawab jawab

aku tak cukup meletop ke hah? aku pown boleh dress up cenggini lah


namun sesuatu yang luaran kelihatan indah tidak semestinya baik untuk kita.berdasarkan pengalaman hidup di luar negara i ada satu analogi yang sangat sesuai. burger yang dijual oleh masjid mungkin nampak hambar dan kusam tetapi halal,murah dan lazat. manakala burger yang dijual oleh Mcdonald nampak sedap,chesee meleleh-leleh,murah dan mungkin sedap tapi daging BABI. woh memang deep giler ah analogi ini.

memang rupa paras yang elok memberi advantage kepada seseorang seperti mudah mencari teman, status sosial yang hebat, popular,dikagumi ramai dan sebagainya. tetapi amat malang sekiranya rupa paras yang jelita/tampan/rupawan membuatkan seseorang perasan bagus dan memilih rakan-rakan di kalangan yang rupawan juga.bila yang muka ala kadar kalau add kat facebook terus ignore taknak layan. golongan yang sebegini memang amat rugi kerana kalau rupa cantik tambah pula berpesonaliti menawan juga memang akan jadi rebutan macam nur kasih.

tapi kita yang berparas kurang indah ini jangan mengalah. ada hikmah berwajah kelat kerana kita lebih menghargai setiap insan yang menerima kita seadanya. sejak kecil memang dilatih untuk berpersonaliti menarik kerana itulah satu-satunya modal untuk mencari jodoh. its nice when people actually remember u based on your personality daripada mereka yang menghargai kita semata-mata kerana superficial appearance. that shows yang anda benar-benar disayangi tak kiralah rupa paras se haruk mana.

konklusinya walaupun kita tidak rupawan tapi perlu bersyukur sebab at least bila mencari pasangan hidup memang akan jumpa yang tidak menilai luaran semata-mata. memang membencikan bila terdengar rungutan-rungutan seperti: owh tak lawanye aku, eh bulu kening bercantum tak sukaaa.bersyukur lah hansuang!kalau cantik pun tak kemana juga.yang penting keyakinan diri mesti ada. bila konfiden ada walaupun muka longkang habes tapi tetap teguh menghadapi dunia.(pengalaman peribadi)

sekian tazkirah kali ini.